Sunday 30 December 2012

Perkara yang Anda Tidak/Jarang Tahu Tentang CikNin ;D

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh! Jadi, hari ni CikNin nak kongsikan sedikit sebanyak tentang perkara-perkara yang anda semua tidak tahu, atau jarang tahu tentang diri CikNin. Hee. *peace!* Takde sebab apa-apa pun nak buat entri ni. Hanya rasa terpanggil nak berkongsi dengan anda semua, sebab tadi tengah cari idea nak buat entri apa hari ni. :)

So, enjoy this ! :)

1. CikNin alergi dengan minyak wangi yang baunya kuat dan 'keras'. Apa jadi kalau CikNin terhidu minyak wangi yang macam tu? Secara automatik, CikNin akan bersin tak berhenti-henti! Hee, jadi minta maaf dan faham-fahamlah ye, kalau CikNin bersin tak berhenti-henti sebelah korang. ;)

2. CikNin juga seorang yang alergi dengan asap rokok! Juga akan bersin. :) So, don't smoke right in front of me kay?

3. Masa kecil dulu, CikNin sangat memilih makanan. Dulu, CikNin kurang sangat makan kek, coklat atau gula-gula, jajan dan semua benda yang CikNin anggap pelik. Untuk pengetahuan semua, dulu, CikNin hanya suka makan nasi. Sekarang?? CikNin hantu KEK dan sangat suka makan!!! ;D

4. Dari dulu sampai sekarang, CikNin tak suka makan COKLAT... Tak tahu kenapa, memang tak suka. Bukan tak makan langsung, makan sikit je. Gula-gula, CikNin makan. Jadi, tak payah beli atau hadiahkan coklat untuk CikNin ye. Kalau bagi jugak, alamatnya berkulatlah coklat tu dalam peti ais, tak pun adik-adik CikNin yang rembat. Heh. :)

5. CikNin pernah ada parut besar dekat bawah mata (tak ingat kiri atau kanan), akibat jatuh basikal dengan sepupu waktu umur 7 tahun. Alhamdulillah, parut itu hilang sebab Umi CikNin pakaikan ubat parut. :)

6. Saiz kasut/selipar CikNin hanya saiz 4.

7. CikNin masuk tadika umur 5 tahun, umur 6 tahun CikNin menumpang di kelas darjah 1 bersama abang terchenta, Abang Muzakkir. ;)

8. Pernah buli brother yang umur 7 tahun kelas CikNin, sewaktu CikNin umur 6 tahun. Hehe. Gangster kan CikNin?? Budak kecik buli orang besar! Nakal dengan jahat CikNin dulu. Selalu buli dengan kacau budak lelaki yang duduk sebelah CikNin dulu tu. Entah dekat mana lah brother tu sekarang. :P

9. Masa menumpang kelas darjah 1 dulu, semua budak kelas tu panggil CikNin 'Adik'... Gara-gara Abang yang panggil CikNin 'Adik' dekat kelas dulu. Panggilan 'Adik' tu ada yang melekat sampai sekarang. :)

10. Sedang memakai Upper Removable Appliance (URA) .aka. braces.

11. Hantu ais tapi kurang makan aiskrim. ;)

12. Menjadi pendiam kalau tak suka sesuatu atau tak kenal orang dengan rapat.

13. Bukan kaki bergambar. Tak suka bergambar bagai nak rak. Cukup sekadar buat kenangan je. Heh.

14. Tak suka pakai kasut tumit tinggi kecuali wedges.

15. Tak suka guna handbag, tetapi lebih suka pakai beg galas atau beg sandang.

16. Suka kumpul barang-barang lama walaupun barang tu dah rosak ataupun barang yang tidak dipakai.

17. Ada tahi lalat di telapak kaki.

18. Pernah makan bedak masa kecil sebab nak tahu macam mana sendawa rasa bedak. Yes, memang kerja gila. :P

19. Tempat yang CikNin geli adalah di paha. Janganlah sentuh atau pegang kawasan tersebut. Kawan perempuan CikNin pernah pegang paha CikNin dan akibatnya handphone di tangannya melayang kerana kaki CikNin terangkat sebab terkejut! Haha. Nasib baik handphone selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan. ;)

20. Suka pegang pemadam kalau sedang menulis. :)

Hmm, CikNin rasa itu ajelah kot untuk masa sekarang. Kalau ada yang CikNin ingat lagi, nanti CikNin tambah ye... :D Assalamualaikum !

Saturday 29 December 2012

Cuti Pertengahan Semester.

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Heyyy guys! Hmm, CikNin dah selamat sampai ke Kota Bharu petang semalam. Yeah, cuti midsem untuk pelajar diploma UniSZA telah bermula..

Walaupun begitu, cuti seminggu kami ini dipenuhi dengan assignmentssssssss dari para pensyarah tercinta.. Huhu. Tak mengapa, akanku laksanakan segala tugas yang diberikan dengan sebaiknya. Hee. *suci je bunyi kan?* Pasrah namanya ni. Hehe.

Hmm, sekarang dah masuk musim tengkujuh kan? Meh CikNin nak cerita kejadian yang berlaku di UniSZA sebelum CikNin balik ke rumah untuk bercuti.
Well, dekat Terengganu memang dah banyak hari hujan. Tapi, berhenti jugak kadang-kadang tu. Minggu lepas, hujan turun mencurah-curah tak berhenti langsung... And guess what??? Our UniSZA banjir!!! Haha.
Here's the story ...

Hari Ahad, jadual kelas CikNin memang padat. Sampai pukul 6 petang. Hari tu hujan memang langsung tak berhenti. Lepas habis kelas tajwid pukul 4 petang tu, CikNin dengan budak-budak kelas yang lain dah tengok padang sebelah blok tu dah dipenuhi air. Air pun dah membanjiri laluan pejalan kaki dekat bawah. Waktu memang tak fikir apa. Terus menuju ke kelas seterusnya dalam keadaan hujan yang tengah lebat tu.

