Wednesday 26 September 2012

Filem 'Innocence of Muslim'.

Bismillahirrahmanirrahim....

Berikutan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, 'Innocence of Muslim', seluruh umat Islam di dunia memprotes serta mengecam filem tersebut habis-habisan. Malah, umat Islam di seluruh dunia juga turut mengadakan demonstrasi pada hari Jumaat yang lepas, selepas solat Jumaat. CikNin tertarik dengan kata-kata seorang pemuda, Aiman Azlan. Seorang blogger dan juga vlogger. Mahasiswa yang menuntut di Universiti Toronto Mississauga yang mengutarakan pandangannya mengenai isu tersebut. Kata-katanya yang berbunyi :


"Why do we react to the people mocking our Prophet as if it's a new thing? It's an old trick in the book. It's so old that it even happened during his lifetime. The things that they said and did to him during his lifetime were probably worse than what we witnessed now. 

What is his Sunna in that situation? His Sunna is to be patient. He was cool and if we truly love him, we will be cool too. You don't put the fire out by adding more fuel on it. That's foolishness. 

There is nothing that they can do or say that will degrade our Prophet. In fact, I don't even know who's the person they're describing. That's someone else. That's not my Prophet. I think they got the wrong guy."


Betul kan apa dia kata? Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

Sebahagian video dari Youtube mengenai hal ini. :)




Friday Sermon : Stop Practising, or Stop Pretending by Hamza Yusuf.



"The best way to defend the Prophet is to act like him." (Yasir Qadhi)



Wallahualam. Peace be upon Him.

Dua Minggu yang Sibukkkkkkkkk !

Bismillahirrahmanirrahim...

Dua minggu ni CikNin teramat sibuk! Itu pasallah mak cik ni payah sangat nak update blog kesayangan ni . Bermacam-macam benda yang perlu diselesaikan serta yang nak dibuat. Mengah dibuatnya, sampai nak jalan pun terasa macam dah tak cukup tanah.

Cuti Hari Malaysia pun tak boleh balik rumah, kerana Teslian WAJIB terlibat dalam Kejohanan Badminton Tertutup Semester 1. Segala benda tu CikNin dan Teslian yang lain kena urus. Jadi tuan rumah derrrr.. *Rosak bahasa Melayu. CikNin dengan 4 orang lagi Teslian semester 1 ditugaskan dibawah Publisiti dan Siar Raya. Banner, pengumuman di portal pelajar, kami yang uruskan. Alhamdulillah, semuanya okey dan dapat disiapkan mengikut masa, walaupun terus terang CikNin cakap, memang nak pecah kepala uruskan segala benda tu. Banyak kekangan. Tapi, Allah permudahkan. :) Kejohanan tu diadakan pada hari Jumaat, 14 September lepas. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Kira macam berbaloi jugaklah dengan segala usaha dan penat lelah kami tu. Maklum jelah, pertama kali urus kejohanan besar macam tu. Semester 1 pulak tu. Huh. Dugaan dan cabaran.

Awesome Teslian 2012 ;)

Dalam dua minggu ni juga, jadual Teslian tersangat penuh dan padat dengan kelas-kelas ganti. Ya Allah, memang penuh yang amat! Tak cukup dengan siang hari, malam pun hentam juga sebab kelas-kelas tersebut perlu diganti. Penat tak payah cakap, sampai nak makan pun ada yang terpaksa ponteng. Tak sempat! Meeting-meeting dengan fakulti lagi, majlis raya fakulti, test, drama dan assignments. Fuhhh! Makin nak peperiksaan akhir, makin padat jadualnya. Birthday CikNin pun, heh, biasa-biasa saja. Alhamdulillah, 18 September, genaplah umurku ini 18 tahun. :) Allah masih panjagkan lagi umur CikNin. Alhamdulillah. Ucapan-ucapan daripada mereka-mereka yang ingat, menceriakan serta menghiburkan hati di saat memerlukan. *Cehh, jiwang semacam pulak kau ni, emosi terlebih je! ;)



Minggu lepas, Alhamdulillah. Semuanya dah selesai dan beres dengan selamatnya. Terlepas segala beban yang mencengkam jiwa tu. CikNin pun dah selamat sampai rumah petang Jumaat yang lalu untuk menghabiskan cuti belajar seminggu di rumah. Yeah, it's really good to be home. Hilang segala tekanan sepanjang dua minggu yang padat itu. Cuti pun, belajar memang kena belajar. Nak final exam dek non! Mana boleh buat dibuat main macam main pondok-pondok... Masa depan ni. CikNin bawa harapan Abah, Umi, Abang Muzakkir, seluruh keluarga, bekas-bekas cikgu dan sahabat! Besar serta berat tanggungjawab ni, dan CikNin perlu bertanggungjawab ke atasnya. :)

