Friday 6 September 2013

Eid Fitr :D

Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat hari raya dan salam Aidilfitri semua! Heh. Maaflah CikNin lama tak update blog ni haa. Sibuk beraya. Kelas pun dah mula, dengan peperiksaan akhir tak lama lagi. Assignments toksah cakap lah menimbun macam Gunung Kinabalu tu haaa. ;)
Raya kali ni, Alhamdulillah, sangat baik dan meriah. Dapat lagi berkumpul dan beraya dengan sepupu-sepupu yang balik jarang-jarang balik kampung. Meriah sangat! Sempat jugak buat rumah terbuka untuk kawan-kawan walaupun tak ramai yang datang. Cuti raya pun lama. Hehee. Not going to write more. The photos will tell yaa everything. :D

Last but not least, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. ;D Enjoy the Eid's photos!

Abang & Ain

:)


Dengan sepupu, Que Zuhdi



Que Aisyah

Le Cousins




Hulubalang :)

Kekoyaan :P

Greyyyy


Abah :D

Umi & Ain

Amirul Adhha



Mustaqim Syamil



Dengan Cik Putih




Got a small present from my aunt



Haha :P


Nampak gemuk, okayy =,='




Shopping with siblings!



Kanak-kanak bermain bunga api


with Kak Yong


Hippi!












Monday 5 August 2013

Doa Akhir Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah,
 Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, 
Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku,
Dosa kedua-dua ibu bapaku, 
Kaum kerabatku, 
Para pendidikku, 
Rakan-rakanku, 
Serta seluruh kaum Muslimin dan juga Muslimat,
 Sama ada yang hidup atau yang telah pun meninggal dunia.
 Ampunkanlah dosa kami di bulan yang penuh keberkatan ini.

Ya Rahman,
 Kau permudahkanlah urusan pembelajaranku serta rakan-rakan perjuanganku yang lain. 
Jadikanlah kami sebagai orang-orang yang amat menghargai ilmu pengetahuanMu.
Semoga kami dapat menjadi khalifahMu yang berguna untuk diri kami, agama, keluarga, bangsa dan juga negara.

Ya Allah,
 Kau peliharalah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka memelihara kami sewaktu kami kecil, Ya Rabb. Sejahterakanlah kehidupan mereka, Ya Allah.
Jauhkan serta haramkanlah wajah mereka dari azab api nerakaMu. Sesungguhnya mereka telah banyak berkorban demi kami, anak-anak mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku, 
Kau lindungilah sahabat-sahabatku dari segala perkara yang tidak elok. Lindungilah mereka dari segala aib mereka.
 Jadikanlah mereka sebagai sahabatku di dunia mahupun di akhirat kelak. 

Ya Allah, 
Aku bermohon kepadaMu,
Jika dia yang tersimpan di hatiku adalah benar, 
Jika dia adalah permata yang selama ini kucari, 
Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Jika dia bukan milikku, 
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.
Sesungguhnya Engkau lagi Maha Mengetahui serta penentu segala kebaikan.

Wahai Tuhan Pemberi Rezeki, Limpahkanlah kami dengan rezekiMu yang baik. 
Sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki.
Kurniakanlah kami kesihatan yang sempurna,
 Jauhkanlah kami dari segala penyakit yang berbahaya.

Aku bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaan yang telah Engkau berikan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus serta jalan yang Engkau redhai.
Kurniakanlah kami kekuatan dan kesabaran dalam menempuh apa jua yang berlaku dalam kehidupan ini.
Janganlah Engkau bebani kami dengan perkara-perkara yang tidak mampu dipikul. 
Ringan dan permudahkanlah, 
Ya Allah Ya Tuhanku.
Terima dan berkatilah amalan ibadatku di bulan yang penuh mulia dan barakah ini, 
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.

Makbul dan perkenankanlah doaku ini, Ya Rabb. 

Amin, amin, Ya Rabbal Alamin.

Sunday 4 August 2013

Sekitar Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum. :) Sudah agak lama CikNin tak update blog terchenta ini. Jadual CikNin sekarang memang padat dengan kuliah dan tugasan yang menimbun. Tugasan yang pensyarah bagi pulak, kadang-kadang nak dalam masa satu hari je. Mahu tak semput nafas kami ni. Well, this is what we called student's life. :D

Ramadhan tahun ni, masih lagi di tempat orang dan di tempat baru. Maklumlah, CikNin kan dah pindah duduk rumah sewa sekarang. Jadi, Ramadhan tahun ni lebih banyak berbuka dekat rumah. CikNin dengan housemates yang lain takdelah masak hari-hari. Kadang-kadang je, itu pun kalau tak penat lepas balik dari kelas tu. Kebiasaannya kami masak nasi dekat rumah, lauk beli dekat kedai. Senang. Heh. ;)

Dalam kesibukan TESLians semester 4 ni, sempat jugak kami menganjurkan Majlis Iftar bersama Senior dan Junior, di bawah pimpinan Alif. CikNin jadi exco Siar Raya. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dengan exco-exco yang lain. Berbuka dengan nasi Beriyani kami malam tu. Terbaiklah exco Makanan! Selepas berbuka puasa, kami solat Maghrib dan Hajat berjemaah. Alhamdulillah :)



Senior! :)

:D

Excos!

