Friday 30 March 2012

Love Letters...

Bismillahirrahmanirrahim.

CikNin tak tahu kat mana silapnya. Sungguh, tak tahu kenapa CikNin berterusan ingat benda yang sama. Benda yang boleh buat mood CikNin jadi tunggang terbalik! Astaghfirullah...

Ni orang kata dah macam gangguan hormon la ni... Tapi tulaa, gangguan hormon untuk sering mengalirkan air mata! Tapi takdelah sesaja nak keluar air mata ni. Ada sebab lah. Kebelakangan ni selalu je air mata ni keluar. :'( Hmm, teringat benda benda yang lama. Allah, kenapalah CikNin asyik duk ingat benda tu aje? Sebelum ni pun teringat jugak, tapi takdelah emo sampai macam ni. Ingat biasa biasa jelah kan.

CikNin, ke sebab apa yang dia cakap hari tu? Kata kata yang terus sampai ke tangkai hati walaupun dah tepis bagai nak rak. Kenapa kenapa kenapa ?! *sah, boleh putus fius kalau CikNin terus macam ni.

Ya Allah Ya Tuhanku, lapangkanlah dada dan fikiranku ini. Jauhkan diriku daripada bisikan bisikan syaitan serta tenangkanlah jiwa dan hatiku ini... Usirkanlah segala tanda dan perasaan yang tak sewajarnya ni. All I need is Your help, Almighty...

Macam semalam, fikiran CikNin terlintas kat dia tu. Tup tup, beberapa minit lepas tu dia mesej! Waarghh, macam mana tak buat CikNin jadi tunggang terbalik je rasanya ni! Astaghfirullahalazim!

Alhamdulillah, semalam CikNin borong dua buah buku. Suka sangat sebab dapat maklumat macam macam dari buku tu. Sweetlah, sebab buku tu macam faham je jiwa CikNin sekarang ni. Kira macam pemberi semangatlah untuk CikNin. Yang penting I learnt something new and great. :'D

Pasal love letters. Jangan salah faham. Bukan love letters yang seorang kekasih bagi untuk kekasih dia tu. Tak, langsung tak ada kena mengena. It's all about love letters from Allah. Yup, very the nice one. Surah surah dalam Al-Quran tulah sebenarnya love letters. From Him, to us. Tak percaya? Try tengok terjemahan. :D

Dalam buku tu jugak ada cakap, kalau kita sedih ke berduka ke, baca je surah Ad-Dhuha dengan surah Al-Insyirah. Jangan lupa baca sekali dengan terjemahan. Sebab dua surah tu ayat memujuk. Sweet kan Allah? Thank Allah I found that book. Thank Allah for the love letters too. :'D




Pecah Kaca, Pecah Gelas ...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum! Kelmarin, dah macam hari bersejarah pulak buat CikNin dengan rakan rakan kat Puteri tuh. :) Sebabnya, kelmarin ada Hari PIBG dengan Anugerah Kecemerlangan. So, kelmarin CikNin, Da, Istiqamah, Fatin dan budak budak lain datang sekolah untuk majlis tu. Alhamdulillah, rezeki kami. :DD

Datang sekolah punyalah awal sebab ingat majlis mula pukul 2 petang. Tapi, pukul 3 petang, majlis tak start lagi. Penat gila menunggu 'Orang Besar' sampai. =,=' CikNin ni dahlah cerewet sikit kalau bab bab menunggu lama ni. Kalau tak lama sangat tu, bolehlah consider sikit. Nasib baik, persembahan nasyid pembukaan tu best. Baru bersemangat sikit nak duduk tercongok dengar orang berucap lepas tu. Orang kata, bagi up sikit level semangat tu. Hehe. *betul tak senonoh punya budak!

Lama tak lama majlis kelmarin, ada lah dekat 5.30 petang acara Anugerah Kecemerlangan tu baru bermula. Lama gila! Bayangkanlah ! Semua macam dah letih, lesu serta tak bermaya! *macam iklan TV la pulak. Hee ;) Mana taknya, dari pukul berapa lagi tunggu, semangat pun dah nak habis limit je gayanya. Huu.

