Sunday 30 December 2012

Perkara yang Anda Tidak/Jarang Tahu Tentang CikNin ;D

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh! Jadi, hari ni CikNin nak kongsikan sedikit sebanyak tentang perkara-perkara yang anda semua tidak tahu, atau jarang tahu tentang diri CikNin. Hee. *peace!* Takde sebab apa-apa pun nak buat entri ni. Hanya rasa terpanggil nak berkongsi dengan anda semua, sebab tadi tengah cari idea nak buat entri apa hari ni. :)

So, enjoy this ! :)

1. CikNin alergi dengan minyak wangi yang baunya kuat dan 'keras'. Apa jadi kalau CikNin terhidu minyak wangi yang macam tu? Secara automatik, CikNin akan bersin tak berhenti-henti! Hee, jadi minta maaf dan faham-fahamlah ye, kalau CikNin bersin tak berhenti-henti sebelah korang. ;)

2. CikNin juga seorang yang alergi dengan asap rokok! Juga akan bersin. :) So, don't smoke right in front of me kay?

3. Masa kecil dulu, CikNin sangat memilih makanan. Dulu, CikNin kurang sangat makan kek, coklat atau gula-gula, jajan dan semua benda yang CikNin anggap pelik. Untuk pengetahuan semua, dulu, CikNin hanya suka makan nasi. Sekarang?? CikNin hantu KEK dan sangat suka makan!!! ;D

4. Dari dulu sampai sekarang, CikNin tak suka makan COKLAT... Tak tahu kenapa, memang tak suka. Bukan tak makan langsung, makan sikit je. Gula-gula, CikNin makan. Jadi, tak payah beli atau hadiahkan coklat untuk CikNin ye. Kalau bagi jugak, alamatnya berkulatlah coklat tu dalam peti ais, tak pun adik-adik CikNin yang rembat. Heh. :)

5. CikNin pernah ada parut besar dekat bawah mata (tak ingat kiri atau kanan), akibat jatuh basikal dengan sepupu waktu umur 7 tahun. Alhamdulillah, parut itu hilang sebab Umi CikNin pakaikan ubat parut. :)

6. Saiz kasut/selipar CikNin hanya saiz 4.

7. CikNin masuk tadika umur 5 tahun, umur 6 tahun CikNin menumpang di kelas darjah 1 bersama abang terchenta, Abang Muzakkir. ;)

8. Pernah buli brother yang umur 7 tahun kelas CikNin, sewaktu CikNin umur 6 tahun. Hehe. Gangster kan CikNin?? Budak kecik buli orang besar! Nakal dengan jahat CikNin dulu. Selalu buli dengan kacau budak lelaki yang duduk sebelah CikNin dulu tu. Entah dekat mana lah brother tu sekarang. :P

9. Masa menumpang kelas darjah 1 dulu, semua budak kelas tu panggil CikNin 'Adik'... Gara-gara Abang yang panggil CikNin 'Adik' dekat kelas dulu. Panggilan 'Adik' tu ada yang melekat sampai sekarang. :)

10. Sedang memakai Upper Removable Appliance (URA) .aka. braces.

11. Hantu ais tapi kurang makan aiskrim. ;)

12. Menjadi pendiam kalau tak suka sesuatu atau tak kenal orang dengan rapat.

13. Bukan kaki bergambar. Tak suka bergambar bagai nak rak. Cukup sekadar buat kenangan je. Heh.

14. Tak suka pakai kasut tumit tinggi kecuali wedges.

15. Tak suka guna handbag, tetapi lebih suka pakai beg galas atau beg sandang.

16. Suka kumpul barang-barang lama walaupun barang tu dah rosak ataupun barang yang tidak dipakai.

17. Ada tahi lalat di telapak kaki.

18. Pernah makan bedak masa kecil sebab nak tahu macam mana sendawa rasa bedak. Yes, memang kerja gila. :P

19. Tempat yang CikNin geli adalah di paha. Janganlah sentuh atau pegang kawasan tersebut. Kawan perempuan CikNin pernah pegang paha CikNin dan akibatnya handphone di tangannya melayang kerana kaki CikNin terangkat sebab terkejut! Haha. Nasib baik handphone selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan. ;)

20. Suka pegang pemadam kalau sedang menulis. :)

Hmm, CikNin rasa itu ajelah kot untuk masa sekarang. Kalau ada yang CikNin ingat lagi, nanti CikNin tambah ye... :D Assalamualaikum !

Saturday 29 December 2012

Cuti Pertengahan Semester.

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Heyyy guys! Hmm, CikNin dah selamat sampai ke Kota Bharu petang semalam. Yeah, cuti midsem untuk pelajar diploma UniSZA telah bermula..

Walaupun begitu, cuti seminggu kami ini dipenuhi dengan assignmentssssssss dari para pensyarah tercinta.. Huhu. Tak mengapa, akanku laksanakan segala tugas yang diberikan dengan sebaiknya. Hee. *suci je bunyi kan?* Pasrah namanya ni. Hehe.

Hmm, sekarang dah masuk musim tengkujuh kan? Meh CikNin nak cerita kejadian yang berlaku di UniSZA sebelum CikNin balik ke rumah untuk bercuti.
Well, dekat Terengganu memang dah banyak hari hujan. Tapi, berhenti jugak kadang-kadang tu. Minggu lepas, hujan turun mencurah-curah tak berhenti langsung... And guess what??? Our UniSZA banjir!!! Haha.
Here's the story ...

