Saturday, 28 January 2012

Dilema Perasaan =,=

Assalamualaikum u'olls ! Huhu . Bajet macam jiwang karat je tajuk post CikNin kali ni . Tapi , sungguhlah CikNin ni dah ala ala Dilema Wanita yang tak berapa nak dilema . Huh ! Bosanlah . Puh-lease la , CikNin dah tak larat nak face semua benda ni ! Okay , I just want to make everything's clear !


Hari tu kan , ada lah sorang mamat ni , senang citer , my ex - classmate , ada ke patut dia ajak CikNin couple ??? Tolonglah , CikNin dah tak berminat dengan semua tu ! CikNin dah lama tau yang mamat ni macam ada kinda crush on me since form 4 , waktu mula mula CikNin masuk sekolah Puteri tuh . *ayat macam bajet diri tu laku je . *dush , tumbuk kat muka . Dia yang cakaplah , bukan CikNin yang cakap .



Tolonglah , please , jangan paksa paksa CikNin untuk terima awak . Since form 4 lagi , CikNin dah cakap kat dia , I can't except him . CikNin hanya anggap dia sebagai kawan . K-A-W-A-N . Ada faham tak ?? Kalau dah orang tak nak tu , tak payahlah nak paksa paksa . Hello , CikNin ni tinggal di bumi Malaysia . Bumi Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi ! Yang mana rakyatnya bebas untuk memilih dan bersuara okey . Bebas untuk memilih tanpa ada paksaan dari mana mana pihak , okey ! So , puh-lease jangan paksa paksa saya okey ! Saya benci , saya tak suka !


Meh nok oyak sikit nih , kalu demo duk pakso pakso ore gewe nga demo , sedak ko ? Sedak ko gewe gituh ? Ore hop gewe nga demo tuh tak dop feeling lasung pung nga demo . Demo jah hop koya sorae . Pah mulolah nok oyak gewe demo tu berubohlah , gapo . *tengok , dah keluar bahasa Kelantanku !



Lagi satu , korang mesti selalu dengarkan quotes ni , 'Cinta tak boleh dipaksa , tapi boleh dipupuk '. Tapi , cuba korang fikir , kalau dah namanya dipaksa , nak pupuk cinta tu macam mana ? Susah wei ! Ingat senang macam korang makan kacang ke ? Nak makan kacang pun susahlah , mula mula kena buang dia punya kulit dulu . Ke korang makan sekali dengan kulit dia tu ? Nak tanya , korang suka ke kalau korang kena paksa ? Paksa korang buat benda yang korang tak suka ? Kalau korang tak suka , confirm korang boleh faham apa yang CikNin sedang rasa sekarang ni . Walaupun korang buat benda tu sekalipun , dah tentu tentunya korang buat benda tu dengan tak ikhlas lah kan ?? Kalau tak ikhlas , tentu nanti akan jadi something . Percayalah !


Ni pun berdasarkan apa yang pernah CikNin rasa sebelum ni . Kisah CikNin dengan dia tuh . Well , sekarang ni okeylah jugak . Tapi , yang paling CikNin tak tahan , mesti dia nak ungkit benda yang dah lepas tu . Benda yang dah jadi sejarah . Asal ? Nak bagi CikNin rasa bersalah eh ? Yelah , mana taknya kalau tengah mesej mesej tuh , mesti keluar bab bab hati dan perasaan semua tu . Awak , kita kan dah jadi kawan balik , so , buatlah macam kita kawan . Huh , mesti ada yang akan kata CikNin kejam lah apa . Tak faham perasaan orang lelaki . Habis tuh , kalau asyik CikNin je yang perasaan korang tuh , perasaan CikNin macam mana ? Nak buang dalam tong sampah ? Macam tu ? Kalau diikutkan , CikNin lebih pentingkan perasaan orang lain kalau nak dibandingkan dengan perasaan CikNin sendiri .


 Udah udah ler tu . Tolonglah , jangan bagi CikNin jadi kejam . Mintak tolong sangat sangat . Kang tak pasal pasal CikNin jadi anti - LELAKI . Jangan wujudkan satu perasaan meluat terhadap kaum Adam ni . CikNin memang benci nak benci orang . So , please jangan buat benda yang boleh buat CikNin jadi macam tu . I beg ! Maafkan CikNin sebab terkasar ke apa . CikNin sekadar nak berkongsi apa yang CikNin rasa . Lagipun , ni kan ruangan sosial CikNin . So , do I care ? 


