Thursday, 6 June 2013

#2 - English Camp XIV

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum! Chewah, tiba-tiba bersemangat nak update blog lepas-lepas Subuh hari ni. Gaya macam dah buang tabiat pun ada jugak ni. Heh. Tapi, tak kisahlah. CikNin nak sambung balik pasal English Camp yang dah tertunda tu. Arasso?

Jadi, pada minggu yang berikutnya, minggu kedua, English Camp disertai pula oleh Teslians semester 4 dan turut disertai khas dari pelajar-pelajar negeri Thailand. Pelajar-pelajar daripada Prince of Songkla University! Yes, pelajar dari Thailand datang UniSZA berkampung untuk English Camp ni. Memang terbaik! Kawan-kawan baru. :) Mula-mula CikNin tak tahu nak bereaksi macam mana bila dapat tahu ada 'joint venture' dari pihak luar. Tapi, fikir semua benda positif. :D

Pada pagi Ahad, 14 April 2013, satu taklimat untuk English Camp diadakan sekali lagi. Ia juga turut menyambut kedatangan pelajar-pelajar Prince of Songkla University. Mereka ini dua tiga tahun lebih tua dari kami. Maka, nampaklah kami akan muka-muka pelajar Thai yang bakal menjadi sahabat kami nanti. :) CikNin dengan geng yang lain dah bajet nak cakap Thai dengan mereka. Al-maklumlah, bukan ke kami pelajar yang mengambil bahasa asing Thailand? Ngeh ngeh, bolehlah kononnya nak praktis kan? ;) Tapi, kami lebih banyak bercakap dalam loghat Kelantan dengan mereka. Selatan Thai kan dekat je dengan Kelantan. :D

Ucapan daripada Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi :)

Pengerusi Majlis hari itu; Nawal & Alif

Taklimat untuk sepanjang program :)
Dengan itu, bermulalah English Camp kami dengan kolaborasi bersama! *chewah!*

Seperti minggu pertama, kami turut dibahagikan kepada 14 buah kumpulan, dan kami dipecahkan pula dalam dua tempat. 7 kumpulan di tingkat atas, 7 kumpulan lagi di tingkat bawah. Kali ni, CikNin berada di dalam kumpulan 9, di mana ahli-ahlinya, kebanyakannya CikNin kenali dan rapat. Memang senang nak buat kerjalah! :DD Oh yee, setiap kumpulan diberikan satu tikar dan kit.

The very first activity kami ialah, 'My Awesome Team (2)'. Macam biasa, pilih nama group, buat motto atau trademark dan juga bendera/logo. Group CikNin bersepakat memilih nama 'Victorious Secret', dan memilih Kak Gpah sebagai ketua kumpulan. Ahli-ahli 'Victorious Secret' adalah:
  1. Ain Nur Sya'baniah bt Azmi (Sem 3) - Ain
  2. Aqila Fasiha bt Rosman  (Sem 3) - Qila
  3. Fatnin Fasihah bt Ahmad Lotfi (Sem 3) - Nin
  4. Lailatul Sakinah bt Muhd Shahrom (Sem 3) - Kinah
  5. Azifah Humairah bt Abd Aziz (Sem 4) - Kak Gpah
  6. Nadhirah bt Mohamad  (Sem 4) - Kak Didi
  7. Nurhidayatul Diana bt Mohd Ishak (Sem 4) - Kak Yana
  8. Nurul Syazana bt Mihat (Sem 4) - Kak Anna
  9. Nurfatin Sidik (PSU) - Fatin
:DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD

Haa, nampak tak ke'over'an di situ? Heh. Untuk English Camp ini, kami ada 3 aktiviti/ pertandingan besar, iaitu, 'Jazz Chant', 'Drama', dan 'P. Ramlee's Movies'. Boleh bayang tak macam mana budak Thai berlakon cerita P. Ramlee? Nanti CikNin cerita yee? :)

