Tuesday 28 February 2012

Karnival Jom Masuk U !

Assalamualaikum dan haaaaaaaaacuumm !!!! Ops , maaf guys !! Hehe . Al-maklumlah , blog CikNin ni dah berhabuk kes lama tak meng'update' ceghita ceghita terbaru . Iyolah , camno den nak 'hupdate' ceghita , dah ceghitanya pun takdak .Yer dak yop ? *aish , tersasul cakap nogori la pulak den ni . Heh .

Okey ler yop , ni ada la sikit cerita yang tak berapa nak hot . Suam suam kuku dah nak sejuk beku dah pun cerita ni . Heh . *bahasa dah mengalahkan apa je gayanya . Anda pernah dengar tentang 'Karnival Jom Masuk U ?' Pernahkah anda menghadirinya ? *buat nada iklan . heh .

Pagi Sabtu yang lepas , kawan CikNin texted , tanya CikNin nak ikut dia pergi karnival ni ke tak . Actually , I've already know about this carnival dah lama dah . Dah terpampang di tiang tiang lampu jalan sekitar kawasan Kota Bharu , Kelantan yang aman lagi permai ni . So , memandangkan CikNin dah memang ada niat serta ura ura nak pergi dan memandangkan sebab kawan CikNin si Tasniim tu tak ada geng nak join dia , CikNin pun on ajelah ! Okey apa , CikNin pun takkan pergilah kat karnival yang ramainya umat tu seorang diri . Mana maunya CikNin ni . Heh . So , dia janji nak datang ambil CikNin around 3 petang macam tulah .

Then , kitorang pergilah ... Sesampainya CikNin , Tasniim dan adiknya , Alisya kat sana , fuhhhhh !!! Memang dah boleh agaklah orangnya ramai tahap apa . Then , kitorang masuk khemah demi khemah yang menempatkan booth booth bagi setiap IPTA dan IPTS yang ada kat tanah air Malaysiaku yang terchenta ini . Khemah semua sekali ada tiga , dan setiap satunya dilabel dengan A , B dan C . Tapi , kitorang main hentam je masuk khemah C dulu . Heh . Lepas tu , baru masuk ke khemah khemah yang lain . Masya-Allah , ramainya umat tak payah cakaplah ! Jalan berhimpit himpit dalam khemah tu ! Isy , ngeri ! Kitorang tengok kejap kejap je , tak larat nak tengok dek non , ramai orang ! Last last keluar . Tapi yang penting , dapat free paper bag , flyers and other stuff . Wee ~

Lepas tu , kitorang menapak ke MacDonalds ! Boleh tahan jauh jugaklah dari Stadium Muhammad ke IV tuh ! Nasib baik tak tercabut kaki ini ! *propa semata . Jalan pulak tengah tengah terik matahari . Sampai pulak kat McD tu , manusia pun ramai jugak !! Haish , betul menguji kesabaran hari tuh . Apa kes bukak satu kaunter je tengah tengah orang ramai tu ? Orang beratur sampai ke pintu masuk tau ! Nak tunggu pesanan siap satu hal , lama . Adeh . Pancit aje rasanya .

Waktu tengah tunggu pesanan siap tu , CikNin tiba tiba lak rasa nak melayang ! Rasa berpusing aje kepala ni . Kaki dengan tangan rasa sejuk . Ah sudah ! CikNin bertongkat tangan pada kaunter tu , nak tahan rasa yang macam apa entah . Kang tak pasal pasal tumbang kat tengah tengah McD yang orang tengah ramai tu . Yang CikNin fikir masa tu , CikNin nak duduk ! Then , pesanan kitorang siap . Tray makanan tu CikNin kasi kat Tasniim dan kitorang naik ke tingkat atas dan duduk di tempat yang telah disentri *dijaga oleh Alisya . CikNin duduk cepat cepat , sebelum rebah ke apa ke .

Aisey , apa kes ni ? Tasniim cakap muka CikNin yang sedia pucat ni , jadi bertambah pucat ! Aduh ! CikNin cakap kat dia CikNin penat dan sakit kepala dengan tiba tiba . Dia cakap , rehatlah kejap lepas tu makan . CikNin hanya makan kentang goreng dan minum air je walaupun CikNin order satu set McChicken Burger . Tak ada selera tiba tiba , walau pada asalnya CikNin lapar sebab tak lunch lagi masa tu . So , CikNin decide nak bawa balik aje burger tu , makan kat rumah ... Dan CikNin rasa dah okey sikit .


