Wednesday 23 March 2016

The Kontena Mobbers - Flash Mob Uptown Kontena/Dapo Pata.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum! So, last week, I've joined a flash mob organized by the owner of the Uptown Kontena .aka. Dapo Pata; PokDi, at Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu. Yeap, a flash mob. Haha. I don't even know how aku boleh terjebak (amboi, terjebak) dalam flash mob ni.

Ceritanya bermula bila me and my groupmates went for outing dekat Uptown Kontena tu. Saja lepak-lepak, release tension. Lepas tu dekat sana, terserempak pulak dengan classmates aku yang lain. Duduk lepak sekali. At that time, they were discussing about the flash mob. And I was invited to join them. Hee. :)

Night discussion

We took about two weeks, practicing the flash mob. Sketch and dance! Wehoo! That two weeks were hectic. Masa tulah due date assignment, quizzes and test, audition teater lagi, malam pergi practice flash mob. Pheww. But, Alhamdulillah, I managed to balance all those things. :)

UniSZA feat. UMT


That's the crew from UniSZA. From left, Farid Farhan, Habibullah, Saiful, Ali and last but not least, Haziq. Semua ni classmates aku. Yea, I'm the only girl from UniSZA. But, it wasn't awkward to be with them. Gila-gila masuk air semuanya. Asyik terhibur je aku. Hikhik.
Haa, our main choreographer for our flash mob; Farid Farhan. Gila gempak, tak sangka aku. Berbakat rupanya. Diam-diam boleh menari, siap boleh ajar orang lagi.


For your information, this flash mob is a collaboration between UniSZA and UMT's students. It's a good thing sebab boleh kenal orang baru dan boleh merapatkan silaturrahim antara universiti. Another thing that I realize and notice is, we become close to each other.  Close like a family. And, I admit, I love this family. :D
So, the Tuesday night was the night. We were nervous but hey, we nailed it!. People were swarming around us. Clapping and cheering us that night. It was full of joy! 

Uptown Kontena
Part of the crew!
Kontena Mobbers
Flash mob malam tu disokong oleh budak-budak kelas kitorang yang supportive. Kemain promote dekat diorang dengan orang awam. Not to forget, my Twinnies, Lyaa and also Izma were also there! Thanks girls! :*

Lyaa, Wani and Anne :)
Anne datang Uptown Kontena semata-mata nak tengok aku perform.
So sweet of her, thanks sayang. :')
Yang kusayang. :*

Tak dilupa juga, groupmates yang paling sporting, juga datang memberi sokongan. Terima kasih Sophie, Lissa, Faiz and Aidan! :)






Great job, Kontena Mobbers! It's such a pleasure to collaborate with you guys. :DD



Kemain Habib.  >_<
Farid dan bunga-bunga dari UMT.


Sporting sungguh mereka-mereka ini. Komited; setiap malam turun padang buat latihan. Sayang kalian semua.



Haa, that was me that night. Watak ibu Ali untuk sketsa Ulek Mayang. Heee.



Kejutan dari PokDi selepas kami selesai flash mob; pertunjukan bunga api di langit Uptown Kontena. Tak sangka langsung ada bunga api lepas kami perform tu. Terima kasih, PokDi! :D




Terima kasih jugak untuk tshirt Kontena Mobbers yang cool ni! Love you, PokDi! :D







That's a wrap! Nantikan kemunculan The Kontena Mobbers di sekitar Kuala Terengganu pada masa akan datang! ;)

Oh ya, sila klik pada link di bawah untuk melihat video penuh flash mob kami. Happy watching! :)
https://www.youtube.com/watch?v=Kf3H3cTzON8

Friday 18 March 2016

Tasik Pepsi Blue!

Bismillahirrahmanirrahim.

Haa, pertengahan semester satu yang lalu, Twinnies mula ada hobi baru. Hobi apa? Hobi mencari dan mencuba sesuatu yang baru. Kami cari tempat-tempat best, tempat menarik untuk dilawati sekitar Terengganu. Tak kira tempat rekreasi mahupun tempat makan. Hehe.

Jadi, atas jasa dan semangat Anne, sampai jugaklah aku dan Sheeda ke Tasik Pepsi Blue, di Rusila, Terengganu. Adalah setengah jam ke 45 minit dari Kuala Terengganu. Nak masuk ke tasik ni agak berliku jugaklah. Tasik Pepsi Blue ni agak tersorok di sebalik bukit-bukau. Kereta kena park tepi jalan. Jalan kaki pulak masuk ke dalam. Tak cukup dengan itu, kena panjat bukit sikit. Lalu semak sikit. Fuhh, mencabar jugaklah. Tapi.....

Subhanallah, sumpah cakap, cantik gila tempat tu! Air tasik tu biru-sebirunyaaa!






Puas hati. Hilang penat bila dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Agung ni. Geram je nak terjun dalam air biru tu. Tapi, katanya tasik ni tak boleh mandi sebab airnya berasid. Tempat ni dulu asalnya tapak kawasan perlombongan emas. Kawasan tasik ni agak curam. Berbahaya jugaklah. Tipulah tak cuak bila duduk di tebing tasik tu.






Sehari selepas kami datang ke Tasik Pepsi Blue ni, tasik ni khabarnya mula ditutup kepada orang awam kerana risiko dan keadaan lokasi yang agak berbahaya kepada orang ramai. Masa hari kami datang sini pun, ada pegawai datang dan nasihati kami untuk pulang. Kebetulan masa tu tengah turun bukit nak balik. Boleh dikata rezeki kami jugaklah sebab sempat datang sini. Thanks to Anne, though. Ada jugak kenangan kami dekat Tasik Pepsi Blue yang indah ni. Nak pergi lagi memang tak dapat dah. 

It was so beautiful and blue. Setenang jiwa memandang, sedamai biru airnya.