Saturday 31 December 2011

TAHUN BARU 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , sahabat - sahabatku sekalian . Hari ni dah 31 Disember 2011 , the last day for 2011 . Dan tepat aje jam pukul 12.00 malam ni , masuklah kita ke tahun baru . Right ? Hmm , CikNin agak sedih nak tinggalkan tahun 2011 ni . Nape ? Sebab , banyak sangat benda yang jadi tahun ni . :) 

Segala benda , pahit , manis , suka , duka , riang , tawa dan air mata . * jiwang pulak CikNin nie . Serius , banyak sangat kenangan tahun nie ! Kenangan CikNin jadi Pengawas Perpustakaan , * walaupun ada ponteng hari bertugas , hee . masuk Pesta Pantun , peringkat QIT * walaupun last minute Cikgu Sam panggil and peringkat daerah , buat persembahan pantun buat pertama kalinya kat sekolah waktu Hari Koperasi , dan banyak lagi . :)) 

Paling penting , tahun 2011 ialah tahun CikNin menempuh peperiksaan SPM , ujian yang menentukan masa depan dan cita - cita CikNin . Kenangan dengan geng - geng 5 Cekal yang gila - gila dan sekepala , memang CikNin tak akan lupakan . Promise ! Tak sangka , dah habis SPM rupanya CikNin nie . Rasanya baru aje menjejakkan kaki ke SMK Puteri tu . Hee .

Tahun nie hampir berakhir , beberapa jam aje lagi . CikNin berdoa dan berharap agar tahun baru ni akan jadi tahun yang baik . Ameen :) . Lagi satu , CikNin nak minta maaf ea kat semua kalau - kalau sepanjang CikNin berblogging ni , CikNin ada terkasar , tergedik , terlebih kat mana - mana , ampun maaf CikNin pinta ye ! Manalah tau kan , kalau - kalau ada . Sorry a lot ea ! No hurt feelings , no heart feelings yep ! :)

Okep . Lepas Zohor tadi , lebih kurang pukul 3 lebih tadi , CikNin and family keluar pergi KB . Umi cakap dia nak pergi Parkson , nak cari barang apa entah . So , CikNin ikut ajelah . Untung jugak ikut sekali hari ni , CikNin dapat shopping jugak ! Hee , walaupun sikit , tapi okeylah kan dari tak ada .

Lepas habis shopping segala benda , kitorang pergi makan . Makan kat mana ? Area dekat - dekat situ jugaklah . Kedai nasi ayam . Baru bukak rasanya restoran tu , sebab tak pernah nampak sebelum ni . Apa ea nama restoran tu ? Hah , Muhammad Lee Hainan Chicken Rice ! Iye ke nama tu ? Betullah kot , tak ingat sangatlah . Hee . Owner dia Chinese - Muslim . Tapi , nasi ayam dia memang powerrrr laa ! Sedap gila ! Sos air lada dia tu sebijik macam yang Umi buat . Nasi dia power , ayam panggang dia power ! Bak kata , semua power ! Hee . CikNin ni memang , hantu nasi ayamlah katakan . Tapi , sungguh nasi ayam dia power gila . Kalau free ke apa nanti , singgahlah kat restoran ni yer ! Confirm tak menyesal ! * promote restoran dia jap . hee . Restoran dia memang penuh dengan pelanggan , tak putus - putus ! Oh ya , hampir lupa lak , kat restoran tu jugak CikNin jumpa my ex - classmate when I was in SMIP . Noraini , dia kerja kat situ . Baru 2 minggu katanya . Memang dia takkan perasan CikNin tadi kalau CikNin tak tegur dia . Of course lah , busy kan . Dah jadi macam Jejak Kasih tadi dengan peluk cium segala bagai . Well , dah lama tak jumpa . :)

Okeylah , stop cerita pasal makan ! Alamatnya , sampai esok tak habis . Okey semua , SELAMAT TAHUN BARU 2012 , semoga panjang umur , murah rezeki , dan semoga cita - cita yang diimpikan bakal terlaksana . Aminn Ya Rabbal Alamin . :)) May Allah bless us too ! Bye guys , see ya next year ! Huhu . XD :D

p/s :: waiting for someone's call and SMS . hee . ;D *gatai nohh hang Nin ..


Friday 30 December 2011

Two Words :: Hangus & Hangit !

Assalamualaikum ! Heh , apasal CikNin post dua entry dalam satu hari , tapi lain masa ? Jeng , jeng , jeng ............
Terenggggggggg ........

Ada sebabnya .. Something happened lorhh ... Haha .. Meh nak story mory ! Tadi , baru je beberapa minit yang lepas , Si Ain tu suruh CikNin panaskan sebijik muffin yang ada kat dalam peti ais tu . Dia lapar la kott . So , CikNin letaklah muffin tu dalam microwave ... And CikNin set time , 3 minit * lama gila kott untuk panaskan sebijik muffin tu . HAHA . Yelah , bukan apa , seingat CikNin muffin tu dah lama ada kat dalam peti ais . So , kononnya bajet masa lama la nak panaskan benda tu . Kononnya nak betul - betul panaslah . Heh . Banyaklah kau , tengok - tengok benda lain yang jadi !

Tak lama lepas tu , Umi yang ada kat dapur cakap , apesal lama sangat panaskan muffin tu ? CikNin buat derk je mula - mula tu . Lepas tu , i smell something , bau benda HANGIT ! 
Lipat maut CikNin tengok kat microwave ! Oh my goodness ! CikNin tengok microwave tu dah keluar asap segala bagai !!! Amek kau !!!

Aiyokk , CikNin cepat - cepat matikan suis microwave tu ! Huh , nasib baik tak meletup ! CikNin keluarkan muffin tu , berasap wooo ... Dah macam asap gunung berapi , berkepul - kepul gila ...
Habis satu rumah dipenuhi asap , dah macam ada pembakaran terbuka kat dalam rumah . *hah , memang pun , CikNin punya kerja kan ? Heh . 

Habis segala pintu buka , nak suruh asap yang berkepul - kepul tu keluar ! Bau hangit tak payah cerita la , memang penuh satu rumah ! Haha . Ganas betullah CikNin ni . =,=' 

Kesian Umi , sampai batuk - batuk dia kat dapur . Hehe . Sorry Umi . Anakmu ini jarang - jarang guna microwave tu , sebab tu jadi macam tu . Heh . Sorry a lot ea .. 

Lagi satu , kesian Ain tak dapat makan muffin tu , sebab muffin tu dah macam apa - ntah , hangit 'n' hangus . Hee . Sorry sayangku Ain .aka. Cik Putih . Nanti Eah beli muffin lagi ea . :) *ching ! ;) *stail bodek budak . Haha .

Moral of the story , nak buat kerja , buat betul - betul . Kalau tak tahu , tanya orang yang tahu . :)

p/s :: hilang bosan kejap . Heh . *sengih jahat .

One Word :: BORED !!!

Assalamualaikum .... Huh , I'm damn bored these two three days ! Seriously , BORED ! Memang bosan tahap petala kelapan ! Korang ada apa-apa suggestions tak , untuk aktiviti segala bagai yang boleh CikNin bosan bagi mengurangkan tahap kebohsanan CikNin ni yang dah boleh buat CikNin jadi gilak ni ~ Ohmy God , sumpah BOSAN sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat !!!!!!!!!!!!!!!!

p/s : sorry di atas kecelaruan yang berlaku . CikNin sedang mengalami tahap KEBOSANAN yang melampau ni ! Hee . :((

Bye buddies !

Wednesday 28 December 2011

Baju Sekolah !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Hee . Hari ni CikNin and family keluar shopping lagi ! Shopping apa ? Shopping baju sekolah ! Not for me, for my little brother, Amir . Serius jealous ! Teringat zaman dulu-dulu . Nak bukak sekolah shopping baju sekolah bagai ... Sekarang ??? Tengok ajelah . Huhu . Lepas shopping barang-barang sekolah Amir , gi shopping barang dapur sikit . Nasib baik hari ni tak ramai orang , kalau tak , jenuhlah beratur untuk bayar .
After that, kitorang pergi makan . Makan dekat restoran D' Cerana , area mana entah . Tapi, kat tepi sungailah . View dia cantekk sangat !
Tenang je kat situ . Dah habis makan , balik .
Macam biasa , lepas Isya' , online . Sampailah sekarang . Hee . Okeylah , good night buddies ! Have a sweet and nice dream yea !
Love you ! <3

Tuesday 27 December 2011

Hatiku Jiwaku !