Semasa dalam kelas, CikNin terima mesej dari Sheeda yang balik dulu, mengatakan bahawa air banjir dah memenuhi laluan jalan kaki blok Anas sehingga paras peha! CikNin terkedu dan terkejut, terus mengkhabarkan berita itu kepada classmates CikNin yang lain. Oke, semuanya dah gelisah. Memikirkan jalan untuk yang patut dilalui untuk balik ke asrama nanti. *dalam hati CikNin runsing sebab takut air makin tinggi*

Dalam tengah kerisauan itu, pensyarah CikNin menerima panggilan telefon dari rakannya mengatakan air makin naik, dan dia dikehendaki untuk keluar dari UniSZA segera. Pensyarah CikNin akhirnya melepaskan kami semua...

Okeyy, keluar je kelas tu CikNin dah kelam kabut gilaa!! Mana taknya, jalan semua dipenuhi air! Nervous mak kau... CikNin dengan kawan CikNin tu, nak tak nak kena redah jugak air banjir tu. Sejuk gila airnya. Dahlah air tu kaler coklat! Bayangkan weh... MasyaAllah, Tuhan jelah tahu perasaan kami ni. Haishh.. =,=' Basahlah kain serta kasutku. Huu. Takpe-takpe dugaan semuanya itu...

Dan.... kelas-kelas untuk hari esoknya dibatalkan kerana air banjir yang meninggi. Heh. ;D Yelah, takkan nak meredah air banjir yang deras semacam tu. Dah macam air sungai je gayanya. Lepas tu, dengar pulak kata ada budak-budak yang tengah bersuka ria main air tu dipatuk ULAR.. Dua orang pulak tu. Mana tak risau dikk oii... Tak dapat dikenalpasti lah pulak, apa jenis ular yang mematuk mereka tu. Cerita mengenai budak-budak yang jatuh tergelincir tu, tak payah cakaplah, memang ada. Maklumlah, dah air meninggi. Longkang, parit tak nampak. Hisyy, bahaya betul kan?

Lepas dua hari banjir, keesokannya banjir dah surut dan hujan yang semakin berkurang. Alhamdulillah. :) Dapatlah kami mencuci baju yang semakin menimbun tu. Heh. Hmm, memandangkan CikNin berada di rumah sekarang, maka tidak diketahuilah macam mana keadaan di sana. Harapnya semakin membaik. InsyaAllah. :) Yelah, pelajar-pelajar ijazah sekarang tengah cuti belajar ni. Minggu depan dah mula peperiksaan akhir. Semoga mereka dapat menjalani peperiksaan akhir dengan sebaiknya. Ameen. :)

Here are some photos during the flood. Enjoy it! :)

Pegawai keselamatan yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan kami semua.

Kawasan parking UniSZA.

Pulau UniSZA (boleh?)

Dah macam kat laut je kan?

Laluan pejalan kaki dijadikan tempat letak meletak motor. 

Yeah, this is the true island of UniSZA ! ;)
p/s : CikNin dan Sheeda jadi exco pengumpul dana untuk Majlis Makan Malam Teslian. Will tell you more later kay? ;)

Saturday 15 December 2012

Pack Schedule .

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum guys , pembaca setia blog CikNin yang tak seberapa ni . Thanks a lot yaa ! So , I think it almost 3 weeks that I haven't update my blog . What a long time huh ? Pardon me cause I have no much time to update . Hee . This semester is really challenging , full of new things that I need to explore and face them ! Well , just wish and pray for my best here , kay ? The schedule of mine , quite pack than last semester . Got many things to do and need to be settle . . Huu . .

Minggu kedua semester bermula , CikNin dan kawan-kawan terlibat untuk Majlis Penutup Pesta Konvokesyen UniSZA . Alhamdulillah , semua berjalan dengan lancar dan baik-baik saja . Walaupun masa tu , CikNin tengah demam + selsema . Kena pulak berjemur tengah panas . Hee , dugaan . Kelas pun tak berapa nak berjalan sangat masa tu , sebab semua pensyarah terlibat dengan konvokesyen tu . Stres dibuatnya , maklumlah kelas-kelas yang ditunda tu pasti akan diganti pada masa yang akan datang . Tak suka ! *mengada*





Semester ni pun , dah ada kelas malam . . . Untuk subjek Educational Psychology . Hmm , pensyarah luar , so , masa free yang ada malam jelah . Reda-reda ! Program untuk Teslian yang dianjurkan oleh senior-senior kami pun banyak jugak sem ni . Takpe-takpe , semoga seronok serta bermanfaatlah segala program yang dirancang itu . Insya-Allah . :D Dalam masa yang terdekat ni , Teslian akan ada Family Day yang akan diadakan pada 25 Disember ni . Time Krimas tuh . Beberapa hari lepas tu , cuti pertengahan semester !! Hooyeh !! I really can't wait for that , seriously ! I need my time to rest just for a little while . Otak boleh dikatakan agak tepu dah ni . Hee .

Cousin CikNin yang kat Perlis dan baru habis SPM tu , sekarang ada kat KB . 'Azmina and her just arrived at KB yesterday . Sedih , dapat jumpa sekejap je . Hmm . Eh , lupa nak cakap . Rezeki CikNin , I got scholarship from JPA . Alhamdulillah . Tu pun banyak jugak dugaannya . ^^

Okay guys , see ya next time ! :)
Assalamualaikum . . .

Tuesday 27 November 2012

Semester 2 !