Sorry to say , CikNin memang malas nak fikir pasal couple , cinta dengan semua benda tu . Lagipun , jodoh setiap manusia Allah dah tentukan since kita azali lagi kan ? So , kalau kita bercinta bagai nak rak sekali pun , kalau tak ada jodoh , tak kahwin jugak kan . Kalau rasa nak berchenta jugak , bercintalah dengan pencipta kita sendiri , Allah SWT . Lagi indah , lagi berfaedah . Serius CikNin cakap . Korang tak nak rasa ke indah bila kita bercinta dengan pencipta kita ? Renung renung dan fikir fikirkanlah . Bukan CikNin langsung tak fikir nak ada pasangan ke apa . Tak pernah rasa jealous tengok orang berpasang pasang , pernah rasa . Tapi , kalau dah belum tiba masanya lagi , baiklah tak payah . 


CikNin happy jugak hidup single macam ni . Family dengan kawan yang ada pun dah lebih dari cukup . Hidup happy jugak macam orang lain . Tak ada lah pulak sampai tahap nak jadi gila ke apa .


Sorry , I'm not ready to have a special relationship with men . *ayat berterus terang gila . 

Okeylah , bye guys ! Peace !





Thursday, 26 January 2012

Kuala Lumpur Tak Jadi !

Assalamualaikum ! Hoho . Lama kot tak update blog ni . Dah berhabuk sikit ler .. Hehe . Okey , just nak cakap yang family CikNin tak jadi nak gi KL ! I'm totally frust !!! Lama gila kot tak jejak kaki kat sana lepas hantar my abang , Ahmad Muzakkir ke USIM , last July . Huh . 


Hari tu Abah and Umi cakap nak gi KL time cuti Chinese New Year . Wah , boleh imagine tak macam mana bercahayanya muka CikNin macam ada spot light je kat atas kepala ni , bila watikah tu disampaikan . Eceh . Last last tak jadi jugak !!! Uwaa , frust tahap gaban ! My brother balik pulak Kelantan this February . 


Kalau diikutkan plan , actually CikNin dah sampai KL sekarang ni . Sebab , my uncle , Amin yang duk kat KL tu balik sini 2 3 hari lepas . So , memang dia dah ajaklah balik KL dengan dia . Happy der , orang tawarkan macam tu . Memang dah confirm CikNin nak ikut ! Lepas tu Umi and Abah cakap yang Amin ada kenduri adik ipar dia kat KL and Johor . Rumah Amin penuhlah dengan sedara mara sebelah wife dia , Aunty Zahirah dengan barang barang kahwin . Abah dan Umi cakap , ikut Che Sue balik KL lah nanti . Adehh , tak jadi jugak ikut dia !!!!! Frust + kecewa + terkilan + sedih . 


Hoho . Kesian kan ? Eheh , takpe takpe . Nanti Che Sue balik time cuti Hari Wilayah and Thaiphusam . CikNin memang tak kiralah , CikNin memang nak ikut ! Heh . 


Sumpah bosan tahap apa entah tengah orang cuti Tahun Baru Cina ni . Tak pergi mana mana pun . Petang semalam pergi Pantai Cahaya Bulan ( PCB ) dengan Amin . Hari ni gi jenjalan kat KB Mall je . Huh , bosan bosan ! Okeylah , bye guys ! Wallahualam .

