Saturday 9 February 2013

Teslian's Family Day!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh! Subhanallah, memang tersangat lama kan CikNin ni tak update blog tercinta ini. Alhamdulillah, CikNin telah berjaya melalui hari-hari yang sibuk lagi mencabar itu dengan sebaiknya. Alhamdulillah.. Assignmentss dan presentationss pun sudah berkuranglah sedikit. :DD
Ambik tuh, big smile CikNin bagi. Heh.

So, hari ni CikNin nak update blog tercinta yang nyaris-nyaris tak berkulat ni. CikNin akan cuba 'topup' balik dengan entri-entri terbaru, sebab dah lama sangat takde cerita apa-apa kan? Heh.

Jadi, pada 18 Januari 2013 yang lepas, Teslians telah mengadakan Hari Keluarga. Hari Keluarga ni berjaya dilaksanakan dengan segala usaha senior-senior semester 6 kami yang tidak berbelah bahagi tu. Mereka tersangatlah kreatif dan amat berbakat! Sumpah CikNin cakap, it is the best Family Day ever! Family Day kami ini melibatkan semua semester. So, silaturrahim dan ukhuwah antara kami dapat dijalin serta dieratkan lagi. :D

Family Day kami bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada malamnya. Lama kan?? Walaupun begitu, segala aktiviti yang sangat gempak dan gila cool yang ada pada hari tu, ditambah pulak kerenah para senior yang memang boleh buat kami pecah perut, ketawa sampai tak kering gusi tu, ternyata menghilang segala penat dan lelah tu hilang macam tu je. Hilang bagai diterbangkan angin lalu, dibawa badai deras... Hah, inilah bahananya kalau CikNin ni dah jatuh cinta + sayang gila dekat senior-senior semester 6 dan semester 4! Opps, kantoi sudah! ;D Hiks! Oh yaa, Teslians juga turut dibahagikan kepada rumah sukan masing-masing. Rumah Biru, Merah, Kuning, Oren, Hijau, dan juga Ungu. And I was in the Blue Team! Yeah, the Blues Clues! Hehe.

Pada pagi 18 Januari tu, aktiviti kami dimulakan dengan 'Aerobik'. Huh, terbaiklah senior-senior kitorang! Sempoi habisss.....! Haha. Selepas 'Aerobik', sepatutnya kami akan teruskan dengan 'Outdoor Games', tetapi, kerana cuaca pada pagi itu tidak mengizinkan, awan mendung yang hitam serta angin yang agak kuat, membawa petanda bahawa bumi akan dibasahi hujan pagi tu. *ching! *ayat berbunga gila*
Tetapi, itu tidak melemahkan semangat kami. Maka, senior kami, Abang Amril, selaku pengarah projek untuk Family Day hari tu, telah menukar tentatif. 'Indoor Games' dijalankan pada pagi itu. Hehe. Best habis!
Enjoy the photos! ;)





Senior semester 4 =)

Beloved senior semester 6 ! <3







See??? Sporting yang amat kan mereka? Haha. Tu baru part aerobik.
Ni part yang 'Indoor Games' punya! ;D Here we go! The Fashionista!! ;DD
























Haha. Rasanya korang cam siapa yang ambil part dalam Fashionista tu kan? Yeah, I took part on that game and it was soooooooooooooooooooo AWESOME ! Haha. Seriously! Jadi Queen kitorang masa tu. Memang kelakar sangat! Mula-mula setiap orang dalam team kita tu mesti datang ke depan dan reka apa sahajalah untuk 'model' yang tak bergaji yang setia tegak berdiri sampai habis masa tuh. Adehhlaa, satu pengalaman yang tak boleh CikNin lupakan. Bukan itu aje, lepas dah habis mereka semua ni reka pakaian kami daripada surat khabar tu, model-model ni disuruh pulak buat 'Catwalk' kat tengah-tengah orang ramai dekat situ! Adehhlaa, memang sakit perut CikNin time tu! CikNin pulak, entah roh, semangat dari mana entah yang merasuk CikNin hari tu, tiba-tiba je jadi seorang yang tak pemalu hari tu! CikNin dengan selamba je buat 'catwalk' gaya macam apa entah. Tapi, sumpah lawak gilaa!! Haha. Well, it deserve that. I won that 'Fashionista'! Haha. Yes, CikNin menang! Ngaaa! Unbelieveable! ;D

The next game was 'The Longest, The Best'.. Aktiviti ini memerlukan semua orang dalam setiap team mengeluarkan satu barang untuk disambungkan antara satu sama lain bagi menjadikan satu garisan yang panjang. Well, the longest, the best! Hee. :D












Amacam? Okey tak? Hiks. ;)
So, enjoy the rest ya? Tak larat nak cerita dah. The photos will tell you everything.. :)






Our senior of semester 6!