Minta doa kalian juga ye, moga semuanya dipermudahkan Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. Oh ye, lupa nak bagitau. Bekas senior tingkatan 6 Puteri, Abang Mohd Noor dan Abang Tharmizi, sekarang ni pun sambung belajar di UniSZA. Heh, CikNin memang terkejut dan terlalu gembira masa terserempak dengan Abang Mohd Noor, waktu nak masuk kelas. Gembira kot, ada juga orang yang CikNin kenal kat bumi UniSZA ni. Hehe. Macam lega sangat boleh jumpa dengan bekas-bekas senior tu. Tak tau kenapa, tapi, itulah yang CikNin rasa. Huh. Okey uolls, moga setia menunggu entri terbaru CikNin nanti ye. Hehe. InsyaAllah. Much love. <3

p/s : Budak-budak tingkatan 6 Puteri tengah peperiksaan percubaan sekarang. Doakan mereka juga. Chaiyok! ;)

Doa buat Syria, Myanmar, Palestin serta buat seluruh negara Islam. :)


The whole Teslian semester 1 and 3! :D
*Sharing Moments Day! Best sangat, kenal senior-senior dan bertukar-tukar hadiah. :)

Saturday 8 September 2012

Teslian Spiritual Retreat Camp . :D

Bismillahirrahmanirrahim .

 'Teslian Spiritual Retreat' , 30 Ogos 2012 . Macam seram je kan nama tu ? Tapi , itulah kem yang telah dihadiri oleh Teslian Diploma semester 1 dan 3 . Mula-mula dengar nama kem tu rasa macam tak sedap hati je . Lain macam je , hishh . Tapi , bak kata orang putiss , 'don't judge a book by its cover' . Subhanallah , kem Teslian Spiritual Retreat tu tersangatlah best , gempak , terbaik dan macam-macam lagilah ! Dah takdelah yang namanya tak sedap hati ke , makan hati ke apa . Alhamdulillah , ia merupakan sebuah kem yang terbaik . Serius . ;)

Memang CikNin akui , sepanjang 4-5 bulan CikNin kat sini , CikNin dan Teslian sem1 tak kenal + tak rapat dengan abang-abang serta kakak-kakak senior kami , sem3 . Entahlah , macam ada jurang yang besar kat situ . Tapi , Alhamdulillah , berkat kem tu diadakan , kami kenal antara satu sama lain , malah jadi lagi rapat dan mesra ! Ya Allah , memang tak boleh nak digambarkan perasaan tu , bila kami dah boleh bergurau senda , dah takde jurang !

Hidup pun ceria je sekarang ! *pergh , gitu* Alhamdulillah . Kem tu diadakan di Scout Inn , Teluk Ketapang . Tak jauh pun dari UniSZA . Best kem ni . Dorm dia ada air-cond uolls ! Hehe . Oh yaa , kem tu diadakan selama 3 hari 2 malam . Masa mula-mula sampai tu , kami dikejutkan dengan satu kejutan . Segala telefon bimbit + gadgets MESTI diserahkan kepada fasilitator kumpulan . Memang tersangat terkejut . Tak sangka kot . Huh . Dengan berat hati , kami pun serahlah segala handphones and gadgets tu . . . Waktu tu CikNin memang berat hati dan terkilan sebab keluarga CikNin akan bertolak ke Kuala Lumpur petang tu , nak hantar hulubalang CikNin , Abang Muzakkir , daftar masuk USIM untuk Ijazah . Jadi , mesti tertunggu-tunggu berita mereka . Dahlah Abah tak sempat balas mesej CikNin , sebab handphone dah kena serah . Sabar jelah . :)