Saturday, 21 January 2012

Contengan Hati :: 5 Cekal 2011 : The Legend ! :)

5 CEKAL 2O11 , SMK PUTERI ... :)

Benda paling best dan gempak yang pernah jadi dalam hidup CikNin . Kat sekolah Puteri nilah CikNin kenal macam macam orang dan ragam . Kat sekolah Puteri nilah CikNin telah ubah perspektif dan cara pemikiran CikNin . Kat sini jugaklah , CikNin belajar dan kenal bahawa bukan semua orang yang kita tengok jahat tu , jahat . Tapi sebenarnya , langsung tak jahat malah sangat baik , walaupun sekali pandang tu terasa ada aura macam Mafia Rusia . Hee ;p 


Tapi , bebudak 5 Cekal tu adalah orang yang tersangat baik dan cool gila , kalau kita kenal dan buat kawan betul betul dengan diorang tu semua . Kat sekolah tu jugaklah seorang Fatnin Fasihah ni kenal yang namanya 'Best Friend Forever and Ever' tuh ! Kawan kawan yang tak pernah kenal erti berkira langsung lansung hatta walau satu kuman pun dengan member member termasuk dengan CikNin ! 


Memang best gila gila berkawan dengan diorang tuh ! Sumpah ! Tak pernah ada langsung rasa menyesal ke apa ke kenal dengan diorang semua tu .. Diorang memang kawan kawan yang baik , baik sangat sangat sangat ! Langsung tak kisah kalau nak mintak tolong apa apa kat diorang . Seboleh bolehnya akan di'try' dan diusaha jugak nak tolong . Kawan kawan yang memang jenis satu kepala dan gila gila jugak ! Buatkan hari hari yang berlalu kat sekolah Puteri tu , langsung tak ada gaya nak bosan ke apa . Heh ! Nak bosan apakebendanya , pantang aje ada cikgu yang lambat masuk kelas atau yang memang tak masuk langsung tu , mulalah bebudak lelaki 5 Cekal dia ni akan bukak kelab karaoke , tak pun bukak kelab dikir barat , yang sememangnya tak ada langsung pun dalam senarai Kelab dan Persatuan bagi unit Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri dia tu . 


Entah entah bebudak lelaki kelas 5 Cekal CikNin tu dah memang ada gen dengan DNA suka menyanyi gamaknya kat dalam badan diorang tu . Hehe . Dan memang tak boleh dinafikan yang ada je bebudak kelas 5 Cekal dia tu merupakan penyanyi tersohor di SMK Puteri tuh ... Apa nak dihairankan kalau bab bab karaoke atau berdikir barat dalam kelas 5 Cekal tu . Walaupun kitorang sememangnya tahu ending 'acara' tu akan ada cikgu cikgi dari kelas sebelah datang dan kasi sound sama kitorang . Hee . Tu tak cerita lagi pasal kitorang buat jenayah yang lain selain kerja jenayah bukak port karaoke dan dikir barat kat sekolah Puteri terchenta tu . Haha . ;p Dahsyat gila kan budak budak 5 Cekal ni ? Dan disebabkan jenayah jenayah tulah 5 Cekal menjadi bualan dan buah mulut yang meniti di bibir bibir mungil cikgu cikgi mahupun students SMK Puteri yang lain . Haha . Memang betullah bebudak 5 Cekal 2011 budak jenayah . :D Biasalah , tu namanya nakal nakal budak remaja . Kalau nakal dengan buat jenayah tu kira normallah bagi remaja yang tengah belajar kat sekolah . Kalau tak banyak pun , sikit satu kuman tu mesti ada kan buat jenayah ? Kalau betul ada orang yang tak pernah buat jenayah langsung time zaman sekolah , tu dah kira skema lurus pembaris dah tu . Hehe . 



Tapi , apa yang membuatkan seorang Fatnin Fasihah ni bangga untuk menjadi salah seorang daripada bebudak 5 Cekal tu , adalah disebabkan kesungguhan dan kecekalan bebudak lelaki kelas tu bersemangat macam kena badi perajurit perajurit tanah air , pergi pujuk cikgu sebab nak buat persembahan dikir barat time hari jogathon peringkat daerah tahun lepas tu . Nak kata kena badi penyanyi penyanyi tersohor kat sekolah yang merangkap classmates sendiri pun iye jugak . Heh . Habis berjangkit satu kelas 5 Cekal tuh . Dan atas semangat usaha diorang yang boleh dikatakan 90 persen semua benda diorang buat sendiri . Dari nak pilih lagu , nak pilih tok juara dengan tukang karut , alat alat muzik dan segala macam benda tu , diorang urus sendiri . Kerana itu jugaklah , hajat mereka untuk buat persembahan dikir barat tu tercapai jugak . Alhamdulillah . :)