Selesai je acara Anugerah tu, terus kitorang CABUTTTTT !!!!! Haha, betul punya tak senonoh. Ramai je pun yang balik lepas acara tu. Bukan kitorang je. Hehee. *buat muka suci tak bersalah. Penat weh, nak tunggu apa lagi kan? Dah datang memang untuk tu je pun. Muahaha *gelak jahat. ;D Dah lewat lorr, Asar belum lagi tu.

Lepas salam dengan diorang semua, terus cari Abah. Lepas tu, lepak kat kedai ABC kejap. Abah cakap dia teringin nak makan. :)

Balik rumah, mandi dan solat. Lepak dalam bilik sebelum Maghrib masuk. Dalam tengah berangan tu, *gaya cakap macam apa entah =,=' tetiba pulak terfikir nak ubah kedudukan barang dalam bilik tuh.

Then, lepas Maghrib, misi bermula!!! *gaya macam buat misi ketenteraan je kan? Dengan tenaga tulang empat kerat, walaupun badan cekeding macam cicak kubing ni, CikNin dapat ubah kedudukan katil, ubah kedudukan meja solek. *proud of myself! Sensorang tuu... Jangan pandang orang takde mata tau.. Heh! *buat gaya kerek sikit!

Duk tengah syok syok alih kedudukan barang tu, tanpa kuduga dan tak kusangka, sebiji gelas kaca terjatuh dari meja solekku... Pecah berderai, seperti kaca terjatuh di atas batu... Terkejut, terkesima, terkedu seketika CikNin dibuatnya! Dalam mengalami segala perasaan 'TER' tadi tu, boleh pulak CikNin TERpijak serpihan kaca tuh! Aiseymen, nasib baik terpijak serpihan yang kecik ciput je... Tu pun dah luka berdarah bagai kakiku ini. Kalau terpijak serpihan yang besar gedabak tu? Tak ke free free je CikNin daftar masuk hospital... Nauzubillah!

So, CikNin bersihkan kaca kaca sebersih bersihnya itu. Kang tak pasal pasal benda lain pulak yang jadi. Itulah CikNin oii, lain kali buat kerja tu hati hati laa sikit yer... Lagi satu, kalau dah habis minum tu, terus bawak gelas tu pergi dapur yer, jangan nak buat harta pusaka pulak kat dalam bilik tu... *haha, nasihat diri sendiri untuk kebaikan diri sendiri.

Alhamdulillah, selepas insiden yang berlaku tu, bilik CikNin akhirnyaaaaaaaaaa, telah berubah wajah! Siap jugak ubah kedudukan perabot kat dalam bilik tu. Puas hati walaupun kaki sakit. Hee. *buat muka bangga. *dush! kena penumbuk kat muka! Hehe. Yang paling penting, siap boleh buat lawak cekodok pantun pulak semalam bila Abah tanya kaki CikNin kenapa. Dengan muka yang suci dan tak berdosa, terus CikNin cakap,

Pecah kaca pecah gelas,
Kakiku terkena serpihan gelas!

Haha, mantop tak pantun tu? Hehe. Nilah keuntungan serta kelebihan jadi sebahagian daripada budak budak pantun time sekolah dulu. Huhu. Habis satu family ketawa! Tak pasal pasal. Buat lawak malam malam, bertuah sungguh! =,='

Ohh yeah, by the way, a big thanks to the new Principal of SMK Puteri and all the teachers for the great ceromony! :DD I'm gonna miss every single thing about Puteri! ;'D
Love Puteri from the bottom of my heart! <3 <3 <3 :D

p/s :: mukaddimah punyalah panjang, cerita yang berkaitan dengan tajuk, ciput je.... HEHE. ;)




Monday 26 March 2012

MEREKA .

Bismillahirrahmanirrahim .

Semalam CikNin sempat post satu entry , walaupun CikNin sebenarnya nak post dua entry semalam . Tapi , tak sempat sebab sibuk isi borang MAKTAB . Line pulak macam kura kura jalan je . =,='

Okey , semalam CikNin pergi sekolah . Pergi jumpa kaunselor sekolah sebab nak tanya hal mengenai IPTA . Ramai budak kelas CikNin yang datang sekolah semalam . Antaranya , Istiqamah , Illyana , Fatin , Shahida , Syamimi , Zakwan , Amer , Amir Sharif , Khairul , Mukhlis , Malek , Alham dan ramai lagi .