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Assalamualaikum ! Whoa , its been a long time that I haven't update my beloved blog , huh ? Okey , tak sempat nak update kebelakangan ni . Masa ciput-ciput je . Semput jugak kadang-kadang tu . So , seperti yang anda dapat lihat tajuk entri CikNin ni , maka sekarang CikNin sudah berada di bumi UniSZA , bagi menjalankan semester kedua . Huhu . Times flew so fast , right ? Orang-orang di sekeliling CikNin pun sibuk-sibuk duk bertanya macam mana keputusan peperiksaan akhir CikNin baru-baru ni . Alhamdulillah , syukur ke hadrat-Nya kerana keputusan peperiksaan CikNin mencapai target yang CikNin inginkan . Subhanallah , Alhamdulillah . :D Oh ya , terima kasih yee buat sahabat yang sudi belanja CikNin makan sebelum CikNin balik ke UniSZA hari tu . Hadiah boleh keputusan yang baik katanya . Thanks a lot ! :D

CikNin dah masuk minggu kedua semester kedua dekat sini . Alhamdulillah , semuanya okey dan terkawal , walaupun banyak jugak kejutan yang kami terima di awal minggu hari tu . Kelas dirombak , so sekarang CikNin dah tak sekelas dengan Sheeda . Kami terpisah . ='( Hmm , walau apa pun pun , perjalanan masih perlu diteruskan . I need to study smart and steady ! Aja , fighting ! Heh . ;)

Overall , all the lecturers are super duper great !!!! CikNin enjoy dan happy bila masuk kelas . Semester ni , kami akan ada banyak micro-teaching . Micro-teaching ni , mengajar budak-budak . I'll be a teacher ! Terbaik wokk ! Hehe . =) Untuk kokurikulum semester dua ni pulak , TESLIANs telah ditetapkan mengambil sukan futsal . Huuu . Futsal tu ... CikNin ni dah lah kaki bangku , buat haru je nanti . Hehe . Takpe-takpe , kita tengoklah macam mana nanti .

Well , I think that's all for now . Nanti CikNin update lagi ye , itupun kalau CikNin ada masa free , okay ?

p/s : I'm going home this weekend ! Hee . ;)

Wednesday 7 November 2012

Adik-adikku SPM, Rakan-rakanku Periksa Akhir .

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Assalamualaikum semua ! Heyy , semalam SPM dah mula kan ? Peperiksaan bagi pelajar yang berada di tingkatan enam juga bermula semalam . Huh , teringat time CikNin SPM dulu . Mesti senyum sorang-sorang . Haish , times flew so fast ! Sekarang ni , adik-adik CikNin pulak yang menduduki SPM . :) So , adik-adikku , buat yang terbaik oke ? Akak tau , korang semua boleh buat ! Yakin dengan diri sendiri kay ? Lagi satu , jangan lupa solat dan doa kay ? Of course , solat hajat tu ! Buat tiap - tiap malam tau . Tapi , jangan buat masa exam ni je tau . Buat selalu , walaupun dah habis exam . Right , my dear ? :D Jaga kesihatan , jaga diri semua tu . Jaga diri dengan semua orang . :D Doa akak sentiasa mengiringi kamu semua . ;)


Dear my friends yang juga sedang menghadapi peperiksaan di tingkatan enam , just do your best kay ! Kita sedang sama - sama berjuang . Sama - sama nak banggakan ibu bapa kita kan ? So , Nin harap korang dapat buat yang terbaik ! Chaiyokk guys ! Nin sentiasa berada di belakang kamu semua . :) Seriously , walaupun kita baru jumpa hari tu , Nin dah rindu sangat nak jumpa dengan korang lagi ! Maaf sangat sebab ganggu masa belajar korang . Ganggu masa korang belajar semata - mata sebab reunion . Heh . Thanks a lot for your commitment ! Sayang korang sangat - sangat ! <3


Korang , apa - apa pun buat yang terbaik ye ? Insya - Allah , CikNin akan doakan untuk korang semua . Juga , buat semua kawan - kawan CikNin yang lain . :) CikNin doakan semua . Aja - aja fighting ! Heh .

Salam sayang , CikNin . :D


Monday 29 October 2012

Senyuman di Sana Part 2 . :D

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Hari ini , saat ini dan tika ini , *banyak benor 'ini' nya tuh* CikNin nak sambung balik slot Samarinda yang dah berbulan CikNin tak sambung sejak sambung belajar . Heh . Itupun kalau ada yang ingat lagi lah pasal slot Samarinda CikNin nuh . Hoho . Alaa , kisah CikNin pergi Pangkor , ikut rombongan sekolah Abah . Lepas tu , buat kerja gila , redah KL naik bas semata - mata nak tengok bola tuu . Ada ingat kaa ? Heh .

Keesokan harinya selepas tengok bola tu , kami ke rumah Amin . Amin ada buat makan tengah hari di rumahnya . Makan Nasi Arab derrr ! Heh . Terbaik betullah Amin ni , belanja makan Nasi Arab untuk anak - anak saudaranya ini . :) Makan hingga kenyang tak ingatlah CikNin , Abang , Che Sue dan Uncle Dee .

Abang menggila bersama Wafiq !

Selepas Asar , Amin dan Aunty Zahirah ajak kitorang pergi kondo diorang . Sekali nak bawak Alyaa , Wafiq , Syahmi dan Sharmila mandi kolam dekat kondo diorang . Heh . CikNin pun join sekali . Dah siap baju awal - awal sebab Che Sue dah pesan . ;) Akhirnya , dapat jugak CikNin berenang setelah sekian lama . Heh . Berenang dengan budak - budak . Haha . Abang , Che Sue dan Uncle Dee pulak pergi mempamerkan aksi dan kehebatan masing - masing dengan bermain badminton di gelanggang . Lepas penat dan puas , balik kondo . Bersihkan diri + solat . Makan ringan pulak malam tu . Memang kenyang CikNin dengan Abang hari tu . Apa taknya , asyik makan je . Dahlah makanan pun banyak . Rezeki . Hehe .