 Hah , sebab tulah kelas 5 Cekal tu dah jadi macam studio , tempat diorang berlatih dikir barat je gayanya . Dengan adanya tok juara beserta dengan tukang karutnya . Dicampur pulak dengan awak awak yang dah memang suka sangat bertepuk tangan . Dan juga kerusi meja dalam kelas tu dah jadi ala ala gendang , rebana , gong semua tu untuk dijadikan muzik dan irama dikir barat . Betul punya kreatif lah diorang ni . Hmm , geng dikir barat tu semedang je buat persembahan kalau ada apa apa acara atau majlis kat sekolah . Dah jadi salah satu persembahan yang patut ada dalam acara atau majlis sekolah pun betul jugak tu . Walawei , memang gempak dan mantap tak hengat lah diorang tu !


Banyak jugaklah bakat terpendam , terendam dan terperam yang ada kat stok 5 Cekal ni ... Macam macam bakat yang ada . Bakat boleh nyanyi yang sure takkan kasi hujan turun tiba tiba tu tak payah ceritalah , memang ramai . Yang boleh bernasyid , bersilat , segala bagai tu . Macam trademark Astro tu , 'Macam macam Ada' ! Brand 5 Cekal 2011 memang terbaik tak hengat gitu !!! Hee .



Hoorey hoorey dengan jenayah bebudak 5 Cekal tu pun , bukan diorang tak ingat langsung nak belajar ke apa . Tapi , dah macam tu gaya rupa kitorang , dah nak buat macam mana kan . Gaya gila gila kitorang yang memang gila tulah boleh buat stres kitorang kurang . Time belajar , memang gaya belajar . Walaupun ada jugak dalam tengah tengah belajar dengan cikgu ada kat depan tu , adalah tiga empat orang bebudak yang buat gaya nak melawaklah , gaya habis terkeluar bakat yang tak boleh keluar kat pentas persembahan sekalipun . Heh ! Paling yang tak dapat CikNin lupakan sampai sekarang , waktu study tak hengat dunia waktu SPM hampir menjelang tiba tuh .



Semua memang fokus dalam kelas , tanya cikgu kalau ada benda tak faham ke apa , siapkan homework dalam kelas time tak ada cikgu dalam kelas , saling membantu dalam pelajaran kalau ada member member yang kelam biru tak faham dengan sesuatu subjek tu . Dan yang paling Fatnin Fasihah ni ingat dan takkan lupa ialah time buat study group lepas habis sekolah atau lepas kelas tambahan . Duk berkumpul ramai ramai . Sambil ber'study group' , sambil makan makan dan minum minum . Seronok sangat . Time kelas tambahan pun , penuh aje . Tak ada sangat dah yang nak skip ke apa . Gaya insaf habislah tu dekat dekat nak ambil SPM . Sape tak takut SPM oii ! :) Bagi bebudak lelaki pulak , setiap malam diorang akan adakan study group . Gilir gilir buat study group kat rumah masing masing . Memang superb la korang !! Tabik spring , sekali dengan salute CikNin bagi ! Kan best kalau bebudak perempuan pun boleh join study group tu sekali . Tapi , dah namanya pun malam , tak elok anak gadis a . k . a anak dara kena embun . Lagi satu , tak manis dipandang orang . Hehe .


Sekarang , semua orang dah berterabur kat mana mana . Nak jumpa pun susah dah sekarang . Ni baru lepas SPM , nanti kalau result dah keluar tu , entah kat ceruk benua manalah geng geng 5 Cekal ni akan jejak . Lagilah payah nak jumpa lepas ni . Nanti sure ada yang lost contact apa semua . Tapi , kalau diorang semua tu ingat akan sejarah 5 Cekal yang boleh jadi legend tu , mesti takkan ada yang lupa punya . Dan apa yang Fatnin Fasihah harapkan , semoga akan ada suatu hari nanti , semua bebudak 5 Cekal tu akan dapat berkumpul dan berjumpa ramai ramai . Besar impian CikNin nak buat macam tu . Buat reunion ke lagi 10 tahun akan datang , hari jejak kasih ke , hari bersama selamanya ke kan ? Best tu , buat macam yang dolu dolu punya . 