Jadi, malam tu, kami semua berkumpul dan mengerah idea untuk pertandingan 'Jazz Chant' keesokan harinya. Serius, agak stres sebab masa yang diberikan amat singkat. Bayangkan, nak kena reka lagu lagi, nak ingat lagu dengan steps semua tu. Dan ia perlu disiapkan dalam satu malam! Perghh, memang menguji mental betul. Sampai 2-3 pagi kami buat persiapan malam tu. Penat memang penat! Tapi, berbaloi sebab untuk sesi pertama, Victorious Secret mendapat tempat pertama dan masuk peringkat akhir. Peringkat akhir, kami mendapat tempat ketiga. Alhamdulillah. Walaupun agak kecewa sebab tak dapat capai target nak dapat tempat kedua, apa-apa pun Victorious Secret dah buat yang terbaik! :DD

The Heart Breakers

Thaisian Hood! ;)





Keesokan harinya, 16 April, Selasa, kami mengadakan lawatan ke dua buah destinasi. Destinasi pertama pada hari tersebut ialah ke Rumah Ehsan, Dungun. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Maka, pagi-pagi lagi kami telah bertolak ke sana, memandangkan kami akan ke dua tempat pada hari tersebut.


Setiba kami di sana, satu taklimat ringkas diberikan oleh wakil Rumah Ehsan mengenai Rumah Ehsan. Setelah itu, kami dijamu Nasi Dagang untuk sarapan pagi kami. :)







Beratur untuk sarapan :)



Setelah sarapan pagi, kami dipecahkan mengikut tugasan yang diberikan. CikNin dan beberapa orang yang lain ditugaskan untuk melawat warga Rumah Ehsan di Blok Baiduri, iaitu blok kediaman wanita. Manakala yang pula ditugaskan di blok-blok lain, mengemas laman taman, membantu di dapur dan juga bilik dobi. Seronok dapat melayan kerenah mereka di sana. Sempat juga kami bertukar cerita, menyanyi bersama, bantu mereka makan. Teringat CikNin dekat Tok, salah seorang penghuni di sana. Dia sangat gembira dengan kehadiran kami. Dia juga asyik bertanya, bila kami akan pulang? Seolah-olah tidak ingin kami pulang.Tok juga sempat pesan kepada kami supaya jangan tinggal solat dan mengaji. Hormat dan jaga ibu bapa. Itu dah cukup untuk kami mengalirkan air mata. :')





Selesai tugasan kami, kami dijamu sekali lagi. Makan tengah hari sebelum berangkat meninggalkan Rumah Ehsan, untuk ke destinasi berikutnya. :D

Destinasi kami seterusnya ialah Pusat Kraftangan Terengganu (KMM), Terengganu. Jom kita buat kraftangan! :DD




Taklimat



Terserlah ke'excited'an Erpow di situ. Heh.

Selepas taklimat, kami juga dipecahkan mengikut kraftangan masing-masing. Antara kraftangan yang terdapat di Pusat Kraf tersebut ialah batik, anyaman, 'tie and dye', dan sebagainya. So, let's check it out! :D



Batik :)



Okey, the guys buat anyaman. Heh ;)


Buat kotak bunga telur :)




Amin, PSU student :)

Adnan, PSU student :)
Apa yang bestnya dekat sini, kita boleh belajar macam mana nak buat kraftangan, lepas tu, boleh bawa balik kraftangan yang kita buat tu! Kira macam cenderahati daripada Pusat Kraf. :DD


Posing dulu sebelum balik! :)
Maka, selepas itu pulanglah kami ke UniSZA terchenta. :)

Dapat nasi balik UniSZA.

Happy je semua :D
Rabu, 17 April. Pagi itu kami ada satu ceramah motivasi oleh Encik Hassan bin Abd Karim. Sungguh, dia seorang yang merendah diri dan penuh motivasi. Dia menggelarkan dirinya Pak Cik sahaja. Ceramah Pak Cik memang terbaiklah. Memang bagi semangat buat bakal-bakal cikgu ni. :D

Pak Cik :D

The Guys :)

Skema jee semua. Heh.