Amin pulak ajak kitorang tinggal dekat rumah dia 2 - 3 hari ni . Katanya , Che Sue dengan Uncle Dee kerja , jadi tak ada orang nak uruskan makan kitorang . Kalau tinggal dekat rumah dia , bibik pun ada . Lagi satu , Amin bukan masuk pejabat hari - hari . Maklumlah , Amin tengah sambung PhD . :) Balik dari kondo Amin , asing - asing . Che Sue terus balik ke rumahnya di Bangi sebab dua hero tu dah tidur . :)

Maka , menginaplah dua beradik ini di rumah Amin . Apa yang best dan heaven tinggal dekat Amin ini ialah makanan dekat rumah dia memang banyak ! Memang tak sempat lapar . Heh . Sepanjang dekat sana , main dengan budak comel , Sharmila , si budak tembam yang suka sangat makan dan kakaknya Alyaa .

Cute kan Sharmila ni ? :)

Kakak , Alyaa :)


Satu malam tu Amin bawak kitorang makan malam dekat KLCC . Jalan - jalan , window shopping dekat sana sekejap .




Gambar dia je yang banyak . Heh . :P

Lepas tu lepak dekat waterfront depan KLCC tu . Rezeki kami dapat tengok air pancut yang berwarna - warni . Air pancut tu berubah dari satu bentuk , ke bentuk yang lain . Memang cantik . Aunty Zahirah cakap baru siap je tu , sebelum ni takde lagi . Rezeki - rezeki . ;)

Cantik sangat . 


Macam - macam bentuknya .


CikNin memang terpegun dan suka betul tengok air pancut yang berwarna - warni dan bermacam - macam bentuk tu . Mulalah CikNin berangan ! Haha . Memang tak boleh BLAH ! Hehe . CikNin bagitau Abang ,
" Mesti sweet sangat kan kalau ada orang melamar perempuan dekat sini , lepas tu dekat air pancut tu keluar perkataan keramat , " WILL YOU MARRY ME ? " "
Haha . Abang CikNin tu senyum je dengar adik dia berangan . Heh . Alaa , manalah tau kan dalam diam tak diam adiknya ini bagi idea dekat abang kesayangan untuk melamar bakal pemilik tulang rusuknya nanti ke apa kan ? Walaupun ideanya itu kadang - kadang luar alam sikit . Heh .







Lagipun , Abang kesayangan CikNin yang merangkap hulubalang tu dah kenal sangat adiknya ini yang banyak sangat idea - idea luar alam . Contoh macam waktu Datuk Sheikh Muszaphar Shukor kahwin dengan Dr. Harlina pada 10 . 10 . 10 dulu tu . Kan diorang punya majlis resepsi tu bertemakan Persandingan Kayangan . Acara pemotongan kek pun potong kek berbentuk kapal angkasa seberat 30 kg . CikNin dengan satu keluarga memang tengok majlis diorang dekat TV tu . Selamba CikNin cakap dekat Abang ,
" Alaa Abang , nanti Abang atau Eah kahwin nanti kita buat akad nikah dekat ISS sana nun . Lagi gempak . "
Hehe . CikNin memang tak boleh blah kan ? Abang sengih + ketawa je masa CikNin keluarkan idea luar alam tahap petala kelapan tu . Heh . ;)



Gambar pra perkahwinan mereka . credit to Little Mama's Diary . :)

Gambar persandingan ;)



Kek sebesar alam . credit to gua. com . my
Haha . Kepala otak CikNin agak luar alam sikit . Heh . Menggila kadang - kadang . Aik ? Macam mana boleh masuk kisah Datuk Sheikh Muszaphar Shukor dalam slot Samarinda CikNin ni ? Haish , memang betul luar alam . =,='

Terbaik , esoknya CikNin demam . MasyaAllah , Allah jelah tau CikNin punya suhu badan pagi tu . Sampai terasa nak tidur je sepanjang hari tu . Tapi , tak manislah pulak . Kita kan tetamu . Nasib baik Abang ada , kejut si adiknya ini , lepas tu bagitau Aunty Zahirah bahawa adiknya ini demam . CikNin turun makan , then makan ubat . Banyak kot ubat Aunty Zahirah bagi , maklumlah dia kan Puan Doktor . :) Terbaiklah Aunty Zahirah . :)

Amin tanya kitorang nak pergi jalan - jalan dekat mana pulak malam tu . Dalam hati CikNin berhajat nak pergi dekat ICT Shah Alam tu . Nak tengok apa yang ada dekat sana . Dengar kata macam best je . Tercapai jugaklah hasrat CikNin tu , sebab kami ke sana malam itu . Hehe . Alhamdulillah . Amin ni macam boleh baca hati dan fikiran orang je gayanya . Heh . ;) Seronok tengok Sharmila yang bersemangat sebab dikelilingi oleh lampu - lampu yang berwarna - warni . :)





Kitorang tak masuk yang rumah salji tu sebab dah lewat . Amin kena hantar dua beradik ni ke rumah Che Sue pulak .

Di rumah Che Sue pulak , melayan si Wafiq dan Syahmi yang buas tu . Hehe . Che Sue dan Uncle Dee ada bawak kami adik beradik pergi Putrajaya . Masa tu ada ada Karnival Belia . Macam - macam aktiviti dan gerai yang ada . :)

Sepanjang minggu dekat KL tu memang terbaiklah ! Gempak habis . Memang tak boleh nak lupa segala benda yang jadi . Dari pergi tengok bola , sampailah siap boleh pergi jalan - jalan ambil angin pulak dekat KL tu . Hehe . Memang rezeki kami . Alhamdulillah . :D Thanks semua ! 

