Tuesday 22 January 2013

It's Unfair!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum, heyya! Memang dah lama sangat kan CikNin tak update blog ni kan? Serius cakap, lepas je cuti midsem hari tu, kerja, assignments dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya, terasa luar biasa banyaknya... Sekarang ni, setiap hujung minggu akan ada program. Minggu lepas, Teslians baru sahaja selesai dengan program 'Sharing Moment' dan juga 'Family Day' yang berlangsung dengan sangat berjayanya. Demi Allah, jujurlah CikNin cakap, satu pengalaman dan juga hari yang paling best dan sangat indah! Gonna share and talk more about this later, kay. ;)

So, for today's entry, I would like to say something. Yah! I'm so busy lately, till it is impossible for me to text people and what more to reply their texts. It's not my intention to do that! So, you don't have to text me and got angry and all, saying that I already ignored you and others just because of that reason... If so, why don't you text me first? Why it has to be always me? I just don't get it! If I'm not texting you, doesn't mean that I've already forget you and others or whatever you wanna say that! >:(

You know what, I don't even have the time and chance to make a phone call to my parents and family, and now you're expecting me to always keep in touch with you? Oh My Allah, wake up please! Please, do understand me only for once! Bukan hanya kamu saja yang CikNin tak bertanya khabar, tak balas mesej. Ramai lagi kot orang lain.. Tak payahlah nak sentap bagai. Hantar mesej marah-marah... CikNin yang tengah busy dengan segala kerja yang menimbun, dengan final exam yang dah tak lama lagi tu, tak ke rasa macam lagi stres? Rasa macam nak bunuh orang pun ada. Haishh , Nauzubillah! Bayangkanlah, dengan keluarga tak sempat nak tanya khabar, apatah lagi dengan orang lain?

Orang lain, elok je boleh tanya kenapa CikNin senyap, seolah-olah hilang ditelan bumi... Susah sangat ke nak buat benda yang sama? CikNin tak minta apa-apa pun, cuma sedikit pertimbangan dan juga pemahaman. Yes, buat masa sekarang CikNin tak boleh dan tak sempat nak balas mesej yang tak penting. InsyaAllah, bila semua dah kembali normal, CikNin akan balas mesej-mesej kalian itu... For now, I really need my time to handle and settle many things. And PLEASE, stop judging me. Thank you. :)

I think it's unfair for me, if you don't know what's happening.

I'm so sorry.

Thursday 10 January 2013

Mereka Sahabat UniSZA.

Bismillahirrahmanirrahim.

Yes, entri kali ini pasal sahabat lagi. =) Kenapa? ;)
Semalam, UniSZA telah mengadakan Hari Warga UniSZA Sihat dengan jayanya dan telah disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi diploma UniSZA, semestinya. Heh. Jadi, kelas CikNin untuk siang hari itu dibatalkan. *heaven ke?*

Aktiviti yang diadakan pagi semalam ialah Senam Robik, pukul 10 pagi. Oh yeah, dah lama sangat CikNin tak aerobik ni! Memang seronoklah senam robik tu, ditambah lagi dengan adanya sahabat-sahabat di sisi yang sentiasa ceria dan bersemangat! Haha. Azi salah seorang daripadanya. Apa tidaknya, siap duduk dekat depan lagi. CikNin pun ikut jelah dia tu. Memang seronok tengok gaya Azi yang bersemangat tu, ikut je apa yang instructor tu buat. Heh. =D

Selepas Zohor, kami bergerak pulak untuk aktiviti kemuncak. LARIAN KAMPUS UNISZA. Yup, larian kampus. CikNin mengaku, CikNin sememangnya lemah sikit bab-bab larian ni. Heh. *sengih nampak gigi*
Jadi, kami dah putuskan hanya nak berjoging sahaja. ;) Ika siap bagitau lagi, "nasi yang aku makan tengah hari tadi tak cukup nak tampung aku lari laju nanti." Yelah tu Ika sayang oii.. Tapi.... lain pulak yang jadi.

Lepas berkumpul dan membuat sedikit regangan untuk memanaskan badan, kami dilepaskan. Mula-mula larian tu, 5 orang sahabat ni masih lagi bersama. CikNin, Ika, Azi, Leeda dan Athirah. Tak lama lepas tu, dah mula berpecah. Ika dengan Azi dah lari laju ke depan. Ika paling depan sekali dengan diikuti oleh Azi. CikNin, Leeda dengan Athirah memang dengan selamba badaknya berlari + berjoging bersama. Apa yang terbaik sekali semalam ialah kami semua berlari dalam hujan! Heh. Nasib baiklah hujan tak lebat. Bagaikan merahmati larian kami itu dengan suasana yang damai dan sejuk. *chewah, gitu!*

Kelibat Ika dengan Azi memang dah hilang dari pandangan. Laju betul diorang. Memang terbaik! Maka, berlarilah kami sehingga ke kawasan penamat. Sebelum sampai tu, Azi dah telefon Thirah, bertanyakan di mana kami berada. Maklumlah, dia dah sampai dulu kan? Hehe. Thirah tanya Azi dapat nombor tak untuk larian tu. Jawabnya tak. Ika pulak tak tahu ke mana. Dapat nombor kot.. :)