Tapi yang paling pasti , Fatnin Fasihah mantan budak 5 Cekal 2011 ni dah rindu sangat dengan semua geng 5 Cekal yang lain tu !! Rindu nak dengar diorang karaoke dan berdikir barat tu . Rindu nak dengar lawak cekodok diorang yang buatkan orang yang dengar tu tak kering gusi jadinya . Rindu sangat sangat sangat !!! CikNin rindu sangat dengan semua kenangan tuh ! Kenangan terbaek yang tak mungkin boleh lupa kalau tak ada penyakit nyanyuk , Alzheimer ataupun amnesia . Hee .



Guys , thanks for coming into my life and made my life colourful ! :) Korang memang sahabat terbaiklah !!! Nin tulis contengan hati ni khas buat korang , sahabat 5 Cekal 2011 ... Anggaplah contengan hati Nin ni sebagai satu hadiah dan penghargaan yang tak seberapa kalau nak banding dengan apa yang pernah lalui bersama selama ni . Geng ,sahabat 5 Cekal 2011 , I really really love all of you guys ! Thanks for the moments that we've been through together all this while ... Walaupun Sekolah Menengah Puteri atau orang orang di sekeliling kita tak pernah angkat kita sebagai legend sekolah ke apa ke , tapi , 5 Cekal 2011 merupakan legend di hati Fatnin Fasihah untuk selama lamanya !!! The legend of my heart !

5 Cekal 2011 : The Legend . :)

LOVE AND HEART 5 CEKAL 2011 


p/s :: sorry dengan gaya bahasa yang digunakan di atas . Gaya bahasa di atas amatlah melampau tahap hiperbolanya ... Hee .














Thursday, 19 January 2012

Samsung Galaxy S II ! :)

Assalamualaikum ! Tak jawab dosa , kalau jawab sayang ! * ambil modal Maria Elena jap . Hee . What 's up guys ? Is everything okay ? Okay ? Good , thumbs up ! :D *awat gaya happy semacam ja ni . Dak aihh , ni nak ceghita something sikit ni . Hangpa nak dengai ka ? Nak ? Baguih baguih . Hak ni buat cheq sayang gila kat hangpa ni . * sesaja practice cakap Kedah ;p Meh dengai meh .

Pada suatu malam yang indah lagi permai , burung burung berkicauan , * kalau nak dipendekkan cerita , malam semalamlah , CikNin , my lovely Abah and my lil ' brother , Amir wento to Kay Bee Mall . Abah ajak petang tu dalam kereta lepas CikNin siap appoinment dengan dentist , 
" Jom gi KB Mall malam ni , lepas Maghrib . " kata Abah .
" Whoa , nak nak ! Boleh boleh ! " kata CikNin pula .

Heh , macam iya iya je dialog kat atas tu . Huhu . So , lepas Maghrib tu , kitorang pergilah . CikNin dah tau dah reasons Abah nak gi Kay Bee Mall tu . Dia nak usha usha phone yang tengah *fofular and mantop sekarang ! Phone Samsung Galaxy S II ! Lama gila duk usha usha sampailah kat salah satu cawangan Pejabat Celcom . So , Abah suruh CikNin dengan Amir gi pusing pusing kat lain dulu . 

CikNin pergi Kedai Buku Popular dan difollowed oleh Amir . CikNin usha usha buku kat sana . Apa yang bestnya , CikNin jumpa tiga buah novel yang dah lama CikNin idam idamkan nak beli ! Ketiga tiga novel tu ditulis oleh penulis favourite CikNin , Hlovate .
Idea idea tulisan dia tu memang mantop dan gempaklah . Orang kata memang kenalah dengan jiwa CikNin ni . *panjanglah pulak CikNin membebel . Tapi , malangnya , CikNin boleh beli sebijik je novel . Huh ! Frust gila sebab memang lama dah nak yang lagi dua bijik tuh . But , what to do , CikNin kekurangan dan kekeringan wang . Heh . Jadilah sebijik pun . Baik ada dari tak ada kan .