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera serta salam 1Malaysia. Berduduknya diriku di hadapan laptop ini, kerana ingin menyampaikan satu amanat dan berita... *Ehem-ehem, maaf yer semua, tetiba je CikNin jadi skema. Hee. Inilah akibat dan bahana dari tahap kebosanan dan kepuasan yang melampau serta telah melebihi tahap air mendidih.. *ish, apa yang aku melalut sampai melarat-larat ni ??? 
Okey-okey, back to the main topic. Try baca lagi sekali tajuk post kali ni.. Jiwang karat kan ? *jap2, berkarat sangat ke tajuk tu ea? hee. Sah, kau memang dah putus fius CikNin... =,=' Okey! Stop the crap ! Kalau macam ni, esok pun tak habis..
Korang nak tau ke apasal CikNin buat post macam tu ??? Nak tau tak ??? Tak nak ? Tak nak takpe, CikNin nak bagitau jugak.. Hehe. Okey macam ni, *asyik dari tadi lagi okey2, bagitaunya tak... semalam, CikNin online Facebook macam biasa.. Aktiviti kegemaran CikNin laa tu sepanjang cuti nie. Lepas tu, CikNin tengoklah profil seorang guy ni. Seriously, CikNin tak tau kenapa, setiap kali CikNin online, mesti CikNin akan tengok profil dia. Tak kiralah, CikNin online kejap ke lama. *kalau dah lama tu, confirm CikNin tengok. Yeah, admit it, he's someone that I've loved *sayang before,,, and until now i still love him...... :'( 
Perasan tak, selama CikNin berblogging, tak pernah pun CikNin cerita pasal benda yang berkait dengan hati dan perasaan.. Entahlah kenapa.. Berakhirnya sebuah perhubungan antara CikNin dengan Mr. A pun, CikNin tak pernah sebut kat sini. *ops, dah tersebut laa.. Yes, CikNin dah takde apa-apa dengan dia. Dan cukup setakat tu aje CikNin cerita ea, biarlah yang lain tu jadi sejarah dalam hidup CikNin. Hmm.. 
Okey, kita sambung balik. CikNin tengoklah dia punya wall. Dan kat situ ada tertulis lirik lagu 'Count On Me' yang dinyanyikan oleh penyanyi peberet CikNin, Bruno Mars. CikNin tersenyum, dan like status tu. Kenapa ? Sebab CikNin pernah tujukan lagu tu untuk dia dulu. Suatu masa yang CikNin dan dia pernah rapat.. CikNin pun tak tahu, kenapa CikNin pilih lagu tu. 
Tak lama lepas tu, CikNin dapat satu notification, you know what, that guy had post something on my wall. Nak tau apa ? Tertulis macam ni, 
'Count on me sekali... haha' 
Seriously, i was shocked, dan CikNin terus cari lagu Count On Me kat Youtube, lepas tu post kat wall dia.. Tak tau apa sebab musabab CikNin gi post lagu tu kat dia. Sebab dia minta kott. Yang paling CikNin tak sangka, dia jugak ada post lagu untuk CikNin. CikNin still ingat lagi lagu ni. Lagu ni lagu balasan untuk lagu Count On Me tu. CikNin mesti ketawa kalau ingat benda ni. Lagu I Love You, oleh Barney. Korang mesti pernah tengokkan cerita Barney and Friends ? Lagu tema dia. Haha. Lucu kan ? Dan lepas tu, kitorang berbalas komen sehingga CikNin offline. Hmm..
Perasaan CikNin memang tak payah cakaplah. Happy sangat. Bukan apa,sebab dah lama tak berbual dengan dia walaupun di laman maya ni. Sedikit sebanyak, dapat mengurangkan rasa rindu. *macam ayat bajet je.. Korang nak muntah ke apa, tak kisahlah, tapi sungguh, itu yang CikNin rasa. :( 
Rasa macam berdosa pulak CikNin berperasaan macam ni. Bukan apa, perasaan ni sepatutnya CikNin dah buang sejak kes hari tu lagi. Tapi, hati CikNin ni degil sangat ! 
Sampai sekarang CikNin sayang dia, teringat kat dia. Walaupun semau benda tu dia tak pernah tahu... But, i'm not blaming him. Of course not, it's just my feeling. :') 
Tapi itulah, entah bila perasaan ni akan pudar. CikNin rasa berdosa dan bersalah kerana menyayangi insan yang telah dimiliki hatinya. CikNin akan cuba ! Yes, i will.. Demi kebahagiaannya. :')
Okey, stop jiwang-jiwang. Sorry, CikNin terpaksa berkongsi benda ni dengan korang, walaupun tak ramai yang baca. Tapi amat cukup untuk menjadi pendengar dan pembaca kisah hati CikNin yang jarang CikNin ungkap dan cerita kat orang ramai. CikNin bukan nak publisiti murahan ke apa. Memang tak. Hanya sekadar ingin meluahkan rasa pada yang sudi mendengar. *tak sudi ? CikNin tak ambil hati pun. :)
Terima kasih sebab ye semua.. I really appreciated that. Love you all. <3 :)


Saturday 24 December 2011

Cuti-cuti Cinta Keluarga !

Assalamualaikum friends ! Okey, sekarang ni CikNin dan keluarga ada kat Kemaman, Terengganu. Cuti-cuti ! Hee.. Malam ni menginap di Homestay Hotel. Esok, kitorang akan turun balik ke Kuala Terengganu pulak ! Yippi ! Dan, yang paling CikNin tak sabar esok, nak jumpa Zuraida ! Hee.. Alang-alang dah ada kat Terengganu, memang CikNin tak nak lepaskan peluang nak jumpa Da ! Lepas ni mungkin dah payah nak jumpa kan ? 
Ha, lagi satu, holiday ni dapat kurangkan stres CikNin. Why ? Sebabnya, banyak sangat benda yang jadi sejak-sejak akhir ni.. =,='
Kadang-kadang stres jugak dengan semua masalah ni. Tapi, Alhamdulillah, CikNin dah okey sekarang.. :) 
Okey yer, CikNin off dulu ea ? Internet kat hotel ni slow sikit..
Bye, wassalam.. :) <3

Thursday 15 December 2011

Jalan-jalan @ Reunion !

Assalamualaikum buddies ! Dah berapa hari ea CikNin tak update blog ? Hehee, tak sempat la. 
Okay, this morning i had attend my primary school reunion. It was held at KB Mall and i went there with the whole family. My friends were planned this a few days ago and i really wanted to meet them as we're not meet each other for about 4 or 5 years. That's freaking long time ! 
After reaching KB Mall, i texted my friends and they said there were at KFC. So, i went down to the KFC cause Abah parked the car at the top floor car park. When i reached there, i met with my friends .aka. my ex-classmates. Alyaa and Meerock, *or her real name is Amirah ;) hee There were only three of us, while the others didn't reach yet. 
The friend of mine, Imam Habibi, *classical and arabis name right ? :p caught in traffic jammed, *it was raining heavily today. while the others were not coming ! Huh, it's just the three of us ! 
After waiting too long, Alya decided to go window shopping. We're just walked around the shops and went to the Super Bowl. We're not playing bowling, but just take a look at the players there. 
While i was there, Abah called me and he said that we're going to somewhere else. What ?!? I was like blur at that time, and said okay to him. Then, i told Alya that i've got to go. 
I went to upstairs, to the car park. I was a little bit disappointed cause i could not meet with others. 
In the car, Abah said that we're going to find Amer's school shoes. We went to Billion and i bought some shawls while Umi spending her money by buying scarfs. Hee. Amer, finally bought his shoes. Line 7 brand. *nak pergi sekolah ke apa pakai brand mahal-mahal ? =,=' 
Finally, we went home and took 'lunch' at 4.00 pm. Haha.

p/s : I would love to go to KB Mall again, shopping . Tak puas jalan tadi ! :))

Saturday 10 December 2011

Selamat Jalan Sahabat .

