Thursday 16 August 2012

Melawat Puteri . :D

Bismillahirrahmanirrahim .

Semalam , CikNin dengan beberapa orang kawan 5 Cekal '11 pergi melawat sekolah . :) Punya semangat CikNin nak melawat sekolah , siap ajak budak-budak ni lagi . Tanya diorang nak join CikNin pergi sekolah tak ? Alhamdulillah , boleh tahan jugaklah yang join CikNin semalam . Amin , Malek , Faisal , Khairul , Fais . :)

Janji dengan diorang pukul 10 pagi . My hulubalang , Ahmad Muzakkir menghantar adiknya ini ke sekolah . Heh . Baik abangku itu . Adiknya ini mengganggu tidurnya semata-mata nak suruh hantar pergi sekolah . Bangun je dia . Heh . Sweet abangku . :) Sampai sekolah , tunggu rakan yang lain sampai . Semalam , sekolah ada program . Majlis Khatam Al-Quran dan Pemberian Zakat dan Sumbangan . Heh . Memandai je pergi menyibukkan diri kat sekolah . Masuk sekolah , pergi lepak dekat pustaka . Takkan nak berkumpul dekat tempat budak-budak berkumpul kot . Tak pasal-pasal kena halau nanti , sebab kacau program . Heh . :P

Berkumpul dengan diorang , kongsi-kongsi cerita . Lama tak dengar khabar weh ! Masing-masing ada cerita , pengalaman , dikongsi bersama . :) Esok , Jumaat , kitorang akan berbuka puasa bersama ! Buat siaran ulangan macam tahun lepas , berbuka puasa bersama . :)  Insya-Allah , kedai Rizal Nasi Kukus , kedai keluarga Ariffuddin , akan menjadi tempat kami berkumpul , berbuka bersama . Tak sabar !

Zuraida , balik Kelantan raya nanti . Tak sabar nak jumpa dia , dah lama sangat tak jumpa . Insya-Allah , boleh jumpa raya ni . :D

Lepas majlis tu , kitorang pergi jumpa dan serbu mantan-mantan cikgu ! Haha . Pergi salam , tanya khabar . Cikgu macam terkejut tengok kitorang . Hehe . Maklumlah , ramai-ramai datang sekolah . CikNin sempat lagi tanya , 'Cikgu buat rumah terbuka ke , bila ?' Hehe . Nakal betul kan ? Cikgu-cikgu siap jemput lagi kitorang pergi beraya kat rumah diorang . Sayang cikgu sangat-sangat ! Hehe . :)

Tak sabar rasanya nak berkumpul dengan budak-budak ni esok ! Mama Haslina pun nak join jugak buka puasa esok . Insya-Allah . Hehe . Jumpa diorang esok ! :DD


Sunday 12 August 2012

Sudah Sampai Kampung !

Bismillahirrahmanirrahim .

Assalamualaikum , pembaca blogku ! Terima kasih ye sebab sentiasa setia menunggu cerita-cerita serta berita-berita terbaru dari CikNin *macam fofular je gayanya*. Ehem , seperti yang anda semua tahu , CikNin dah sampai KB dengan selamatnya . Alhamdulillah , syukur . Dapat jugak CikNin tengok Kelantan   bandar Kota Bharu , rumah , my whole family dan semua ! :)

Hmm , CikNin sampai KB pukul 8 lebih . Sekali lagi , berbuka puasa dalam bas . :) Biasalah , anak rantau . Heh . Merantaulah sangat kan ? :P Pak cik bas tu bawak bas punyalah laju , memang tak berhenti langsung , even untuk berbuka . Huhu . Patutlah waktu CikNin naik bas tu , dia ada tanya , "Dah ada makanan nak berbuka ke ?" CikNin jawablah ada , sebab memang dah sedia awal-awal lagi beli makanan buat bekal untuk berbuka .

