Friday, 31 May 2013

#TheComeBack - English Camp XIV

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum! Kum apa ? Kombat! Bat apa? Batman! Men apa? Mentol! Tol apa? Tolak! Lak apa? Laksa! Sa apa? Sayaaaaaaaaaaaang! Heeeee. Sayang korang semuaaaa! ;D Bianeyo, CikNin dah lama betul tak meng'update' apa-apa di blog terchenta lagi dirindui ini! It's been two months, I guess? Hmm. Lama bebenor yee? Maafkan CikNin, maafkan CikNin, maafkan CikNin, maafkan CikNinnnn ..... *ikut rentak lagu 'Maafkan Kami dalam cerita Pendekar Bujang Lapok* Hiks ;)

Maka, dengan kembalinya CikNin ke dunia Blogger ini, sudah tentunya CikNin akan mula membuat sedikit pengisian untuk blog terchenta ini buat tatapan para pembaca sekalian. *Uish, awat skema gila bahasaku hari ini?* Kalian dah baca kan tajuk yang besar di atas sana tu? Bagus!

Sebenarnya, selama dua bulan CikNin menyepikan diri daripada blog ini adalah kerana CikNin telah mengikuti semester pendek, semester 3. Benar, CikNin sudah pun telah tamat semester 3, dua hari yang lalu. Sungguh tidak dinafikan, semester 3 merupakan satu pengalaman indah dan salah satu semester kesukaan CikNin! Kenapa? Now, let me tell you the story! ;D

Semester 3, kami, Teslians perlu menjalani satu kem wajib, English Camp yang merupakan salah satu subjek untuk semester pendek ini. Kem ini berlangsung selama tiga minggu. Lama kan? Walaupun begitu, ia merupakan satu kem yang sangat bermakna dan bermanfaat. Minggu pertama, hanya Teslians semester tiga sahaja yang terlibat, memandangkan Teslians semester empat menjalankan program 'A Week In English' untuk pelajar-pelajar sekolah rendah pada minggu tersebut.

Maka, minggu pertama kami ....................................................................................................... :DD


Yeay! English Camp! :D

Pada hari pertama tu, 8 April 2013, Isnin, kami diberi taklimat oleh Puan Akmah binti Yusof, selaku ketua kepada English Camp ke-14. Kami diberi taklimat berkenaan akitiviti-aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang English Camp, serta berkenaan peraturan Do's and Don'ts sepanjang kem berlangsung. Jadual setiap hari, 9.00 a.m - 4.00 p.m. Pada hari itu juga, kami dipecahkan kepada lapan kumpulan. CikNin dalam kumpulan 8. ;)

Aktiviti pertama kami pada hari pertama, di minggu pertama itu adalah, 'My Awesome Team'. Aktiviti ini kira macam 'ice breaking'. Sesi memperkenalkan kumpulan. Kami diminta untuk mencipta satu nama kumpulan, slogan/motto dan juga logo kumpulan kami. Dan, kami memilih nama C.A.M yang berdiri sebagai Construi Ad Mortem. Perkataan Latin yang bermaksud, 'Setia Hingga Mati'. Haha. Amacam? Ganas gila kan nama group kami? ;) Logo pun boleh tahan ganas juga. Kami gunakan dua bilah kapak sebagai logo group C.A.M ini. Heh. Ini dia ahli C.A.M :

  1. An Nur Shahira bt Ab Kadir - Anne
  2. Fatnin Fasihah bt Ahmad Lotfi - Nin/CikNin
  3. Nur Fitriyyah bt Baihagi - Fit
  4. Nur Nazahah bt Saharuddin - Naza (Leader)
  5. Nur Syuhada' bt Azhar - Syu
  6. Nurul Aliaa bt Mohammad Nazar - Aliaa
  7. Nurul Hanim bt Saad - Angah
Well, the first activity was awesome! :D

