Thursday 31 May 2012

Senyuman di Sana Part 1 . . . :D

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Assalamualaikum semua ! Apo kabo rakyat jelata sekalian ? *chewah , gaya macam Sultan Melaka je . HOHO ! Lama sungguh kita tidak bersua muka , bertentang mata serta berganding bersama , ye tak ? Gaya macam dah lupa daratan je kau ni CikNin ye , mentang mentang hari tu kau duk main dekat laut . Terus lupa daratan ! *dah start merapu meraban dah CikNin ni .

Minta ampun , minta maaf sebab dah lama gila tak update blog terchenta ni ! Dah jadi ala-ala 'Cool Blog' je , blog CikNin ni . Hehe . Sejuk sebab dah takde cerita . Hoho .

Okey , dalam entri yang lepas CikNin ada cakap pasal CikNin dan keluarga pergi ke Manjong , Perak . Malam sampai sana tu , kami menginap kat hotel di Lumut . Kiranya sekali dengan rombongan cikgu cikgi sekolah Abah lah . Sampai kat sana dah tengah malam . Tepat jam 12 tengah malam ! Hehe . *buat gaya saspen ala-ala cerita seram . Sampai sana , terus check-in bilik . Lepas tu pergi melantak kat kedai mamak berhampiran dengan hotel tuh . CikNin dah teramat penat masa tu , maklumlah pagi tu kan ada temuduga bagai . Petang terus bertolak + perjalanan yang memenatkan , lagilah jadi penat dibuatnya . Terbongkang tidur je lepas tu . Hoho . ;)

Esoknya , lepas rombongan ke sekolah Manjong tu *CikNin tak ikut rombongan kami tu ke Pulau Pangkor pulak ! Hehe . Yang bestnya jeti feri tu kat depan hotel tu je . Jalan kaki je dik non . Masa kat jeti tu , jumpa mantan cikgu cikgi CikNin . Berbual bual . Then , naik feri . Kata Abang , naik feri ke Pulau Pangkor tu setengah jam je . Yelah , orang tu kan dah gi Pulau Pangkor dulu . ;) Masa dalam feri memang gempak gila lah ! Cikgu cikgi buat bising ! Haha . Serius lawak ! Dah terbalik pulak , patutnya budak - budak yang buat bising . Nasib baik orang takde sangat masa tu . Heh . ;)

Sampai kat Pulau Pangkor , kami naik teksi . Teksi kat Pangkor bukan kereta macam kita kat sini , tapi van . Yang menarik pasal teksi ni , dia warna PINK ! Haha . Cute gila gila ! Yang lagi cun , kebetulan hari tu CikNin pulak pakai baju warna PINK . Memang secocok sangatlah ! Sampai Cikgu Kamaruddin , *cikgu BM CikNin dulu tanya CikNin ,

"Fatnin , memang dah plan pakai pink sebab teksi ni ke hari ni ?" Haha . Ketawa je CikNin masa tu . Buat lawak pulak cikgu ni . ;) Lepas tu , gerak ke tempat penginapan . Chalet kami jauh sikit dari jeti . Kira-kira 10 hingga 15 minit . Kami menginap di Nipah Bay Villa . Cantik tempat tu . :)

Lepas check-in , makan tengah hari kat chalet tu . Okey , makanan kat situ mahal GILA ! Sepinggan nasi goreng cina pun dah RM7.50 ! Masa tengah makan tu , Abang buat keluar aura nak gi tengok final bola kat KL . Sebab asalnya , Abah plan macam tu . Lepas tu , Umi cakap , bila masa pulak . Takdenya nak gi tengok bola . Isnin dah sekolah . CikNin dengan Abang dah buat muka lain macam dah . Terkejut dengan watikah yang disampaikan . CikNin memang dah bersemangat gila nak gi tengok bola . Last , kata decide nak gi KL dengan bas .

Kerja gila . Memang kerja gila ! Esoknya bangun pagi pagi , check-out , then terus gi jeti . Nak cari tiket bas ke KL kat Lumut pulak ni . Malam tu dah final bola . Sampai Lumut , terus gi stesen bas Lumut . Alhamdulillah , rezeki kami . Nasib baik ada tiket kosong ke KL , bas Arwana . Bas bertolak pukul 11 pagi . Bayangkan , bola punya pasal , breakfast pukul 10 . Lepas beli tiket bas . Hehe . Lepas tu , bertolak !