Sunday 28 October 2012

Salam Eidul Adha ;)

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Salam Eidul Adha semua ! Especially buat seluruh umat Islam di dunia . Semoga kita semua dapat mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT . So , how's your Eidul Adha ? :)

Alhamdulillah , CikNin punya Eidul Adha tahun ni okey . Tahun ni keluarga CikNin tak buat korban . Ada miscommunication macam mana entah . Takde rezeki lah tu tahun ni . Hee . Hmm , CikNin raya tahun ni dalam keadaan yang kurang bersemangat . .  :( Semalam , satu hari CikNin sakit perut . Tak tahu apa masalahnya . Pergi rumah Mamatok dengan Siti , CikNin langsung tak jamah makanan . Makan dekat rumah je pagi tu . Takde selera . Semalam tak pergi mana pun , lepas pergi rumah Siti , terus balik rumah . Tidur ! Lepas makan malam , sakit perut CikNin makin menggila . . . Sakit betul . =,=' Tidur pun tak berapa nak lena . Dugaan - dugaan .

Hari ni banyak rumah terbuka . Tapi CikNin tak ikut . Badan masih rasa lemah dan perut masih tidak berada dalam keadaan baik . Macam Chipsmore pun ada , kejap ada rasa sakit tu , kejap hilang . Hayyoo . Sabar jelah . Petang tadi , CikNin dan geng 5 Cekal '11 buat reunion kecil - kecilan di McDonald's Taman Bendahara , Pengkalan Chepa yang baru sahaja dibuka . Last minute plan , bincang semalam nak buat dekat situ . So , berjumpalah kami di sana hari ini . :)

Rindu sama mereka ! Dapat jugak jumpa walaupun tak semua yang ada tadi . Tapi , yang mana ada tadi pun dah cukup . McDonald's tu tersangat penuh dengan manusia . . . Nasib baik ada tempat duduk untuk kami yang ramai ini . Heh . ;)

Dalam tengah syok kami berbual dan menjamu selera tuh , terserempak pula dengan Mama Haslina bersama suaminya , mantan guru kelas kami selama dua tahun . Memang ada jodoh betullah dengan Mama Haslina ni . Huu . :D Mama pun terkejut terserempak dengan kitorang , tak sangka kott . Heh . Memang panjanglah tu chemistery dan jodoh kitorang dengan Mama Haslina . Walaupun dah meninggalkan sekolah , hubungan dan pertalian tu tetap utuh dan bertahan . Alhamdulillah , semoga ia tetap kekal sampai bila - bila . InsyaAllah , Ameen . :D

Reunion tadi best dan InsyaAllah akan ada satu lagi reunion bila Zuraida balik Kota Bharu nanti . Heh . ;) Semoga semua dapat datang nanti . =)

Wednesday 24 October 2012

Hari Arafah .

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Assalamualaikum ! Hmm , sedar tak sedar kita sudah hampir untuk menyambut Hari Raya Aidiladha + ibadah korban bagi tahun ni . Kejap je masa berlalu kan ? Kemungkinan besar , sepupu CikNin , 'Azmina yang tinggal dekat Perlis tak balik raya ni . Huu . Al - maklum sajalah , nak SPM katakan . Tinggal berapa belas hari je lagi ni . CikNin pun tumpang berdebar dengan risau dengan dia . Heh . Lagipun cuti raya Haji ni bukan lama sangat pun . My encik hulubalang , Abang Muzakkir pun baru je bertolak lepas Maghrib tadi . Tak sabo jumpanya nanti . Heh . Lama kot tak bertentang mata . Hehe . ;) Haa , dengar kata pulak kawan dia nak tumpang bermalam kat rumah malam ni sementara tunggu esok . Kenapa entah , tak tahu . Tak faham jalan cerita yang telah diceritakan Umi pasal kawan Abang petang tadi , akibat kepala tengah NANO  - NANO *bukan awan nano* (mamai la tu) baru bangun tidur. Haish , tak taulah macam mana . Ni pun dah kena kemas bilik Abang dan bilik air . =,='

Hari ni , CikNin agak penat sedikit . . . Pagi tadi CikNin pergi menyambung latihan memandu yang terbengkalai dan lesen memandu yang masih tak siap itu . Hee . Lembab betullah mak cik ni sorang kan ? Alhamdulillah , latihan hari tersangat okey ! Best kot bawak kereta ! Rasa macam nak cepat - cepat dapat lesen je . Muahaha . Berangan je lebih . :P

Petang tadi pulak , pergi jumpa doktor gigi , ada temujanji berkenaan Upper Removable Appliance (URA) *benda ni macam braces , nanti CikNin cerita lain kali .* Dr . Nadiah buat pemeriksaan , tengok keadaan gigi serta URA CikNin ni , dah lama tak periksa sejak CikNin sambung belajar . Tak lama mana pun temujanji tadi , sebab semuanya dalam keadaan baik . Alhamdulillah . :D

Lepas itu , CikNin pergi melepak kejap dekat KK Square depan Hospital Kubang Kerian itu , pergi Secret Recipe , beli kek Creme Brule sementara tunggu Abah pergi bank . Hehe . Balik - balik tidur ! Penat !

Oh ye , kelmarin CikNin pergi melawat sekolah Puteri tercinta . Alang - alang kelmarin tak hujan . Faisal dan Amin menjadi bodyguards . Heh . Maksud bodyguards tu teman lah tu . Hehe . Sebelum pergi sekolah tu , CikNin singgah sekejap dekat pejabat pos dekat Kompleks Sekolah tu . Yelah , nak memperbaharui lesen L CikNin yang dah tamat tempoh tu . Huu . Ramai jugak pagi - pagi pun . Ingatkan tak ramai orang sangat .

Bodyguards yang tak bergaji . . . Heh .