Assalamualaikum, selamat pagi . Hari ni, 10 Disember 2011, satu tarikh keramat . Hari di mana kawan baik CikNin, Zuraida Naimnah, berpindah ke Terengganu ... :( 
Semalam, lepas balik parti kat rumah cikgu, CikNin cakap kat Abah yang CikNin nak pergi rumah Da lepas Isyak . I really want to meet her before she's leaving ! And, Abah agreed with that :)
So, lepas Isyak semalam, CikNin dan Abah serta adik CikNin yang bongsu, Ain pergilah . Kitorang singgah kedai kejap, sebab CikNin nak beli hadiah untuk Da . Abah hantar CikNin kat bawah flat Da . CikNin naik kat rumah dia, dan Da tengah tunggu kat luar . Waktu tu ada orang datang kat rumah Da, so kitorang decided nak lepak kat luar kejap . Da tanya pasal parti tu, and she looked so sad and upset cause she couldn't make it to see our classmates and Mama Haslina . Da cakap, petang tadi Amin, ketua tingkatan kitorang, datang jumpa dia, minta maaf apa semua . Da memang tak sempat langsung-langsung nak jumpa yang lain . 
I spent my time there almost 2 hours, talked to Da, snapping photos ! Seriously, I felt sad to let her go ! I don't want her to go ! :'(
Lepas tu, Mama Da dan kakak-kakak dia ajak CikNin pergi Terengganu jugak, balik hari Ahad, sekali dengan Kak Na *kakak Da yang sulung Kiranya pergi hantar diorang, sekali dengan boleh kenal rumah diorang kat sana . Of course CikNin nak ikut ! Tapi kena tanya Abah dan Umi dulu, apa-apa nanti mesej je kat Da .
Waktu nak balik tu memang tak boleh nak cakap macam mana ! Berbaur-baur perasaan, sedih gila100 nak pisah dengan dia ! Walaupun kitorang baru kenal tahun lepas, tapi kiorang memang rapat gila *kacip @ kamcing . Kongsi cerita, masalah, luahan hati, hobi, citarasa dan segalanya ! Sebab tu berat sangat nak lepaskan Da pergi ! :( Kitorang peluk-peluk sambil nangis, *memang tak boleh lupa peristiwa tu ! Dalam kereta, CikNin tanya Abah pasal plan nak pergi Terengganu tu . Abah cakap, susah sebab esok *hari ni ada hal . Abah cakap, InshaAllah, nanti kalau ada rezeki kitorang akan pergi rumah Da kat Terengganu .
Dalam kereta, CikNin nangis, bermandikan air mata ... Sedih doe, memang tak boleh nak kawal emosi ! Sampai kat rumah, CikNin terus masuk bilik, dan sambung menangis ... :'(( Bila dah rasa okey, CikNin text Da, bagitau dia yang CikNin tak dapat ikut dia . Dapat mesej Da, lagilah bertambah sedih ! Da frust sebab CikNin tak boleh ikut dia .
Uwaaaaa ! :'(((((
Pagi tadi, pukul 8 lebih, CikNin text dia tanya dah bertolak ke belum . Da balas kata dah bertolak, dan sebelum bertolak tu, buah hati pengarang jantung dia datang . Nangis dua-dua kat situ ... CikNin memang tak boleh bayang macam mana diorang nanti . CikNin ni pun dah bengkak mata-mata menangis ... Sedih gila100 ! Tak boleh nak cakap macam mana !
Pukul 11.30 pagi tadi dapat mesej dari Da, dia kata dah selamat sampai kat sana dah . Bermesej kejap, still mood sedih lagi . Hmm, I need to be strong for Da . Dia sekarang duduk jauh, so, tak naklah bagi dia lagi sedih . 
I'm gonna miss my sweetiest and best friend always and forever ! CikNin akan usaha jugak untuk ke Terengganu nanti dan jumpa dengan Da ! Da,, I love so muchhhhhhhhhhhhhhh ! You're my best friend forever, ever, and ever ! Janji kawan sampai mati, kawan dunia dan akhirat . Amin . Nin doakan semoga Da gembira dan sesuaikan diri dengan keadaan kat sana ... Good bye, my bestiest, Zuraida Naimnah binti Mohamad Zaid ! :'))

p/s :: kawan sampai mati, kawan dunia dan akhirat ! <3 you Da !

Parti di Rumah Mama Haslina ... :)

Assalamualaikum and hello buddies ! Sihat walafiat semuanya ? Sihat ? Alhamdulillah ... Okey, hari ni CikNin ada jamuan @ parti dekat rumah guru kelas CikNin, iaitu our beloved class teacher, Mama Haslina . Tema baju, hitam atau putih . :))
So, pagi tadi lepas breakfast CikNin tunggu Zuraida, aka myBFF, text CikNin nak suruh datang rumah dia pukul berapa, sebab dia nak tumpang CikNin pergi rumah cikgu . CikNin tunggu punya tunggu, tapi tak ada mesej pun dari dia . So, I decided to text her, but she didn't reply my message . Lepas tu CikNin called dia, pun tak ada respon juga . Maybe Da sibuk kemas rumah dia, sebab dia dah nak pindah esok . :( 
Nasib baik Da text CikNin sebelum Zohor, and dia kata dia tak jadi pergi sebab tak habis kemas rumah lagi . Da pesan suruh kirim salam dekat kawan-kawan . Lepas dapat mesej Da tu, CikNin memang 'down' gila-gila la . Hilang segala mood nak pergi parti tu . Bukan apa, hari ni merupakan last day bagi kitorang and Da untuk spend time together, cause we might be difficult to see each other next time . Well, Da will be staying at Terengganu ! 
Pukul 3 petang, CikNin dah siap untuk ke rumah cikgu walaupun tanpa Da ! :'( CikNin sampai kat rumah cikgu bersama dengan Illyana, yang follow kereta sebab tak kenal rumah cikgu . Huh, sampai kat sana, batang hidung bebudak lelaki kelas CikNin memang tak nampak langsung ! Lambat ! Masa tengah tunggu yang lain, CikNin text dengan Mr. A *sape tuhh ?? hehee . Dia tak dapat datang sebab dah ada dalam bas, on the way balik kampung atas arahan nenek tersayang *kononnya ... Text dengan dia, dia tanya yang lain tak datang lagi ke, then, pesan kat CikNin kalau semua dah ada, bagitau dia sebab dia nak call . 
And then, bila semua dah ada kat rumah cikgu, CikNin text la dia . Tunggu dia call, tapi tak call . 
CikNin buat derk ajelah, sambil ambilkan makanan untuk bebudak lelaki yang lepak kat luar rumah . Tak lama lepas tu, muncullah Mr. A yang entah dari mana, *baru turun dari langit kott, hee . Serta-merta kecoh satu rumah dengan kehadiran dia . =,=' Surprise la kononnya, CikNin dah la down dengan dia sebab tak sempat jumpa lepas habis paper last semalam . Yelah, dah cakap nak balik kampung, tapi tak jumpa kita, of course la rasa something kan ? Alih-alih muncul kat tengah-tengah orang ramai ! Adoii la .. 
Then, kitorang makan-makan . Makan lontong, bihun goreng, puding, kek .. Tapi, kek coklat istimewa cikgu tak ada ! Cikgu tak buat, ramai juga yang kempunan nak makan kek coklat cikgu, terutama, Mr. A . Dah nama pun hantu kek coklat, tak bolehlah kalau tak ada benda tu . Hee . 
Lepas makan, CikNin and Yana agih-agihkan cenderahati untuk bebudak ni dan cikgu .  CikNin happy sangat sebab bebudak ni suka dengan cenderahati tu ! Ada sekeping gambar yang memuatkan gambar kitorang . Berbaloi penat CikNin cari gambar bebudak ni, cari barang-barang lain and minta Mr. A tolong edit gambar tu walaupun masa tu ada sedikit krisis, hee . Dan, snapping time ! Hehee . CikNin tak sempat nak snap gambar guna phone CikNin, so guna kamera Yana je . CikNin sempat bergambar dengan bebudak ni dan cikgu, sebagai kenangan abadi . Hmm, sayu je rasa bila dah nak balik tu . InshaAllah, kitorang akan ada satu lagi parti, yang masih tak tahu bila dan kat mana lokasinya . Hahaa .
So far, parti tu seronok walaupun sekejap je . CikNin pastinya akan merindui mereka semua ! 
Love you all ! <3 :')

p/s : nanti CikNin upload gambar masa parti tu ea !

