Showing posts with label HealthCare. Show all posts
Showing posts with label HealthCare. Show all posts

Wednesday, 24 October 2012

Hari Arafah .

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Assalamualaikum ! Hmm , sedar tak sedar kita sudah hampir untuk menyambut Hari Raya Aidiladha + ibadah korban bagi tahun ni . Kejap je masa berlalu kan ? Kemungkinan besar , sepupu CikNin , 'Azmina yang tinggal dekat Perlis tak balik raya ni . Huu . Al - maklum sajalah , nak SPM katakan . Tinggal berapa belas hari je lagi ni . CikNin pun tumpang berdebar dengan risau dengan dia . Heh . Lagipun cuti raya Haji ni bukan lama sangat pun . My encik hulubalang , Abang Muzakkir pun baru je bertolak lepas Maghrib tadi . Tak sabo jumpanya nanti . Heh . Lama kot tak bertentang mata . Hehe . ;) Haa , dengar kata pulak kawan dia nak tumpang bermalam kat rumah malam ni sementara tunggu esok . Kenapa entah , tak tahu . Tak faham jalan cerita yang telah diceritakan Umi pasal kawan Abang petang tadi , akibat kepala tengah NANO  - NANO *bukan awan nano* (mamai la tu) baru bangun tidur. Haish , tak taulah macam mana . Ni pun dah kena kemas bilik Abang dan bilik air . =,='

Hari ni , CikNin agak penat sedikit . . . Pagi tadi CikNin pergi menyambung latihan memandu yang terbengkalai dan lesen memandu yang masih tak siap itu . Hee . Lembab betullah mak cik ni sorang kan ? Alhamdulillah , latihan hari tersangat okey ! Best kot bawak kereta ! Rasa macam nak cepat - cepat dapat lesen je . Muahaha . Berangan je lebih . :P

Petang tadi pulak , pergi jumpa doktor gigi , ada temujanji berkenaan Upper Removable Appliance (URA) *benda ni macam braces , nanti CikNin cerita lain kali .* Dr . Nadiah buat pemeriksaan , tengok keadaan gigi serta URA CikNin ni , dah lama tak periksa sejak CikNin sambung belajar . Tak lama mana pun temujanji tadi , sebab semuanya dalam keadaan baik . Alhamdulillah . :D

Lepas itu , CikNin pergi melepak kejap dekat KK Square depan Hospital Kubang Kerian itu , pergi Secret Recipe , beli kek Creme Brule sementara tunggu Abah pergi bank . Hehe . Balik - balik tidur ! Penat !

Oh ye , kelmarin CikNin pergi melawat sekolah Puteri tercinta . Alang - alang kelmarin tak hujan . Faisal dan Amin menjadi bodyguards . Heh . Maksud bodyguards tu teman lah tu . Hehe . Sebelum pergi sekolah tu , CikNin singgah sekejap dekat pejabat pos dekat Kompleks Sekolah tu . Yelah , nak memperbaharui lesen L CikNin yang dah tamat tempoh tu . Huu . Ramai jugak pagi - pagi pun . Ingatkan tak ramai orang sangat .

Bodyguards yang tak bergaji . . . Heh .

Melepak dekat sekolah , macam biasa jumpa cikgu - cikgi , geng 5 Cekal dulu serta adik - adikku sekalian . Diorang dah nak exam , SPM dengan STPM . Tarikh keramat 5 November ini permulaannya . Chaiyokk guys ! Memang tak boleh blah lah kalau jumpa geng 5 Cekal , ada je benda yang nak dibualkan serta yang dirancang . Jumpa Amer , Adha , Alham , Amir Asyraf , Illyana dan Istiqamah . Superb ! ;D Paling best , jumpa dan lepak dengan cikgu Perdagangan CikNin dulu , Cikgu Faizal . Sakan berbual dengan dia . Kebetulan pulak dia tengah bagi tazkirah + ceramah buat adik - adikku yang lemah dalam subjek dia tu . Tak pasal - pasal CikNin , Faisal dengan Amer terlibat sama . Heh . Cikgu - cikgu . CikNin dulu pun markah untuk subjek Perdagangan cukup - cukup melepasi tahap stabil . Dahlah stabil , statik je markah tu selama dua tahun . Heh . Tapi , SPM dapat keputusan yang cukup menggembirakan hati cikgu , dan of course lah CikNin sendiri . Heee .