Melepak dekat sekolah , macam biasa jumpa cikgu - cikgi , geng 5 Cekal dulu serta adik - adikku sekalian . Diorang dah nak exam , SPM dengan STPM . Tarikh keramat 5 November ini permulaannya . Chaiyokk guys ! Memang tak boleh blah lah kalau jumpa geng 5 Cekal , ada je benda yang nak dibualkan serta yang dirancang . Jumpa Amer , Adha , Alham , Amir Asyraf , Illyana dan Istiqamah . Superb ! ;D Paling best , jumpa dan lepak dengan cikgu Perdagangan CikNin dulu , Cikgu Faizal . Sakan berbual dengan dia . Kebetulan pulak dia tengah bagi tazkirah + ceramah buat adik - adikku yang lemah dalam subjek dia tu . Tak pasal - pasal CikNin , Faisal dengan Amer terlibat sama . Heh . Cikgu - cikgu . CikNin dulu pun markah untuk subjek Perdagangan cukup - cukup melepasi tahap stabil . Dahlah stabil , statik je markah tu selama dua tahun . Heh . Tapi , SPM dapat keputusan yang cukup menggembirakan hati cikgu , dan of course lah CikNin sendiri . Heee .

Hati CikNin kembang kuncup je semalam sebab dapat jumpa dengan my cute little sister ! Hehe . Haira Yaya . Adik angkatlah kiranya . Heh . Cute Yaya ni , baik , dan manis orangnya ! Dia nampak je CikNin semalam , terus senyum dari jauh . Jumpa depan mata , terus salam . Wahh , sweet sangat Yaya yang cute nih ! CikNin sempat berbual dengan Yaya sebelum balik . Memang comel dan manislah adik CikNin ni . Hehe . To Amer , take a good care of my little sister ni ye . . .  I trust you . Heh . Apa - apa nanti CikNin cari Amer ! Heh . *ugut*

Esok , dah hari Arafah . Jumaat ni dah Hari Raya Haji . Hari Arafah disunatkan untuk berpuasa . Puasa jomm ? Alaa , Maghrib kan awal sekarang . Takde masalahnya kan . ;)

“Puasa itu (puasa hari Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”

(HR Muslim)


Bila agaknya kita boleh pergi Makkah eh ? Insya - Allah , ada rezeki nanti kan ? Impian CikNin , memang nak bawak Abah dan Umi pergi menunaikan haji dan umrah . Kalau boleh nak pergi satu keluarga . Mesti seronok kan ? Insya - Allah . Ameen . :) Doakan buat umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah haji ye . Semoga mendapat Haji yang Mabrur . :D



Monday 22 October 2012

Piala Malaysia di Bumi Kelantan ! :D

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Subhanallah ! Alhamdulillah ! Allahuakhbar ! Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya pasukan bola sepak Kelantan , The Red Warriors telah berjaya merangkul serta menjulang Piala Malaysia , semasa menentang pasukan ATM . Kejayaan ini merupakan kejayaan ketiga terbesar bagi The Red Warriors , sekaligus telah mengangkat mereka sebagai juara Treble ! Mantap habis ! Hee .

Perlawanan semalam memang SENGIT gila ! CikNin kat rumah pun dah menjerit macam apa je setiap kali Kelantan menjaringkan gol . Heh . Kalau dekat stadium , rasanya memang boleh habis suara CikNin . Silap - silap boleh terkeluar anak tekak . Heh . Tapi , memang berdebar , sebak , terkejut yang sampai nak gugur jantung . Semua perasaan bercampur baur ! Huu . Banyak serangan awal yang Red Warriors buat , tapi tak menjadi . Suka tengok Afiq Azmi buat serangan . Hampir berjaya menjaringkan gol . Usaha yang mantap dude ! Jaringan pertama Kelantan , cantik dijaringkan Mat Yo ; NorShahrul Idlan Talaha . Mat Yo memang gempak ! Waktu tu CikNin , Amir , Umi dengan Abah menjerit bagai nak rak ! Hehe . :)

Jaringan pertama ATM pulak dijaringkan oleh Rizal Zambri . Ditangkis dan dibalas pulak oleh Mat Yo ! Dramatik habis lah . . . Huhu . Lepas tu , The Red Warriors terus bertahan . Sampailah si pemain import ATM tu , Marlon Alex James , menjaringkan gol pulak . . . Senyap CikNin masa tuh . Gila kau , dah nak menang kot , tiba - tiba masuk gol la pulak pihak lawan .

Perlawanan berlanjutan pulak ke masa tambahan . Tendangan dan jaringan pemain bola sepak senior , Indraputra , memang terbaik dan sangat cantik !!! Huh . CikNin terus sujud syukur masa tu . Mengharapkan Kelantan bertahan sampai ke penghujung perlawanan . Khairul Fahmi Che Mat ; Apek memang buat tugas yang terbaik ! Menepis dan menghalang serangan daripada pihak lawan . :DAlhamdulillah , Kelantan , The Red Warriors menang dan menjulang Piala Malaysia ! CikNin memang bangga dengan skuad itu . CikNin sayangggggggggggggggggggggggggggggggggggg The Red Warriors sangat sangat sangat ! Heh . :P ;)

Berbaloi cuti hari ni . Semalam pun tidur lena je . Hehe . Berbaloi jugak peminat serta penyokong The Red Warriors datang bertandang ke Stadium Shah Alam semalam . Bersesak , berpanas bagai kan ? Kawan CikNin tu siap berkonvoi bagai lagi dengan geng - geng penyokong yang lain . Hee . Best lah dia ! Berkonvoi sampai Subuh kot . Hehe . Uncle CikNin , Amin , dapat keluar dari Stadium Shah Alam pukul 1.30 pagi . Sampai rumah pukul 3.30 pagi . Haha . Jalan sesak kot ! Huhu . Petang tadi pun dah bersesak dekat airport Sultan Ismail dengan rakyat Kelantan yang menyambut kepulangan skuad The Red Warriors dan Piala Malaysia . :D

Apa - apa pun tahniah sekali kepada The Red Warriors ! I'm really proud of you guys . Bangga , TIGA kejuaraan yang dirangkul untuk tahun ini . Terbaik ! :D Sayang kamu , The Red Warriors ! <3 Congrats again ! :)



p/s :: pergi KB Mall petang semalam pun dapat tengok ramai rakyat Kelantan yang pakai T - shirt dan jersi The Red Warrior . Haha . Terbaik ! ;)

Saturday 20 October 2012

Bola Sepak Piala Malaysia 2012 .