Friday 9 December 2011

Merdeka ! Alhamdulillah ... :)

Assalamualaikum folks and buddies ! Pergh, memang lama gila88 CikNin tak update blog ni .. Dah berkurun rasanya ... Haish, =,=' 
Tapi bukan sengaja pun tak nak update blog, alkisahnya CikNin busy gila99 dengan persiapan untuk SPM ! Sampai tak sempat langsung9 nak update blog, mahupun nak update status kat Facebook CikNin ... Huh, seriously, *terkeluar English sikit bahana terlampau study subjek English dan Science, hehee.. penat memang sampai tak boleh CikNin ungkapkan dengan kata-kata ... *walau dalam bahasa baku atau bahasa sastera yang penuh dengan hiperbola-bolannya .... Ceh,, apasal dengan CikNin ni ea ?? Rasa lain macam la pulak ! Habis terkeluar segala benda yang berkait dengan exam ni ! Ish, parah-parah ! =,='
Well,, di sini CikNin nak ucapkan betapa CikNin bersyukur kerana peperiksaan *atau penyeksaan mental ;) yang telah CikNin lalui bersama-sama dengan rakan-rakan CikNin selama hampir sebulan ni *tolak cuti exam segala bagai, telah tamat dengan jayanya *ceh, jaya sangat ke ? pada petang 8 Disember 2011 ... Praise be to Allah again ... Memang tak dapat CikNin ungkapkan dengan kata-kata bagaimana rasanya menghadapi SPM, *yela, exam biasa pun dah rasa kecut, inikan pula exam yang akan menentukan masa depan kita . Alhamdulillah, sepanjang SPM berlangsung, CikNin rasa CikNin dapat melakukan semampu CikNin dan dengan sehabis baik ... CikNin tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk keputusan SPM nanti, *bukan tak yakin, tapi takut terlebih yaki, hee . So, CikNin hanya mampu berdoa dan bertawakkal untuk keputusannya nanti .. Berdoa dan bertawakkal penting selepas kita berusaha semampu kita, kan ? 
Berakhirnya kertas terakhir petang tadi, iaitu kertas Geografi 1, maka berakhirlah sebuah kehidupan CikNin di alam persekolahan di sekolah menengah ... Menamatkan zaman 'senior year' ... Sedih gila doe ! Kat sekolah ni banyak mengajar CikNin tentang banyak perkara... Everything ! Friendship, education, and people ! 
Macam-macam rasa yang ada kat sekolah ni, pahit, manis, masin, masam, payau, kelat dan segalanya ! *bak kata ASTRO, macam-macam ada ! And i'm gonna miss all the moments that i've been through with all my friends in this school, and InshaAllah, CikNin dan rakan-rakan akan menaikkan nama sekolah, our beloved school, SMK Puteri, untuk keputusan SPM nanti . Amin .  
Last but not least, friends, mostly the gang of 5 Cekal, honestly, I LOVE YOU ALL !!! I just can't imagine my life without all of you after this ..... You're guys are sooooooooooo great and I'm gonna miss all of you !
Korang kawan susah senang, kawan sehati sejiwa, kawan gila-gila, kawan hoorey-hoorey and kawan belajar ... Whatever people said about all of you, i just don't know care, cause i know who you are ... Guys, you're my best friends forever, here, and hereafter... You're my besties today, tomorrow, forever,ever and ever..... :') :)
*i'm crying now ...


p/s :: i <3 u all, let's enjoy our last party tomorrow .. :)

Tuesday 27 September 2011

The Day After the SPM Trial ....

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ! Hello folks ! Well , yesterday was the last day of the SPM trial , and you know what the half of my classmates didn't come to school today ! Especially the boys ... Well , there were only 6 over 18 boys in my class ! HUH ! thats so bad attendance okay ! aish ... =,='  i heard from the boys that the others were going to play futsal ! hmm , guys ... well , thats okay , maybe they wanted to release tension by playing futsal ... 
Today we're not 'so' study , b'coz many of my teachers couldn't make it to the class ... some of them didn't come to school b'coz they got some bussiness to do ... i was a little bit relieved b'coz i still don't want to know my results ! thats scaaaaaaaaaaary okayyy ! zuraida and me went to the canteen early today , hehee ...
why ??? b'coz da and me were really hungry and we ate at the canteen at 10.20 , it is the recess time for lower form students actually ! haha ... well , zuraida and me never do that before !!! teacher didn't come into the class  at that time , so we decided to go to the canteen ... =) huhuu !!
After the recess , the Geograpy's teacher came into the class and we discussed the paper 1 ...
the result of mine was okay than before ! yippie ! Thank Allah !
The last period was Mathematics ! Oh God , i felt that i wanna cry on that time ! seriously i was nervous to know the result ! waa !!! but , Thank Allah again my result was okayy !!! *chingg ! ;) hehee
Well , tomorrow i will get the other result !!! i'm nervous !





p/s :: pray 4 me n wish me luck 4 tomorrow k !
love , CikNinCyha

Monday 26 September 2011

Trial Oh Trial !

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ! Ya Allah , seriously memang lama gila tak update blog ! Sibuk sangat sebab PERCUBAAN SPM !
Seriously , i was so busy studying for the trial ! sibuk tahap petala kelapan ! Hmm , Alhamdulillah , sepanjang percubaan ni semuanya beres dan okey .. chewah , ayat gaya dah skor 9A je bunyi ! Mmm , walaupun keseluruhannya boleh CikNin katakan okey , tapi ada jugalah satu dua subjek yang agak terkandas ! Hahaha , serves you right , CikNin ! itulah , lain kali buat persediaan awal , kan dah susah ! =,=' But , i admit it ... i don't prepare well for the trial ! Waa !
Well , setelah 2 minggu lebih CikNin berjuang di medan peperiksaan dan mengorbankan masa , tenaga dan keringat sejak 11 September 2011 hinggalah ke tarikh hari ni iaitu 26 September 2011 , akhirnya perjuangan yang menyeksakan jiwa dan batinku itu TAMAT ! ceh , awat ayat bunyi patriotik ni ? semangat kemerdekaan ke ni ? 
Huh ! Satu beban dah kurang dalam kepala dan atas bahu , tinggal lagi satu beban yang perlu diperjuangkan ! CikNin memang kena uli , pulun dan gomo SPM tu ! bak kata orang Kelantan , "Gomo SPM Gomo ! " Beban itulah yang akan jadi penentu masa depan CikNin ... Nak sambung belajar dekat mana , nak ambik kursus apa ... SPM penentunya ! Ganbatte CikNin ! Chaiyok CikNin ! 
Dah tak ada masa nak fikir pasal cinta-cintun , aish , terkeluar la pulak ! kantoi sudaa ! nak main-main lagi ke ... Nehi hei , never ! No more ! Sekarang ni CikNin memang kena buat pecutan terakhir , laju selaju kereta2 lumba Formula One ! Okey buddies , see ya next time ! Kalau ada masa terselit nanti CikNin update lagi cerita2 ya !
Okey , adios ! Wallahualam , Peace be upon you !
:)



p/s :: thanks to all wishers for wishing me 'Happy Birthday' on 18th September ! i really appreciate that ! sibuk dengan exam , sampai hari jadi pun buat macam tak aje ! ;p



don't stress !

check balik nota2 ringkas !

udah2 la enjoy , start study !

focus !

jangan study last minute !