Lepas habis makan , kitorang get ready nak bergerak balik . Then , Alisya told that she need to go for the call of nature . So , kitorang masuk Parkson sebab tandas kat McD tu tak ada air . =,=

Haa , masa ni dah rasa macam berpusing balik ! Serius rasa macam nak tumbang sujud ke bumi je time tuh ! CikNin dah tak boleh nak jalan ! So , CikNin rest kejap kat kedai kasut H2 Collection , sementara Tasniim dan Alisya gi toilet . Tasniim risau nak tinggal CikNin sensorang kat situ . Tapi , CikNin cakap takpe , CikNin tunggu kat situ je . Dia pun pergi jugaklah . :)


Alhamdulillah , kitorang naik bas untuk balik rumah dengan selamatnya . CikNin pun dah hilang rasa sakit kepala dan rasa yang macam macam tu . Sampai rumah , terasa penatnya yang amat . Tidur awal malam tu . Badan rasa agak panas . Huh , dugaan .


Okey , tersedar dari tidur malam tu dalam pukul 9 lebih . Terus solat Isyak , lepas tu makan . CikNin dapat mesej dari cousin CikNin , Amni atau Kak Long eventhough dia sama umur dengan CikNin . Hee . Dia tanya nak ikut dia pergi Karnival Jom Masuk U tak esok . CikNin jawab je okey . Nak teman dia . Cuma yang CikNin harap tak jadi macam petang tu lah , tak larat doe ... =,=


Pagi itu pulak , CikNin siap siap dan pergi rumah cousin CikNin yan terletak kat sebelah rumah CikNin aje . Lepak kat sana kejap , lepas tu bertolak . Hari last karnival tu memang ramai orang . Ditambah lagi dengan rombongan budak budak sekolah . Sesak betul kat sana . CikNin dengan Kak Long masuk semua khemah . Dan Ayah Chik *my uncle dan Aisya *my little cousin , adik bongsu Kak Long tunggu kat luar khemah sebab ramai orang sangat kat dalam . Berbaloi jugak datang hari tu , sebab CikNin dan Kak Long sempat isi banyak borang kat sana . Saja saja cuba , mana tau ada rezeki kan . Heh . Bila dah rasa puas hati , kitorang keluar dan cari Ayah Chik dan Aisya . :)


Kitorang meninggalkan stadium tu dalam jam 12 tengah hari . Ayah Chik bawak kitorang ke Jambatan Diraja . Tau tak apa kitorang buat kat sana ? Naik bot ! Heh ! Naik bot dan menikmati pemandangan indah sambil minum minum air . Bukan minum air sungai tau ! :p Best betul ! Puas hati dan berbaloi baloi !


Apa apa pun , banyak maklumat yang CikNin dapat masa karnival tu . So , boleh nampak sedikit sebanyak tentang IPTA dan IPTS yang ada kat Malaysia . Jadi , CikNin perlu sentiasa berdoa , bertawakkal serta bergantung pada keputusan SPM yang akan keluar beberapa hari lagi untuk dapat tawaran dari mana mana IPT . But , I prefer more for IPTA actually . Huh . Seram sejuk pulak rasa . =,=
So , may I ask for your prayers please ? Tolong doakan kejayaan CikNin dan rakan rakan yer ? Thanks , sayang korang !


Okay , that's all for now . Assalamualaikum ! :)

Friday 17 February 2012

Perjalanan Cari Tuhan ... :)

Bismillahirrahmanirrahim .

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ! Hey guys ! How's you guys doing ? Is everything going smooth ? Okay ? Good ? Alhamdulillah , praise be to Allah . :)

Okey guys , actually CikNin nak bagitau dan nak kongsikan sesuatu . Sesuatu yang mungkin baik buat semua . Yeah , something that might make us change . Mengubah haluan hidup dengan pusingan arah 180 darjah , or maybe 360 degree . Berubah menjadi lebih baik , Insya-Allah . :)

Hmm , hari tu , CikNin ada beli buku a.k.a novel . Buku yang dikarang oleh penulis novel yang paling CikNin suka dan yang paling CikNin minat . *orang putis kata , favourite . Namanya , Hlovate . Simple aje kan namanya . Tapi , rupa dia , wajah dia , memang belum pernah CikNin tengok . Tidak pernah sekali kutatap wajahnya . *ehem , jiwang kejap . And I'm not sure whether the author is a woman or a man ! Seriously , I don't know . :O Tapi , melalui penulisannya itulah , CikNin mengenalinya . Dan ............................. sememangnya CikNin telah jatuh hati padanya ! Opss , actually jatuh hati pada tulisannya .. ;) Tapi , serius dah jatuh hati pada penulis ni sebab dia buat CikNin jatuh hati pada karya karyanya yang tersangat hebat dan mantap tuh ! *ayat pun dah macam berbelit belit dah ni , teruja yang amat ! ahhh ... Okey , let me tell you about those books that I've read .

