Monday 5 August 2013

Doa Akhir Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah,
 Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, 
Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku,
Dosa kedua-dua ibu bapaku, 
Kaum kerabatku, 
Para pendidikku, 
Rakan-rakanku, 
Serta seluruh kaum Muslimin dan juga Muslimat,
 Sama ada yang hidup atau yang telah pun meninggal dunia.
 Ampunkanlah dosa kami di bulan yang penuh keberkatan ini.

Ya Rahman,
 Kau permudahkanlah urusan pembelajaranku serta rakan-rakan perjuanganku yang lain. 
Jadikanlah kami sebagai orang-orang yang amat menghargai ilmu pengetahuanMu.
Semoga kami dapat menjadi khalifahMu yang berguna untuk diri kami, agama, keluarga, bangsa dan juga negara.

Ya Allah,
 Kau peliharalah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka memelihara kami sewaktu kami kecil, Ya Rabb. Sejahterakanlah kehidupan mereka, Ya Allah.
Jauhkan serta haramkanlah wajah mereka dari azab api nerakaMu. Sesungguhnya mereka telah banyak berkorban demi kami, anak-anak mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku, 
Kau lindungilah sahabat-sahabatku dari segala perkara yang tidak elok. Lindungilah mereka dari segala aib mereka.
 Jadikanlah mereka sebagai sahabatku di dunia mahupun di akhirat kelak. 

Ya Allah, 
Aku bermohon kepadaMu,
Jika dia yang tersimpan di hatiku adalah benar, 
Jika dia adalah permata yang selama ini kucari, 
Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Jika dia bukan milikku, 
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.
Sesungguhnya Engkau lagi Maha Mengetahui serta penentu segala kebaikan.

Wahai Tuhan Pemberi Rezeki, Limpahkanlah kami dengan rezekiMu yang baik. 
Sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki.
Kurniakanlah kami kesihatan yang sempurna,
 Jauhkanlah kami dari segala penyakit yang berbahaya.

Aku bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaan yang telah Engkau berikan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus serta jalan yang Engkau redhai.
Kurniakanlah kami kekuatan dan kesabaran dalam menempuh apa jua yang berlaku dalam kehidupan ini.
Janganlah Engkau bebani kami dengan perkara-perkara yang tidak mampu dipikul. 
Ringan dan permudahkanlah, 
Ya Allah Ya Tuhanku.
Terima dan berkatilah amalan ibadatku di bulan yang penuh mulia dan barakah ini, 
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.

Makbul dan perkenankanlah doaku ini, Ya Rabb. 

Amin, amin, Ya Rabbal Alamin.

Sunday 4 August 2013

Sekitar Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum. :) Sudah agak lama CikNin tak update blog terchenta ini. Jadual CikNin sekarang memang padat dengan kuliah dan tugasan yang menimbun. Tugasan yang pensyarah bagi pulak, kadang-kadang nak dalam masa satu hari je. Mahu tak semput nafas kami ni. Well, this is what we called student's life. :D

Ramadhan tahun ni, masih lagi di tempat orang dan di tempat baru. Maklumlah, CikNin kan dah pindah duduk rumah sewa sekarang. Jadi, Ramadhan tahun ni lebih banyak berbuka dekat rumah. CikNin dengan housemates yang lain takdelah masak hari-hari. Kadang-kadang je, itu pun kalau tak penat lepas balik dari kelas tu. Kebiasaannya kami masak nasi dekat rumah, lauk beli dekat kedai. Senang. Heh. ;)

Dalam kesibukan TESLians semester 4 ni, sempat jugak kami menganjurkan Majlis Iftar bersama Senior dan Junior, di bawah pimpinan Alif. CikNin jadi exco Siar Raya. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dengan exco-exco yang lain. Berbuka dengan nasi Beriyani kami malam tu. Terbaiklah exco Makanan! Selepas berbuka puasa, kami solat Maghrib dan Hajat berjemaah. Alhamdulillah :)



Senior! :)

:D

Excos!

Aniq, the emcee of the night

Alif dan Aniq

Dengan Aniq

Bersama Senior Ifwat

With Erpow

Shee dan Erpow

Shee, Aniq & Erpow

Nurul & Aniq


Orang-orang kuat

Pakcik-pakcik Arab

Le Twins

So, itulah sebahagian daripada gambar-gambar sekitar Majlis Iftar tu. Alhamdulillah, tercipta lagi satu kenangan antara kami. ;)

CikNin pula sekarang ni dah pun selamat sampai di Kota Bharu. Ini pun tengah merancang nak buat Iftar untuk budak-budak 5 Cekal '11. Tengah survey tempat nak buat dekat mana. CikNin jadi organizer lagi tahun ni. Memang lemah sikit CikNin bab-bab nak cari tempat makan ni haa. Nak kena tempah lagi laa bagai. Huuu.

Salam akhir Ramadhan. :D