Alhamdulillah , jalan takde jem ke apa ke . Sampai Stesen Bas Jalan Duta , KL , kul 3 lebih . Solat jamak + tukar baju . Che Sue datang ambil . Makan kejap . Lepas tu terus bertolak ke Bukit Jalil . Masa dalam perjalanan tu memang dah nampaklah kemeriahan penyokong penyokong Kelantan atas jalan raya tu . Macam macam gaya ada .  Hehe . Happening gila ! Heaven ! Nak masuk kat Stadium Bukit Jalil tu , tak payah ceritalah , jalan memang sibuk sesibuknya ! Nak cari parking pun susah . Last last jumpa jugak , atas bantuan seorang pak cik polis ni . ;)

Masuk kawasan stadium tu , memang penuh dengan orang yang menjual macam macam benda yag berkaitan dengan bola . Dan mata CikNin memang rambang serta kembang melihat lautan Merah ! Hee . Hanya warna merah je CikNin nampak . Che Sue dengan Uncle Dee sempat berbelanja baju bola untuk diri mereka serta untuk anak anak mereka , iaitu Wafiq dan Syahmi . :)

Kami masuk ke stadium lebih kurang pukul 6 macam tulah . Tapi , yang ngerinya masa nak masuk pintu tuh . Gila ! Berhimpit dengan manusia manusia lain ! Masya Allah ! Tapi , nasib baik ada hulubalang yang sentiasa ada di belakang , menjaga keselamatan adiknya ini . Hehe . Hulubalang terbaikkkk punya ! :)

Masuk stadium , cari tempat duduk . Suasana memang gempak ! Meriah habis ! Dengan bunyi tiupan vuvuzuela , gendang serta sorakan sorakan daripada penyokong , memang menghangatkan lagi suasana di stadium ! *walaupun kemungkinan untuk pekak itu ada* Heh .

Berlangsunglah permainan bola sepak antara pasukan Kelantan The Red Warriors menentang pasukan Sime Darby . . . Banyak peluang untuk pasukan Kelantan menjaringkan gol , tapi tulah sering ditepis serta ditangkis oleh pihak Sime Darby . Walau apa apa pun , Kelantan tetap menjuarai liga dengan sepakan penalti . Alhamdulillah . Kira memang berbaloilah CikNin dengan Abang usaha datang KL , semata mata nak tengok bola ni . Kerja gila lah katakan .  Tapi , satu je CikNin geram . Si Ghaddar tu , banyak sangat main mainnya . Mainlah betul betul walaupun dia dah jaringkan satu gol tu . Hish , geram betul .


    ******************************************************************************

Nantikan sambungan slot Samarinda yang seterusnya . . .

*wakaka ! ;D
















Semasa on the way ke Perak . :)


Friday 18 May 2012

: : Temuduga IPG (KPLSPM Ambilan Jun 2012)

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Alhamdulillah , kelmarin CikNin dengan selamatnya telah menempuh satu temuduga . Temuduga IPG . Heh . Alhamdulillah , CikNin dapat menempuhi temuduga itu dengan baik . :)

Sesi temuduga CikNin semalam pada pukul 11 pagi dan bertempat di Institut Pendidikan Guru Kota Bharu . Tapi , CikNin ke sana setengah jam awal , sebab surat temuduga bagitau macam tu . Okey , dalam ramai ramai orang yang temuduga untuk kursus TESL tu , CikNin je yang pakai blazer / kot . Mungkin sebab tengah hari kot . Panas . Hehe . Sesi 11 pagi tu start lambat , gara gara sesi temuduga pukul 8 pagi tu lambat siap . Penat gila CikNin dengan budak budak lain duk menunggu . Oh ya , bilik temuduga juga diasingkan mengikut kursus yang kita ambil . Bagi sesi CikNin , sepatutnya 8 orang yang ditemuduga , tapi seorang tak hadir . Sempat juga jumpa dengan kawan CikNin masa sekolah kat SMIP dulu tu , Aliya Tasniim . Dia temuduga untuk kursus subjek Sejarah .