Hari Ahad, jadual kelas CikNin memang padat. Sampai pukul 6 petang. Hari tu hujan memang langsung tak berhenti. Lepas habis kelas tajwid pukul 4 petang tu, CikNin dengan budak-budak kelas yang lain dah tengok padang sebelah blok tu dah dipenuhi air. Air pun dah membanjiri laluan pejalan kaki dekat bawah. Waktu memang tak fikir apa. Terus menuju ke kelas seterusnya dalam keadaan hujan yang tengah lebat tu.

Semasa dalam kelas, CikNin terima mesej dari Sheeda yang balik dulu, mengatakan bahawa air banjir dah memenuhi laluan jalan kaki blok Anas sehingga paras peha! CikNin terkedu dan terkejut, terus mengkhabarkan berita itu kepada classmates CikNin yang lain. Oke, semuanya dah gelisah. Memikirkan jalan untuk yang patut dilalui untuk balik ke asrama nanti. *dalam hati CikNin runsing sebab takut air makin tinggi*

Dalam tengah kerisauan itu, pensyarah CikNin menerima panggilan telefon dari rakannya mengatakan air makin naik, dan dia dikehendaki untuk keluar dari UniSZA segera. Pensyarah CikNin akhirnya melepaskan kami semua...

Okeyy, keluar je kelas tu CikNin dah kelam kabut gilaa!! Mana taknya, jalan semua dipenuhi air! Nervous mak kau... CikNin dengan kawan CikNin tu, nak tak nak kena redah jugak air banjir tu. Sejuk gila airnya. Dahlah air tu kaler coklat! Bayangkan weh... MasyaAllah, Tuhan jelah tahu perasaan kami ni. Haishh.. =,=' Basahlah kain serta kasutku. Huu. Takpe-takpe dugaan semuanya itu...

Dan.... kelas-kelas untuk hari esoknya dibatalkan kerana air banjir yang meninggi. Heh. ;D Yelah, takkan nak meredah air banjir yang deras semacam tu. Dah macam air sungai je gayanya. Lepas tu, dengar pulak kata ada budak-budak yang tengah bersuka ria main air tu dipatuk ULAR.. Dua orang pulak tu. Mana tak risau dikk oii... Tak dapat dikenalpasti lah pulak, apa jenis ular yang mematuk mereka tu. Cerita mengenai budak-budak yang jatuh tergelincir tu, tak payah cakaplah, memang ada. Maklumlah, dah air meninggi. Longkang, parit tak nampak. Hisyy, bahaya betul kan?

Lepas dua hari banjir, keesokannya banjir dah surut dan hujan yang semakin berkurang. Alhamdulillah. :) Dapatlah kami mencuci baju yang semakin menimbun tu. Heh. Hmm, memandangkan CikNin berada di rumah sekarang, maka tidak diketahuilah macam mana keadaan di sana. Harapnya semakin membaik. InsyaAllah. :) Yelah, pelajar-pelajar ijazah sekarang tengah cuti belajar ni. Minggu depan dah mula peperiksaan akhir. Semoga mereka dapat menjalani peperiksaan akhir dengan sebaiknya. Ameen. :)

Here are some photos during the flood. Enjoy it! :)

Pegawai keselamatan yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan kami semua.

Kawasan parking UniSZA.

Pulau UniSZA (boleh?)

Dah macam kat laut je kan?

Laluan pejalan kaki dijadikan tempat letak meletak motor. 

Yeah, this is the true island of UniSZA ! ;)
p/s : CikNin dan Sheeda jadi exco pengumpul dana untuk Majlis Makan Malam Teslian. Will tell you more later kay? ;)

Saturday 15 December 2012

Pack Schedule .

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum guys , pembaca setia blog CikNin yang tak seberapa ni . Thanks a lot yaa ! So , I think it almost 3 weeks that I haven't update my blog . What a long time huh ? Pardon me cause I have no much time to update . Hee . This semester is really challenging , full of new things that I need to explore and face them ! Well , just wish and pray for my best here , kay ? The schedule of mine , quite pack than last semester . Got many things to do and need to be settle . . Huu . .

Minggu kedua semester bermula , CikNin dan kawan-kawan terlibat untuk Majlis Penutup Pesta Konvokesyen UniSZA . Alhamdulillah , semua berjalan dengan lancar dan baik-baik saja . Walaupun masa tu , CikNin tengah demam + selsema . Kena pulak berjemur tengah panas . Hee , dugaan . Kelas pun tak berapa nak berjalan sangat masa tu , sebab semua pensyarah terlibat dengan konvokesyen tu . Stres dibuatnya , maklumlah kelas-kelas yang ditunda tu pasti akan diganti pada masa yang akan datang . Tak suka ! *mengada*





Semester ni pun , dah ada kelas malam . . . Untuk subjek Educational Psychology . Hmm , pensyarah luar , so , masa free yang ada malam jelah . Reda-reda ! Program untuk Teslian yang dianjurkan oleh senior-senior kami pun banyak jugak sem ni . Takpe-takpe , semoga seronok serta bermanfaatlah segala program yang dirancang itu . Insya-Allah . :D Dalam masa yang terdekat ni , Teslian akan ada Family Day yang akan diadakan pada 25 Disember ni . Time Krimas tuh . Beberapa hari lepas tu , cuti pertengahan semester !! Hooyeh !! I really can't wait for that , seriously ! I need my time to rest just for a little while . Otak boleh dikatakan agak tepu dah ni . Hee .

Cousin CikNin yang kat Perlis dan baru habis SPM tu , sekarang ada kat KB . 'Azmina and her just arrived at KB yesterday . Sedih , dapat jumpa sekejap je . Hmm . Eh , lupa nak cakap . Rezeki CikNin , I got scholarship from JPA . Alhamdulillah . Tu pun banyak jugak dugaannya . ^^

Okay guys , see ya next time ! :)
Assalamualaikum . . .