Lepas beratur panjang kat kaunter Popular tu , CikNin and Amir pergi balik kat Pejabat Celcom tuh . Tengok tengok Abah memang jadi nak ambik phone Samsung Galaxy S II tu ! Whoa , best gila doe ! Serius , memang jealous gila kott dengan Abah . Best woo tengok phone tuh .

Lama tak lama kat sana , lepas Abah puas hati dan muka pun dah berubah jadi gembira dan bercahaya macam ada lampu lip lap kat atas kepala tu *propa semata mata , barulah kitorang melangkahkan kaki meninggalkan bangunan Kay Bee Mall tu . Disebabkan CikNin dah berjanji dengan Si Amir nak belanja dia minum air sebab dia dah teman CikNin cari buku dan tunggu CikNin beratur kat kaunter . So , CikNin belanjalah dia minum air sebelum kitorang balik tu . Hehe . Kakak mithali lah kan . *heh , perasan betullah CikNin ni . 

Well , nampaknya sampailah hajat Abah tu nak beli phone Samsung Galaxy S II yang sememangnya gempak dan mantop tak hengat tu . Sampai CikNin ni berputih mata je tengok . Huh . Abah , nak satu boleh ??? Hehe , mau kena ketuk kepala kalau CikNin minta . Hehe . Abah nak beli pun bukan main lama nak boleh dapat . So , kalau CikNin nak pakai phone macam tu , kenalah pandai pandai menabung dan belilah sendiri ye ... 

Okey guys , good nyte ! Assalamualaikum , tak jawab dosa , kalau jawab sayang ! :))

p/s :: Ni ada gambar phone Samsung Galaxy S II kat Google . Memang terbaekk lah ! 



Monday, 16 January 2012

Kotak Hati 3 .,.

Assalamualaikum guys dan selamat hari Isnin . hee . Boring gila ni tau . Hmm , CikNin ada story sikit nak kongsi dengan korang semua . Korang nak tau tak apa kesudahan antara CikNin dengan Mr. BFF tu?


Well , semalam CikNin dah berterus terang dengan dia tentang keadaan CikNin yang sebenarnya .. Mm , actually di dah boleh agak sebenarnya apa yang CikNin nak bagitau dia tu . Alhamdulillah , dia boleh terima apa yang CikNin cakap kat dia tu . Sekarang CikNin dengan dia dah jadi sahabat balik . Korang faham apa maksudnya kan ?


Hmm , dia ada tanya jugak apesal CikNin tak boleh nak anggap dia lebih dari sekadar seorang sahabat . CikNin cakap yang CikNin hanya mampu nak sayang dia lebih dari tu . CikNin memang dah anggap dia macam abang . Bila nak tukar semua tu jadi macam pelik sangat sangat sangat . Bukan CikNin tak cuba , tapi masih tak boleh . Mungkin ada yang akan kata CikNin mempermainkan dia , tapi langsung tak pernah terlintas nak buat macam tu . Korang pun faham kan kalau korang ada kat tempat CikNin ni .

Nasib baik dia okey . Okeylah kott , sebab kitorang mesej je semalam . Memang gentleman sebab takde nak mengamuk ke apa . Well , dia ada yang dia nak balik tempat asal dia . Nak balik rumah ayah dia kat Thailand . Tak taulah macam mana . Tadi CikNin ada called dia tanya pasal tu . Sempat dia bergurau , nak balik kahwin kat sanalah , apalah . Hmm , satu je . CikNin doakan dia semoga dia happy semua tuh , dan yang paling penting dia boleh jumpa dengan orang yang boleh buat dia happy dan mampu sayang dia dengan sepenuhnya . Amin . Apa apa pun yang jadi , he's my great brother and best friend ! He deserve to get the best girl . :) 

To him , I'm really sorry cause I can't love you more than that ... Hmm . Okeylah , wallahualam ...





Friday, 13 January 2012

Kotak Hati 2 ...

Assalamualaikum u'olls ... Hari ni hari Jumaat . Jumaat yang penuh barakah . Hari ni jugak handphone CikNin sunyi bagai tiada bilangan contacts di dalamnya . Sepi sesepinya . Tiada mesej , tiada panggilan telefon dari sesiapa . Termasuklah dari si dia . Entahlah , CikNin menyepikan diri sebab CikNin kehabisan serta kekeringan kredit . 