Sesi pukul 11 pagi tu bermula jam 12 lebih macam tu . Mula mula , kitorang perlu menjalani UJIAN INSAK . Ujian ni macam nak menentukan kita ni layak jadi guru ke tidak . Lebih kuranglah , tak susah pun . Hanya perlu jawab mengikut akal logik kita je . Soalan dia sebanyak 135 dan kita perlu menjawab semua soalan hanya selama 30 MINIT SAHAJA . Untuk itu , kita perlu bijak bermain dengan masa . ;) Alhamdulillah , CikNin dapat jawab semua soalan mengikut masa yang ditetapkan . :)

Sesudah menjalani UJIAN INSAK tu , CikNin dengan 6 orang lagi rakan menjalani temuduga secara berkumpulan . Oh ya , dalam kumpulan tersebut  ada 4 orang lelaki dan 3 orang perempuan . *lelaki lagi ramai tu . Tajuk yang kitorang kena bincangkan ialah 'Pencemaran Bahasa'. *soalan dia agak ekstrem okey . So , berbincanglah kami . Masa menjawab soalan pertama tu , CikNin agak gementar , so , terkeluarlah segala broken English . Haha . Lawak sungguh . Boleh nampak tangan gementar kalau pegang kertas . Haha . Lepas tu , untuk soalan soalan yang seterusnya CikNin dapat jawab dengan baik . Alhamdulillah . Perbincangan berkumpulan tu sepatutnya berjalan selama 30 minit , tapi , kitorang dah siap dalam 20 minit . Haha . Serius , dah takde idea nak goreng kot . 20 minit pun okey apa , sebab kumpulan pertama tu buat dalam 10 minit je . Lagi kejap ! Hehe . ;)

Selepas itu , kitorang diminta untuk tunggu kat luar bilik . Dan temudauga individu bermula ! Giliran CikNin yang keenam . Hehe . Nasib baik . Gementar jugaklah . Lepas sorang , sorang . Dan akhirnya tiba giliran CikNin pulak ! Hoho . Masuk dengan tertib , ketuk pintu dan bagi salam . Maniskan muka yer . Lepas tu , minta izin dengan penemuduga tu untuk duduk .

Mula mula diorang tanya pasal latar belakang CikNin . Oh ye , lupa pulak , sebelum penemuduga tanya soalan pertama tu , sempat lagi dia cakap nama CikNin ni unik , dan dia pelik tengok kad pengenalan CikNin . Yelah , CikNin buat kad pengenalan baru hari tu . Kad pengenalan baru sekarang kan dah ada dua gambar . Kelakar betul . Sempat lagi dia . :) Penemuduga CikNin dua orang je , seorang lelaki dan seorang wanita . :D

Antara soalan yang dia tanya ialah ,

'Kenapa berminat dengan profesion perguruan ?' So , CikNin jawab lah , bla , bla , bla  . . .
'Kenapa pilih kursus TESL ?'
'Ada dapat mana mana tawaran lain selain IPG ?'

Ada lagi soalan yang dia tanya . Alhamdulillah , CikNin dapat semua soalan yang dia tanya . Tapi yang peliknya , bila kat dalam bilik tu takdelah rasa gementar sangat . Sebab penemuduga penemuduga tu sporting je , tak strict lah . Huhu . CikNin siap bergurau lagi dengan penemuduga tu . CikNin tanya diorang , 'awak nak saya menyanyi ke ?' Dengan pantas penemuduga tu cakap , 'tak perlu tak perlu , sebab dah tengah hari.' Haha . Yelah , nanti kalau dah masuk IPG , CikNin akan mengajar budak budak kecik . So , kena cara nak tarik perhatian diorang . Sebab tu CikNin tanya dia macam tu . Hoho . Ketawa je penemuduga tu . Lepas diorang puas hati , CikNin pun keluar . . . Tamat ! Heh . Haa , lagi satu . Sesi temuduga CikNin tu semuanya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sebab CikNin ambil kursus TESL . ;)

Sekarang , CikNin berdoa serta bertawakkal agar CikNin dapat masuk IPG . InsyaAllah , Amin . . .
Petang kelmarin terus bertolak ke Lumut , Perak . Abah dengan para cikgu sekolah dia yang lain ada rombongan ke Sekolah Kebangsaan Manjong ke apa , macam tulah . Penat , penat , penat . =,='

Nanti CikNin update pasal rombongan ni beserta gambar yer . *yang penting bukan rombongan Cik Kiah . Haha . :P

Tuesday 15 May 2012

Temuduga Oh Temuduga !

