Friday 9 September 2016

Women.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Kenapa perempuan tak boleh garang?" 

"Women's role as Guardian of Society. Kita mengharapkan perempuan yang lemah lembut, sopan santun. So that kaum lelaki ada tempat untuk bermanja, untuk hilangkan stress stress mereka. Untuk menjadi bahagia. Sebab tu la perempuan ni mengagumkan. Mereka memberi kebahagiaan tanpa mereka sedari."

"Garang diluar lembut di dalam. Marah marah sayang."

"Garang kami pada yang tertentu tapi sopan santun kami sentiasa. Ada masa dan orang tertentu."

"Hm so garang yang comel ke? Haha. I don't know girls. So tell me about girls."

"Girls are complicated. Sometimes we confused with ourselves."

"I know girls are complicated. Semua orang tau. Hahaha. Dan, semua orang comel. Tapi semua orang beza kecomelan dia. Faham tak? Comel or cantik tu tak kisah which one. But yang paling penting is that aku happy dengan dia. Muka yang cantik tak menjanjikan hubungan yang bahagia. Kejujuran tu yang penting. Dari kejujuran datangnya kasih sayang. Dari kasih sayang datangnya bahagia. Itu barulah cinta."

"Yes, sebab tu I don't do relationship. Based on observations semua, rasa macam leceh betul bila in a relationship ni. So for now kalau jodoh tu sampai nak ketuk pintu hati ni, ketuklah. Ketuklah asal jangan bagi harapan palsu main knock knock who's there. Yea, harapan palsu berada di mana mana. Tapi, jangan jadi orang yang memberi harapan palsu tu."

"Tapi kan, orang selalu salah anggap. Orang selalu salah sangka. Aku yang jadi mangsa."

"Kenapa orang salah sangka? Kena tengok jugak cara kita layan orang tu macam mana. Tapi, tak dinafikan pun perempuan memang mudah jatuh hati or perasan bila ada orang care pasal dia. Dan bukan salah kau kalau kau memang takde cakap pasal benda-benda yang boleh bagi harapan dekat dia. Perempuan tu yang salah faham."

Ya, benar. Perempuan sememangnya mudah tersentuh. Cepat perasan. Cepat jatuh sayang. Itu lumrah mereka. Lelaki hanya berbuat baik. He's just being nice. He just wanna make you happy. Sebab itu salah satu lumrah lelaki.






Friday 15 July 2016

Life & Love.

Bismillahirrahmanirrahim.

Is it wrong to have feeling towards someone? Is it a crime?
It's a yes kalau orang tu dah berpunya, dan kalau perasaan tu nafsu. Zina hati. You gotta know how to differentiate between love and lust.

Kalau pure and tak berpunya?
Mana tahu pure? Sebab biasa kalau cinta pandang pertama atau cinta dalam masa sebulan dua tu lust. You gotta know the person to really love them.

Feelings is what makes a human, human.
Usually it's either lust, or loneliness. Love isn't easy to come by. But, mostly loneliness.

Love doesn't work like, I knew you for months or less and I think I really knew you.
Don't fall in love when you are lonely. Fall when you are ready.

How to differentiate Love and Loneliness?

Macam mana kau tau kau really love that person?

Loneliness tu bila kau cari je sesiapa. Kau tak kisah asal ada teman.
Love tu bila kau dah fixed memang nak sorang aje.
Bila lonely ni kau jadi possesive, obsessive, negative.
Bila love kau tolerate, patience, positive.

What if you were lonely, then a person came. Is that love right there?
No.

Setakat masalah cinta bodoh tak bawak mati lah. Cinta Allah SWT dulu, cinta parents dulu, cinta diri sendiri dulu. Come on la. Kita bukan budak form 2 nak buat cerita give up nak mati, give up nak bunuh diri. This is not Wechat. Kau suka orang tu, kau nak try dia, try. Mintak pendapat. Bukan sikit-sikit nak mati, sikit-sikit menyusahkan orang. Kalau rasa tak akan dapat, mintak pendapat cara nak move on.