Lepas je ceramah motivasi tu, aktiviti seterusnya ialah 'Mine Field'. Jalan melalui halangan sambil tutup mata. Let's see how it's done. :D

Are you ready?

Fokus memberi arahan.


Makin lama, makin kecil halangan yang perlu dilalui


Observer

Jalan penuh confident


Miss Adibah

Seterusnya, aktiviti 8th Wonder of the World. Kan dekat dunia ini kan ada 7th Wonder of the World. Untuk aktiviti ini kami diberi plastisin dan satu kain hitam setiap seorang. Peraturannya ialah, kami semua perlu menutup mata dengan kain hitam tersebut dan kami perlu membentukkan plastisin itu secara bergilir-gilir. Setelah itu, plastisin yang dibentukkan itu perlu dilekatkan bersama. Boleh bayang tak macam mana rupa jadinya 8th Wonder of the World tu? Heh. Superb lah! Lepas tu bentang! :DD

Maka, inilah hasil kami :)




Koleksi selepas bentang ;)

Khamis, 18 April, dimulakan dengan 'Scavenger Hunt'. Penat kott, pagi-pagi dah berlari ke sana ke mari dengan perut kosong. Kena selesaikan setiap tugasan yang diberikan. Namun, untuk aktiviti ini tiada pemenang. Kenapa? Sebab berlaku kesesakan trafik di satu stesen tugasan, dan waktu tu masa dah habis. :)

Pusing-pusing pergi cari stesen yang betul

Lari ke sana ke mari



Stesen yang berlaku kesesakan

Miss Adibah


Qila & Me

Selepas 'Scavenger Hunt' tu, aktiviti diteruskan dengan 'Paper Bag Sketch'. Aktiviti ini merupakan kesinambungan daripada 'Scavenger Hunt'. Semua barang yang kami dapat daripada tugasan dalam 'Scavenger Hunt' tu perlu kami gunakan untuk menghasilkan satu produk baru. Apa yang Victorious Secret hasilkan ialah, 'VS Food Machine'. :D

Model Sampingan :P

The VS :)










Hehe. Amacam? Okey tak produk invention yang kami buat tu? Lain dari yang lain kott. ;D

Dalam tengah sibuk-sibuk dengan semua aktiviti tu, kami tak melupakan untuk melakukan persediaan untuk pertandingan drama. Nak buat cerita apa, skrip, pelakon dan juga praktis. Tiap-tiap malam berkumpul, bincang pasal drama. Mestilah untuk pastikan semuanya okey dan harapnya drama berjalan dengan lancar. :)

Hari berikutnya, 21 April, Ahad. Hari kami dimulakan dengan aktiviti 'Crazy Comic'. Apa lagi, buat komiklah kami! Peraturan; perlu rancang nak buat komik apa, bahagikan scene komik. Selepas itu setiap ahli kumpulan diarahkan duduk berasingan untuk mengelakkan berlakunya kepincangan semasa melukis komik. Masa ni memang semua orang perlu melukis. Takdenya nak suruh kawan tolong lukiskan. Haha. Memang kelakar. Hasilnya? Not bad. Pandai melukis jugak para bakal cikgu ni. Heh.

VS :)



Seterusnya, 'Amazing Journey To The Peak of X Mountain'. Yang ni, kita perlu reka satu jalan cerita mengenai seorang wira untuk sampai ke puncak gunung X. Cerita tersebut perlu dilengkapi dengan tiga cabaran yang harus dilalui oleh wira tersebut sebelum sampai ke puncak gunung. Setelah itu, kami perlu melakonkannya! ;D

Kak Gpah dan Kak Ika sebagai 'The Twins', salah satu daripada halangan yang perlu dilalui.

