Wednesday 13 June 2012

Rutin .

Bismillahirrahmanirrahim .

Okey , rutin harian dekat sini boleh dikatakan 100 percent berubah lah . Tak macam kalau kita duduk kat rumah . Semua kena buat sendiri , makan pun kena beli . Dah tak boleh nak merasa masakan umi kat rumah . Dah tak boleh nak tambah nasi macam kat rumah . Serius cakap , duit pun banyak kena pakai . Yelah , mana nak makannya lagi . Nak beli barang barang keperluan dan sebagainya .

Petang petang kat sini CikNin akan keluar riadah . Joging ke , tak pun pergi naik basikal , pusing pusing kawasan kampus . Okey jugaklah . Banyak sebenarnya keperluan untuk riadah kat sini . Ada gelanggang skuasy and badminton , tempat memanah , gelanggang futsal , padang bola , dan sebagainya .

Alhamdulillah , CikNin dah start kelas Ahad lepas . So , so far so good . Tapi , untuk minggu pertama ni ramai lecturer yang tak masuk kelas lagi . So , tak kenal lagi la . Ada sesetengah je yang kenal , maklumlah baru minggu pertama . Kawan kawan kuliah pun baik baik dan gempak . Hmm , CikNin harap , semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah swt . Amin .

Oh yaa , CikNin tak dapat IPG . Hmm , seriously agak kechiwa jugaklah . Sebab CikNin berharap jugak nak dapat IPG tu . Tapi nak buat macam mana , belum rezeki lagi lah tu kan ? Abah cakap , buat rayuan , mana tau ada rezeki kat situ ke kan ? Apa apa pun , CikNin amat bersyukur serta berterima kasih dekat semua yang amat mengambil berat + prihatin di saat CikNin rasa down yang teramat sangat masa keputusan IPG keluar hari tu . Yeah , dengan kata kata semangat , dorongan serta doa yang tak putus putus , membuatkan CikNin ingin terus bangkit dan percaya bahawa setiap apa yang Allah tentukan , sememangnya baik . Dia Maha Mengetahui . :') Allah tahu apa yang terbaik untuk kita kan ?

Bangkitlah , gapai impian serta matlamatmu . Usah berpaling lagi . . .


*******************************************************

Saturday 9 June 2012

Kehidupan Baru .

Bismillahirrahmanirrahim .

Assalamualaikum semua . . . Sebelum tu CikNin nak pohon ampun dan maaf sangat sangat sebab dah lama tak update blog ni . Yelah , kan hari tu CikNin ada cakap nak update pasal sambungan slot Samarinda pasal CikNin pergi bercuti tu . Tapi , nampaknya belum boleh lagilah . A lot of sorry ! Next time eh ? *buat muka seposen*

Actually CikNin nak bagitau yang CikNin dah mendaftar di Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA ) , Terengganu . Tempat ni okeylah jugak .Tapi , CikNin masih belum dapat menyesuaikan diri dengan baik lagi . Maklumlah , baru nak masuk seminggu kan . Esok , Ahad , CikNin dah start kelas . Tapi , yang masalahnya , tempat kuliah pun tak tahu kat mana . Memang masaklah jawabnya . Dahlah kelas pagi esok . Pukul 8 . Harap harap akan ada orang yang boleh bantu CikNin nanti . Amin Ya Rabbal Alamin . :)

Makanan kat kafe , okey . Tak mahal . Tapi , tak sedap macam kita makan kat rumah lah . Hehehe . CikNin baru first time gi makan kat kafe semalam . Heh . Yelah , sebab sepanjang minggu orientasi tu , mereka sediakan makanan . Rakan sebilik CikNin , budak Terengganu . Dia okey dan baik . :) Orientasi okey , taklimat untuk fakulti Bahasa dan Komunikasi dan di bawah Diploma TESL memang great . Tapi , tak taulah nanti dah masuk kuliah nanti macam mana . I pray that everything will be fine , good and great . Semoga Allah permudahkan segalanya . AMIN .

Haa , lagi satu . Keputusan IPG tu sepatutnya keluar 5 Jun hari tu kan . Tapi , entah macam mana , ditangguhkan pulak ke tarikh 11 Jun ni . Esok lusa ni dah . CikNin berdoa dan amat berharap semoga CikNin dapat ke IPG . Perkenan dan makbulkanlah Ya Allah , doaku ini . Amin . :)

Guys , korang doa doakan CikNin kat sini ye ? Doakan jugak supaya CikNin dapat masuk IPG nanti . Sayang korang ketat ketat . Semoga Allah memberkati hidup kita sentiasa . AMIN . :D

Nanti CikNin free , CikNin update lagi yee . Okey guys , Assalamualaikum . :D


p/s :: merindui keluarga , guru guru dan rakan rakan di Kelantan . :')