Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum :)
Hari ni CikNin dengan twinneys ikut pergi kenduri jiran Annur ni dekat Manir. Pergi menghantar pengantin perempuan ke rumah pihak lelaki. Kami memang dengan cekal hatinya bangun tidur bagi tadi dengan muka yang macam apa jee sebab tak cukup tidur. Iyeelah, gara-gara baru nak tidur di awal pagi. Heh. Memanglah kan anak-anak dara ni.
Bertolak dari rumah dalam pukul 11.30 tengah hari. Dalam perjalanan ke sana tu, boleh pulak terserempak dengan keluarga Tesl dekat tengah-tengah jalan raya tu. Terserempak dengan Erpow, Harith, Aniq dengan Nurul yang tengah dalam perjalanan nak ke Air Terjun Sekayu. Si Annur siap buka tingkap lagi, menegur budak-budak tu dalam kereta. Kelakar pulak, macam siri Jejak Kasih pulak masa tu. Heh. ;)
Sampai jee dekat rumah pengantin lelaki tu, CikNin dengan Sheeda disuruh pegang par hantaran pengantin lah pulak. Aigoo, dahlah tak kenal pun dengan keluarga pengantin lelaki dengan pengantin perempuan tu, dah kena pegang par hantaran. Issh, malu siot! Kena duduk depan sekali pulak tu. CikNin dengan Sheeda ni, dah macam apa je muka. Memang tak boleh blah! Rasa macam pecah masuk majlis perkahwinan orang pun ada jugak. Heh. Tapi, takpe, semuanya terkawallah. Heh. ;)
Dah masuk rumah pengantin, tengok-tengok apa semua tu. Makanlah pulak. Menu dia memang lain dari yang lain. Nasi putih, gulai daging, ikan keli masak sambal, gulai lemak tempoyak ikan patin. Pergh, memang terbaiklah. Lauk-pauk kampung tuu.. CikNin memang suka ikan keli tu, lagilah berselera makan masa tengah-tengah perut berkeroncong tu kan. Ya Allah, nikmat!
Cuaca hari ni sangat PANAS! Ya Allah, rasa macam nak mandi dengan ais pun ada jugak. It's scotching hot these day. Terengganu sangat panas sekarang ni. Badan CikNin pun dah mula naik ruam-ruam merah. Pedih baq hang! Sabar jelah, Neraka lagi panas kott. *Ingatan untuk diri sendiri*. Hmm.
Esok ada paper English Proficiency. Semoga semuanya dipermudahkan. CikNin dah tak sabar nak balik rumah ni. Rindu gila dekat semua orang dekat Kota Bharu tu. :D
CikNin undur diri dulu. Sayang kalian Lillahi Taala. Ukhuwah Fillah. :D
p/s :: CikNin baru ajar Sheeda buat blog semalam. Singgah-singgahlah yee blog dia di http://sheedaskywalker777.blogspot.com/ :DD
No comments:
Post a Comment