Aktiviti yang disediakan oleh para pensyarah serta seniors kami , iaitu selaku fasilitator kami memang terbaik dan superb habis ! Macam-macam aktiviti . Antaranya , riadah di pantai , telematches , ceramah , dan yang paling best , Night-walking ! Pukul 2.30 pagi , kami dikejutkan dengan siren untuk turun berkumpul kat bawah . Ingatkan Qiamullai . Rupa-rupanya aktiviti 'Night-walking' . Mata kami diikat , lepas tu pegang tangan kawan-kawan dan berjalan sambil arahan diberikan oleh fasilitator . Perasaan ? Bercampur baur ! Tengah pagi buta tu . . . Dengar budak menjeritlah , sebab kena sakat dek fasilitator . Lemah lutut betul . *geleng kepala* Lepas je 'night-walking' tu , sambung pulak dengan Qiamullai . Mengantukk memang tak payah cakaplah . Tapi , tersangat seronok dan ia merupakan satu pengalaman yang baru . Ramai je yang tumbang sujud ke bumi masa Qiamullai dan Subuh pagi tu . Tak biasa lagi . Tapi , lepas je Subuh dan sarapan pagi ringan pagi tu , kami dibenarkan untuk berehat ! Apalagi , tidur terbongkanglah masing-masing ! Heh ! ;)

CikNin pulak , dilantik secara 'rawak' untuk memjadi ketua dalam kumpulan kami sewaktu sampai di kem tu . Kumpulan 2 . Berat tugas tu , yelah rasa pelik jugaklah sebab kena jadi ketua kepada senior . Tapi , Alhamdulillah , dengan kerjasama ahli-ahli kumpulan yang lain , semuanya okey dan lancar . :D Seniors kumpulan CikNin semuanya baik-baik dan gempak ! Terbaiklah diorang tuh ! :)

Rumusan yang dapat CikNin buat , Teslian Spiritual Retreat Camp , memang bermanfaat serta terbaik ! Insya-Allah , kalau ada rezeki lagi , buat lagi sekali ye . Sebab banyak benda baru yang CikNin dapat serta belajar dari kem ini . :D Terima kasih Ya Allah . Terima kasih jugak buat Koordinator TESL , Madam Sally yang banyak berkorban dan bekerja keras untuk menjayakan kem ni . Buat kami tak sunyi , walau tanpa gadgets dan handphone , mengurangkan rindu yang membuak terhadap keluarga dengan kata-katanya serta peluk ciumnya . Thanks a lot Madam Sally ! Madam Sally ibarat ibu buat seluruh Teslian . :'') *bergenang air mataku* Para fasilitator juga yang banyak melayan kerenah kami . . . Hmm . . .

TERIMA KASIH semua ! Insya-Allah kami akan menjadi Teslian dan warga UniSZA yang berguna buat diri , keluarga , agama , bangsa dan negara . . Doakan kami yer ! :D


Tuesday 4 September 2012

Eidul Fitr 2012 .

Bismillahirrahmanirrahim !

Yuhuuu ! Pertama sekali , ampun maaf dipinta CikNin mohon sebab memang dah teramat lama tak update blog ni . Dah berhabuk dah blog ni . Raya pun tak sempat update . Heh . Nak kata sibuk buat persiapan raya , rasanya takdelah sesibuk mana pun . Malas je . Hehe . Thousands of sorry guys !

Meh , CikNin topup balik entri-entri untuk raya tu ye ? Alhamdulillah , raya hari tu tersangatlah best dan seronok ! *Bukan best dengan seronok tu makna dia sama ke ? >_< The whole family , tak kira dari sebelah Abah dan Umi semua balik kampung ! Memang meriah tak ingat dunialah raya tahun ni . Alhamdulillah . :D

CikNin memang tersangat gembira , sebab beberapa hari sebelum raya tu , adik CikNin , Amir bagitau yang sepupu kami yang tinggal dekat Perlis tu akan balik beraya kat sini ! Hoho . Mula-mula macam susah nak percaya sebab sepupu CikNin cakap , kemngkinan besar dia tak balik . Dapat je berita tu , memang gembira yang amat ! Sukar nak digambarkan dengan kata-kata . Al-maklumlah , kami dah lama tak berjumpa , dah berapa bulan dah . :D

Berkumpul ramai-ramai , pergi beraya rumah saudara-mara ramai-ramai . Indah sangat ! Memang kenangan terbaiklah ! Heh . Apa-apa pun tengoklah gambar-gambar kat bawah ni . Gambar di bawah adalah keluarga sebelah Umi . Gambar keluarga sebelah Abah tak sempat nak minta dengan sepupu . Lain kali ye . ;)























Photos , credit to my cousin , Que Zimie . :)

p/s : CikNin dah nak dekat final exam dan habis semester 1 . Pejam celik , pejam celik , dah nak habis semester 1 . Doakan CikNin boleh buat yang terbaik untuk final exam 2/10 ni yer . CikNin tamat exam 11/10 . :D
Wallahualam . Assalamualaikum . :)


Salam 17 Syawal , Salam Kemerdekaan . Alhamdulillah .