Aniq, the emcee of the night

Alif dan Aniq

Dengan Aniq

Bersama Senior Ifwat

With Erpow

Shee dan Erpow

Shee, Aniq & Erpow

Nurul & Aniq


Orang-orang kuat

Pakcik-pakcik Arab

Le Twins

So, itulah sebahagian daripada gambar-gambar sekitar Majlis Iftar tu. Alhamdulillah, tercipta lagi satu kenangan antara kami. ;)

CikNin pula sekarang ni dah pun selamat sampai di Kota Bharu. Ini pun tengah merancang nak buat Iftar untuk budak-budak 5 Cekal '11. Tengah survey tempat nak buat dekat mana. CikNin jadi organizer lagi tahun ni. Memang lemah sikit CikNin bab-bab nak cari tempat makan ni haa. Nak kena tempah lagi laa bagai. Huuu.

Salam akhir Ramadhan. :D

Wednesday 10 July 2013

Ramadhan Al-Kareem :D

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, kita dah masuk bulan Ramadhan. Bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan yang mulia. Jom tingkatkan ibadah. Terawih jangan tinggal. Al-Quran biar khatam sebulan Ramadhan ni. Insya-Allah. Istiqamah yee!

CikNin berpuasa di rumah sewa tahun ni. Esok pagi nak bangun, masak untuk sahur sama-sama. Petang esok, CikNin akan balik ke Kota Bharu. Bolehlah berpuasa dengan keluarga. Jangan lupa niat puasa tau. Until I see you guys again! Salam Ramadhan.

Nah, hadiah untuk Ramadhan! :DD


Saturday 29 June 2013

Semester Baru, Semester Empat

Bismillahirrahmanirrahim...

So yeah. CikNin dah masuk semester empat. Kejap je masa berlalu, tinggal dua semester sahaja lagi CikNin bakal menamatkan diploma. :) Semester ni CikNin tidak tinggal di asrama, gara-gara permohonan asrama CikNin tidak diluluskan oleh pihak penguruaan kolej kediaman. Maka, terpaksalah CikNin dan Sheeda tinggal di rumah sewa di Tok Jembal. Nasib baiklah tak jauh mana nak berulang-alik ke UniSZA tu. Sewa bulan-bulan pun takdelah mahal. Sepadan dengan kemudahan yang ada dekat rumah tu. Kami tinggal sekali dengan geng TESLians yang lain. Naza, Ecah, Aliaa, Iqah, Umi, Dini, Nasha, Qila dan Asilah. :)

Haa, kami pun dah dapat junior baru! Hehee. Gempak betul! Dua minggu lepas, kami dah mengadakan orientasi bersama para junior.  So, dapat kenallah sedikit sebanyak dengan mereka. ;) 

Jadual sekarang pun padat. Biasalah, dah semakin bertambah semester ni,  bertambah jugaklah tekanan serta kerjanya. Semoga Allah permudahkan kami. Ameen. Usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal. Insya-Allah. :) 



Saturday 8 June 2013

Birthday Twiggies, An Nur Shahira :D

Bismillahirrahmanirrahim.

Heyya people! So, bulan Mei lepas merupakan 'Hari Tua' buat Twiggies CikNin, An Nur. Maka, Shee, CikNin, Erpow dan beberapa orang kawan yang lain telah buat 'prank' untuk dia. Heh. Kesian dia, first time sambut birthday jauh dari family. Padahal family dia duk kat Seberang Takir tu je. Gimik betullah si An Nur ni. Huu. ;) Jadi, kami saja nak menggembirakan hatinya yang tengah berduka lara tu. ;)

Maka, sebelum malam menginjak pukul 12 nak ke tarikh 13 Mei, kami memulakan rancangan jahat itu. Heh. ;) Pukul 11.30 malam CikNin kononnya mesej dekat Shee suruh alert dan mesej An Nur kononnya tengah ada masalah. Padahal masa tu tengah buat preparation dengan Erpow apa semua tu. Last-last called Sheeda, Shee kononnya cakap dekat An Nur yang CikNin tengah menangis dan ada dekat bawah blok. CikNin memang kena berlakon sehabis baiklah nak prank budak tu. Bayangkan, nak menangis betul-betul, tapi 'ayaq' mata ni tak nak keluaq la pulak tengah-tengah saat genting tu! Hah. Nasib baiklah CikNin bawa air masak, memang tulah jadi mangsa CikNin.

Dua beradik tu turun bawah blok. Nak tenangkan CikNin yang tengah sedihlah kononnya kan? Kuikui. Memang terbaik punya drama bawah blok! Shee pulak tukang pujuk + tolong tenangkan. Lepas tu dia ajak CikNin pergi ambil angin untuk tenangkan fikiran. Lepas tu, kami mulakan operasi! Cepat-cepat Shee pergi tutup mata Anne tuh. Terkejutlah dia tu! Tengah-tengah sedih tiba-tiba tutup mata dia pulak kan? Cepat-cepat bawa dia pergi ke lokasi kejadian, tempat orang dah tunggu tu.

:DD Macam biasa, makan kek. Buat main pulak dengan aising kek tu. Lepak-lepak pulak dekat situ. Nampaklah kegembiraan budak itu... Terharu habislah kononnya kan. Heh. Tak habis-habis menyebutnya. Huhu.

Petang esoknya, kami bertiga + Alya, balik rumah Anne di Seberang Takir. Ada kerja nak kena selesaikan. Maka, malam tu family Anne bawa kami makan malam di luar. Sempena sambut birthday Anne. :) Makan di NR Cafe. Gempak gilaa, dengan pelayan di situ yang baik + sporting. :D

Anne memang tersangatlah gembira dalam seminggu dua tu. Tersengih je kerja. Huhu. ;)

Birthday cake :)




Gambo gelap =,=