Lepas jumpa kaunselor , CikNin gi jumpa cikgu cikgu . Berbual dengan diorang pasal result SPM hari tuh . Lepak dan berbual dengan budak budak ni dah semestinya ! Hee . Hmm , serius , rindu sangat nak buat semua tu masa sekolah dulu ! Lama jugaklah kitorang lepak kat sekolah . Nak bereskan semua benda , tapi ada jugak yang tak beres . Kena pergi sekolah lagilah nampaknya . Takpe , I love to go there ! Missed the environment there so much !

Dalam pukul 2.30 petang , kitorang balik . CikNin macam biasalah , balik dengan bas . Sebelum balik tu , CikNin singgah kat satu kedai makan ni . Asalnya memang nak beli nasi je kat situ . Tapi , terserempak dengan Adha and the gang , terus lepak makan kat situ , alang alang CikNin pun sensorang je masa tu .

Diorang BAIK  sangat ! Terlalu baik ! Diorang siap tawarkan diri nak hantar CikNin balik lagi , sebab tau CikNin nak balik dengan bas . Adha cakap , ada ke patut balik dengan bas sensorang macam tu . Serius , terasa nak nangis je masa tuh ! They really care about me . Risau kalau CikNin balik sensorang . Bagus kan diorang ? The best friends that I ever met ! :'D CikNin memang bertuah sangat dapat kenal , dapat jadi kawan dengan diorang tu . May ALLAH bless them ! Amin .

Lagi satu , pasal Mr. A ... Dia pun sama macam diorang tu . Sangat mengambil berat . Tanya CikNin kat mana , balik dengan apa , dan apa yang CikNin tak boleh nak lupa , dia siap pesan lagi kat Adha . Dia suruh Adha tengok tengok dan jaga CikNin . Dia pun ada pesan , kalau dah sampai rumah , bagitau dia . So kind of them ! Sebak rasa . Diorang sangat baik !

p/s :: sayang diorang dunia dan akhirat .



Sunday 25 March 2012

Parti Perdagangan.

Bismillahirrahmanirrahim .

Kelmarin , CikNin dengan beberapa orang kawan pergi makan di KFC Stadium Sultan Muhammad ke IV untuk satu parti . Actually , parti ni cikgu Ahmad Faizal buat untuk budak budak yang dapat A untuk subjek Perdagangan . Alhamdulillah , sebelum ni cikgu pernah janji dengan budak budak ni , kalau siapa dapat A untuk subjek Perdagangan , dia nak belanja . SPM tahun lepas , seramai 12 orang dapat A untuk subjek Perdagangan . Dan semalam , dia telah tunaikannya ! :D

Kelmarin dan kelmarin dulu , CikNin dengan dua orang lagi kawan , Shahida dan Amalina ditugaskan untuk jadi fasilitator untuk Program Gilap Dagang untuk budak budak tingkatan 5 tahun ni. Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan aman dan dengan lancarnya ....

Kelmarin , lepas habis Program Gilap Dagang tu , CikNin dengan Shahida followed Cikgu Faizal ke stadium . Solat Zohor kat stadium , lepas tu terus ke KFC tu . Ramai dah sampai kat sana , sebab janji jam 2 petang . Tapi , yang datang kelmarin hanya 9 orang saja . Yang lain tak dapat datang sebab ada komitmen lain. *ayat skema macam apa entah .

So , kitorang makan makan sambil berbual mengenai masa depan . Macam macam benda kitorang bincang , lepas tu snap gambar . Oh ya , yang datang kelmarin , Amirul Mukmin , Shahida Othman , Amalina , Zakwan , Istiqamah , Fatin Farhana , Shahida Ismail , Syamimi dan CikNin . :D

Last but not least , a big thanks to Cikgu Ahmad Faizal for treating us ! May Allah bless you and your family dan semoga sentiasa dimurahkan rezeki ... Amin .. Sayang cikgu ! *muahaha ! Memang takleh bayang kalau cikgu baca ni ! Huhu !

p/s :: Having a great day with them . :D













p/s :: CikNin sorang je yang pakai pakaian kasual . Yang lain semua berbaju kurung ! Kontra gila ! Huhu .