Sampai di garisan penamat tu, acara pembahagian hadiah baru nak berlangsung. Jumpa dengan Azi dekat situ tanpa Ika. Kami tunggu nama Ika dipanggil, sebab memang dah yakin sangat Ika dapat nombor dalam larian tu. Tunggu punya tunggu, nama Ika tak dipanggil. Azi dah panas punggung. Seketika kemudian, peserta perempuan yang mendapat nombor empat dalam larian diumumkan, Nurul Atika binti Muhammad! Kami bersorak untuk Ika tak ingat dunia! Elok je Ika turun dari pentas, terus CikNin dengan yang lain terkam dan peluk Ika! Subhanallah, memang tak jangka langsung Ika dapat nombor empat! Memang hebatlah! Memang depan-depan orang ramai tu kami peluk dan bersorak untuk dia! Biaq pi lah orang nak tengok ka apa ka.. Bangga gila kott!

Lepas tu apa lagi, sesi bergambarlah pulak! Ika bergambar dengan semua yang ada termasuk dengan budak-budak kelas mereka. Haziq dengan Izzat. =)

Serius, seronok sangat tengok mereka gembira sangat semalam. CikNin pun sama. Ditambah pulak dengan hadirnya orang baru dalam hidup Ika dan kami. Sempoi gilaa! ;D Apa-apa pun, congratulations again Ika, roommateku tersayang! Sayang kau dengan korang semua, Azi, Leeda dan Thirah! <3 Best friends till Jannah, Amin. =D









They are my BFF ! =)


Friday 4 January 2013

Annual Dinner Project.

Bismillahirrahmanirrahim...

So, last two weeks, me and Sheeda and the seniors organised a stall for MPP Carnival. The main aim of the stall is we need to raise fund for our Annual Dinner, which is going to be held on this 22nd of February. Sheeda and me and seniors, Kak Radziah and Kak Farah are the excos for the fund. So, wanna know what did we sell during that three days? ;)

Murtabak Maggi, Chocolate Marshmallow and float drinks... Hehe. Murtabak maggi, semester lepas kan kami dah jual benda tu waktu bulan Ramadhan di Bazar Ramadhan UniSZA. So, we think that we should continue the tradition. Kenapa? Sebab murtabak maggi kami memang mendapat permintaan serta komen yang positif daripada pelanggan. *gaya macam ahli perniagaan dah ni* ;) Marshmallow coklat tu idea baru. Alhamdulillah, memang kencang perniagaan kami selama tiga hari tu. :)

Pengalaman buat CikNin memang banyaklah walaupun hanya tiga hari. Bayangkan, berniaga dalam hujan, walaupun duduk bawah kanopi. Kalau hujan lebat, memang basah jugak. Penat memang tak payah cakaplah. Kalau balik bilik tu memang nampak katil dengan bantal jelah... Gerai dibuka pukul 10 atau 11 pagi dan berakhir jam 12 tengah malam. Lama jugaklah. Tapi, kami bergilir-gilir bertugas jaga gerai tu. CikNin dan Sheeda selalunya jaga gerai waktu malam. Walaupun hujan, tapi seronok sebab ada kawan-kawan dengan senior-senior kami yang sangat sporting, dan gila-gila! Memang happening gilalah diorang. Abang Ifwat, Abang Akmal, Abang Hafiz, Abang Aizat, Kak Aisyah, Kak Radziah, Kak Farah, Kak Nik, Kak Adda, Kak Ika dan ramai lagi. Hee.

The great seniors :D

Dapat sijil lagi tau! ;)

The crew. *ignore my pale face there*

Tiga hari, menjadikan kami lebih rapat dan lebih saling mengenal antara satu dengan yang lain. Yes, memang sebelum ni dah kenal, tapi tidak serapat itu. :D Sesungguhnya silaturrahim dan ukuwah itu sungguh indah. Juga, semangat kerjasama, saling bantu membantu. Serius cakap, tiga hari tu memang sangat best dan bermakna. Terima kasih kepada Senior Ifwat yang membawa CikNin dan Sheeda dalam keluarga exco Annual Dinner ni. :D

Haa, untuk kumpul dana ni, aktiviti yang kami jalankan bukan setakat jualan gerai ni je. Ada banyak lagi aktiviti. Antara yang dicadangkan ialah, car wash, bersihkan bilik dan rumah pensyarah, jumble sale, movie night dan mungkin ada beberapa lagi aktiviti. InsyaAllah, semuanya akan berjalan selepas cuti ni nanti dan semestinya sebelum Annual Dinner tu. Tema Annual Dinner tu, Senior Ifwat dah tetapkan tema Shades of Blue. Biru tu... I'm still looking for the clothes that I'm gonna wear on that night. Haihh. Susah betoii laa bab baju ni. =,=' Letak tepi dululah benda tuh.

By the way, agaknya belum lewat lagi kott untuk CikNin ucap Selamat Tahun Baru 2013. May this new year bring more blesses and good things. InsyaAllah. Make good Hijrah kay. CikNin pun perlu berhijrah lagi ni. Sama-sama kita buat eh? Amin.. Okey guys, sampai sini dululah ye. Until we meet again ! :D

p/s : To you, I'm Sorry. :)