Tuesday 6 September 2011

Hari Raya, Eid, Lebaran ..... :)

Assalamualaikum dan salam Aidilfitri !!! Minal Aidil Wal Faizin ... maaf sebab baru sempat nak wish ! Ish2,, lama betul CikNin tak update blog ! I'm soooo sorry , sebab CikNin memang tak sempat nak mengadap lappy ni ... Busy tak ingat dunia ! PM pun kalah tau ! CikNin pun dah jadi macam 'Chipsmore' dah ni ... Ye la , mana taknya kejap ada , kejap tak ada ! =,=' Ni pun dah masuk raya yang ke-8 , baru CikNin sempat nak update blog ! 
Alhamdulillah , raya CikNin tahun ni meriah ... Walaupun pada mulanya CikNin macam tak ada perasaan dan mood nak raya , sebab kecut perut tak lama lagi nak exam ! mood tu berubah lepas CikNin selesai solat Hari Raya ... Raya tahun ni kejap aje , tak sampai seminggu pun ... Rasa macam tak puas je nak raya ! mm , mula2 tak ada mood nak raya , lepas tu rasa tak puas braya ! apalah CikNin ni kan ? =,=' Mana taknya CikNin tak sempat langsung nak pergi beraya rumah classmates CikNin ... CikNin sempat pergi beraya rumah cikgu CikNin je , dan kat sana bolehlah CikNin jumpa classmates CikNin ... Gempak gila dan best sangat2 dapat kumpul ramai2 ! 
Hmmm , happy , happy jugak , minggu depan dah TRIAL ! CikNin harap semua kelengkapan dan 'senjata' CikNin untuk bertempur di medan peperiksaan nanti cukup ... I will do my best ! An sebelum CikNin lupa , CikNin nak bagitahu mungkin CikNin tak update blog dalam tempoh yang agak lama ... I want to concertrate in my final preparation for SPM ... I hope I will be more 'Istiqamah' this time ... Pray for me kay ... Okey lah , CikNin nak out dulu ... InshaAllah , jumpa lagi di lain hari !

With love , CikNin Cyha ! :)



p/s : esok ada sambutan Hari Raya Perdana kat sekolah ! Last nak enjoy sebelum trial ... Hahaha ...

Saturday 13 August 2011

Shopping Raya ! :)

Assalamualaikum w.b.t..... Apa khabar semua ??? Huh, lama juga CikNin tak meng'update' blog CikNin ni ... Maklum ajelah CikNin busy sikit sekarang ni memandangkan trial SPM akan menjelang lepas raya ni ... =,=' meremanglah pulak bulu roma ni bila sebut pasal exam !!! Hah,, alang-alang dah online ni,, meh CikNin nak citer sikit pasal CikNin pergi shopping dengan family CikNin semalam... Lepas solat Jumaat semalam,, kitorang bersiap-siap untuk gi shopping !! Wah,, happy doe bila parents CikNin bagitahu nak gi shopping dekat KB Mall.... tetiba je muka CikNin bercahaya ! wah,, gitu ! Sampai je dekat bandar KB,, fuhhh... manusia punyalah ramai ! terdetik jugak dalam hati CikNin ni,, "semua orang shopping awal ke untuk raya ni?" Nak masuk dekat parking lot tu pun memang satu hal,, tapi nasib baik ada lagi parking walaupun kat tingkat atas... Well,, memandangkan baju raya CikNin awal2 lagi dah beli,, so, Umi CikNin nak shopping baju raya Ain pulak... Mmm, semalam Ciknin jadi 'servant'.. Tolong pegang baju ! Aihh,, penat jugak weh ! Ain pun penat jugak sebab asyik ke hulu ke hilir ikut Umi pilih baju la,, kasut la dan sebagainya .... Aktiviti CikNin pulak,, usha2 orang bukan usha lelaki ok.... msg2 dengan kawan lama... Dah la bosan,, tengok baju budak je, lapar, dahaga, semua ada ! Then, Umi nak pergi bayar baju adik ..... Allahuakhbar ! Ramai sungguh manusia yang beratur .... CikNin yang penat, lagi lah penat ... Sementara tunggu Umi beratur,, CikNin dengan Ain tunggu Umi dekat tepi kaunter ... Dari berdiri,, sampailah CikNin duduk bersila dekat situ ! ada CikNin kesah ? Dah penat, duduk aje lah,, CikNin memang tak peduli la orang nak tengok ke apa ke ... I'm tired, okay ! Sambil tunggu tu,, sempat jugak CikNin snap gambar dengan Ain ... sempat lagi,, walaupun penat ... Lepas tu,, abang cashier kat kaunter mana entah datang,, di suruh pergi kat kaunter satu lagi ... Nasib baik kaunter tu tak ramai orang ... Kitorang pergilah kat sana ... You know what,, Ain tackle abang cashier tu !!!! Hahaha,, serius weh !! Abang tu main mata dengan dia ! Yang paling nak buat CikNin pengsan, Ain lambai dekat abang tu dan abang tu lambai balik dekat dia !! Hahaha, hebat adik CikNin ! Lawak gila ! Abang tu pun satu,, kelakar la bila ingat balik ... Lepas tu,, gi round2 pulak dekat kedai kasut ... Yang ni memang tabiat CikNin,, tak boleh kata tidak dekat kasut ! CikNin memang gila kasut ! Usha2,, lepas tu Umi tunjuk sepasang kasut,, wah!! terus jatuh hati !! Terus ambik kasut tu,,, huhu ... :) Thanks Umi ! I love u ! Round punya round,, tengok jam dah lewat ! Makanan b'buka tak ada lagi ... Lepas tu rushing gi beli makanan ... Umi cakap hari Rabu ni cuti,, so, kita datang KB Mall pulak,, nak shopping apa la pulak .... Yippie !!! Mm,, ok la... CikNin dah mengantuk ni,, esok nak sekolah ... Kalau CikNin free,, CikNin update lagi ea .... Ok,, adios ! Assalamualaikum .... :)

Ni gambar yang CikNin snap semalam :) 












p/s :: esok ada Solat Sunat Tasbih kat sekolah ! :)





Sunday 31 July 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Marhaban, Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan !

Assalamualaikum ! Wah,, ceria gitu kan .... Of course lah kena ceria2,, kan dah nak puasa esok ! Hmm,, CikNin pun baru aje balik solat terawih ... Seronok dan tenang je rasanya malam ni ! Sungguhlah,, memang tak sabar nak puasa ! Insya-Allah,, untuk Ramadhan kali ni, CikNin tetapkan macam2 azam ... Harap2 CikNin dapat jadi seorang Istiqamah tetiba je ingat dekat kawan yg nama Istiqamah,, :) hehe ... CikNin nak bersungguh-sungguh dalam apa yang CikNin azamkan untuk Ramadhan tahun ni ... Insya-Allah ! Dekat sekolah CikNin tadi pun ada ceramah pasal Ramadhan ... Memang gempak lah penceramah tu ... Memang memukau sesiapa yang mendengarnya ! cehh,, tetiba keluar ayat sastera .... Tapi,, kesimpulan yang dapat CikNin buat,, penceramah tu memang best ! Memang bersungguh dia cakap ! Superb ! Hahaha ... So,, tahun ni sama2 lah kita tanamkan azam semoga Ramadhan tahun ni lebih bermakna dari yang sebelumnya dan marilah kita mencari malam Lailatul Qadar .... Tingkatkan ibadah dan gandakan pahala puasa di bulan yang mulia dan barakah ini :) ... Untuk abang CikNin tersayang,, yang berada jauh di perantauan,, ceh,, jauh sangat ker ? Salam Ramadhan Al-Mubarak ! Puasa elok2 kat tempat orang ! Balik Kelantan nanti cerita pengalaman puasa kat sana ea ? Well,, kat sana tak ada orang nak masak .... Makanan pun kena beli ... Sahur beli,, berbuka pun kena beli jugak ... Tapi takpe,, asalkan dapat jalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya .... Hmm,,, last but not least,, Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ! Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia ! :)










p/s :: puasa jangan tak puasa ! :)




Sunday 24 July 2011

Sports Day ! >> Cheer Leaders !