Seronok dan gembira terasa di hati . Kenapa ? Mestilah , sebab kepulangan CikNin kali ni ramai yang ambil tahu . Heh . Sebelum bertolak , ada yang mesej . Tanya kat mana ? Dah bertolak ke belum ? Begitu juga masa dah sampai KB . Bertanya , dah sampai ke ? Bila sampai ? Nak suruh datang ambil ke ? Hmm , friends . Sangat bagus , sangat mengambil berat . :DD Sebab itulah CikNin sayanggggggggggggggggggggggggg sangat dekat kamu ! Tak senang nak cari yang macam tu . :) Terima kasih Ya Allah , kerana adakan mereka untukku . ;)

Insya-Allah , CikNin tengah usahakan nak buat majlis berbuka puasa dengan semua budak 5 Cekal . Semoga ia menjadi kenyataan . Amin . Rindu nak duduk dan berkumpul ramai-ramai macam dulu lagi . Huh . :)

Cikgu-cikgu pun dah ada yang ajak pergi beraya kat rumah diorang . Heh . Rindu cikgu sangat-sangat . Insya-Allah , nanti sampailah CikNin kat rumah cikgu nanti . Sediakan duit raya banyak-banyak ye . :) Nak jumpa jugak dengan adik-adik Puteri . Sekarang yang tengah trial PMR dan nanti yang akan menghadapi trial SPM . Insya-Allah , kalau sempat , pasti CikNin akan meluangkan masa ke Puteri . :D

Hari Jumaat lepas , shopping raya . Lokasi shopping : KB Mall . Heh . Seperti yang sentiasa dijangka , KB Mall dipenuhi oleh ribuan manusia ! Nak raya kan ??? Of course lah , KB Mall akan sentiasa dipenuhi dengan orang , right ? Cari baju raya , kasut . Lemas , ramai sangat orang . Nak beli pun sesak nafas ! Semput ! Sabar jelah . Hmm . :)

Apa-apa pun , CikNin tersangat gembira dapat jejak bumi Kelantan ni . You know what , tak kira kat bumi mana pun kita berada , tempat tumpah darah kitalah akan sentiasa kita dikenang . Tak kiralah , kat bumi mana pun kita jejak . Tempat yang lagi indah sekalipun tak dapat buat kita lupa tanah tempat kita sendiri . Tapi , kalau ada yang lupa tu , tu manusia jenis yang lupa daratan , lupa asal-usul . Jangan jadi macam tu ye . . .

Ramadhan dah nak berlalu . . . Semoga bermanfaat Ramadhan kita tahun ni . Insya-Allah , amin . Raya bakal menjelma . Rindu nak jumpa saudara-mara . Terutama , sepupu CikNin yang terchenta , Nur 'Azmina . Sudah sekian lama kami tak bertemu , walau di alam maya . Maklumlah , dia sibuk nak SPM tak lama lagi . Harapnya dapatlah kitorang bertemu mata , bersua muka raya ni . *jiwang kejap* .

Eh , kejap . Korang tak pelik ke kenapa CikNin selalu update blog tengah-tengah malam or pagi-pagi buta macam ni ? CikNin pun pelik jugak sebenarnya . Macam dah jadi satu tabiat pulak . Buang tabiat kot ? Heh . Maybe sebab tengah-tengah malam baru ada idea nak menulis , mengarut kot ? Hoho . Tak pun sebab CikNin susah nak tidur . Yeah , rasa macam kena luah something dulu , lepas tu baru boleh tidur dengan lena . Mungkinlah kot . :D

Guys , CikNin chow dulu ye . Nak tidur , kejap lagi dah nak sahur . Byee ! Assalamualaikum . :)

Gambar lama . :)

Tuesday 7 August 2012

Balik Kampung - KELANTAN ! :D

Bismillahirrahmanirrahim . . .


Assalamualaikum ! Alhamdulillah , syukur , hari ini dengan rasminya test serta kuiz telah tamatnya dan berakhir dengan selamatnya . Heh . Insya-Allah , keputusannya juga nanti Insya-Allah terbaik . Amin .

Berakhirnya segala tests dan kuiz-kuiz , maka , esok CikNin dah boleh balik kampungggggggggggggggg ! Balik Kota Bharu , Kelantan , Darul Naim . Sebuah negeri bertuah , kesayangan serta tempat tumpah darah serta jatuhku . *gitu* Rindu sangat dengan bumi Kelantan , walaupun CikNin tak jejak sana , baru dua minggu . Dahsyat kan ? Heh . Hmm , bas CikNin pukul 5.30 petang esok . Pukul 5.30 petang , bermakna buka puasa dalam bas . Well , that's okay , CikNin kan dah biasa . ;) Doakan semuanya selamat yer . Nak tengok Kelantan , nak jumpa keluarga serta kawan-kawan ! Miss them a lottttttttttttttttttttttttt ! Huhu .