Thursday 22 March 2012

Terukir di Bintang !

Bismillahirrahmanirrahim ...

Alhamdulillah , first sekali CikNin nak ucap setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan nikmat yang tak terhitung banyaknya buat CikNin dan rakan rakan .
Alhamdulillah , semalam tanggal 21 Mac 2012 , merupakan tarikh keramat buat semua lepasan SPM 2011 . Syukur Alhamdulillah , CikNin dan rakan rakan telah mendapat keputusan yang baik dan cemerlang . Tingkatan 5 Cekal 2011 juga telah berjaya memecahkan rekod sekolah , kerana ramai di antara kami yang berada di kelompok 'Top 10' sekolah . Syukur Alhamdulillah sekali lagi ... :D
CikNin tersangatlah gumbira dan senang hati walaupun pada malam sebelumnya , CikNin sukar nak tidur . Gelabah punya pasal . Sebelum pergi sekolah pun , tak makan . Tak ada selera , main teguk air je .
Muka happy dan bercahaya je budak budak ni semalam . :D Terima kasih sangat sangat buat Abah dan Umi CikNin sebab selama ni support CikNin . Buat ahli keluarga yang lain , my hulubalang , Ahmad Muzakkir yang sentiasa bagi tunjuk ajar dan nasihat . Kepada guru guru yang berbanting tulang mengajar CikNin dan rakan rakan yang lain , sehingga membuahkan hasil yang lumayan . Dan yang CikNin takkan lupa sampai bila bila , sahabat sahabat CikNin . Sahabat 5 Cekal yang selama ni sentiasa ada di sisi CikNin walau susah dan senang . Sentiasa tolong CikNin apa apa yang patut . Korang memang sahabat terbaik ! Tanpa korang semua , CikNin tak mungkin boleh berjaya . Buat korang yang kurang berjaya , pleaseeeeeeeeeeeeee , jangan sedih sedih .... Yakinlah , pasti ada rezeki Allah buat korang kat mana mana . Please , don't easily give up , and most important is , never underestimate yourself .. Guys , nanti kita keluar jalan jalan sama sama ek ? I would love to spend the quality time with you guys !

p/s :: Impian kami terukir di bintang ! Really proud of them .. <3 :D
         Subhanallah , Alhamdulillah , Allahuakhbar !



Monday 19 March 2012

Doakan Kesejahteraannya. :)

Assalamualaikum guys .

Petang kelmarin dulu CikNin dapat mesej daripada kawan CikNin , Amin . Amin ni monitor kelas CikNin kat Puteri dulu . Beristighfar panjang CikNin waktu baca mesej dia tu . Tau apa dia cakap ? Dia cakap dia kemalangan dekat Tanah Merah dan patah paha kiri . Astaghfirullahalazim ... Terkejut yang amat CikNin ! Padahal baru je dia kemalangan baru baru ni , tapi tak teuk sangat . Ini sampai patah paha kiri , Ya Allah !

CikNin tanya dia macam boleh jadi macam tu . Dia cakap waktu tu dia dengan motosikal , on the way nak balik Kota Bharu dari rumah kakak dia di Tanah Merah tu . Kereta langgar dia lepas tu lari . Langgar lari ! Apa punya manusialah , tak ada hati perasaan ke ? Betul tak ada tanggungjawab sikit pun ! Astaghfirullah !

Sekarang Amin dirawat di Hospital Kota Bharu . Semalam , Khairul dan Amir Shariffudin pergi melawat dia . CikNin pun ingat nak melawat dia jugak nanti . Nanti nak berpakat dengan budak budak yang lain .

Semoga Amin bersabar dengan kejadian yang menimpa dirinya itu . Mungkin ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku . CikNin dan kawan kawan yang lain turut mendoakan kesejahteraan dia , semoga cepat sembuh . Keputusan SPM tinggal lagi dua hari je . :D
Mohammad Amin bin Abdul Aziz , semoga cepat sembuh . Sabar dengan dugaan yang diberikan olehNya yer . Mungkin ada benda baik nak jadi . Siapa tahu kan ? :D



CikNin dan Amin .

Friday 16 March 2012

Terengganu.