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Okey , seriously , CikNin sekarang teramatlah busy sebusy nya . . . Temuduga IPG tu lagi 2 hari . Ya Allah , permudahkanlah . Banyak benda yang CikNin perlu ambil tahu serta patut tahu . Okey , otak CikNin dah agak sarat ni . Semoga jangan ada fius serta wayar putus nanti . Haha . I just hope that I could my best during the interview . Doakan CikNin jugak yer ? *buat mata berkelip kelip*

Pagi tadi CikNin terima satu mesej . Mesej dari abang angkat CikNin . Dia bagitau CikNin yang dia ditahan di wad sebab dia perlu dibedah kerana masalah APPENDIX . CikNin sempat balas mesej dia petang tadi , gara gara kredit CikNin kekurangan . Semoga dia selamat menjalani pembedahan tersebut . Amin . . . Akanku sentiasa doakan kesejahteraanmu . :D Be strong abang !

Interview oh interview ! *okey , tak habis lagi . :P Sabarlah CikNin oii , penyeksaan serta penantianmu itu akan berakhir juga nanti . Berusahalah sehabis baik , seterusnya berdoa serta bertawakkal kepada Allah S.W.T . Bukan ke doa itu senjata orang mukmin ? Kan ? Dia sentiasa berada di sisi kita . InsyaAllah . :D *nasihat kepada diri sendiri supaya jangan mudah mengeluh . :)

Okey guys , CikNin nak beradu dululah , sebab jam pun dah tunjuk yang CikNin ni dah lewat untuk tidur dan berehat . Well , pagi esok nak sahur untuk puasa lagi . Kang terbabas tak pasal pasal . :))
Assalamualaikum ! :D

Sunday 13 May 2012

:: Sibuk Study !

Bismillahirrahmanirrahim .

Assalamualaikum , salam sejahtera serta salam 1Malaysia ! Okey , hari ni takde kona kona ke apa ke . Just straight to the main point ! Hoho . Lately , CikNin agak + memang BUSY . Pasai apa ? Okey , kan hari tu CikNin ada bagitau yang CikNin dapat temuduga untuk Institut Pendidikan Guru (IPG) or kalau orang orang dulu panggil , Maktab . So , CikNin sibuk nak menguruskan segala dokumen dokumen yang nak dibawa bersama waktu temuduga tu nanti .

Bukan tu je , CikNin pun sibuk jugak duk buat research and revision untuk temuduga tu nanti . Kira macam preparation lah . Nak jadi cikgu dik non , kenalah tahu jugak sedikit sebanyak pasal benda benda yang berkaitan dengan profesion perguruan ni . Takdelah time temuduga tu nanti melopong + duk geleng kepala je , kalau penemuduga tu tanya apa apa yang berkaitan dengan profesion perguruan tuh .

Hari Khamis lepas , CikNin spent time kat rumah Ayah Ngah belah umi . Pergi menuntut ilmu . Haha . Bukan menuntut ilmu batin ke apa ke . CikNin gi menuntut ilmu nak temuduga ni lah . Hoho . Sepupu CikNin , Kak Yong , dia dulu pun pernah temuduga IPG ni . So , dia kongsilah everything pasal temuduga tuh . Sekarang sedang menuntut di IPG jugak . Dia tengah cuti sekarang . Nanti budak budak junior daftar , baru dia masuk balik . Kat IPG Cheras . So , CikNin memang dah berangan angan dan berharap agar angan angan CikNin tu jadi kenyataan , CikNin nak masuk IPG Cheras jugak . Hehe . Bukan apa , senang sikit nanti kalau apa apa . Dah ada geng . Huhu . Tapi , CikNin tak kesah pun kalau dapat kat mana mana . Semua rezeki Allah yang tentukan . :)

CikNin berdoa dan berharap semoga impian serta doa CikNin dimakbulkanNya . Amin . Dan semoga CikNin dapat buat yang terbaik semasa sesi temuduga tu nanti ! Amin Ya Rabbal Alamin . :DD

                         ******************************

Tambahan ::