The first book that I read was , Contengan Jalanan . Yup , Contengan Jalanan . Sound weird maybe . But , as we all know , don't judge a book by its cover , right ? Buku ni ada dua bahagian . Serius , CikNin jarang jumpa buku yang dua bahagian , yang mana memuatkan dua kisah . *orang kata , 2 in 1 gitu . Ia mengisahkan dua orang hamba Allah , dua orang lelaki yang amat meminati seni . All kinds of arts ! And then berubah secara keseluruhannya tak lama lepas tu . Kalau nak tau macam mana mereka boleh berubah , just go to the near bookstores , buy this book and read okay ! ;) *hehe . takkan nak cerita panjang lebar kot , alamat nanti tak lakulah buku buku kat bookstores tu . peace !




The other book titled ,Versus . V.E.R.S.U.S . Kisah seorang gadis dan seorang lelaki yang juga mengubah haluan hidup mereka daripada menjadi seorang budak street , yang amat meminati skate , kepada seseorang menuju ke jalan yang diredai oleh-Nya . :D




Apa yang CikNin nak kongsikan kat sini ialah pengajaran yang CikNin dapat dari kedua dua buah novel ni . Serius cakap , memang banyak sangat intipati serta pengajaran yang CikNin kutip dari buku buku ni . Macam membuka mata CikNin semula . Tentang semua benda . Tentang mengenal lagi tuhan yang Maha Berkuasa . Yeah , selama ni bukannya tak kenal tuhan , tapi tak mendalami dengan sebaiknya . Macam buat ibadat , yang basic aje buat . Yang sunat apa semua tu , boleh kira dengan jarilah berapa kali buat . *cakap tentang diri sendiri .



Alhamdulillah , lepas baca je buku ni , CikNin rasa macam ada satu perasaan halus yang datang dalam diri untuk jadi lebih baik . Atau dalam erti kata lain , berubah . Berubah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya . Thanks to Allah , sebab buka pintu hati CikNin untuk menuju ke arah itu . :) Bersyukur sangat . Tapi , sungguh cakap , bukan mudah nak jadi baik . Banyak cabaran dan dugaannya . Menuntut kesabaran dan nak jadi istiqamah dalam benda yang nak dibuat tu . Susah memang susah . Nak cuba meletakkan gerabak hidup atas landasan Al-Quran dan Sunnah tu memang payah .Tapi , perlu berusaha ke arah itu . Allah tengok usaha , bukan natijah . :) *Chaiyok ! Ganbatte ! Him Nae Ja !

Bila baca buku tu , CikNin rasa banyak lagi benda yang kurang dalam diri CikNin . Selama ni rasa macam confident je , benda benda wajib tu dah buat , kira macam dah lepaslah . Tapi , sebenarnya banyak lagi benda yang kurang . Banyak sangat . Rasa macam tak cukup aje . Hmm . That's why I need to change . Yeah , rasa amat terpanggil untuk buat semua tu . Dan itu adalah salah satu sebab CikNin berkongsi ini dengan korang semua . :)

CikNin harap korang faham apa yang CikNin sampaikan kat sini . Everyone could change , right ? Tapi , Allah takkan mengubah nasib seseorang itu , melainkan orang itu yang mengubah nasibnya sendiri . :)


The man who decided to change at twelfth hour , dies on the eleventh . 


Guys , macam mana kalau kita mati , tapi tanpa sempat berubah ? Macam mana agaknya ye ? Cukup ke bekalan yang kita bawa , untuk jumpa dengan Pencipta kita ? Berat je kan nak jawab soalan tu . *ingatan untuk diri sendiri jugak. :)


Hmm , CikNin sendiri pun masih ada banyak lagi benda yang perlu diperbaiki . Benda yang terasa kurang , perlu ditambah . Tingkatkan lagi apa yang sedia ada . Adakan benda yang tak ada . CikNin pun bukannya baik sangat nak mengajar orang . Mana yang baik , ambil buat pedoman . Mana yang salah , tolong betulkan . :) Berkongsi dengan rakan rakan semua .  Bukan ke sharing is caring ? Moga ada hikmah dan pengajaran buat kalian .