Assalamualaikum . Okey , CikNin dah balik . Walaupun masih rasa penat , CikNin tak boleh tak update blog ni , sebab sepanjang CikNin kat Terengganu tu , CikNin tak boleh nak online gara gara wifi di hotel tempat CikNin menginap tu , tak berapa okey sangat .

Apa yang best kat Terengganu kali ni ? Bagi CikNin , biasa biasa je . Heh . Entahlah , mood CikNin sepanjang kat sana tak berapa okey sangat . Betul punya mood swing . Sekejap happy , lepas tu moody balik . Apa kena entah . =,=

Tapi , yang best sepanjang kat sana tu , waktu kitorang gi lepak dekat Pantai Batu Burok tu . Kebetulan kat sana ada kereta kuda . So , bolehlah naik kereta kuda yang dihias cantik tu . Ambil angin dekat sekitar pantai tu . Then , ada jugak aktiviti pantai . Senang cerita CikNin panggil 'Motor Pantai' lah ek . Best aktiviti ni . Kita boleh sewa sebuah motor , *nak kata motosikal tak jugak , sebab dia tayar empat . I don't know what did they call it . RM15 untuk 15 minit . Abah sewa sebuah , then anak anak dia ni gilir gilir jadi pembonceng . Hehe . I enjoyed it .

Suka sangat tengok suasana kat sana . Penuh dengan pelancong , ramai orang yang happy . A great moment . :) Ada lagi tempat tempat yang CikNin dan family jejak kat sana tu . 

Hmm , tapi tulah , CikNin sedang mengalami gangguan emosi , mood swing . Jadi , tak dapat nak hayati sangatlah . Ditambah pulak , cincin CikNin hilang ! Pelik betullah , kat manalah cincin tu hilang . Seingat CikNin masa CikNin nak mandi je CikNin tanggalkan cincin tu . Kalau tak , memang sepanjang masa CikNin pakai . Aduilah , apa punya nasiblah . =,= Reda jelah .

Kali ni CikNin tak sempat nak gi lepak rumah Da . Sibuk gi jalan jalan la apa . Tapi tak apa , Da nak balik Kelantan dalam dua tiga hari lagi . Jumpa kat sini terus senang . Lagi boleh jumpa dengan lepak lama lama dengan geng geng yang lain . :)

Actually , CikNin rasa serabut sikit . Fikir macam macam . Nak kata cuak dengan result SPM yang semakin hampir , lagi 5 hari pun iye jugak . Serabut dengan hamba hamba Allah pun , memang ya jugak . Ya Allah , tenangkanlah hati serta fikiranku ini . Jauhkanlah aku daripada gangguan gangguan yang tidak sepatutnya . Amin.

People , tolong jangan ganggu CikNin dengan benda yang bukan bukan , please ? Berikan ruang untukku jalani hidup dengan tenang , boleh ? Jangan buat CikNin jadi fed up dan annoyed dengan korang , boleh ? 

Thanks .

p/s : Totally in distress . Astaghfirullahalazim ...



Monday 12 March 2012

Terengganu Again ! XD

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh semua ! Wokey , just straight to the main point ya . :)
Esok , CikNin akan ke Terengganu untuk holiday ni ... Hehe . Yup , lagi sekali . Mesti korang tertanya tanya apa yang best sangat pergi holiday kat Terengganu tu kan ? Well , don't ask me . CikNin hanya ikut je ke mana saja family CikNin nak bawa . Hee .

Kalau CikNin senang je nak cakap , Terengganu ni dekat je dengan Kelantan . *Kelantan , bumiku yang terchenta ini . Ye tak ? Cuba korang bayangkan kalau korang pergi bercuti jauh jauh tu , memang confirm lah bajet korang mesti burst punya . Dengan minyak kereta korang , tol , tempat penginapan dengan segala bagai tu kan .

So , kalau nak jimat , pergi je bercuti kat tempat tempat yang dekat . Muahaha . *gelak jahat Ala , lagipun cuti penggal pertama ni kan seminggu je . Lagipun dah pertengahan minggu pun , okey jelah pergi bercuti dekat dekat pun kan . Kalau nak bercuti kat tempat jauh , best bila gi time cuti penggal kedua nun , tak pun cuti akhir tahun nanti . Tak sesuailah nak pergi jauh jauh sebab parents CikNin kan cikgu . Kalau CikNin lainlah , masih bercuti panjang ... Hahaha :p Yang penting boleh makan nasi dagang best ! Hehe .