Biasanya dia akan hubungi CikNin , namun tidak untuk hari ni . Nape ek ? Pelik jugak . Pagi semalam dia ada called CikNin , tapi CikNin tak sempat nak angkat cause' CikNin kat dapur . Lepas tu , terus senyap sunyi macam tuh . Malam sebelumnya , dia called , tapi CikNin dah tidur time tu , and phone di 'silent' kan . Tidur awal malam tu , sebab penat dan tak berapa sihat . 

Apa dah jadi sebenarnya ni ? Confused !!! Hmm , pelik betullah . Ada something yang terjadi ke ? Atau , ada kena mengena dengan CikNin ? Yes , I admit that I'm confused with my feelings , rasa kekok segala bagai dengan dia . Well , that's okey . Tengoklah macam mana nanti . Bye , wassalam .

Wednesday, 11 January 2012

Kotak Hati 1 .,.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh and salam sejahtera ! Lama doe CikNin tak update blog ni . Why ? Sebabnya CikNin takde story lah nak dikongsikan kat sini . Aktiviti CikNin sejak sesi sekolah bermula ni , memang tak menarik langsung ! -,- Sumpah , bosan gila duk sorang - sorang kat rumah . Naik tepu otak derr .. Kerja duk mengira retak kat siling rumah CikNin tuh . -,-'

Semalam , kira okeylah jugak sebab keluar gi KB dengan geng SMIP , Aliya Tasniim . Sepanjang 2 minggu ni , semalamlah baru boleh tengok dunia . Kalau tak , memang terperuk je kat rumah . * gaya macam kena perintah berkurung masa zaman darurat je . 

Tapi , CikNin bukan nak ceghita pasai semalam nuh untuk hari ni . Nak ceghita pasai benda lain sebenarnya ni . This is about my heart , my feelings . * tu dia , dia mai dah , dia mai dah ! Actually , these 2 - 3 days , CikNin macam confuse dengan perasaan CikNin sendiri . Pelik betullah . Mmm , let me be honest . Benda ni ada kaitan dengan my BF tu . 

Actually kan , CikNin tak pasti lah sama ada CikNin sayang dia ke tak . * sorry ea , kalau ayat CikNin ni bunyi macam tak logik . But , I'm damn serious ! Memanglah rasa sayang tu ada , tapi bukan sayang sebagai seorang istimewa ... Hanya sayang sebagai seorang abang . Huh , susahlah . Kan sebelum ni CikNin ada cakap , yang sebelum ni dia salah seorang sahabat baik CikNin dan CikNin dah anggap dia macam abang ...

CikNin terima dia hari tu , sebab CikNin tau dia ikhlas , * berdasarkan apa yang CikNin rasalah . Dan CikNin cuba pupuk rasa sayang yang lebih untuk dia . Yup , sayang yang lebih dari sekadar seorang abang mahupun seorang sahabat . But , , , I can't do it !! * jahat CikNin kan :( ? 

CikNin tak boleh nak sayang dia lebih lah . I could just regard him as my brother ! Not a lover ... He's so kind , caring , and I don't want to hurt him . :( But , I can't do this anymore .... :'( CikNin dah tak boleh nak tipu lagi . CikNin rasa terseksa . Takkanlah CikNin nak teruskan macam ni , sedangkan hati CikNin tak boleh ... Seriously , I feel bad towards him , feel bad towards myself . I'm totally in confused ! Just hope and pray that I could solve this . Insya - Allah , with His helps I will solve this . Pray for me okey , buddies ! Got to go now . Wassalam .

p/s :: thanks for lend me your ears :') 

Tuesday, 3 January 2012

Sekolah !

Assalamualaikum sahabat - sahabat bloggerku sekalian . Wohoo , hari ni kan 1st day sekolah bagi sesi 2012 bagi bebudak yang tinggal di kawasan belah Utara dan Pantai Timur . Amacam ? Okey tak korang sekolah hari ni ? Macam mana keadaan kat sekolah , was everything OK or KO ?