Kak Didi as the Prince aka Hero :)
******************************************************************************

Isnin, 22 April. Now, it's time for drama! Let's see what happened! ;)

Pagi, sebelum lakonan. Nurul & Anne :)

Alif (kiri) tengah hafal skrip ;)

The Victorious Secret! <3

Peace, Okay! :)

Ismael (PSU), Shee, Anne & Erpow :)

Tu diaa, Aniq & Zahir :)

Adnan (PSU) *black metal kott*

Senior Faez, Fadel, Erpow :)

Erpow & Fadel :)

Anne & Erpow :)

Shee, Jay & Erpow :)

Haha. Erpow & Alif

Alif, The Zombie ;)

Erpow perasan :P

Erpow & Faa (PSU)

Fadel & Shee :)

Erpow, Harith & Faez :)

Anne & Erpow ;)

VS :D

Senior Faez, Fadel, Erpow & Adnan :)

Anne bersama Fadel si budak hot :P

Yes, Fadel memang jadi budak hot English Camp tu. Ramai jugak budak-budak perempuan ni yang minat dekat dia. Termasuklah si Anne tu. Hehe. Eh, CikNin tak termasuk yee. ;)
Dengan berakhirnya drama pada hari itu, maka berakhirlah Indoor Games kami untuk English Camp yang lokasinya hanya di UniSZA sahaja. Well now, it's time for Outdoor Games!

Outdoor games kami bertempat di Angulia Beach Resort, Marang, Terengganu. It is a nice place. Resort tepi pantai. Bukan macam tengah kem pun ada rasanya. Macam bercuti jee. Heh. ;) Outdoor camp ni berlangsung selama tiga hari dua malam. :)


Eheh, sebelum bertolak ke Angulia ;)

Cantik kan? Biru je airnya..

Bermula jugalah aktiviti kami di sana...





Petang hari pertama, aktiviti pantai. Pertandingan membuat istana pasir! :) 

Preparation untuk Campfire :D

Jay nak buat persembahan :)

Istana pasir VS :)

Rindu Jay :)

Jantung hati saya :)

Kak Didi *oppss! Senior AHJ di belakang*

Kerajaan kami. Heh ;)

Rakyat jelata ;)

Peace yaww! :)

Dara di tepian pantai

Tu diaa, apabila guys main pantai ;)

Harith & Jay

Fadel kena tanam *spek tu yang penting*

Anne & CikNin :)

Twins! <3

Twins with Erpow & Fadel :)


:) 

Rindunyaaaaaaaaaaaaaaaa!

:D

Kak Anna :)

Angkana & Fatin (PSU) :)

Budak-budak main pantai :)

Kak Anna & Kak Gpah :)

Erpow & Anwar ;)

Malam tu, 'Campfire Story'. Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil untuk menceritakan apa-apa cerita kepada semua. Untuk aktiviti ni, Kak Didi mengambil bahagian.



Campfire bermula!





Campfire tak sempat habis buat tepi pantai sebab malam tu hujan. Walaupun begitu, campfire story disambung di dalam dewan. :)

Esoknya, bermulalah pula 'Treasure Hunt' yang sangat gempak, walaupun amat memenatkan. Dan untuk itu, kami mendapat tempat keempat. Alhamdulillah. :)

Petang itu pula, pertandingan 'P. Ramlee's Movies. Berlakon lagi. ;) Victorious Secret perlu melakonkan filem P. Ramlee, Ahmad Albab dengan pengakhirannya yang tersendiri. :) Persediaan kami telah dilakukan awal, iaitu sebelum datang ke Angulia. Seperti biasa, watak, skrip dan juga props. Fatin juga telah menonton cerita Ahmad Albab buat pertama kalinya. :D

Kak Ika sebagai Muharram :)

Boys :)

