Sunday, 31 March 2013

Aktiviti di Hujung Minggu Bersama Twinneys!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum :)

Hari ni CikNin dengan twinneys ikut pergi kenduri jiran Annur ni dekat Manir. Pergi menghantar pengantin perempuan ke rumah pihak lelaki. Kami memang dengan cekal hatinya bangun tidur bagi tadi dengan muka yang macam apa jee sebab tak cukup tidur. Iyeelah, gara-gara baru nak tidur di awal pagi. Heh. Memanglah kan anak-anak dara ni.

Bertolak dari rumah dalam pukul 11.30 tengah hari. Dalam perjalanan ke sana tu, boleh pulak terserempak dengan keluarga Tesl dekat tengah-tengah jalan raya tu. Terserempak dengan Erpow, Harith, Aniq dengan Nurul yang tengah dalam perjalanan nak ke Air Terjun Sekayu. Si Annur siap buka tingkap lagi, menegur budak-budak tu dalam kereta. Kelakar pulak, macam siri Jejak Kasih pulak masa tu. Heh. ;)

Sampai jee dekat rumah pengantin lelaki tu, CikNin dengan Sheeda disuruh pegang par hantaran pengantin lah pulak. Aigoo, dahlah tak kenal pun dengan keluarga pengantin lelaki dengan pengantin perempuan tu, dah kena pegang par hantaran. Issh, malu siot! Kena duduk depan sekali pulak tu. CikNin dengan Sheeda ni, dah macam apa je muka. Memang tak boleh blah! Rasa macam pecah masuk majlis perkahwinan orang pun ada jugak. Heh. Tapi, takpe, semuanya terkawallah. Heh. ;)

Dah masuk rumah pengantin, tengok-tengok apa semua tu. Makanlah pulak. Menu dia memang lain dari yang lain. Nasi putih, gulai daging, ikan keli masak sambal, gulai lemak tempoyak ikan patin. Pergh, memang terbaiklah. Lauk-pauk kampung tuu.. CikNin memang suka ikan keli tu, lagilah berselera makan masa tengah-tengah perut berkeroncong tu kan. Ya Allah, nikmat!

Cuaca hari ni sangat PANAS! Ya Allah, rasa macam nak mandi dengan ais pun ada jugak. It's scotching hot these day. Terengganu sangat panas sekarang ni. Badan CikNin pun dah mula naik ruam-ruam merah. Pedih baq hang! Sabar jelah, Neraka lagi panas kott. *Ingatan untuk diri sendiri*. Hmm.

Esok ada paper English Proficiency. Semoga semuanya dipermudahkan. CikNin dah tak sabar nak balik rumah ni. Rindu gila dekat semua orang dekat Kota Bharu tu. :D
CikNin undur diri dulu. Sayang kalian Lillahi Taala. Ukhuwah Fillah. :D

p/s :: CikNin baru ajar Sheeda buat blog semalam. Singgah-singgahlah yee blog dia di http://sheedaskywalker777.blogspot.com/   :DD

Saturday, 30 March 2013

Twins Times!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum! :D

Ada orang tak ni? Hehe. Al-maklumlah, tuan punya blog ni sekejap ada sekejap takde kan. Dah macam biskut Chipsmore yang sedap lagi disukai ramai tu jee blog CikNin ni kan? I guess semua faham kan CikNin masih lagi dalam minggu peperiksaan AKHIR. Hehe. Lagi dua paper je tinggal ni! Last paper hari Isnin. Tapi, kaki ni dah macam melompat-lompat nak balik rumah je ni. Haishh. Payah betul! Sabaq CikNin oii, sabaq!

Well, UniSZA sekarang dah sunyi sikit orang sangat sebab ada pelajar Diploma yang dah habis exam awal, dah ramai yang balik *untunglah*. Termasuklah roommateku tersayang, Nurul Atika, dah balik hari Khamis lepas, elok jee lepas habis kertas terakhir hari tu. Wuuu. Semester depan dah tak duduk dengan lagi dah. :')
*Takpe Ika, walaupun kita dah tak duduk sekali semester depan, aku tetap nak jumpa kau jugak!*

Jadi, sebagai pengubat hatiku yang lara dan duka akibat perpisahan yang terjadi antara CikNin dengan Ika, *gimik gila baq hang* CikNin pun membawa hati yang mendung ini ke rumah course mate CikNin, Annur Shahira. Sheeda pun ikut sama. Slept over at her place. :D *Yelah kan, takkan CikNin nak tidoq sorang-sorang dekat blok yang dah tak berorang tu kott*. Haishh. =,='

Aktiviti sepanjang dekat rumah Annur ni memang banyaklah yang kitorang buat. Heh. Petang Khamis tu pergi Pantai Teluk Ketapang. Sesaja nak lepas stres kononnya. Best kott, orang pun ramai jugak. Maklumlah, tengah cuti sekolah kan? Memang lawaklah tengok gelagat + kerenah orang-orang dekat pantai tu. Especially. budak-budak yang tengah mandi. Comel je!