Huh , pagi tadi , CikNin pun bersemangat juga derr , bangun awal pagi . Tengok adik CikNin si Amer pakai baju baru gi sekolah . Serius , agak jealous sama itu budak . Heh . Tengok dia kat pintu rumah dan kemudian berangkat ke sekolah . Awal betul diorang gi sekolah hari ni . Semangat weh , 1st day la katakan . Tengok jela 2 3 hari lepas ni , confirm dah tak jadi macam hari ni . Hehe . Jahat lak CikNin ni . XD 

Lepas semua berangkat , maka , tinggallah CikNin seorang diri di rumah ini ! Huh , sumpah bosan tahap gaban ! Nak tau aktiviti CikNin hari ni ? Online FACEBOOK , dengan layan movie kat Youtube . Dan lepas tu , terbongkang tidur ! Hehe . Memang tak sihat langsung aktiviti hari ni . Tapi satu je yang sihat , mandi di awal pagi . Heh . Sungguhlah , CikNin dah putus fius bahana bosan yang telah mencapai tahap maksimum . Huh !

Alamat mati berdirilah kalau hari - hari macam ni . =,= ' Esok , tak tau la macam mana gaya . Buat adik - adikku yang sedang menjalani alam persekolahan , * jap , betul ke bahasa aku ni ? study elok - elok naa , jangan ingat nak main je . Rasai dan hayati zaman sekolah anda , sebelum anda merinduinya di kemudian hari , macam yang sedang CikNin alami sekarang ni . * tengok , cakap pun guna bahasa yang agak berbunga - bunga . 

Okeylah ea , CikNin nak gi flashback zaman - zaman CikNin sekolah . Rindu gila doe ! Bye - bye semua ! Adios , wassalam .
:)

p/s :: rindu nak dengar suara - suara cikgu mengajar . ;'(

Sunday, 1 January 2012

Hadiah Tahun Baru ! :)

Assalamualaikum guys ! Hehee, huhuu . Apa kenalah dengan CikNin ni kan ? Takde angin , takde ribut , tetiba je CikNin ketawa ala - ala gediks gitu kan . * buang tabiat ler tu . 

Wait a sec , korang dah baca ke tajuk entry CikNin ni ? Dah ? Good , so kind of you ! Hee . * sorry , dah start gedik balik . =,=' Okey - okey , hari ni tahun baru kan ? Dah masuk 1. 1. 2012 . Well , I've got a New Year present ! Boleh dikatakan macam hadiah lah . Nak tau apa tak ? Tapi , CikNin takut ada yang termuntah darah , termuntah hijau jap lagi . I just wanna share this news with all of you guys . 

Actually , last night , I'm taken by someone . Hehee . Alhamdulillah , memang CikNin tak sangka langsung - langsung sebenarnya . Orang tu amat rapat dengan CikNin , he was my best friend actually . Pelik gak kan , macam mana boleh sangkut . But , i just wanna keep it secret . Tak payah cerita ye ? Hee . Nantilah , next time ye , guys ? 

CikNin harap relationship ni akan bertahan sampai bila - bila . Cause i know , he's a good guy . Nak bagitau satu je pasal dia ni , dia tahan betul simpan perasaan dia tu sorang - sorang . :) 

Serius , CikNin malu gila kat dia . Sebab apa ? Sebab selama nie semua benda tak kira cerita , masalah , luahan hati, semua CikNin cerita kat dia  lepas CikNin cerita kat Da ! Fortunately , everything was finally revealed . Alhamdulillah . Couple nights ago , entah macam mana dia boleh tersebut segala benda tu kat CikNin . I was like err ... Biar bonar ! Sumpah terkejut ! Sampai nangis - nangis malam tu . :P

Hmm , daripada best friend , bertukar jadi tutt - tutt ... Hehee . Sumpah tak sangka . I'm happy , thanks a lot awak ! Thanks sebab awak berterus - terang dengan saya . Saya hargai sangat apa yang awak buat tu ! 

Guys , doakan kami will ya ? Semoga kami kekal forever and ever, kay ? Aminn ... Alhamdulillah , this is the best gift for the New Year 2012 . Insya - Allah , maybe he's the one for me . :) 

p / s :: Da also happy to know this . Thanks my BFF ! Love both of you ! Hee . Last but not least , Happy New Year ! ;)

By the way , CikNin jumpa gambar - gambar ni kat Google ! :)