Selepas rehat tengah hari tu, here comes the next activity! 'You Rock the School'. Aktiviti ini memerlukan kami sebagai Pengetua untuk membuat perancangan bagi sekolah yang bakal ditadbir dalam tempoh masa dua tahun. So, kami diberi masa untuk membuat perancangan tersebut. C.A.M pun kerah segala isi dalam otak masing-masing untuk perancangan untuk sekolah kami tu. Segala genap segi kami pertimbangkan untuk sekolah kami. ;D It will be a great school if all the things that we've planned, comes true! :) After the discussion, we have to present it in front of the others. Jadi, kami dapat tahu jugalah macam mana perancangan serta idea-idea menarik dari group yang lain. ;D

Hari kedua, 9 April 2013, :D
Pada hari tersebut, nama aktiviti yang diberikan kepada kami ialah 'Picasso'. Kenal Piccaso tak? Yes, pelukis terkenal lagi bersejarah itu. Okey, bapak susah kot. Kena melukis! Dahlah tak reti melukis. CikNin memang 'totally out' lah bab-bab melukis ni. Tapi, syukur Alhamdulillah, Naza, group leader kami tu boleh melukis. :) Peraturan aktiviti tu ialah kami perlu mengundi untuk dapatkan satu lukisan Picasso bagi setiap group. Gambar yang berlainan. Setelah itu, kami diberi masa beberapa minit untuk perhatikan lukisan dan perlu ingat, apa yang ada. Bentuk ke, warna ke. Seterusnya, kami perlu melukis semula gambar tersebut dan mentafsirkan gambar tersebut berdasarkan pemahaman kami. Well, Naza did a good job in painting. ;) By the way, ini gambar yang kami dapat dan perlu lukis semula.

Nama lukisan ni, 'See things differently than the norm'. *boleh tahan juga kan gambar ni?*

CikNin rasa kami telah melakukan yang terbaik untuk lukisan ini dan pensyarah yang menjadi juri pun suka. Heh. ;D

Selepas rehat pagi, aktiviti seterusnya ialah 'Future Journalist In The Making'. Para pensyarah kami namakannya pula 'You Are On Air'! Dalam aktiviti ini, kami boleh berlakon ataupun membuat pengucapan awam. Tapi, kami memilih untuk berlakon. Well, C.A.M sangat suka berlakon! Haha. ;)
Jalan cerita mudah je, satu berita mengenai rumah seorang Datin yang terbakar. Great! Memang lawak jelah sepanjang aktiviti ni berlangsung! Tak sangka, bakal-bakal cikgu ni pandai berlakon, boleh pulak jadi wartawan bagai. Huhu. Terbaiklah! Semua ada bakat terpendam. ;)

Pukul 2.30 petang, selepas rehat tengah hari. Aktiviti lima namanya 'Miracle Cure'. Aktiviti ni sangat menarik! Kami perlu mencipta satu produk kesihatan untuk mengatasi masalah kesihatan yang aneh. Contohnya, penyakit malas, mengantuk atau ketagih IT. Jadi, selepas C.A.M menonggeng isi kepala dalam otak tu, kami akhirnya telah mencipta satu produk. Gula-gula getah 'Laziness Away'. Produk ni akan bertindak dalam masa 10 minit, maka hilanglah segala kemalasan anda itu. Heh. Macam-macam produk yang ada hari tu. Ada jual pil lah, air minuman tenaga, coklat bar pintar lah. Hmm. Teslians sememangnya kreatif dalam memikirkan idea serta perkara baru yang sangat luar alam. Huu.