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Oh yeah !!! Lagi 9 sembilan jam dari waktu sekarang bola sepak akhir Piala Malaysia 2012 antara pasukan Kelantan , The Red Warrior akan menentang pasukan ATM . Lokasi perlawanan , di Stadium Shah Alam . Ramai rakyat Kelantan dah berpusu - pusu bergerak ke Kuala Lumpur . CikNin jelah yang tak jadi pergi . Sedih kott . Kawan CikNin pergi sana , baru bertolak awal malam tadi . CikNin hanya mampu mengirimkan salam buat Stadium Shah Alam itu . Heh . Frust , frust jugak . Tapi , apa - apa hal pun semangat dengan sokongan CikNin , hanya untuk The Red Warrior . Yeah , The Red Warrior dihatiku selamanya . . . *Ceh , sempat lagi jiwang karat . Tak lupa juga doa dan harapan buat pasukan Kelantan dari jauh . Hehe .

Insya - Allah , kemenangan milik kita . Aminn . By the way , favourite player CikNin , Mohd NorFarhan , tak dapat bermain untuk malam ni . Agak kechiwa , tapi nak buat macam mana . Gara - gara dua kad kuning yang beliau peroleh dalam game yang lepas , memaksa dia ditahan daripada beraksi , termasuk pemain import , Mohd Ghaddar . Takpe - takpe , pemain - pemain lain pun dah cukup hebat dan berpengalaman untuk beraksi dengan baik malam ni , seterusnya menjulang Piala Malaysia . Insya - Allah , Amiin . :) I do believe in them ! :)

Jangan bersedih Farhan . :')
Sumber gambar : Facebook The Red Warriors Network

Haa , buat penyokong - penyokong Kelantan sekalian , jaga diri , jaga nama baik negeri serta jaga maruah ye . Jangan buat perangai macam budak tak cukup umur di Stadium Shah Alam nanti . CikNin pantau korang dekat TV nanti . Heh . *gaya dah macam orang bermandat besar je . CikNin nasihat . Hehe .

Best of luck team The Red Warriors ! Take care supporters ! Gomo Klate Gomo ! ;) <3

p/s : Siapa - siapa yang pergi stadium tu , boleh tolong belikan jersi bola The Red Warrior yang baru untuk CikNin ? Heh . Tak dapat pergi stadium pun , dapat jersi pun jadilah . Heh . *permintaan yang tak boleh 'BLAH' . :P ;)

I'll see you guys tonight ! Alright ? ;)
Sumber gambar : Facebook The Red Warriors Network


Friday 19 October 2012

Read Slowly .

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Read Slowly . . .

Have you ever wondered which hurts the most ?
Saying something and wishing you hadn't ?
Or saying nothing and wishing you had ?
I guess the most important things are the hardest things to say . Don't be afraid to TELL someone you love them . If you do , they might break your heart ... if you don't , YOU might break theirs .
Have you ever decided not to become a couple because you were so afraid of losing what you already had with that person ?
Your heart decides whom it likes and whom it doesn't .
You CAN'T tell your heart what to do . It does it on its own ... when you least suspect it , or even when you don't want it to .
Have you ever wanted to love someone with everything you had , but that other person was too afraid to let you ?
Too many of us stay walled up because we are too afraid to care too much ... for fear that the other person does not care as much , or even at all .
Have you ever denied your feelings for someone because your fear of rejection was too hard to handle ?
We tell lies when we are afraid ... afraid of what we don't know , afraid of what others will think , afraid of what will be found out about us .
But every time we tell a lie , the thing we fear GROWS stronger.
Life is all about risks and it REQUIRES you to jump .
Don't be a person who has to look back and wonder what they WOULD have done , COULD have had .
* What would you do if every time you fell in love you HAD to say good-bye ?
* What would you do if every time you wanted someone they would never be there ?
* What would you do if your best friend died tomorrow and you never got to tell them how you felt ? (even if YOU DON'T CARE ANYMORE ) 
* What would you do if you LOVED someone more than ever and you couldn't have them ?
* What would you do if you NEVER got the chance TO SAY I am friends with all my family and they know I love them ?
* People live , but people die . I want to tell you that you are a friend .
If you die tomorrow ( God Forbid ) YOU WOULD BE IN MY HEART . WOULD I BE IN YOURS ?
IF YOU care about me as much as I care about you , you will send this back .
We might be best friends one year , pretty good the next year , don't talk that often the next , and DON'T WANT TO TALK at all the year after that .
So , I just wanted to say , even if I never talk to you again in my life , YOU ARE SPECIAL TO ME and you have made a difference in my life .
I look up to you , respect you , truly cherish you , most of all I CARE about friends .
Send this to all your friends , no matter HOW OFTEN you talk , or HOW CLOSE you are , and send it to the person who sent it to you .
LET THE OLD FRIENDS know you haven't forgotton them , and tell new friends you never will .
Remember , everyone needs a friend someday . You might feel like you have NO FRIENDS at all , just remember this letter and take comfort in knowing somebody out there CARES ABOUT YOU AND ALWAYS WILL . . .
I care about YOU !!!