Game di atas ni nama dia 'Detective TESL', di mana setiap team perlu memilih 5 orang ahli dan mereka dikehendaki mengenalpasti serta mengingati setiap barang-barang yang ditutup dengan kain. Masa yang diberikan hanya sekejap untuk mereka mengingat semua benda yang ada. Seterusnya, mereka dikehendaki menulis semula senarai barang-barang yang telah mereka hafal tadi. :D

Game berikutnya ialah 'So You Think You Can Sing'! Game ni melibatkan semua ahli dalam setiap team. Dalam game ni, setiap orang perlu menyanyikan sedikit sedutan lagu daripada huruf terakhir dalam sebuah lagu.. Tak faham? Meh CikNin terangkan sikit. Contoh yee :

Sedutan lagu 'Count On Me' oleh Bruno Mars,

You can count on me like one, two, three, 
 I'll be there... (berakhir dengan huruf E)
Ahli kumpulan yang lain mestilah menyambung dengan lagu pilihan dia sendiri, dimulai dengan ayat yang bermula dengan huruf 'E' tersebut. Contoh :

Sedutan lagu 'Billionaire' oleh Travie McCoy feat. Bruno Mars,

Everytime I close my eyes,
I see my name in shining light.. 

Maka, begitulah seterusnya, sehingga ada yang tersangkut tak dapat nak jawab dalam masa yang diberikan. Menarik kot, memang menguji minda dan berapa banyak lagu Inggeris yang kita dengar sebenarnya. Huu. ;)
Photos! :D






:DDDD

Selepas semua 'Indoor Games' dijalankan, kami berehat dan boleh balik bilik kerana memberi laluan untuk Solat Jumaat dan Solat Zuhur.. 'Outdoor Games' pula berlangsung selepas solat Jumaat.

'Outdoor Games' dibahagikan kepada dua, iaitu, 'Educational Race' dan 'Mini Sport'. Kedua-dua games ini berlangsung serentak. CikNin terlibat dalam 'Edu Race'. :) Tapi, 'Edu Race' untuk Blue Clue's team hari tu hanya ada empat orang sahaja. Yang lain terlibat dalam 'Mini Sport'. Walaupun begitu, ia tidak langsung mematahkan semangat kami! Huhu. Let's check it out the photos!

This is Amril, the Project Manager! ;)





















'Edu Race' ni gila punya exhausted! Berlari ke sana ke mari. Setiap selepas selesaikan satu tugasan mesti berlari semula ke checkpoint dekat depan blok Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Aiseyy, memang penat yang amat, berpeluh habis satu badan. Nasib baiklah semua tugasan yang kami mesti selesaikan tu tak susah atau tidak terlalu mencabar fizikal dan mental yang melampau. Takdelah yang suruh panjat pokok kelapa ke, suruh jernihkan balik air nila ke... Heh!

Now, we move to the aktiviti kemuncak pada hari tersebut! We called it 'Tug of War'! Hoho! Acara tarik tali!! Ngee~ Memang gempak habisss lah acara kemuncak pada hari tu.. Tersangat sengitlah sampai rasa macam nak buat lagi sekali je.. Apa-apa pun 'Tug of War' tersebut memang berjalan lancar dan dan terbaikkkkkkkkkkkk!!! *ching!* ;DD

Here's the photos! =)

























Yeahh!! Dengan berakhirnya 'Tug of War' tersebut, maka berakhirlah 'Outdoor Games' pada hari itu.. :D Pada malamnya pula, kami solat Maghrib, Isyak serta solat Hajat secara berjemaah. Bagi menutup tirai 'Family Day' kami itu, satu tayangan video untuk 'Family Day' sepanjang hari itu. Serius cakap, it's the best Family Day ever!

;DDDDDDDDDD