Oh ya , before I forget , a big thanks to my beloved aunt , Nurah Sabahiah for sponsoring this trip to us ! Semoga dirimu sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh Allah di dunia dan di akhirat kelak . Amin Ya Rabbal Alamin ... :D

Okey guys , until we meet again ! Assalamualaikum ...

Eh , kejap kejap . Buat korang yang sedang bercuti atau pergi makan angin kat mana mana tu , jangan lupa banyakkan berdoa yer . Sebabnya ketika bermusafir , doanya mustajab . So , doa banyak banyak eh . :D


Terengganu ! Tunggu kedatangan CikNin dan keluarga yer !!!! *excited teramat sangat ! :O

Sunday 11 March 2012

MEMANG

MEMANG

Memang, melakukan hal mengikut nada hati dan jiwa
bisa memuaskan kehendak dan nafsu.
Namun, binasa mengekori.
Memang, bertindak tanpa akal
bisa membunuh segalanya.
Bertindak dengan rasa,
sesungguhnya sengsara menanti.

Memang, DIA menetapkan sesuatu
seiring dengan kehendak-NYA
Jangan sekali cuba mendustakan-NYA
nescaya nestapamenghampiri.
Bertindak, berfikir dengan akal rasional, fikiran yang waras
hati yang terbuka serta di bawah payung-NYA
Pasti nyaman jiwa dunia dan akhirat...





Nukilan : NinCyha :)


Saturday 10 March 2012

Night !

Assalamualaikum ! Hai semua ! Well semalam , Jumaat , 9 Mac 2012 . It was my mom's birthday ! Yippi ! *over excited ! Happy Birthday to my Ummi , NorShilawati Hussein ! May Allah bless you . Love you .

So , malam tadi , kitorang keluar dinner lepas Isyak . But , before that kitorang gi rumah tukang urut dekat area Pasir Tumboh sebab Abah and Ummi macam sakit urat or something . Hee . But , something that I couldn't imagine and expect happened there !

Oh my Allah , I met someone whom I knew and I admire ! Seriuosly , I never expect to see him there ! I was like "Oh , is this for real ?" I couldn't believe my eyes , so do him ! Haha , dia pun tak percaya yang CikNin anak kepada seorang Ahmad Lotfi yang selalu datang rumah dia untuk berurut . Abah memang selalu gi berurut kat sana , tapi ni baru kali pertama CikNin menjejakkan kaki kat sana . :)

Haha , CikNin tak boleh nak bagitau siapa dia , sebab dia dah pesan biarkan ini sebagai 'Private and Confidental' . :)
Lawak pulak rasa , sungguh takku sangka , takku duga . Heh . Dah jiwang bagai . =,=

Lepas berurut tu , baru kitorang pergi dinner atau boleh dikatakan supper lah , sebab dah lewat . Hee . Makan makan and balik ...

Happy sangat ! Hee . *excited lebih ni . :DD


Muka takde motif . =,=

Muka mengantuk - Ain baru bangun tido .

CikNin and Ummi :)

Abah and Amir . *Amir muka boring .

Peace ! Saya mengantuk !

Friday 9 March 2012

Dua Minggu Lagi~

Assalamualaikum semua ! Minta maaf yer semua sebab CikNin lama tak update blog ni . Al kisahnya wifi Streamyx dekat rumah ni kena potong hari tu ... Jadi , abah CikNin baru sempat nak bayar Streamyx semalam .

