Monday 30 May 2016

The Bond.

Bismillahirrahmanirrahim.

It's gonna be three months. Kalau tiba-tiba salah seorang tak ada nanti, macam mana agaknya? Like, what did we do when we last saw each others?

When is the last time we met? That's why I never say goodbye. Goodbye means forever. - Til' next time.
We have no idea what's gonna happen after this. Tomorrow, soon. But, what matters is, right now. Selagi masih ada ruang dan peluang.

Live the moment to its fullest. 

This, is a family, and live it. That's why we live the moment now. And family means, we stick together no matter what.

Ohana.

Salud, mi familia. 

Saturday 28 May 2016

If And Only If.

Bismillahirrahmanirrahim.

I'm wondering, how could you tell me that I'm such an ignorant and I abandoned you.
You guys are my friends. Somehow I can say, my best friends. You guys should know me better. You guys should know, why I was behaving like that.

If only you guys know what was exactly happening for the past few months. How life has been treating me and us. Well, not only us, as well as them.

I wasn't selfish.
I wasn't ignoring you guys.
It's just that they really need me at times,
and they never asked for it.

It's me, it was me who wanna help them. It was me who try to ease their burdens and problems.
It was me at the first place.
Because, that's the least I can do.
That's the least I can help.
Only that.

However, every time I try to fix and make things up, you guys seem to be reluctant.
I don't know if my efforts didn't seem to be noticed or what.
I don't know.
I've tried.
It's okay, I'm fine with it.

I know, it was me who started it at the first place. I deserve such attitudes from you guys. No, I ain't blaming you guys. No.

You, people. If only you know, people.
If and only if.


Friday 27 May 2016

Second Choice.

Bismillahirrahmanirrahim.

Being someone's second choice or option is awful, you know.

Why?

Sebab hari-hari kau akan makan hati berulam jantung, sedang mereka makan lauk mewah.

Sebab semua benda yang mereka buat, kau jugak yang kena beralah di penghujung hari dan waktunya.

Semua benda pasal dia yang kau patut tau, kaulah orang terakhir yang tau. Sampaikan bila orang duk bercerita pasal dia, kau tercengang-cengang; tak tau hujung pangkal. Orang lain lagi tau pasal dia dari diri kau sendiri. Padahal kau yang dikatanya, better half. Yeah, second better half dia. *sinis*

Kalau dulu boleh saja, contact selalu. Kalau dia keluar dengan member ke apa, boleh je dia text kau. Tapi, tu dulu la kan.
Sekarang? Dia suruh kau tunggu dia balik dulu, baru dia contact.

Aku tau, korang tunggu dia sampai lewat pagi. Hingga 2, 3, 4 pagi. Aku tau, kau nampak dia online dekat Whatsapp. Tapi, kau tak berani nak tegur. Kau takut dia busy, tengah contact family ke, classmates atau coursemates dia. Walaupun kau sangat tau, dia online sampai 2, 3 pagi. Takpun, sebab kau dah tau jawapan dia. Nanti malam dia contact kau. Kalau dia contact kau, kira dah beruntung kan? Kalau tak, dapat mesej good night je. Tu pun kau dah bersyukur sangat. Sedang kau tunggu dia. Nak contact dengan dia. Aku faham.

Dengan yang pertama, dia boleh on the phone sampai pukul 2, 3 pagi. Sedang masa tu kau tunggu dia. Kau harap sekeping text atau Whatsapp dah kira mencukupi. Kau on the phone dengan dia, berapa minit? Cuba bagitau aku? Aku tau. Dapat setengah jam pun jadi. Kalau tak, 6 hingga 10 minit je. Kurang dari tu pun ada. Jangan tipu, aku tau.

Kalau dulu, segala aktiviti dia kau tahu. Macam PA dia kan? Sekarang? Dia buat apa, dia dekat mana pun kau tak tau kan?
Sebab dah jarang contact. Kau tau, kau faham, dia busy.
Tapi, tengok-tengok dia keluar dengan yang pertama. Bila kau tanya, dia kata tak sempat nak bagitau.
Tapi, masa kau call dia tanya dia buat apa, dekat mana, dia kata dia keluar. Masa tu tak pulak dia bagitau kau dia keluar dengan siapa kan?
Aku tau, masa kau call dia tu, kau bukannya nak siasat dia kan? Kau cuma rindu dia. Sangat. Kan?

Aku tau kau sedih. Kau tak minta dia tipu kau pun kan? Tapi cukup sekadar cakap dan bagitau benda yang betul. Jangan tipu kau. Itu je. Katakan yang benar walaupun pahit. Ia buat kau jadi lebih sakit bila kau tau semua benda tu sendiri kan?

Aku jugak tau sekarang kau cuma dapat contact dia bila lewat malam je. Itu pun dia balas lambat. Tapi, takpe kau kata. Kau bersengkang mata sebab nak contact dia. Kau yang dah tertidur pun boleh terjaga balik. Sebab apa? Sebab dia kan? Dalam hati, kau dah risau sebab kau takut dia dah tidur, sebab kau lambat balas text atau Whatsapp dari dia. Sebab aku tau, masa tu jelah satu-satunya masa yang kau ada untuk contact dia.


Aku tau, kau pun selalu beralah dan tak kata apa-apa bila dia dengan yang pertama tu bersweet ke apa dekat laman sosial. Kau nampak, tapi kau butakan mata kau. Kau dengar, tapi kau pekakkan telinga. Tapi, aku tau, hati kau nampak, hati kau dengar.
Dan aku jugak tau kenapa kau diamkan saja, sebab kau takut kau gaduh dengan dia. Sebab apa kau tak nak gaduh dengan dia? Kau fikir tak guna gaduh sebab kau dengan dia pun punya masa yang sangat limited untuk benda tu semua. Lebih baik kau guna masa yang ada tu untuk catch up masa kau dengan dia. Daripada bergaduh dengan dia kan?

Tapi, dia tau tak semua tu? Tau tak?

Dia kata dia sayang kau, tapi dia lagi sayang yang pertama.
Dia suruh kau mudahkan kerja dia.
Diam dan buat tak tau je semua benda yang dia buat dengan yang pertama.
Aku tau kau boleh buat, tapi sampai bila kan? Kau terpaksa jadi penonton untuk semua tu.
Sampai bila kau nak jadi kalis perasaan macam tu. Walau aku tau, sebelum kau tidur, bantal yang menadah dan menyapu air mata kau.
Aku tau.

Mudah jugak dia kata, kau boleh bermadu. Bermadu? Kalau sekarang pun dia dah tak berlaku adil dekat kau, usah kata bila kau orang dah berkahwin nanti. *sinis*

Lagi satu, jangan tamak. Dekat sini pun dia nak, dekat sana pun dia nak. Pesan aku dekat dia, jangan tamak. Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Belajar setia. Jangan seksa hati orang. Berdosa. Hati orang bukan mainan. Bila kau nak, kau ambik. Tapi, bila kau tak nak, kau letak tepi.



Macam mana aku tau semua tu?

Been there, done that. Period.


p/s: This entry was actually written two years ago. But, it was safely keep in the draft box. Why? Because I didn't have the courage to publish this back then due to some reasons. But now, I think this is the time. :)