Lepas temuduga hari Khamis ni , CikNin dan keluarga akan ke Manjong , Perak sebab Abah ada hal kat sana . Dan berkemungkinan besar lepas ke Perak tu kami akan ke KL pulak . Rancangan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak akhir antara Kelantan dan Sime Darby yang bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil . InsyaAllah . CikNin ni tak pernah lagi tengok bola secara live kat stadium . Tu yang berharap dan nak sangaaaaaaaaaaaaaaaaat gi tengok Final tu nanti . InsyaAllah . Semoga impianku menjadi kenyataan . Amin . :DDDD

The Red Warriors ! :D

Bojan Hodak ; the great coach !

p/s :: by the way , I love Farhan and Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) soooooooooo much ! Haha ! ;DDD

Tuesday 8 May 2012

The Random of Love .

Bismillahirrahmannirrahim . 

Peace be upon to you guys . :) Okey , update blog tengah tengah malam . Diriku sebenarnya kekurangan idea untuk menulis malam ini . But , I need to write . I don't know why , rasa macam nak luahkan sesuatu . But , I don't know what is it . Rasa ada benda yang terbuku je . Kiranya malam ni CikNin tulis secara 'IT' lah ye . *ikut terlintas . Hee . Hmm , CikNin rasa macam nak cakap pasal hatilah malam ni . Boleh tak ? Muahaha . *rasa macam buang tabiat pun ye jugak ni . =,='

Okey , hari tu kan CikNin ada terlintas pasal kenangan lama lama . *klasik betullah CikNin ni . TERteringat pasal kisah cinta monyet *kot CikNin dengan a guy ni dulu . Haha . Entah macam mana boleh teringat . Tapi , CikNin bukan nak ungkit kisah lama ke apa . Ni saja saja jelah ea .

It was my first love . Haha . Maybe la kot . CikNin pun tak reti nak takrifkan sayang dan perasaan CikNin tu macam mana . But , what I know is , I do love him . Tak ingat bila perasaan sayang tu mula bertapak . Well , CikNin memang jenis yang suka pendam , sebab masa tu still confuse dengan rasa yang ada .

That guy dah ada girl masa tu . Lagilah CikNin memang tak mengharapkan apa apa . Sungguh tak ! Tapi , sayang tu still melekat dalam hati . Muahaha , *jiwangnya CikNin di tengah malam malam yang buta ni . Serius CikNin cakap , CikNin tak tahu apa yang membuatkan CikNin sayang kat dia . What's so special about him ? Kalau nak dikira dia ni ganas sikit . Ada aura mafia Rusia sikit . Hehe . *suka suka hati je kau ye cakap orang macam Mafia ?

Yang CikNin tau , I'm always worry about him . Pernah dulu , waktu kat sekolah , dia ada gaduh dengan someone . CikNin ada kat sana waktu tu . Suddenly , I cried ! Menangis okey ! Entahlah . Pelik . CikNin risau jugak tentang kesihatan dia . Dia asma dan dia kuat smoking ! 

Then , it came out one day . When everything is revealed . He knew about my feelings , so do I . Hmm , dia minta nak couple . I refused him for the first time . Dia dah ada girl okey ! Takkan la CikNin sanggup kot . Satu prinsip CikNin , CikNin takkan ambil hak orang , tapi CikNin sanggup lepas hak CikNin untuk orang lain . Macam yang pernah CikNin pernah buat dulu sekali . Benda lama jugak . :)

But then , he kept pujuk CikNin . Maka , terjadilah hubungan COUPLE itu . Haha . Masa tuh lepas kitorang trial SPM . Memang nak dekat SPM . And it was my first time to have a couple in my life. Yeah , first time . On 17 years old . Lawak gila kott . Langgar habis semua prinsip . Hmm . 

Hmm , the relationship is okay . But , tak semua tahu . Well , dia kan dah ada girl . Nak mati kena kejar ? Tapi , my abang tau pasal ni . Tapi dia tak tau yang adik dia ni was the second girl . Haha . Lawak sungguh masa tu ! :) Kena cover line je kerja . Haha . Okey okey jelaa . Kadang kadang dia okey , kadang kadang tak . Konflik datang melanda sekali sekala . Then , dush ! Konflik besar menghempas bumi !