CikNin pun tak ada hak nak paksa korang untuk semua ni . Lagipun , hati manusia ni , Allah yang pegang . :) Moga satu hari nanti Allah bukakan pintu hati untuk ke arah itu . Kan ? Semuanya kuasa-Nya . Mungkin sama macam yang Allah tunjukkan untuk CikNin . ALHAMDULILLAH . :) Allah boleh buka pintu hati kita dengan macam macam cara . Macam CikNin , Alhamdulillah , melalui pembacaan , *dan masih lagi dan sentiasa ingin menuju ke jalan yang diredai-Nya , Insya-Allah . dan boleh jadi jugak melalui sesuatu perjalanan , ciptaan-Nya atau sebagainya . Semua kehendak Allah S.W.T .


Usaha , doa dan tawakkal , guys . Insya-Allah . :)

Buat kalian ,
Berubahlah , walaupun sukar,
Berubahlah ke arah hidup yang lebih indah ,
Hidup dan masa muda sekali cuma ,
Sanggup nak sia-siakan
tanpa reda-Nya ?


May Allah Bless . :)






p/s : some of the quotes above were taken in those books , Contengan Jalanan and Versus . :)

Wednesday 15 February 2012

Percaya dalam Cinta

Assalamualaikum guys ! What's up ? I'm back again ! Hee . *gaya dah macam tak update blog setahun aje gayanya :p Okey okey . Sesaje nak buat gempak ala tak gempak mana pun . Hee . Cakap pun dah berbelit belit macam apa entah . Okey guys , back to topic . Dah baca tajuk kat atas tu ? Dah ? Good , bagus anak anak ibu ... *bila masa CikNin kahwin ? *dush , tumbuk kat muka ! Tajuk kali ni pasal C.I.N.T.A. ataupun L.O.V.E. Ambik kau , sebesar alam CikNin letak kat situ ! 


Actually , topik ni saja CikNin timbulkan sebab CikNin perhatikan di sekeliling CikNin ni banyak sangat sangat orang berCINTA , in LOVE la apa benda semua tu . Tapi , nak tanya jugaklah , korang kalau berchenta tu , korang percaya tak dekat pasangan korang tu ? Bukan apalah , berdasarkan pengalaman CikNin yang CikNin perhati kat sekeliling ni , ada orang yang percaya dan ada juga yang sebaliknya . Hmm . Actually , benda ni terjadi kat salah seorang sahabat CikNin sendiri . Alkisahnya pasangan dia ni , MasyaAllah ! Curiga yang amat ! Maaf cakap , bukan biasa biasa punya , tapi agak keterlaluan . Atau dalam kata lain , MENGONGKONG . :) *peace !


Kadang kadang CikNin pelik jugak , macam mana diorang ber'chenta' , tapi dengan pasangan sendiri pun nak curiga , nak ada rasa was was bagai . Serius , tak faham ! =,=' Bukan nak suruh korang percaya pasangan korang 100 % , tapi agak agaklah kalau nak berprasangka kut iye pun . Ini tak , dah macam polis pencen aja gayanya . Bukan ke dalam bercinta ni perlunya kepercayaan antara pasangan masing masing . Tak ke ? Kalau dah tak ada kepercayaan tu , macam mana nak bahagia , macam mana nak happy , hidup aman damai . Tak ada gaduh gaduh . Cuba cakap kat CikNin ada tak pasangan yang saling tak mempercayai antara satu sama lain , hidup bahagia , aman dan sentosa . *ayat sarkastik . Kalau ada , boleh bawak jumpa CikNin , nak ambil tips sikit . Heh . Ni tak , cemburu , curiga , was was yang amat sampai orang lain pun jadi mangsa jugak . Tak pasal pasal kena tempias sekali . Dah gaya pelanduk mati kat tengah tengah antara dua gajah je . Huh . Dahsyat yang amat ! =,= Gaya gempa bumi je !