Hey guys ! We meet again ! Hmm,,  i posted two entries today ... Whoa ! Well, i got many things to share with all of you since i haven't update my blog for about one week ... As you all can see the entry,, it is about my school's Sports Day ! It was held last Wednesday, on 20th July, 2011... It was quite awesome and great day ! And i joined the 'Cheer Leaders' competition for my Bitara's Club ! blue, blue, blue ! Haha ! i don't know why i joined the competition,, just for fun actually but it was so great ! My friend, Go Jia Chinh, as the leader of the 'Cheer Leaders', she handled our team greatly ! She's good in dancing you know ! Her determination amazed me ! Could you imagine, we're only practised everything for just 3 days ! Starting from Sunday until Tuesday and everything was on Chinh's shoulders ! Only 12 pupils including Chinh and me joined the Pon Pon Girls and thanked to Allah because they're giving us good cooperation and worked hard to make everything okay and great during the sports day ...
The Sports Day was held at the Stadium Mini Kijang Emas ... The Sports Day began with singing the National Anthem, Gemilang Puteri and reciting prayer by Ustaz Samsuri .... After that, it's time for the Cheer Leaders ! We were the first team to perform ! Although it was not a perfect or a good performance, but we did a great job and worked really hard ! And the most important is,, we enjoyed the performance ... And, we've got the 3rd place ! Actually, we're not that happy with the result because we've targetted to win at least the 2nd place ... My team were quite disappointed, especially Chinh, because she worked hard for the team ... Hmm, but what else could we do, whatever it is,, we got to face the reality, right ? We were not having the glooming faces for the whole day , of course not . The others really love our performance and it made our day ! Unbelieveable ! And they also said that our team should win the second or the first place ! Thanks to them for cheering me and the team ! :) It was an honoured for us actually,, got that such praises ! Alhamdulillah,, we've got many positive comments from people ... That was more than enough ! The most important is we enjoyed and happy be one of the Cheer Leaders for Bitara ! We forget about the Cheer Leaders things for a while and gave supports to our Bitara's athletes ! Go Bitara, Go Bitara, Go ! Chaiyok Chaiyok ! 

Here's some pictures of the Cheer Leaders of ours :)


Queue up to the track ...

2 lines,, A - B 

Step of husbands & wives !

Polka do it !






V-shaped

Final step !

My team !

Chinh & Me !




With Sir Jamal.

p/s :: Loved to be one of the Cheer Leaders ! A great moment that i will never forget and i'm gonna miss it ! :)

                               

       
                                 

















Saturday 23 July 2011

Forgive & Forget ! :)

Assalamualaikum and hello everybody ! Today i'm going to write in English, can I ? Why ? Just because. Huhu. Naa, actually i just want to improve my English, so i decide to try and try to write in English, so that one day my English could be good and great ! First of all, i would like to say sorry if my English is broken or the grammar are bad. Huhu. Well, i'm a student who is still learning and if Allah wills, i will try to improve better. Hmm, i haven't update my blog for about a week, right ? Many things happened !
Okay, now let's get start. Hmm, according to the entry above, 'Forgive & Forget'... Why ? Did you remembered my last entry ? Yeah, it was about me and someone, right ? Now, let me tell you what already happened... Last Monday, i was very moody and stressed at the school. Yeah,, the 'problem' between me and 'N' were really keep me crazy! And seriously i sai,, i really hate that ! But, Allah always show me the right way and guide me with His guidance. Alhamdulillah. Praise be to Allah. On that day, Miss Aishah, the school counsellor, came into the class. Then, I decided to share and tell her the problem that i'm having at that moment. So, she asked me to follow her to the Counselling Room. Yeah, we need a privacy. Then, i told her everything. From A to Z. What were actually happenned between me and 'N'.. So, she decided to make a counselling session between me, 'N' and 'F'. i agreed with her because i don't want to make things worst !
After the recess, i went straight to the Counselling Room and waited for 'N' and 'F' patiently. My hands were cold like i'm in the fridge at that time, and my heart beat extremely than usual. i calmed and relaxed myself. 
And the door was opened. i could see clearly 'N''s face, her face showed how she was not pleased to be there especially when i was there too. 'F' asked Miss Aishah why were we gathered here and my counsellor explained to them nicely. I was a little bit nervous at that time and thanked Allah, i could control myself and the situation. Then, the conversation begin.. Miss Aishah allowed me to asked 'N' about the formulae she made and other stuffs. At first, 'N' didn't want to cooperate at all with me and Miss Aishah and she just kept silent. Then, after Miss Aishah advising her, telling her that we're here to solve the problem, she finally agreed to cooperate ! Thanks girl ! 'F' left the room because 'N' only want to talk between me, her and Miss Aishah.. Finally, she told me everything that she felt and what's exactly her point did those things and etc. And, Alhamdulillah, and thanked to Allah again, everything were finally okay. 'N' and me were good and  apologizing to each other and everything were back into normal. No more hurt feelings, no more bad feelings. Insya-Allah. :)  
After the conversation, we back to the class together and of course it suprised most of our friends ! my friend keep asking me how is it going, and i said everything were okay and i asked them to befriend again with 'N' and the gang.    
I'm happy and so grateful because the problem is settled and things back to normal again ! :) I would love to thank a lot to Miss Aishah for her advices and helped me a lot in this case ! Thanks a lot Miss Aishah ! I Love You ! To 'N', I just hope that one day we could be a good friends ! Insya-Allah. And of course, thanks for your cooperation dear ! So, just 'Forgive & Forget ! Let bygone be bygone. :)



p/s :: CikNin dah tak nak gaduh-gaduh dengan orang lagi ! Tak best. That's my promise ! Amin !





Sunday 17 July 2011

Hot News !!!!!

Assalamualaikum & hello everybody ! CikNin kembali ! Yuhuu... Hmm, apasal la pulak tetiba je CikNin jadi gedik semacam ni ?? korang nak tahu ker ?? Ni CikNin ceghita sikit ni. Kejadian ni ada kena-mengena dengan kem yang CikNin pergi minggu lepas. *ada pulak cerita sensasi balik kem ni. Begini ceghitanya.
Tersebutlah kisah, ada lah seorang hamba Allah ni biarlah namanya CikNin rahsiakan yer. CikNin bahasakan dia 'N' la senang sikit yer dia dengan geng dia ni tetibalah pulak tak puas hati dengan CikNin. Nak tau kenapa hamba-hamba Allah ni tak puas hati dengan CikNin ??
Macam ni ceritanya yang sebenar. Waktu dekat kem minggu lepas, CikNin rapat dengan seorang mamat ni.. Guy ni CikNin bahasakan dia 'F' yer. Guy ni dulu couple dengan si 'N' tu, then dengar kata dah putus. Wallahualam. Sekarang CikNin sendiri tak tahu apa status hubungan diorang. CikNin manalah kisah hal orang, nak jaga tepi kain orang yang terkoyak ke apa. Waktu dekat kem, 'F' tu satu kumpulan dengan CikNin. Dan nak dijadikan cerita, waktu malam dekat kem tu, 'F' tu minta tolong CikNin sendukkan nasi tambah untuk dia. Dah kebetulan CikNin duduk sebelah dia, tangan dia pun kotor masa tu. Jadi, waktu CikNin tengah sendukkan nasi tu, CikNin ada terdengarlah beberapa suara orang yang buat-buat batuk. Nak ubat batuk atau ubat sakit tekak agaknya tu. Tak dikenalpasti siapakah gerangan orang yang ingin menjadi model ubat batuk + ubat sakit tekak tu . CikNin buat bodoh ajelah waktu tu, malas nak dilayan. 
Lepas tu pulak, bersambung pulak waktu dalam perjalanan nak balik dari kem tu, sewaktu dalam bas, 'N' tu tulis sesuatu dekat kertas and tunjuk dekat geng dia yang lain. Teka apa dia ? Satu formula baru yang telah direkacipta oleh 'N',, ia adalah ::