5T5B . <3

Wednesday 17 October 2012

Tangisan .

Bismillahirrahmanirrahim .

Pukul 3 pagi . CikNin still berjaga dan tak tidur . Huh . Memang sesuai sangat jadi burung hantu dengan kelawar . Tak boleh nak tidur . Mood tak berapa nak stabil sebenarnya ni . Hmmm .

Sepanjang dua hari , masuk hari ni dah hari ketiga , CikNin menghabiskan masa dengan menonton drama Korea yang memang CikNin dah rancang nak tengok dalam cuti semester ni . Huh . Cerita tu . . . . . . . .
Sangat menarik dan menyentuh perasaan . Maaf cakap , CikNin menangis ! Ada bahagian-bahagian dalam drama tu yang membuatkan air mata CikNin senang je mengalir . . . *Kau jiwang , CikNin . Emosi terlebih .
Yeah , mungkin . Tapi , hakikatnya , Allah sahajalah yang tahu . :)

Nothing much to say . Just wanna say that , I'm really enjoyed with that drama and I cried too much watching that drama . Hmm , it's good to cry .


Monday 15 October 2012

Perihal Kanta Sentuh .

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Assalamualaikum pembaca blogku sekalian . Heh . Hari ni CikNin rasa nak kongsikan cerita dan perihal pasal kanta sentuh atau 'contact lense' . CikNin , selaku manusia bermata empat , insan yang berkaca mata ini , kadang-kadang tu ada jugak terasa nak menggantikan cermin mata ni dengan kanta sentuh . Yeah , cermin mata ni kadang-kadang boleh jadi sesuatu halangan atau troublesome . Heh . Yelah , kalau nak berenang , mata tak nampak . Hehe . CikNin ni jenis yang tak boleh nak hidup kalau tak ada cermin mata . *tak boleh nak hidup , bukan bermakna tak ada cermin mata , CikNin mati . Heh . :P So , setiap masa cermin mata perlu ada dengan CikNin . Kalau tak , mesti akan rasa tak selesa . :)

Okey , mata sememangnya merupakan anggota penting kepada manusia . Bila kita bercakap , mata jugak memainkan peranan semasa kita bercakap . Kita perlu ada interaksi mata bila bercakap dengan orang kan ? Kalau tak , orang akan anggap kita tak hormat orang . Kanta sentuh sekarang , memang bermacam-macam jenis ada . Dari segi warna , harga dan kanta sentuh sekarang juga boleh didapati dengan mudah , dengan harga yang murah . Betul tak ?

kanta sentuh berwarna-warni .


Antara kita sedar dengan tidak , kanta sentuh ni boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada mata kita . Cantik memang cantik , tapi kalau sekali dah buta , cantik pun dah tak ada . Kanta sentuh perlu dijaga dengan rapi . Pengguna kanta sentuh perlu jaga kebersihan yang tersangat rapi , ada pantang larang bagai kan ?

Kalau dulu , orang pakai kanta sentuh sebab masalah kesihatan mata . Nak senang sebab dah tak payah pakai cermin mata . Abah CikNin dulu pun sempat pakai kanta sentuh , tapi tak lama . Abah CikNin pun pesan dekat CikNin supaya tak payahlah pakai kanta sentuh tu . Sekarang , orang semakin ghairah dan gila dengan kanta sentuh kerana semata-mata inginkan ekspresi mata yang cantik dan berbeza dari mata sebenar . Kegilaan ini membuatkan ada segelintir individu sanggup menggunakan kanta sentuh murah dan tidak diketahui kualitinya . Apa yang CikNin perhatikan sekarang , kanta sentuh banyak dijual di pasar-pasar malam dan di tempat-tempat lain , dengan harga yang murah !

Bukan nak kata , tapi , kanta sentuh yang dikeluarkan oleh pakar optomteris pun boleh mendatangkan bahaya kalau tiada penjagaan rapi , macam mana pula yang dengan kanta sentuh yang dijual di merata-rata tempat , tanpa pengiktirafan ?

kesan penggunaan kanta sentuh . *seram kan ?


Baru-baru ni , kawan sekelas CikNin , pengguna baru kanta sentuh , matanya tiba-tiba berdarah . Nasib baiklah kawan CikNin ni cepat ke klinik untuk dapatkan rawatan . Alhamdulillah , matanya dah baik sekarang . Nak tau apa sebabnya ? Kanta sentuh . Bahaya betul , nasib baik cepat jumpa doktor .

Tapi , nak pakai kanta sentuh , boleh . Tapi , penjagaan rapi itu tersangatlah perlu ye .


Hmm , ini CikNin petik dari Melayukini. net. :

Melayukini.net – Hukum Memakai Contact Lense | Pemakaian contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama digunapakai oleh sesetengah golongan. Namun yang membuatkan isu ini timbul apabila si pemakai terutamanya bagi kaum wanita adalah semata-mata untuk menarik perhatian orang lain.  Tidak jadi masalah untuk memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.

1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai    perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).
Melayukini.net - Jadi kembalilah kepada fitrah alam. Apabila seseorang itu cuba mengubah sesuatu ciptaan Allah SWT bermakna seolah-olah ia tidak redha dengan apa yang diterimanya. Bersyukurlah kepada Allah, kerana masih ramai insan yang kurang bernasib baik yang tidak dapat melihat ketika hayatnya.
Apa-apa pun , CikNin lebih suka pakai cermin mata . CikNin suka kumpul cermin mata . Kalau pakai kanta sentuh takkan nak kumpul kanta sentuh kan ? Hehe . ;) Hmm , mungkin kalau satu hari nanti CikNin dah tak nak pakai cermin mata , CikNin akan menjalani perkhidmatan laser mata kot . Heh . Itu pun kalau banyak duit . Heh . ;)
Wallahualam .