Hati CikNin kembang kuncup je semalam sebab dapat jumpa dengan my cute little sister ! Hehe . Haira Yaya . Adik angkatlah kiranya . Heh . Cute Yaya ni , baik , dan manis orangnya ! Dia nampak je CikNin semalam , terus senyum dari jauh . Jumpa depan mata , terus salam . Wahh , sweet sangat Yaya yang cute nih ! CikNin sempat berbual dengan Yaya sebelum balik . Memang comel dan manislah adik CikNin ni . Hehe . To Amer , take a good care of my little sister ni ye . . .  I trust you . Heh . Apa - apa nanti CikNin cari Amer ! Heh . *ugut*

Esok , dah hari Arafah . Jumaat ni dah Hari Raya Haji . Hari Arafah disunatkan untuk berpuasa . Puasa jomm ? Alaa , Maghrib kan awal sekarang . Takde masalahnya kan . ;)

“Puasa itu (puasa hari Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”

(HR Muslim)


Bila agaknya kita boleh pergi Makkah eh ? Insya - Allah , ada rezeki nanti kan ? Impian CikNin , memang nak bawak Abah dan Umi pergi menunaikan haji dan umrah . Kalau boleh nak pergi satu keluarga . Mesti seronok kan ? Insya - Allah . Ameen . :) Doakan buat umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah haji ye . Semoga mendapat Haji yang Mabrur . :D



Monday, 15 October 2012

Perihal Kanta Sentuh .

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Assalamualaikum pembaca blogku sekalian . Heh . Hari ni CikNin rasa nak kongsikan cerita dan perihal pasal kanta sentuh atau 'contact lense' . CikNin , selaku manusia bermata empat , insan yang berkaca mata ini , kadang-kadang tu ada jugak terasa nak menggantikan cermin mata ni dengan kanta sentuh . Yeah , cermin mata ni kadang-kadang boleh jadi sesuatu halangan atau troublesome . Heh . Yelah , kalau nak berenang , mata tak nampak . Hehe . CikNin ni jenis yang tak boleh nak hidup kalau tak ada cermin mata . *tak boleh nak hidup , bukan bermakna tak ada cermin mata , CikNin mati . Heh . :P So , setiap masa cermin mata perlu ada dengan CikNin . Kalau tak , mesti akan rasa tak selesa . :)

Okey , mata sememangnya merupakan anggota penting kepada manusia . Bila kita bercakap , mata jugak memainkan peranan semasa kita bercakap . Kita perlu ada interaksi mata bila bercakap dengan orang kan ? Kalau tak , orang akan anggap kita tak hormat orang . Kanta sentuh sekarang , memang bermacam-macam jenis ada . Dari segi warna , harga dan kanta sentuh sekarang juga boleh didapati dengan mudah , dengan harga yang murah . Betul tak ?

kanta sentuh berwarna-warni .


Antara kita sedar dengan tidak , kanta sentuh ni boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada mata kita . Cantik memang cantik , tapi kalau sekali dah buta , cantik pun dah tak ada . Kanta sentuh perlu dijaga dengan rapi . Pengguna kanta sentuh perlu jaga kebersihan yang tersangat rapi , ada pantang larang bagai kan ?

Kalau dulu , orang pakai kanta sentuh sebab masalah kesihatan mata . Nak senang sebab dah tak payah pakai cermin mata . Abah CikNin dulu pun sempat pakai kanta sentuh , tapi tak lama . Abah CikNin pun pesan dekat CikNin supaya tak payahlah pakai kanta sentuh tu . Sekarang , orang semakin ghairah dan gila dengan kanta sentuh kerana semata-mata inginkan ekspresi mata yang cantik dan berbeza dari mata sebenar . Kegilaan ini membuatkan ada segelintir individu sanggup menggunakan kanta sentuh murah dan tidak diketahui kualitinya . Apa yang CikNin perhatikan sekarang , kanta sentuh banyak dijual di pasar-pasar malam dan di tempat-tempat lain , dengan harga yang murah !