Buat korang yang bercinta tu , bawak bawaklah percaya kat pasangan korang tu . Jangan asyik nak fikir bukan bukan . Nak berprasangka yang tak elok apa semua . Bukan ke tu semua boleh jadi DOA ? Kan ? Benda yang tak patut jadi , tak pasal pasal jadi . Tak ke haru lagi namanya tu ?  Tak payah nak pemantauan secara berkesan yang melampau lampau sangat . Nanti , tak pasal pasal pasangan korang pulak kata korang melampau . Tak ke naya namanya tu . Taulah sayang , tapi jangan sampai mengongkong jadinya , okey ? Korang pun nak sangat couple , so , pandai pandailah jaga hati pasangan dan hubungan tu . Trust your couple . Percaya tu penting selain rasa sayang dan cinta kat pasangan masing masing . Kalau tak ada yang namanya percaya , CikNin rasa cinta pun takkan ada . Bukan ke kalau korang dah declare nak having a relationship korang percaya kat pasangan korang ? Percaya bahawa korang sayang dia , percaya bahawa pasangan korang sayang korang ? Tak ke ? Tapi , kalau orang dah bagi kepercayaan tu , janganlah gatal dan mengada nak musnahkan kepercayaan tu . Tu mau ada yang nak kena pelangkung ! Guna pakai akal dan otak yang dianugerahkan tu sebaiknya . Okey okey ?



Well , I'm not good in this kind of stuff . But , I could just share my opinions with all of you guys . Yeah , CikNin sendiri tak ada nak ber'chenta' dengan sesiapa . Tapi , CikNin sekadar ingin berkongsi . Well , sharing is caring , right ? :) No hurt feelings , no bad feelings ! Okey guys , sampai sini dululah CikNin membebel . Nanti CikNin membebel lagi ye ??? *gaya kerek mak cik mak cik . Heh . Wallahualam . 
:) 

Sunday 5 February 2012

CikNin Punya Date !

Assalamualaikum , kalau tak jawab dosa , kalau jawab sayang ! *baca dengan nada gedik . Muahaha . Gedik gila kot bunyi macam tu . Ala , acah ajelah , kekadang hidup kena ada lawak lawak sikit . Kalau nak serius je manjang , kucing pun tak berani nak lintas depan korang . Ye tak ? Hee . Peace semua ! 


Tajuk post kali ni , macam hot gitu kan ? Tak ke ? Yup , CikNin ada date hari ni . Date dengan the whole family .... Haha . *dush , bagi penumbuk sulung kat muka . Gaya aci gempak aje kan CikNin ni . Alahai , tak ada sebab pun CikNin nak gi date dengan orang lain , dengan family lah best , jalan ramai ramai . Dan yang lagi best , sebab ada pakwe encem merangkap hulubalang CikNin . Heh . Nak tau sape ? My abang lah , Inche Ahmad Muzakkir . Huhu . Dia baru aje sampai dari Nilai , Nogori Sembilan nun . Dia belajar kat Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) , Nilai . Amik course Syariah and Law . Mantap tak ingatlah dia tu . Actually CikNin ada niat dan hati nak further study kat sana jugak . Serius , nak sangat . Tapi , tak layaklah sebab CikNin tak ambik Lughatul Al-Arabiyyah a.k.a bahasa Arab masa sekolah menengah . =,= Frust gak la . Heh . Takpe takpe , banyak lagi universiti lain yang boleh CikNin pilih .


Well , best bangat jenjalan kat KB Mall petang tadi . As usual , KB Mall adalah hot spot nak lepak . Heh . Sampai kat sana , mak oii ,, ramainya umat !! Parking penuh toksah cakaplah . Nak parking kat bahagian atas tu , dah macam ada kura kura lawan lumba lari aje gayanya . Hari ni kan Sabtu , lepas tu ada PC Fair kat sana . Last day pulak tu ! Lagilah sesak bangunan KB Mall tu . 


Rezeki abang hari ni , dia dapat lappy baru . Beli kat PC Fair tulah . Yelah , dah jadi mahasiswa kan , wajiblah ada lappy , ye tak ? Cantik yang amat lappy dia . Nak kata jealous tu tak ada lah . Ala , CikNin nanti pun akan dapat sebijik jugak kalau dapat further study kat mana mana nanti . Insya-Allah , Amin . :)


Umat kat KB Mall tadi memang ramai yang amat . Ramai umat , maka banyaklah ragam , gaya , kerenah , jenis manusia yang ada kat sana tadi . Sampai nak juling mata dibuatnya tengok umat yang ramai dengan macam macam hal tu . Yang paling CikNin tak boleh lupa , kata kata abang time dalam kereta on the way nak balik tu . Pedas dan menyengat yang amat !
" Huh , gediknya perempuan tu . Sengaja duduk dekat dekat dengan lelaki . Macam dah tak ada tempat lain nak duduk agaknya . "
CikNin tanya dia balik , " Mana mana ? "
Abang pun tunjuklah budak perempuan tu kat CikNin . Heh , memang betul ada . Ada dua budak perempuan yang tengah berbual apa entah kat situ . Yang lelaki lak duk tengah duk lepak dekat dekat situ , sambil usha yang perempuan tu . 
CikNin hanya cakap , " Budak budak sekarang . " Abang just geleng kepala je . Hehe . Abang abang . Bakal lawyer tu kan . Syariah pulak tu . 