Korang , jumpa kat Kelantan ye .. Nanti , kalau nak shopping ke apa ke , text atau call je CikNin . Tapi , jangan ajak gi makan siang-siang hari dah lah ye . Heh . CikNin dah siap packing barang dah pun . *excited terlampau !* Bukan apa , esok pagi dengan lepas Zohor ada kelas , takut nanti tak sempat je , mau terlepas bas nanti . Nauzubillah min zalik .

Haa , ni nak cerita . Maghrib tadi , CikNin dengan Fatin Farhana , *classmates Puteri* pergi berbuka puasa kat rumah Zuraida . Tapi , Zuraida takde kat rumah , kat UiTM Dungun nuh . Al-kisahnya , kakak Zuraida , Kak Ika yang ajak kitorang datang berbuka kat rumah dia . Ya Allah , memang superb lah buka puasa kat sana ! Banyak gila makanan ! CikNin dengan Fatin makan sampai kenyang ! Hahaa . Macam-macam menu ada . Ikan keli bakar , ikan ketuka bakar *anak ikan pari* , gulai ayam dan yang paling best , kerabu mangga ! CikNin makan dengan berseleranya sampai lepak kat meja makan tu lama sangat . Haha . Yelah , mana taknya , Mama , kakak-kakak semua suruh habiskan makanan yang ada tu . Siap ratah lagi lauk-pauk tu . Heh . Memang licinlah , CikNin dengan Fatin kebas . Haha . Buruk betul ! Alhamdulillah , sepanjang puasa kat sini , itulah makanan yang paling best dan paling banyak CikNin makan . Hoho . Tambah-tambah masakan rumah , lagilah gempak ! Hehe . By the ways , a lot of thanks buat Kak Ika , Kak Wani , Kak Tie dan Mama sebab layan kitorang . Lepas tu , hidang semua makanan tu . Sweet sangat ! Semoga Allah sentiasa memberkati kalian . Amin Ya Rabbal Alamin . :D

Hmm , UniSZA dah start bunyi mercun . :/ Tak tau lah datang dari mana . . . Buat sakit jantung orang je . Udah-udah ler tu . Kalau setakat nak main mercun bawang tu boleh lah dimaafkan lagi . Kalau nak main mercun yang pelik-pelik tu baik tak payah . Buat hilang puasa korang je . Yelah , duk buat orang marah je kan ?

Habissssss , mak cik ni dah start membebel . Haha . Okeylah semua , CikNin out dulu ye . Nanti dah sampai KB nanti , CikNin update lagi ye . Assalamualaikum !

Monday 6 August 2012

Ramadhan at Bumi UniSZA :D

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Wohooooooo ! Dah lama yang amat kan CikNin tak update blog yang terchenta ini . Heh . Sorry haa . Bukan tak nak update , tapi disebabkan masalah memori CikNin yang agak kabur serta malas , so , kadang-kadang tu tak tau nak conteang apa kat sini . Huhu . So , Ramadhan month is here now . Yeah , I know , I was too late to say Happy Fasting or what . But , I just want to share with you guys how's my Ramadhan at UniSZA for first time . ;)

Okey , masa first day Ramadhan tu , CikNin sempatlah bersahur + berpuasa + berbuka puasa dekat rumah .  Minggu tu CikNin balik rumah sebab Terengganu menang SUKMA , so , Menteri Besar bagi cuti peristiwa . Yeah , lepas rumah minggu tu , CikNin rancang tak nak balik rumah sepanjang puasa tu . Hmm , pengalaman baru . Bersahur ala kadar , tanpa KELUARGA . Buka puasa ala kadar , tanpa KELUARGA . :') Hmm , serius , sangat teringat dekat rumah ! But , it's okay .