Bukan nak kata , tapi , kanta sentuh yang dikeluarkan oleh pakar optomteris pun boleh mendatangkan bahaya kalau tiada penjagaan rapi , macam mana pula yang dengan kanta sentuh yang dijual di merata-rata tempat , tanpa pengiktirafan ?

kesan penggunaan kanta sentuh . *seram kan ?


Baru-baru ni , kawan sekelas CikNin , pengguna baru kanta sentuh , matanya tiba-tiba berdarah . Nasib baiklah kawan CikNin ni cepat ke klinik untuk dapatkan rawatan . Alhamdulillah , matanya dah baik sekarang . Nak tau apa sebabnya ? Kanta sentuh . Bahaya betul , nasib baik cepat jumpa doktor .

Tapi , nak pakai kanta sentuh , boleh . Tapi , penjagaan rapi itu tersangatlah perlu ye .


Hmm , ini CikNin petik dari Melayukini. net. :

Melayukini.net – Hukum Memakai Contact Lense | Pemakaian contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama digunapakai oleh sesetengah golongan. Namun yang membuatkan isu ini timbul apabila si pemakai terutamanya bagi kaum wanita adalah semata-mata untuk menarik perhatian orang lain.  Tidak jadi masalah untuk memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.

1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai    perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).
Melayukini.net - Jadi kembalilah kepada fitrah alam. Apabila seseorang itu cuba mengubah sesuatu ciptaan Allah SWT bermakna seolah-olah ia tidak redha dengan apa yang diterimanya. Bersyukurlah kepada Allah, kerana masih ramai insan yang kurang bernasib baik yang tidak dapat melihat ketika hayatnya.
Apa-apa pun , CikNin lebih suka pakai cermin mata . CikNin suka kumpul cermin mata . Kalau pakai kanta sentuh takkan nak kumpul kanta sentuh kan ? Hehe . ;) Hmm , mungkin kalau satu hari nanti CikNin dah tak nak pakai cermin mata , CikNin akan menjalani perkhidmatan laser mata kot . Heh . Itu pun kalau banyak duit . Heh . ;)
Wallahualam .



Monday, 19 March 2012

Doakan Kesejahteraannya. :)

Assalamualaikum guys .

Petang kelmarin dulu CikNin dapat mesej daripada kawan CikNin , Amin . Amin ni monitor kelas CikNin kat Puteri dulu . Beristighfar panjang CikNin waktu baca mesej dia tu . Tau apa dia cakap ? Dia cakap dia kemalangan dekat Tanah Merah dan patah paha kiri . Astaghfirullahalazim ... Terkejut yang amat CikNin ! Padahal baru je dia kemalangan baru baru ni , tapi tak teuk sangat . Ini sampai patah paha kiri , Ya Allah !

CikNin tanya dia macam boleh jadi macam tu . Dia cakap waktu tu dia dengan motosikal , on the way nak balik Kota Bharu dari rumah kakak dia di Tanah Merah tu . Kereta langgar dia lepas tu lari . Langgar lari ! Apa punya manusialah , tak ada hati perasaan ke ? Betul tak ada tanggungjawab sikit pun ! Astaghfirullah !

Sekarang Amin dirawat di Hospital Kota Bharu . Semalam , Khairul dan Amir Shariffudin pergi melawat dia . CikNin pun ingat nak melawat dia jugak nanti . Nanti nak berpakat dengan budak budak yang lain .

Semoga Amin bersabar dengan kejadian yang menimpa dirinya itu . Mungkin ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku . CikNin dan kawan kawan yang lain turut mendoakan kesejahteraan dia , semoga cepat sembuh . Keputusan SPM tinggal lagi dua hari je . :D
Mohammad Amin bin Abdul Aziz , semoga cepat sembuh . Sabar dengan dugaan yang diberikan olehNya yer . Mungkin ada benda baik nak jadi . Siapa tahu kan ? :D



CikNin dan Amin .