Petang ke pantai, malam pun ke pantai jugak! Malam tu CikNin and the twins dengan Anis sekali (adik Annur) ikut Abah (ayah Annur) pergi memancing! Seronok gilak! Yelah, CikNin kan tak pernah pergi memancing. So, excited lah jugak. Heh. Bukan setakat memancing je malam tu, siap ber'picnic' lagi. Makan malam di bawah cahaya bulan yang sangat cerah. Abah buat unggun api yang ala-ala 'Campfire' tu. Baring atas tikar sambil tengok langit yang hitam, tapi diterangi oleh cahaya bulan dan bintang. Subhanallah, cantikya! Dahlah sunyi. Tenangnya Ya Allah. :D

le campfire. ;)

Tapi, semalam takde rezeki kami. Ikan tak nak naik. Yang ada pun anak-anak ikan yang hanya menghabiskan umpan. Hmm. Takpe, Abah cakap kita pergi lain kali pulak. Oraitt Abah! :D Esok, ada kenduri pulak nak kena bertandang.

Apa-apa pun, tolong doakan kami untuk dua kertas terakhir yang tinggal tu yee? Terima kasih, semoga Allah memberkati kalian semua. Ameen. :D Sayang kalian Lillahi Taala. Ukhuwah Fillah. :))


#StartToMissMyFamily. <3 *sabaq Fatnin Fasihah*



Friday, 15 March 2013

Peperiksaan Akhir Semester II

Bismillahirrahmanirrahim...

CikNin akan menduduki peperiksaan akhir bagi semester dua ni pada 18/3/2013 dan berakhir pada 1/4/2013. Lebih kurang dua minggu jugalah. :) Ampun maaf dipinta sebab dah lama sangat CikNin tak 'update' blog ni. Jadual CikNin sangat padat, masa memang sangat mencemburui. Student's life right? Ini pun dah kira Jihad Fisabilillah. Moga dapat keberkatan serta rahmat daripada Allah S.W.T. Insya-Allah, Amiin Ya Rabbal Alamin... :)

Kalau nak diikutkan, tangan CikNin ni memang rasa gatal je nak menaip untuk blog kesayangan ni. Tapi, tak berkesempatan. Jadi, CikNin nak minta tolong doakan untuk CikNin serta rakan-rakan yang lain yee? Semoga kami dapat menjawab peperiksaan akhir ini dengan sebaiknya. Semoga dapat Anugerah Dekan. Amiin. Semoga kalian sentiasa di bawah rahmat-Nya.

Nanti bila CikNin dah tamat peperiksaan nanti, Insya-Allah, pasti CikNin update blog ni sebab banyak sangat benda yang CikNin nak kongsikan dengan para sahabat sekalian. Diharap sabar menunggu yee. Terima kasih. Sayang kalian Lillahitaala.. :)

Wednesday, 13 March 2013

Tahu Limit.

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum. :) Limit. Had. Batas. Tiga benda tu membawa maksud yang sama. Hari ni CikNin rasa terpanggil nak bercerita perihal benda di atas.

Kita orang Islam, perlu tahu jaga batas dalam setiap apa jua yang kita buat. Tahu di mana limit dan had sesuatu benda. Semua tu kan Allah dah turunkan kepada dan Nabi dah ajar dan pesan kan dekat seluruh umat dia kan? Siapa umat Nabi tu? Kita kan? Jangan ikut sedap nak langgar je semua benda yang sudah memang tertulis dan menjadi syariat serta hukum itu.

Limit, had serta batas ni memang luas. Pergaulan terutamanya. Perkara yang amat perlu dititik beratkan. Yes, CikNin sendiri pun perlu tengok juga pergaulan CikNin macam mana. Perbetulkan mana yang tak betul. Elak yang mana boleh elak. Limit, had dan batas antara lelaki dan perempuan. Yang bukan MAHRAM. Ada faham ka?

Janganlah kamu melampaui batas. Please, don't get over your limit. Hidup kita ni bersyariat. Ada hukum-hakam dia. Semua berlandaskan Al-Quran dah Al-Sunnah. Fikirlah sebelum buat sesuatu. Allah SWT dah kurniakan setiap manusia dengan akal masing-masing. Fikir dulu, yang mana pahala, yang mana dosa. Masing-masing dah besar. Belajar agama. Kalau tak tahu, tanya, belajar.

Kita orang Muslim, malulah kalau orang yang bukan Muslim lagi tahu semua benda tu daripada kita. Takkan nak menyorok dalam reban ayam kot. Please, please dan tolong. Ingat benda tu dalam kepala. Takkan nak suruh CikNin terangkan dari A sampai Z bab limit, had dan batas ni kott. Like seriously???

Jaga, hadkan dan ingat batas, limit dan had dalam pergaulan. Tak elok. Berdosa. Orang menyampah, Allah pun lagi tak suka.





p/s :: Tolonglah faham okey.