SAYA BENCI F+F2 

Aiyy, Astaghfirullahalazim ! Pada mulanya CikNin memang tak tahu menahu langsung-langsung pasal benda tu, sebab masa dalam bas tu CikNin duduk dekat depan sekali, jadi, CikNin memang tak ambik peduli langsung dengan apa yang berlaku kat belakang. Ramai orang dah satu hal. Sampai dekat sekolah baru CikNin tahu hal yang sebenar. Itupun salah seorang BFF CikNin, Illyana, buka cerita pasal 'N' dan formula yang baru direkaciptanya itu. Pada mulanya diorang ingat si 'F' yang lagi satu tu, hamba Allah yang lain. Lepas tu, CikNin pulak buka cerita pasal kejadian makan malam tu, lepas tu Illyana dapat teka siapa sebenarnya si F2 tu dengan segala teori yang ada. And, that's me ! Haish, memang terbakar je CikNin dengar benda tu. Nasib baik tak terkeluar asap dekat hidung dengan telinga je waktu tu. Panas panas ! Lepas tu pulak u'olls, kawan si hamba Allah tu pulak pergi letak gambar si 'N' tu dengan formula dia dalam FACEBOOK. Aiyy, CikNin memang geram tahap petala gaban ! Memang menguji kesabaran tahap petala kelapan ! Agak-agaklah nak cari publisiti pun. Benda macam tu pun nak tunjuk ke dekat laman sosial ?? Tak malu ke ?? 
Well, that's okay, sekarang ni CikNin nak senyap je dulu. CikNin masih berpegang pada prinsip CikNin and the gang, iaitu, kalau orang tak kacau kita, kita tak kacau orang. Tapi, ada tapi yer, kalau orang kacau kita, baru kita kacau orang tu balik. CikNin nak tengok keadaan dulu, kalau dah betul baik punya line, CikNin akan bergerak ke langkah seterusnya. But, i'm not going to do stupid things ! Jahat-jahat CikNin pun, timbang rasa ada lagi. CikNin ada minta cadangan serta pendapat daripada kawan-kawan kelas CikNin tentang tindakan apa yang CikNin patut buat lepas ni. CikNin harap tindakan CikNin yang selanjutnya adalah tindakan yang betul. Insya-Allah, Amin. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk serta hidayah-Mu dalam menyelesaikan masalah ini. Tunjukkanlah kebenarannya, Ya Rahman. Amin....


p/s :: CikNin tak suka lah nak gaduh-gaduh pasal lelaki, macam orang kurang pandai je gayanya. 


Friday 15 July 2011

Dah Balik Dah !!

Assalamualaikum ! wah,, bersemangat gitu !! apasal ? al maklum la,, CikNin baru balik dari kem.... Alhamdulillah,, kem tu so far so good... walaupun penat sikit... CikNin lagi penat sebab CikNin ditugaskan untuk jadi pengerusi majilis untuk setiap sesi ceramah teknik menjawab soalan.... penat doe ! CikNin kena jadi pengerusi majlis waktu mula2 sampai kem hingga malam yang last,, iaitu semalam.... Apa yang CikNin malu sangat,, CikNin tersalah sebut tahun '2012' dua kali !! macam mana la boleh tersalah sebut ! -,-'' terpaksalah CikNin tebalkan muka waktu tu... reda2.. -,-' Nasib baiklah geng2 kat sana tu sporting,, takde la CikNin malu sangat.. haish.... Everything was okay there... Banyak ilmu yang CikNin dan kawan2 CikNin dapat... Tips2 pun banyak yang CikNin dapat...  So,, Insya-Allah dengan berkat kesungguhan kitorang,, kitorang akan buat yang t'baek dalam SPM ! Pray for us ! 

:)

I Love You All ! 

Tuesday 12 July 2011

KEM & PLKN !

Assalamualaikum ! lama gila doe CikNin tak update blog ~~ CikNin agak busy sekarang ni.. Alhamdulillah,, hari ni dapat jugak CikNin update blog CikNin ni.. Entry CikNin kali ni pasal kem dan PLKN.. Apasal ? Pagi2 esok CikNin akan ke Kem Putra, Chengal untuk Kem Tuju Gemilang SPM 2011 selama 3 hari 2 malam.. CikNin baru je habis packing barang2.. CikNin harap semuanya akan berjalan lancar sepanjang 3 hari CikNin berada di sana,, tak nak ada masalah atau apa2 aje yang boleh mengganggu CikNin kat sana ! I don't like problems ! Lepas CikNin packing barang2 tadi,, CikNin pun try la check kemasukan PLKN 2012 tadi.. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim CikNin klik dekat butang 'Cari'..... Dengan penuh debaran CikNin tunggu dan inilah yang muncul....................................................................................................................................

Semakan Pelatih Terpilih Online


Maaf! Anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN Siri 9/2012. Terima kasih. 

Alhamdulillah,, CikNin tak terpilih untuk PLKN 2012... hoorey ! yippie2 ! haha.... Lepas CikNin check yang CikNin punya,, CikNin tolong check untuk 3 orang budak lelaki kelas CikNin,, Adha,, Amin,, dan Amir Sharifuddin.... Tiga2 orang ni kena ! Hmm,, diorang tak pe la lelaki... ye tak ? Well guys,, good luck ye nanti... Ilmu2 yang korang akan dapat kat sana nanti kongsi2 dengan kitorang ea ? Okeylah,, hari dah lewat gila dah ni.... jap lagi nak bangun lagi.. nanti kang tak pasal2 terbabas pulak.. Doakan CikNin selamat pergi dan selamat balik dari kem ye ! CikNin love u all ! :) Assalamualaikum ....

p/s : CikNin geram nak tolong check keputusan PLKN untuk budak2 kelas CikNin yang lain ! :)   

apa motif CikNin letak gambar ni ? putus fius ke ?
Lantaklah ! haha ;)



Monday 4 July 2011

Kerana Bercakap Memang Tak Perlu Bayar ...

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera hadirin-hadirat sekalian ! Hmm,, lain macam kan entry CikNin kali ni ? Nak tau pasai apa ? Ni CikNin nak habaq mai ! apasal keluar loghat Kedah pulak ni ? Actually,, CikNin terasa hati dan geram dengan seorang hamba Allah ni.. He's one of my classmate... He's so annoying ! Kalau ada tak puas hati dengan CikNin cakap ajelah.. Tak payah lah sindir-sindir, perli orang macam tu ! Korang nak tahu tak apasal mamat tu tak puas hati dengan CikNin ? Meh CikNin nak citer meh...
Kisahnya bermula begini......................... Hari Rabu minggu lepas,, nyaris-nyaris aje kelas CikNin nak terbakar ! Apasal ??? Sebabnya,, adalah beberapa hamba Allah ni main dengan api... api betoi punya ! sumpah CikNin tak tipu ! Mula-mula tu api tu kecik je,, tapi entah macam mana api tu tiba2 boleh jadi besaq ! Gila ! Memang kecoh gila satu kelas ! Nasib baiklah api tu dapat dipadamkan oleh seorang hamba Allah ni pulak ! 
Esoknya pulak,, entah macam mana kejadian semalam tu boleh sampai ke bilik HEM ! One of the discipline teacher datang kelas CikNin dan panggil nama hamba2 Allah yang terbabit dalam kes tu ! Entah apa yang mereka soal siasat,, CikNin pun tak tahu...
Sebelum nak rehat tu,, salah seorang hamba Allah tu masuk kelas dalam keadaan marah... Lepas tu dia asyik sindir2.. CikNin pun tak tau dia sindir sape... Yang CikNin dengar hamba Allah tu kata dalam kelas CikNin ni ada spy ! Kawan yang duduk sebelah CikNin dalam kelas tu terasa macam dia aje yang disindir.. Kenapa ? Sebab dia pengawas sekolah dan pagi sebelum dia masuk kelas tu,, dia ada pergi bilik HEM... Dah namanya pengawas,, mestilah selalu masuk bilik HEM.. Dan hamba Allah tu memang betul punya sindir kawan CikNin dan CikNin sendiri ! Apa ? Dia ingat kawan CikNin dan CikNin ni pergi report dekat bilik HEM ke ? CikNin tak ada masa lah nak buat semua tu ! Kawan CikNin tu memang stres gila2 sampai tak datang sekolah tadi....
So,, dah kawan CikNin tu tak ada hari ni,, si hamba Allah tu sindir2 CikNin la pulak... Hmmm....
------Tamatlah alkisahnya------ 
Suka hati dialah nak buat apa pun... CikNin sikit pun tak kesah .... ada CikNin kesah ? Sebab CikNin tahu siapa yang betul,, dan siapa yang salah.. Dan yang paling penting,, CikNin dan kawan CikNin tak pernah nak report apa2 dekat cikgu2 bilik HEM.... 
So,, kalau hamba Allah tu nak sindir ke nak hape ke,, CikNin takkan ambik port.... Sebab b'cakap memang tak kena bayar,, so,, dia boleh nak cakap apa pun.. Tapi,, bila2 masa je Allah Taala boleh tarik nikmat p'cakapan tu kan.... Ye,, memang kat atas dunia ni kita tak perlu bayar apa yang kita nak cakap,, tapi esok2 di akhirat,, pasti kita akan membayarnya jugak kan...... :) CikNin malas nak komen apa2... CikNin tak b'dendam dengan sesiapa.. CikNin dah maafkan semua kesalahan orang pada CikNin... 