Oh ye , dekat UniSZA ada buka bazar Ramadhan . So , senanglah kalau nak beli makanan berbuka . Kafe pun buka je . Tapi , kalau terasa nak tengok dan rasa pelbagai jenis makanan , pergilah ke bazar ! *macam promote je ni .* Tapi , CikNin tak suka ke bazar . Haha . Serius . Sebab yang pertama , jauh jugak dengan hostel . *padahal tak jauh mana pun* . Tapi , cuba bayangkan kalau kelas hari tu habis pukul 6 petang . Dengan Asarnya belum lagi , penat lagi . Kalau den tak sanggup dah . Cukup sekadar tapau makanan kat kafe je . Dekat pun dekat . Lagi satu , bajet pun selamat . Hehe . Tapi , Alhamdulillah , sepanjang puasa kat sini , tak pernah lah CikNin borong makanan mengikut hawa nafsu . *chewah* Entah , tak terasa nak beli makanan banyak macam orang lain . Hehee . Bagus jugak macam tu kan ? Takdelah hujung  bulan nanti buka puasa dengan maggi je . Huhu . Menu buka puasa CikNin , sangat simple . Kurma , nasi dan air manis serta air masak . Tu jelah hari-hari . Heh . Nak beli kuih , takde yang menambat sanubari + mahal . Terus tak beli . Hoho .

Untuk bazar Ramadhan , TESLIANS sem 1 ada buka gerai jugak . Mula-mula tu kitorang jual ais blended . Tapi , nampak macam kurang sambutan . Then , tukar strategi . Juallah pulak murtabak maggi . Alhamdulillah , berjalan dengan baik . Jaga gerai dibuat secara bergilir-gilir . Apa yang best pasal gerai ni , lepas habis berniaga , kitorang akan buka puasa dengan bergelas-gelas ice blended ! Haha . Sampai kembung perut , penuh dengan air je . :)

Hmm , minggu ni CikNin dah boleh balik KB untuk RAYA !!!!!!!!!!!!!!!!! *excited terlebih* Haha . Petang Rabu ni CikNin balik . Sungguh tak sabar rasa dihati . Huhu . Tapi , sebelum CikNin dan budak-budak TESL yang lain bersuka ria , bergelak ketawa nak balik kampung masing-masing , minggu ini dipenuhi dengan TEST serta KUIZ . Bersabar jelah . Tiga test serta kuiz dah beres . Lagi dua je yang tinggal . Alhamdulillah , subjek yang tinggal tu tak berat sangat . Insya-Allah , boleh buat yang terbaik . Aminn . Assignments pun banyak kena hantar sebelum raya ni . Lepas tu , dengan tambahan assignment baru yang perlu dibuat serta dihantar lepas raya ni . Heh . Lecturers , memang takkan bagi kita goyang kaki . Hmm , this is what we called university's life . Banyak benda nak kena buat , komitmen tersangatlah penting . Takde masa nak lengah-lengah . Kalau berlengah , alamatnya ada la yang kena bungkus markah nanti . :) Daan yee , sepanjang dua minggu Ramadhan ni , CikNin tak balik rumah pun . Sampai kadang-kadang tu terasa sangat sunyi + bosan . Rindunya tak payah cakaplah . Sampai terbawa-bawa dalam mimpi . Hmm . :) Tapi , minggu dah boleh balik . Seminggu awal dari budak-budak UniSZA yang lain . Alhamdulillah .

So , guys . Tunggu CikNin balik KB ye . Yang mana nak tunggu CikNin kat stesen bas tu , boleh je . Kot lah ada yang nak sambut kepulangan CikNin ke kampung halaman . Haha . *gaya macam orang besar-besar je , nak bersambut bagai* Tapi , kalau nak buat pun boleh jugak . Kui kui kui ! CikNin dah siap roger dah dekat budak-budak Puteri tu , kot-kot boleh buat majlis buka puasa pulak untuk tahun ni . Heh . Miss them damn much ! Tak sabar nak jumpa , kumpul ramai-ramai lagi . Wah , tersangat merindui mereka !

Hmm , CikNin nak undur diri dulu ni . Dah lewat ni , esok nak sahur lagi . Nasib baik esok cuti Nuzul Quran . Okey guys , Salam Nuzul Quran . Teruskan beribadah di hujung-hujung Ramadhan ni , sebab hujung-hujung Ramadhan nilah banyak sangat keistimewaannya . Semoga kita bertemu dengan Malam Lailatul Qadar , pada 10 malam terakhir nanti . Dah tak lama dah . Quran dah berapa juz ? Usaha khatamkan Quran bulan Ramadhan ni ye . Sama-sama kita buat . Tingkatkan amalan serta kesabaran yer . *remind untuk diri sendiri jugak* Hmm , jumpa lagi di entri yang akan datang ! Assalamualaikum . Salam Nuzul Quran .

- 16 Ramadhan -