Mati kerana benda dan rasa yang tak pasti adalah benda yang paling bodoh yg dibuat manusia.
Jika mati kerana cinta, apa yang kita dapat in the end. Give up bukan jalan dia. Senang sangat nak give up.

"Cinta akan datang jika tepat masa, ketika, keadaan, dan SIAPA."
– Tentang Cinta. Pahrol Mohd. Juoi.

"Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang kita lihat, tetapi kita boleh mengubah diri kita yang melihatnya. Jika tak dapat apa yang kita suka, maka langkah terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!"
– Tentang Cinta. Pahrol Mohd. Juoi

"Di dalam dunia penuh dugaan kita tidak boleh punyai hati yang rapuh. Di dalam kehidupan di mana ramai sekali manusia suka bercakap ikut sedap mulut, kita tidak seharusnya terluka dengan kata-kata."
-Pahrol Mohd. Juoi


Monday 30 May 2016

The Bond.

Bismillahirrahmanirrahim.

It's gonna be three months. Kalau tiba-tiba salah seorang tak ada nanti, macam mana agaknya? Like, what did we do when we last saw each others?

When is the last time we met? That's why I never say goodbye. Goodbye means forever. - Til' next time.
We have no idea what's gonna happen after this. Tomorrow, soon. But, what matters is, right now. Selagi masih ada ruang dan peluang.

Live the moment to its fullest. 

This, is a family, and live it. That's why we live the moment now. And family means, we stick together no matter what.

Ohana.

Salud, mi familia. 

Saturday 28 May 2016

If And Only If.

Bismillahirrahmanirrahim.

I'm wondering, how could you tell me that I'm such an ignorant and I abandoned you.
You guys are my friends. Somehow I can say, my best friends. You guys should know me better. You guys should know, why I was behaving like that.

If only you guys know what was exactly happening for the past few months. How life has been treating me and us. Well, not only us, as well as them.

I wasn't selfish.
I wasn't ignoring you guys.
It's just that they really need me at times,
and they never asked for it.

It's me, it was me who wanna help them. It was me who try to ease their burdens and problems.
It was me at the first place.
Because, that's the least I can do.
That's the least I can help.
Only that.

However, every time I try to fix and make things up, you guys seem to be reluctant.
I don't know if my efforts didn't seem to be noticed or what.
I don't know.
I've tried.
It's okay, I'm fine with it.

I know, it was me who started it at the first place. I deserve such attitudes from you guys. No, I ain't blaming you guys. No.

You, people. If only you know, people.
If and only if.


Friday 27 May 2016

Second Choice.

Bismillahirrahmanirrahim.

Being someone's second choice or option is awful, you know.

Why?

Sebab hari-hari kau akan makan hati berulam jantung, sedang mereka makan lauk mewah.

Sebab semua benda yang mereka buat, kau jugak yang kena beralah di penghujung hari dan waktunya.

Semua benda pasal dia yang kau patut tau, kaulah orang terakhir yang tau. Sampaikan bila orang duk bercerita pasal dia, kau tercengang-cengang; tak tau hujung pangkal. Orang lain lagi tau pasal dia dari diri kau sendiri. Padahal kau yang dikatanya, better half. Yeah, second better half dia. *sinis*

Kalau dulu boleh saja, contact selalu. Kalau dia keluar dengan member ke apa, boleh je dia text kau. Tapi, tu dulu la kan.
Sekarang? Dia suruh kau tunggu dia balik dulu, baru dia contact.

Aku tau, korang tunggu dia sampai lewat pagi. Hingga 2, 3, 4 pagi. Aku tau, kau nampak dia online dekat Whatsapp. Tapi, kau tak berani nak tegur. Kau takut dia busy, tengah contact family ke, classmates atau coursemates dia. Walaupun kau sangat tau, dia online sampai 2, 3 pagi. Takpun, sebab kau dah tau jawapan dia. Nanti malam dia contact kau. Kalau dia contact kau, kira dah beruntung kan? Kalau tak, dapat mesej good night je. Tu pun kau dah bersyukur sangat. Sedang kau tunggu dia. Nak contact dengan dia. Aku faham.