Apa apa pun , best jalan dengan dia hari ni . Agaknya , kalau Abah , Umi , dengan adik adik tak ada , orang mesti dah ingat CikNin dengan abang couple . Haha . Best gak woo macam tu . Haha . Tak boleh bayang macam mana ! Hehe . Buat gila betul . 

Hah , lagi satu . Ni berita yang baru CikNin terima . Zuraida nak balik Kota Bharu esok !!!! Sure gempak gila lah !! Tak sabar nak jumpa dia . Last minute punya plan . Takpe , asalkan dia balik sini . Heh ! Sayang sama kamu lohh ... Have a save journey , sayang . Huhu . Okey guys , good night . Nanti CikNin update lagi ye . Salam Maulidur Rasul . :)

With love , CikNin :)







Saturday 4 February 2012

Maulidur Rasul :)

Assalamualaikum u' olls ! Kabare semuanya ? Waras tak ? Kalau tak waras tu , bawak bawaklah pergi berubat ye ... Heh . Berhabuk sikit blog CikNin . Apa taknya , takde cerita lah nak di 'update' buat masa sekarang . CikNin ni pun dah separuh nyawa duk rumah , buhsan tahap apa entah . Dah habis tahap agaknya . 


Huh , tapi nasib baik jugaklah mak sedara sabit belah abah CikNin ada bagi job sikit . *Heh , gaya cakap dah macam apa entah . Melampau gila kot ayat CikNin , dah tu , duk kat rumah tak ada benda nak buat , duk buat ayat puitis dan berbunga ajelah kerjanya . Tak pun layan novel yang memang kebanyakannya novel cintan cintun , lovey dovey punya ! Mau tak berpuitis berbunga kepala CikNin ni . Nasib ada jugak benda yang nak dilayan , kalau tak , alamat jadi gila CikNin . Heh .


Eh , jap jap . Dah masuk Februari dah kita kan ? That's mean , ada lagi sebulan lebih result SPM yang meng- GERUN-kan tu akan keluar ! Huarghh , macam manalah agaknya ye ? Yang mampu CikNin buat sekarang , berdoa dan tawakkal je . Iyolah , dah usaha kan , kan ? Takut tak takut , nak tak nak , kena hadapi jugak benda tu . Realiti tu , bukan fantasi atau imaginasi . Heh . 22 Mac 2012 tu . Tarikh keramat tuh . Sabo je la .=,=


Antara sedar dengan tak , dah nak sampai Hari Maulidur Rasul kan ? Lagi berapa hari je kan ? So , apa plan korang untuk Maulud Nabi kita ni ? Plan nak buat something tu biarlah yang berfaedah sikit , yang boleh dapat pahala . Jangan nanti , elok elok aja nak tambah pahala masa Maulud Nabi tu , jadi tambah dosa lak . Tak mau macam tu yer ... *ingatan untuk diri sendiri jugak :)



Banyakkan selawat yer kawan kawan semua :) . Banyak pahala dapat masa Maulud Nabi ni . Semoga kita dapat kelebihan dan keistimewaan tu ! Amin . Eh , korang ada tengok tak video yang Dato' Harun Din . *betul ke tak nama ni ? Video yang dia cerita dia mimpi jumpa junjungan besar Nabi Muhammad SAW tu . First time CikNin tengok video tu , CikNin rasa something . Perasaan terharu , sebak , sayu semua ada . Dengar dia cerita , SUBHANALLAH ! Allah Maha Besar ! Bersyukur sangat sebab dia dapat mimpi bertemu Rasulullah ... Bilalah agaknya kita dapat mimpi jumpa Rasulullah kan ? Sama sama kita doa ea ? Mudah mudahan doa kita termakbul . Amin . Well , korang Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul .. :) Moga kehidupan kita akan diberkati oleh Allah SWT . Tingkatkan selawat yer ! CikNin out dulu ye , nanti CikNin update lagi ! Wallahualam . Assalamualaikum .