Okeyp yer , diam tak diam , lagi dua minggu keputusan SPM nak keluar . Macam manalah gamaknya yer ? CikNin dah cuak ni . =,= Rabu lepas keputusan STPM dah keluar . CikNin pulak yang tumpang gelabah dan cuak untuk budak budak lepasan STPM tuh . Adehlaa , camno lah eei result CikNin dengan result kawan kawan yang lain ? Nervous lah CikNin ~ *gaya muka cuak
CikNin nak buat parents CikNin happy , nak banggakan diorang . Nak bagi cikgu cikgu kat Puteri tu bangga . Cikgu cikgu yang banyak sangat berjasa dan amat mengharapkan kejayaan kami . So , CikNin kalau boleh nak balas apa yang mereka telah curahkan . Amin , InsyaAllah :)

Kawan kawanku sekalian , mohon doa yer . :)
By the way , sudi sudilah yer baca sajak CikNin yang kat bawah tu . Heh . Sajak tu sesaje CikNin tulis , ideanya datang , terus dicurahkan . Maka jadilah sebuah sajak yang tak seberapa .
Okeyp , wassalam . :)









LEMAS .

Bismillahirrahmanirrahim ...

LEMAS .

Hidup di dunia bagai berada di persada pengalaman
Ia mengalirkan berjuta ritma perasaan
Buat manusia sedia berdiri .
Namun ,
aku lemas !
Lemas dengan nada yang dilontarkan
Lemas dengan bicara hati 
yang menyesakkan.
Sikap tanpa hati .
Bicara tanpa akal .
Bertingkah sesuatu di luar ruangan hati
di luar kotak minda .
Itulah laku manusia .

Aku lemas !
Lemas pada badai rasa yang merenyahkan
Lemas oleh perilaku jahil lagi bernafsu .
Umpama titisan hujan di kala tengkujuh
oleh mereka tanpa rasa syukur .

Apa mereka lupa ?
Hidup ini untuk apa ?
Apa mereka lupa ?
Hidup ini persinggahan cuma 
Bagai berada di bawah teduhan
pokok merendang.
Untuk kehidupan di alam sana 
Di alam yang kekal selamanya .

Dilupa engkau jangan
Dunia ini punya tuannya
Pemilik Agung lagi Berkuasa .
Nikmatilah manusia persinggahan ini
Dengan Al-Quran dan As-Sunnah beserta syariat .
Moga tenang dunia dan akhirat .





Nukilan :: Fatnin Fasihah .aka. Nin Cyha :)

Saturday 3 March 2012

RANDOM .

Assalamualaikum u'olls . :) Actually , I have nothing to be told . Yeah , I'm having a very boring days ! Seriously ! I got  nothing to do . *except the chores that I've to complete . ;) I keep doing the same thing everyday ! Huh . I got nothing else to do ... Seriously buddies , I'm bored . =,=
But , today , I'm going to share with you guys about something . But , just to remind you . This post has nothing special . *ching ! ;)


Hmm , last 2-3 days , when I was facebook-ing *a new word and looked up for a cool and magnificent videos on Youtube ,  I found a video . Not a special video actually , but I was captivated by it ! Even I knew it was already midnight or should I say , early in the morning , and a girl like me should not stay up that late to do something like that. Haha . 


Video ni video ceramah macam tulah . Biasalah kan , kalau ada sapa sapa yang pergi ceramah tu , mesti ada yang rakamkan sesi ceramah tu kan ? Tapi , apa yang CikNin nak cakap , CikNin suka video tu . Heh . Tajuk ceramah tu memang kena sangat . Pasal cara pemakaian tudung yang sempurna . Memang kena sangat dengan jiwa dan keadaan dan fenomena sekarang ni kan .


CikNin godek godek tengok video tu . Hmm , rupanya banyak jugaklah cara pemakaian tudung CikNin selama ni tak ikut syarat yang betul . Orang kata cukup cukup makan ajelah . Tapi , Alhamdulillah , lepas CikNin tengok dan hayati video tu , CikNin dapat ambil apa yang ustaz tu cakap dan pasti CikNin praktikkan . For sure , I will . For the seek of Allah . Insya-Allah .


Alhamdulillah , I found that awesome video ! Bermanfaat yang amat . Dan tentu tentunya , amat berbaloi CikNin tidur lewat malam tu sebab jumpa something awesome , cool and meaningful . :) Thanks to Allah S.W.T .


Ni link video tu . Video ni tak di 'upload' di Youtube dan CikNin jumpa video ni di laman sosial , Facebook . :)
Hope you guys enjoy it and take it as a good thing .

http://www.facebook.com/video/video.php?v=3499568216452

p/s : CikNin ada impian nak pakai purdah dan niqab satu hari nanti macam ni . Insya-Allah :)