Dengan yang pertama, dia boleh on the phone sampai pukul 2, 3 pagi. Sedang masa tu kau tunggu dia. Kau harap sekeping text atau Whatsapp dah kira mencukupi. Kau on the phone dengan dia, berapa minit? Cuba bagitau aku? Aku tau. Dapat setengah jam pun jadi. Kalau tak, 6 hingga 10 minit je. Kurang dari tu pun ada. Jangan tipu, aku tau.

Kalau dulu, segala aktiviti dia kau tahu. Macam PA dia kan? Sekarang? Dia buat apa, dia dekat mana pun kau tak tau kan?
Sebab dah jarang contact. Kau tau, kau faham, dia busy.
Tapi, tengok-tengok dia keluar dengan yang pertama. Bila kau tanya, dia kata tak sempat nak bagitau.
Tapi, masa kau call dia tanya dia buat apa, dekat mana, dia kata dia keluar. Masa tu tak pulak dia bagitau kau dia keluar dengan siapa kan?
Aku tau, masa kau call dia tu, kau bukannya nak siasat dia kan? Kau cuma rindu dia. Sangat. Kan?

Aku tau kau sedih. Kau tak minta dia tipu kau pun kan? Tapi cukup sekadar cakap dan bagitau benda yang betul. Jangan tipu kau. Itu je. Katakan yang benar walaupun pahit. Ia buat kau jadi lebih sakit bila kau tau semua benda tu sendiri kan?

Aku jugak tau sekarang kau cuma dapat contact dia bila lewat malam je. Itu pun dia balas lambat. Tapi, takpe kau kata. Kau bersengkang mata sebab nak contact dia. Kau yang dah tertidur pun boleh terjaga balik. Sebab apa? Sebab dia kan? Dalam hati, kau dah risau sebab kau takut dia dah tidur, sebab kau lambat balas text atau Whatsapp dari dia. Sebab aku tau, masa tu jelah satu-satunya masa yang kau ada untuk contact dia.


Aku tau, kau pun selalu beralah dan tak kata apa-apa bila dia dengan yang pertama tu bersweet ke apa dekat laman sosial. Kau nampak, tapi kau butakan mata kau. Kau dengar, tapi kau pekakkan telinga. Tapi, aku tau, hati kau nampak, hati kau dengar.
Dan aku jugak tau kenapa kau diamkan saja, sebab kau takut kau gaduh dengan dia. Sebab apa kau tak nak gaduh dengan dia? Kau fikir tak guna gaduh sebab kau dengan dia pun punya masa yang sangat limited untuk benda tu semua. Lebih baik kau guna masa yang ada tu untuk catch up masa kau dengan dia. Daripada bergaduh dengan dia kan?

Tapi, dia tau tak semua tu? Tau tak?

Dia kata dia sayang kau, tapi dia lagi sayang yang pertama.
Dia suruh kau mudahkan kerja dia.
Diam dan buat tak tau je semua benda yang dia buat dengan yang pertama.
Aku tau kau boleh buat, tapi sampai bila kan? Kau terpaksa jadi penonton untuk semua tu.
Sampai bila kau nak jadi kalis perasaan macam tu. Walau aku tau, sebelum kau tidur, bantal yang menadah dan menyapu air mata kau.
Aku tau.

Mudah jugak dia kata, kau boleh bermadu. Bermadu? Kalau sekarang pun dia dah tak berlaku adil dekat kau, usah kata bila kau orang dah berkahwin nanti. *sinis*

Lagi satu, jangan tamak. Dekat sini pun dia nak, dekat sana pun dia nak. Pesan aku dekat dia, jangan tamak. Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Belajar setia. Jangan seksa hati orang. Berdosa. Hati orang bukan mainan. Bila kau nak, kau ambik. Tapi, bila kau tak nak, kau letak tepi.