1st day SPM , kami gaduh . Yeah , it was my fault sebab gatal gatal mesej dengan kawan lama . Dan dia lelaki . Kantoi lah kiranya . Dia apa lagi , mengamuklah . Teramat tegang masa tuh . CikNin tak dapat nak kawal marah masa tuh , dan terlepas cakap kasar . My phone was supposed a privacy for me . Tak ke ? Bukannya mesej benda yang bukan bukan pun . Lagipun CikNin bagi je dia buat spot check , walaupun mesej kawan CikNin tu still ada , tak didelete .Yeah , dia selalu buat spot check . Dia siap warning bagai lagi . Nasib baik tak terjejas SPM hari tuh . Kalau tak , mau lingkup kertas Bahasa Melayu II time tuh . Handphone CikNin masa tu dia yang pegang . Masa exam tamat hari tu , baru dia kasi balik . Dia marah aje , and CikNin senyap . Tak membela diri sangat . Of course CikNin minta maaf  dengan dia . Tapi , dia asyik nak ungkit dan sindir CikNin je . Okey , tu pun CikNin senyap lagi . Fikir sebab tu salah CikNin . Ouhh , sabar jelah . 

Then , entah apa jadi , CikNin rasa macam tak boleh nak teruskan lagi . I could feel something wrong somewhere . Lepas gaduh tu , memang okey lagi . Lepas tu , entahlah . Tak dapat nak fikir dah ! CikNin terfikir yang CikNin nak putus . Yeah ,  I have to ! Sebelum habis SPM habis lagi , dah terfikir nak buat macam tu . Tapi , CikNin pendamkan je dulu . Takde kekuatan . Sering jadi bisu bila nak bincang benda macam ni . Tak tau kenapa CikNin jadi macam tu . Tunggu masa yang sesuai . Dia selalu tanya CikNin , 'awak nak saya lepaskan awak ke ?' Dan malam tu , entah dari mana CikNin dapat kekuatan tu . Dia tanya CikNin soalan tu , dan CikNin cakap ya . Dia tak nak lepas . Okey , CikNin senyap je . Tak disangka something happened between us . Then , ia memutuskan CikNin untuk bertindak sewajarnya . Perpisahan itu berlaku melalui sekeping SMS . Berjela punya mesej . Dia ada call , tapi CikNin buat derk . CikNin kena kuat , tak boleh patah semangat . Tenangkan fikiran malam tu . Nasib baik ada orang orang yang sentiasa menyokong CikNin menemani diri ini . *ayat tak boleh blah ! 

Hmm , bila difikirkan balik , banyak kelemahan CikNin . Sukar nak bersuara time dia marah . Senyap je . Dan itu membuatkan dia lebih berkuasa . Hentam kita dengan kata kata dia . Tapi , itulah masalahnya , CikNin tak boleh nak bercakap kat depan dia . Dalam otak ni , memang macam macam sebenarnya benda nak cakap . Nak luah . But , that's the problem . Jadi BISU . Jadi blank tiba tiba . CikNin jugak selalu sangat minta maaf . Entah , tak reti nak jadi EGO sekali sekala untuk sesuatu yang tertentu . *elok ke macam tu eh ? Itu membuatkan dia menjadi lebih ego kan ? Ego setinggi gunung Everest , seluas Lautan Pasifik . Hmm , dah lah CikNin BUTA banyak dalam bab bab macam ni . Tak reti nak handle ! Macam pressure pun iya jugak . Tapi , takpe lah . CikNin yakin , dia dah cukup bahagia dengan girl dia tu even without me in his life . :) Dah tak sanggup nak jadi orang ketiga dalam hubungan mereka . Cukuplah ...

Actually , CikNin memang tak reti benda benda macam ni . It's not within my knowledge . Haha . Sekarang , CikNin dah tak nak + malas nak fikir pasal benda ni . SERIUS . I will always know that Allah already got someone for me . I don't have to couple to find the other half of me . CikNin rasa cukuplah kot CikNin dilukai dan melukai . Cukuplah dua kali . Dilukai hati insan dan melukai hati insan . Maaf , ia di luar kemampuanku . I do believe of the Allah's promises . Janji janjinya . :D 