Hari ketiga, 10 April 2013, aktiviti enam, 'Perfect Park'. Ini juga salah satu kesukaan CikNin. Apa yang patut ada dalam sebuah taman yang sempurna? C.A.M telah mereka satu pelan taman yang mempunyai sebuah tasik, padang dan juga beberapa taman tema. Taman kami tu ada merupakan taman yang lengkap untuk semua peringkat umur. Taman kami mempunyai taman tema untuk kanak-kanak, yang terbahagi untuk lelaki dan juga perempuan. Taman tema 'Super Heroes' dan juga 'Princess'. Bagi golongan remaja dan dewasa pula, kami menyediakan tempat untuk bermain 'skate board', luncur ais dan sebagainya. Taman ini juga dilengkapi dengan kemudahan tandas, surau serta tempat makan yang mencukupi. Tong sampah juga disediakan di setiap tempat. CikNin sangat suka dengan taman ni sebab ia mempunyai segala yang CikNin inginkan bagi sebuah taman. Orang kata, memang taman yang sempurna. :D

Aktiviti tujuh, 'Poem NewsMag'. Kami diberikan beberapa buah majalah dan surat khabar. Berdasarkan artikel-artikel yang terdapat dalam bahan bacaan itu, pilih satu topik, dan nukilkan sebuah sajak. Wohoo! I love this too! Pilihan kami, kecantikan dan kesihatan. Maka, sajak yang telah kami nukilkan ialah, 'My Fat is Beautiful'. Sebuah sajak yang amat mendalam maksudnya. Tengok tajuklah kan? ;)

Seterusnya, aktiviti lapan. 'Problem Solved'. Aktiviti memerlukan kami bertukar jawapan dengan group lain. Kami perlu menyediakan masalah yang berlaku dalam dunia hari ini, dan group lain perlu menjawabnya. Selepas itu, bentang! :)

Hari keempat, 11 April 2013, bermula dengan aktiviti sembilan iaitu 'Story Board'. Ini sangat mencabar minda. Kami perlu menyusun semula jalan cerita yang telah dipotong. Bayangkan dengan perkataan yang banyak tu, kami perlu susun semula menjadi sebuah cerita. Dahlah tak tahu cerita apa. Banyak yang kelirulah. Walau apa pun, kami berjaya juga menghabiskan cerita tu walaupun agak lintang-pukang sedikit. Huh. ;)

Aktiviti sepuluh, 'Perfect World'. Kami dikehendaki mengadakan forum yang berkaitan dengan masalah yang melanda dunia hari ini. Tajuk yang dipilih, 'Social Problem'. It went smooth and great! :D Last but not least for that day was, 'The Great Personalilities In Retrospect'. Untuk aktiviti ini, kami perlu mengundi dua bidang yang berbeza, sebelum memilih personaliti hebat tersebut. Kami mendapat bidang perubatan dan juga kejuruteraan. Untuk perubatan, kami telah memilih Ibnu Sina sebagai personaliti hebat, manakala untuk bidang kejuruteraan pula, kami memilih Karl Benz, iaitu pengasas Mercedes Benz.

Kami perlu melukis gambar mereka dan menerangkan latar belakang, serta kejayaan mereka dalam bidang masing-masing. Naza sekali lagi telah menyumbangkan bakat melukisnya. Terbaik! :DD

Naza lukis berdasarkan gambar-gambar ini :)

Hmm, CikNin rasa C.A.M sudah melakukan tugas serta kerjasama yang terbaik sepanjang minggu pertama kami itu. Banyak juga kami mengungguli setiap tugasan yang diberikan. Dan yang paling penting, setiap kali membuat undian untuk pembentangan, kami sentiasa mendapat giliran pertama! Kadang-kadang tu agak bermasalah juga, tapi, bila difikirkan secara positif, mungkin 1 itu merupakan nombor bertuah. Siapa tahu kan? ;)


Maka, dengan berakhir aktiviti 11 kami itu, maka berakhirlah minggu pertama English Camp kami, Teslians 3. :D Pada hari terakhir minggu itu juga, C.A.M dibubarkan. Namun, dalam hati ini C.A.M sentiasa ada. :') 

#Nantikan sambungan English Camp minggu dua dan tiga! :DD

No comments:

Post a Comment