Macam mana aku tau semua tu?

Been there, done that. Period.


p/s: This entry was actually written two years ago. But, it was safely keep in the draft box. Why? Because I didn't have the courage to publish this back then due to some reasons. But now, I think this is the time. :)

Saturday 16 April 2016

Tunggu.

Bismillahirrahmanirrahim.



Life sucks
katanya.
Menunggu itu menyakitkan.
Tak kisahlah kau tunggu apa pun
dalam hidup kau.

Kau buat orang tertunggu-tunggu.
Siap boleh bergembira.
Huha sana
Huha sini.
Sikit tak fikir.

Sekarang
biar kau pulak tunggu dia.
Biar kau tau rasa
macam mana sakitnya
menunggu.
Sebab kau tak pernah rasa.
Sekarang rasakan.

Ya,
kadang-kadang kita perlu pentingkan diri.
Sebab selama ni kita dah selalu
fikir pasal orang lain
Selalu letak orang lain
melebihi diri kita sendiri.
Lagi fikir perasaan orang
dari fikir perasaan sendiri.
Tapi kali ini,
kita kena ego.

Ujian buat kita.
Justeru, Tuhan lagi sayang kita
sebab Tuhan selalu uji orang yang
Dia sayang.

Tuhan juga uji dia.
Nak tengok betapa menghargai 
itu diguna pakai.


Kadang-kadang putus asa itu perlu
bila kita dah tiada sebab untuk
bertahan dan tinggal.


Masa dia belum tiba lagi.
Bak kata orang putih,
What goes around, comes around.
Apa yang dia buat pada kita,
orang lain pula akan buat pada dia.

Hidup bukan selamanya
di atas.
Sampai masa
roda berputar
ke bawah pula.


Kalau penat
Berhenti.
Bagi hati, fikiran dan mata
berehat.
Hati, fikiran dan mata tu
dah banyak bekerja.

Kalau benar 
Tuhan izinkan
Pasti kembali
pasti berhasil.
Buat masa sekarang
Berehatlah.

Wednesday 23 March 2016

The Kontena Mobbers - Flash Mob Uptown Kontena/Dapo Pata.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum! So, last week, I've joined a flash mob organized by the owner of the Uptown Kontena .aka. Dapo Pata; PokDi, at Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu. Yeap, a flash mob. Haha. I don't even know how aku boleh terjebak (amboi, terjebak) dalam flash mob ni.

Ceritanya bermula bila me and my groupmates went for outing dekat Uptown Kontena tu. Saja lepak-lepak, release tension. Lepas tu dekat sana, terserempak pulak dengan classmates aku yang lain. Duduk lepak sekali. At that time, they were discussing about the flash mob. And I was invited to join them. Hee. :)

Night discussion

We took about two weeks, practicing the flash mob. Sketch and dance! Wehoo! That two weeks were hectic. Masa tulah due date assignment, quizzes and test, audition teater lagi, malam pergi practice flash mob. Pheww. But, Alhamdulillah, I managed to balance all those things. :)

UniSZA feat. UMT


That's the crew from UniSZA. From left, Farid Farhan, Habibullah, Saiful, Ali and last but not least, Haziq. Semua ni classmates aku. Yea, I'm the only girl from UniSZA. But, it wasn't awkward to be with them. Gila-gila masuk air semuanya. Asyik terhibur je aku. Hikhik.
Haa, our main choreographer for our flash mob; Farid Farhan. Gila gempak, tak sangka aku. Berbakat rupanya. Diam-diam boleh menari, siap boleh ajar orang lagi.


For your information, this flash mob is a collaboration between UniSZA and UMT's students. It's a good thing sebab boleh kenal orang baru dan boleh merapatkan silaturrahim antara universiti. Another thing that I realize and notice is, we become close to each other.  Close like a family. And, I admit, I love this family. :D
So, the Tuesday night was the night. We were nervous but hey, we nailed it!. People were swarming around us. Clapping and cheering us that night. It was full of joy! 