Ya Allah , kuatkan diriku ini ! Hmm , kadang kadang CikNin terlintas jugak . Manusia ni sibuk mengejar cinta manusia . Tapi , lupa mencari cinta Allah . Padahal Dia jugak yang menganugerahkan perasaan dan rasa itu . Memang cinta itu fitrah . Fitrah yang terjadi kepada setiap manusia . Tapi , janganlah membatasinya sehingga fitrah itu menjadi suatu fitnah . CikNin sendiri merasai fitrah yang dikurniakan Allah itu . Maaf , CikNin bukan seseorang yang ANTI kepada benda benda macam ni . Sesungguhnya CikNin sendiri pernah terjebak dengan yang namanya COUPLE . CikNin nak nasihatkan orang pun tak reti juga . Hanya pendapat yang dapat CikNin utarakan . Semoga kita semua berada di bawah lindunganNya . Amin .

Apa apa pun , setiap sesuatu perkara rujuklah kepadaNya . Kerana dariNya kita datang , dan kepadaNya jugalah tempat kita kembali . Mohon petunjuk serta hidayahNya . Maaf , jika ada silap dan keterlanjuranku . :)

p/s :: Alhamdulillah , CikNin dapat tawaran sambung pengajian ke Universiti Zainal Abidin (UNISZA) untuk kursus Diploma TESL . Masih mempertimbangkan antara IPG dengan UNISZA ni . Istikharah lah nampaknya . InsyaAllah , keputusan yang diambil nanti tepat . AMIN . 




Friday 4 May 2012

Bukanku Malas , Tapi ...... :)

Bismillahirrahmanirrahim .... :)

Assalamualaikum warahmatullah ! Hehe . Ayoyo , wa manyak manyak soli ma , sebab suda lama wa tarak update wa punya blog ini . Sepeli , *ehem , basahkan tekak sat .* Seperti tajuk yang tertera kat atas sana nun , *bukan di atas langit ye, bukannya CikNin malas nak meng'update' ke apa ke kan , tapi I'm kinda of busy , satu dua minggu ni . :)

Yelah , mana taknya , CikNin sibuk duk mengejar nak siapkan lesen nih . Abah kalau boleh nak CikNin siap lesen sebelum mendaftar masuk kat mana mana pusat pemgajian tinggi . *InsyaAllah , kalau ada rezeki . Tapi itulah , harap harap sempat . InsyaAllah :DD *nak cepat , tapi buat slow je kau CikNin . Heh .

Mmm , minggu lepas , hari Khamis . CikNin dan family gi KL nun . Pergi menjemput keberangkatan pulang hulubalang CikNin yang amat CikNin kasihi serta sayangi lagi dirindu itu . *Heh , ayat dah macam apa je ni . Okey , abang CikNin tu dah menamatkan tahun asasinya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) . Bravo bro ! :D Heh . CikNin bila pulak ekk ? Hehe . InsyaAllah , one fine day . :D

Kitorang bertolak ke sana lepas solat Asar . Lepas both of my parents , my siblings back from school . First time kot bertolak lewat macam tu . Biasanya dalam tengah hari . Okey , perjalanan malam yang terasa amat membosankan serta amat memenatkan . Perghh ! Huh ! Sampai KL , rumah my uncle , Amin *panggilan anak anak buah kepada dirinya , di Batu Caves , around 12.30 macam tuh .

Sampai sana , rehat kat depan TV jap , sambil berbual dengan Amin . Okey , CikNin keluarkan aura nak gi Pesta Buku Antarabangsa tuh . Muahaha . Amin cakap , okey sangatlah tu sebab rumah dia dekat je dengan PWTC tuh . Huhu . Lepas borak borak tu , kepala CikNin dah terasa melayang + berat , ditambah pulak dengan badan yang terasa melekit tu , CikNin minta izin nak masuk bilik . Dah lewat kot masa tuh , pukul 1 lebih . :)

Lepas siapkan diri tu , duk melepak dalam bilik . Mengantuk dan LAPAR . Hehe . Tengah tengah malam rasa nak makan pulak . ;D Nasib baik si Amir tu ada potato chips Mister Potato tu , melantak jelah . Takkan nak pecah masuk dapur rumah orang semata mata nak cari makanan di tengah tengah malam yang buta tu kot . Then , tidur !