 Ya Allah,, Kau bukakanlah pintu hati sahabat-sahabatku... Kurniakanlah mereka petunjuk serta hidayahMu, Ya Rahman... Amin Ya Rabbal Alamin....



p/s : Hamba Allah tu rapat dengan CikNin dan kawan CikNin sebelum kejadian tu berlaku... Well,, that's okay... Maybe Allah nak bagi kawan yang lain pulak untuk kitorang.. Who knows ? Allah berhak tentukan segalanya... :)

Saturday 2 July 2011

Larian 1Murid 1Sukan...

Assalamualaikum & what's up yo! seperti yang tertera pada entry CikNin tu,, hari ni iaitu 2 Julai 2011 telah diadakan larian 1Murid 1Sukan di sluruh Malaysia.... CikNin pun telah mngikuti larian tersebut walaupun rasanya banyak berjalan daripada berlari... hehe... kira okey la tu,, sekurang-kurangnya CikNin join jugak larian tu.. 

Hmm,, sampai aje sekolah dalam pukul 7 pagi,, CikNin terus ke kelas.. Sampai-sampai kat kelas,, kelas tak ramai orang pun.. ada la boys dalam 3 kerat macam tu.. CikNin lepak-lepak kejap and then turun ke Persada Puteri... Waktu CikNin kat Persada Puteri,, bff CikNin,, Zuraida pun sampai.. Lepas tu kitorang duduk dengar taklimat dan tanda kehadiran...

Lepas tu pulak CikNin,, Zuraida,, Istiqamah,, Shahida,, Fatin dan bebrapa org lagi bergerak ke Stadium Mini Kijang Emas *mini sangat ke stadium kijang emas ni? rasa macam tak pun..  >_< Semua sekolah kompleks berkumpul di stadium ni.. Memang penuh satu stadium! Dalam tengah ramai-ramai tu CikNin tersepak seseorang ! takdela,, lawak je.. huhu.. CikNin terserempak dengan kawan lama CikNin masa kat sekolah lama... Dengan bersemangat kawan CikNin tu angkat tangan pada CikNin.. ;)

Bila pelajar dari semua sekolah dah ada,, aktiviti senam robik bermula! CikNin tak tahu apa gaya yang CikNin buat sebab CikNin and the gang tak berapa nmpak apa yang jurusenam robik tu gayakan senam robik tu.. itulah,, sapa suruh duduk kat belakang? CikNin and the gang main hentam aje buat gaya2 sampai berpeluh satu badan ! Habis segala peluh jantina yang keluar masa tu ! Waktu tu memang tak berhenti ketawa sebab buat macam-macam aksi dan gaya dan yg paling best dapat tengok pelbagai aksi dan gaya orang yg ada kat situ ! bak kata astro,, macam-macam ada ! Lepas habis senam robik dan peluh segala jantina pun dah keluar,, larian yang ditunggu-tunggu *ye ke ditunggu-tunggu?* bermula ! Maka,, CikNin and the gang pun lari laa,, lepas lari,, jalan,, lepas tu lari balik dan begitulah seterusnya........ Kalau tak silap CikNin,, jarak larian tadi 3.5 km... sesudah lari,, kitorang kumpul balik dekat stadium mini tu dan ......... CikNin rasa pinggang CikNin sakit ! adeh! :( tak tahulah kenapa...  Rasa nak tercabut pun ada pinggang CikNin ni... Maybe sebab dah lama tak lari kot... :) 

Lepas larian tu pulak,, ada pertandingan sukan antara sekolah.... CikNin dan Zuraida sempat menyemak dan beesorak dekat perlawanan futsal.. Waktu tu wakil dari sekolah CikNin (SMK Puteri) bertemu dengan wakil dari SMIP... Sekolah CikNin menang peringkat pertama,, yippie! Seronok bersorak dan tengok diorang main tadi sampai CikNin lupa sekejap pasal pinggang CikNin yang sakit tu... After that,, SMK Puteri bertemu dgn wakil dari SMK Putera...  Pada peringkat ni keseluruhan permainan dikuasai SMK Putera biasalah,, nama lagi sekolah sukan.... SMK Putera memenangi futsal tersebut... Kecewa lah jugak,, tapi biasalah adat permainan,, ada yang menang dan ada yang kalah... 

CikNin dan Zuraida masuk sekolah dengan membawa hati yang luka dan kecewa *over je lebih ni,* :) And then,, lepak dekat kantin... Beberapa minit lepas tu Istiqamah and Shahida datang join kitorang and berbual-bual kejap sambil minum air.. And then lepas tu CikNin dan Zuraida balik.... 

Ini antara gambar yang sempat CikNin ambil waktu kat sekolah tadi... :)

                                                            Zuraida Naimnah & CikNin












p/s : hari ni sangat seronok walaupun CikNin sakit pinggang.. i really enjoyed ! ;)

Friday 1 July 2011

YUHUU ! :)

Assalamualaikum w.b.t. & hell0 world ! ceh,, gaya mcm seluruh dunia baca blog aku.. Pertama-tamanya CikNin rasa sangat happy dan bangga ye kerana dapat menghasilkan blog yang tak seberapa ni.... walaupun blog CikNin tak seberapa dan tak ada yg menarik sangat,, CikNin harap,, sape-sape yg bertandang di blog CikNin ni akan enjoy dengan apa yg CikNin bakal coretkan pada masa-masa yg mendatang. *betul ke p'kataan ni ?* Kalau ada yg kurang berkenan tu sila-sila lah tekan "BACK" ye... hehehe.. bukan apa,, CikNin takut nanti ada pulak yang termuntah ke,, terdemam campak ke,, terpengsan ke, *berapa banyak ter la..* tak dapek CikNin nak nolong nye... =,=

Hmm,, esok seluruh sekolah di Malaysia,, tak kira la sekolah rendah mahupun sekolah menengah,, akan mengadakan larian 1murid 1sukan.. tapi,, CikNin rasa lah kan,, tak larat nak lari esok hehe,, so, CikNin decide nak jalan-jalan sambil ambil angin aje la esok.. ekeke.. Lepas larian tu pulak PK KO sekolah CikNin cakap ada pertandingan olah raga ke apa,, lebih kurang macam tu la... dan berkemungkinan juga esok boleh balik awal ! yippie! suka je kan...... Hmm,, CikNin rasa sampai kat sini aje la dulu CikNin membebel.. Bebel lebih-lebih nanti kang ada pulak yg bernanah telinga.. hahaha (gelak jahat). Okey ye muslimin dan muslimat ceh,, awat tetiba jd alim lak ni? see ya,, jumpa lagi ! daa.... Assalamualaikum w.b.t...

Salam sayang,,
CikNin <3 :)