Uptown Kontena
Part of the crew!
Kontena Mobbers
Flash mob malam tu disokong oleh budak-budak kelas kitorang yang supportive. Kemain promote dekat diorang dengan orang awam. Not to forget, my Twinnies, Lyaa and also Izma were also there! Thanks girls! :*

Lyaa, Wani and Anne :)
Anne datang Uptown Kontena semata-mata nak tengok aku perform.
So sweet of her, thanks sayang. :')
Yang kusayang. :*

Tak dilupa juga, groupmates yang paling sporting, juga datang memberi sokongan. Terima kasih Sophie, Lissa, Faiz and Aidan! :)






Great job, Kontena Mobbers! It's such a pleasure to collaborate with you guys. :DD



Kemain Habib.  >_<
Farid dan bunga-bunga dari UMT.


Sporting sungguh mereka-mereka ini. Komited; setiap malam turun padang buat latihan. Sayang kalian semua.



Haa, that was me that night. Watak ibu Ali untuk sketsa Ulek Mayang. Heee.



Kejutan dari PokDi selepas kami selesai flash mob; pertunjukan bunga api di langit Uptown Kontena. Tak sangka langsung ada bunga api lepas kami perform tu. Terima kasih, PokDi! :D




Terima kasih jugak untuk tshirt Kontena Mobbers yang cool ni! Love you, PokDi! :D







That's a wrap! Nantikan kemunculan The Kontena Mobbers di sekitar Kuala Terengganu pada masa akan datang! ;)

Oh ya, sila klik pada link di bawah untuk melihat video penuh flash mob kami. Happy watching! :)
https://www.youtube.com/watch?v=Kf3H3cTzON8

Friday 18 March 2016

Tasik Pepsi Blue!

Bismillahirrahmanirrahim.

Haa, pertengahan semester satu yang lalu, Twinnies mula ada hobi baru. Hobi apa? Hobi mencari dan mencuba sesuatu yang baru. Kami cari tempat-tempat best, tempat menarik untuk dilawati sekitar Terengganu. Tak kira tempat rekreasi mahupun tempat makan. Hehe.

Jadi, atas jasa dan semangat Anne, sampai jugaklah aku dan Sheeda ke Tasik Pepsi Blue, di Rusila, Terengganu. Adalah setengah jam ke 45 minit dari Kuala Terengganu. Nak masuk ke tasik ni agak berliku jugaklah. Tasik Pepsi Blue ni agak tersorok di sebalik bukit-bukau. Kereta kena park tepi jalan. Jalan kaki pulak masuk ke dalam. Tak cukup dengan itu, kena panjat bukit sikit. Lalu semak sikit. Fuhh, mencabar jugaklah. Tapi.....

Subhanallah, sumpah cakap, cantik gila tempat tu! Air tasik tu biru-sebirunyaaa!






Puas hati. Hilang penat bila dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Agung ni. Geram je nak terjun dalam air biru tu. Tapi, katanya tasik ni tak boleh mandi sebab airnya berasid. Tempat ni dulu asalnya tapak kawasan perlombongan emas. Kawasan tasik ni agak curam. Berbahaya jugaklah. Tipulah tak cuak bila duduk di tebing tasik tu.






Sehari selepas kami datang ke Tasik Pepsi Blue ni, tasik ni khabarnya mula ditutup kepada orang awam kerana risiko dan keadaan lokasi yang agak berbahaya kepada orang ramai. Masa hari kami datang sini pun, ada pegawai datang dan nasihati kami untuk pulang. Kebetulan masa tu tengah turun bukit nak balik. Boleh dikata rezeki kami jugaklah sebab sempat datang sini. Thanks to Anne, though. Ada jugak kenangan kami dekat Tasik Pepsi Blue yang indah ni. Nak pergi lagi memang tak dapat dah. 

It was so beautiful and blue. Setenang jiwa memandang, sedamai biru airnya.