Esoknya , lepas sarapan tu kitorang bertolak ke Nilai . Amin sempat pesan , kalau nak gi Pesta Buku Antarabangsa tu , datang rumah dia . Huhu . I just said okay ! Hehe . Oh , by the way , sebelum gi Nilai tu , kami singgah sekejap di rumah ibu saudaraku , Mak Long , kat Bandar Baru Bangi tu . Solat Zohor kat sana while Abah and Amir gi solat Jumaat kat masjid . Tapi Mak Long tak sampai rumah lagi waktu tu . Baru on the way nak balik dari sekolah . Nasib baik Pak Long dengan Muzammil *my cousin ada kat rumah masa tuh .

Nak tunggu Mak Long balik , tapi waktu dah lewat , so , kitorang gerak dulu . Just tinggal pesan dan kirim salam Assalamualaikum kat Muzammil . Masa keluar lorong , nampak kereta Mak Long . Heh . Abah berhenti kereta kat tepi jalan . Kitorang tak mengempang jalan okey . Hehe . Berbual kejap then sambung perjalanan .

Perjalanan ke Nilai tak lama pun . Dekat je dengan Bangi tuh . Pergi asrama Abang . Take him out for lunch . Lama kot tak jumpa mamat yang merangkap hulubalang yang tak bergaji ni . Hehe . Cari hotel kat Nilai sebab esok baru Abang serah kunci rumah dia + malam tu dia ada dinner . *malam perpisahan kot . Heh .

Esoknya gi ambik dia serta barang barangnya yang terlampau banyak . Hehe . Okey , kereta penuh gila ! Sesak nafas den duk dalam kereta yang penuh macam tu . Ada dah macam tin sardin pun iya jugak . Hehe . Then , putuskan nak letak separuh barang kat rumah Mak Long . Lepak rumah Mak Long . Then , CikNin nampak buku buku Abang yang dia nak bawa balik Kelantan . Banyak jugaklah . Katanya tu semua buku yang dia beli guna Baucer Buku 1Malaysia tuh . Okey , CikNin impress kejap tengok buku buku tu . Apesal ? Mana taknya , bukan main lagi buku buku yang dia beli tuh ! Antaranya tajuk buku buku tuh , 'Semurni Cinta Adam , Seutuh Cinta Hawa , Mencari Pasangan Hidup' segala bagai . Hoho . Jiwang okey ! Lawak pun ada ! Heh , CikNin pinjam buku Adam dan Hawa tulah . Muahaha . *kata kat orang , kau pun sama je ! Mengata dulang paku serpih , kata orang kau pulak yang lebih ! Hehee. *sedar diri*

Frust . Sebab hari tu ada Perhimpunan Bersih 3.0 . Habis jalan ditutup . Okey , frust sangat sebab tak boleh nak gi jalan jalan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur termasuklah Pesta Buku Antarabangsa tuh . Huh . Nak gi rumah Khalah pun *another aunt kena ikut jalan jauh . =,='' Frust tahap gaban ! Tidur semalam kat sana sebelum balik KB balik .

Tak puas weh stay kat KL . Ahad dah balik . Pagi sebelum bertolak tu , Amin called . Dia cakap stay kat sini lama lagi . Boleh dia bawak gi Pesta Buku Antarabangsa tu ..... Of course la CikNin nak ! Tapi , Abah tak bagi . Abah cakap kena siapkan lesen dulu . Huarghh ! Frust frust frust frust frust !!!  So , baliklah CikNin dengan berat hati .... Takde rezeki laa tu ... :'(

Balik Kelantan lalu jalan ke Cameron Highlands , tapi tak singgah pun . Abang frust . Hehe . Sebab dia baru je berangan angan nak makan strawberi dengan jus strawberi . Lantas , terbang jelah angan angan itu dibawa angin lalu serta kabus yang tebal . Hehehee .

Okey , setakat ni jelah CikNin membebel . Lain kali pulak yer . Oh ya , Alhamdulillah , CikNin dapat temuduga untuk Maktab or IPG untuk TESL . 17 Mei ni temuduga . Nervous siot ! Hope dapat buat yang terbaikkkkkk ! Amin . So , may I ask for your prayer , please ? Tolong doakan CikNin yer . Thanks ! Sayang korang sesangaaaaaaaaaat ! Bye ! Wassalam . :DDDDD

Senyuman ikhlas yang terukir dari hati . *Muahaha  . :P

Shopping kain di Nilai 3 ! :D

Menggila seketika ... :P