Senior Ifwat! Berpakaian wanita! :D

Kak Anna sebagai Mastura
Kak Yana sebagaii Syawal 

Fatin sebagai Ibu Syawal
CikNin sebagai Syed Masyhur :D

Malam - BBQ time! Malam yang sangat istimewa! Ada persembahan daripada pelajar Prince of Songkla University. Gembira sangat malam tu. Tapi, jauh di sudut hati CikNin, sedih sebenarnya bila mereka akan pergi meninggalkan kami dan bumi UniSZA. Malam tu merupakan kenangan yang sangat besar dan bermakna. Makan sama-sama, lepas tu lepak dekat pantai sampai tengah malam sama-sama. Rindunya bila ingat balik semua tu. :')

Tarian Diraja Thai :)

:'D

Tomoi by the guys :')

Sokongan moral ;)

:DD

Nyanyian 1Malaysia-Thai :')
Hari terakhir di Angulia merupakan majlis penutup English Camp. Pada hari tersebut turut diumumkan kedudukan setiap kumpulan sepanjang English Camp ini berlangsung! Guess what? Victorious Secret berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan. Alhamdulillah! :DD

Majlis Penutup :)

The lecturers :)



Persembahan drama P. Ramlee oleh Girl's Time sebab mereka johan untuk drama P. Ramlee :)







CikNin sempat juga bergambar bersama rakan-rakan sebelum pulang ke UniSZA. :)

Adam & Ameen :) 

Adnan, Anne, Shee & Harys :)

Memory <3

Senior Ifwat & Me :)

CikNin, Anwar & Qila :D
Ganjaran kami :DD

4 buah hamper :D



Hadiah dari Fatin :')
Ahli Victorious Secret yang lain pun turut memberikan hadiah kepada Fatin sebagai tanda kenangan. :D




Maka, dengan itu berakhirlah English Camp kami. Hmmm.. Malam sebelum mereka berangkat pulang, kami sempat makan malam bersama. Masa tu CikNin dah mula rindu dekat mereka. Makan malam terakhir dengan diorang. Mencipta kenangan selagi boleh. :')



With Anwar again :)

Peace u'olls!

Us <3
Pagi Jumaat esoknya, PSU students berangkat pulang meninggalkan kami dan bumi UniSZA. Kami menghantar mereka menaiki bas. Serius, perasaan sebak memang tak dapat dielakkan. CikNin menangis. Susah rasanya nak melepaskan mereka balik. Tak puas lagi ada dengan mereka. 

Adnan cakap, 
"Jangan sedih, jangan nangis. Malaysia dengan Thai tak jauh pun. Nanti kita semua jumpa lagi. Senang-senang datanglah Thai."
Makin buat CikNin menangis adalah si Adnan ni. Hmmm. Paling sebak bila tengok Ameen, abang yang paling tua sekali, 23 tahun, turut mengalirkan air mata sebelum meninggalkan kami. :') Terasa sangat sedih nak lepaskan orang yang dah bersama kita dua minggu. Buat kerja sama-sama. Makan sama-sama. Boleh dikatakan semua benda dilakukan bersama sepanjang dua minggu. Dua minggu dah cukup kuat untuk kami jadi sebegini rapat. Dua minggu umpama dua bulan kami kenal mereka. :') Teringat Fatin nangis masa bagi hadiah dekat Victorius Secret. Ya Allah... Lagi sedih bila bas mula meninggalkan pekarangan UniSZA membawa PSU students pulang......

With Adnan :')

:')

With my brother, Ameen :')
Insya-Allah, segala kenangan bersama mereka takkan CikNin lupakan sampai bila-bila. Semuanya akan tetap terukir dan terpahat dalam memori dan hati kami. CikNin dengan budak-budak dah slow-slow plan nak buat lawatan ke tempat diorang pulak nanti. Insya-Allah, kalau ada rezeki nanti. Amiin.

PSU students, Adnan, Ameen, Anwar, Fadel, Jay, Adam, Ismael, Fatin, Faa, Arina, Mastura, Aibteesam, Angkana, Apinya, Mayhadee, Ilham, Salinee, Asma, Soleehah dan semua, Chan Rak Khun Maak! <3 Until we meet again yeah? I miss you guys forever and always! :')

English Camp XIV is the best! :DD
































No comments:

Post a Comment