Saturday 21 January 2012

Contengan Hati :: 5 Cekal 2011 : The Legend ! :)

5 CEKAL 2O11 , SMK PUTERI ... :)

Benda paling best dan gempak yang pernah jadi dalam hidup CikNin . Kat sekolah Puteri nilah CikNin kenal macam macam orang dan ragam . Kat sekolah Puteri nilah CikNin telah ubah perspektif dan cara pemikiran CikNin . Kat sini jugaklah , CikNin belajar dan kenal bahawa bukan semua orang yang kita tengok jahat tu , jahat . Tapi sebenarnya , langsung tak jahat malah sangat baik , walaupun sekali pandang tu terasa ada aura macam Mafia Rusia . Hee ;p 


Tapi , bebudak 5 Cekal tu adalah orang yang tersangat baik dan cool gila , kalau kita kenal dan buat kawan betul betul dengan diorang tu semua . Kat sekolah tu jugaklah seorang Fatnin Fasihah ni kenal yang namanya 'Best Friend Forever and Ever' tuh ! Kawan kawan yang tak pernah kenal erti berkira langsung lansung hatta walau satu kuman pun dengan member member termasuk dengan CikNin ! 


Memang best gila gila berkawan dengan diorang tuh ! Sumpah ! Tak pernah ada langsung rasa menyesal ke apa ke kenal dengan diorang semua tu .. Diorang memang kawan kawan yang baik , baik sangat sangat sangat ! Langsung tak kisah kalau nak mintak tolong apa apa kat diorang . Seboleh bolehnya akan di'try' dan diusaha jugak nak tolong . Kawan kawan yang memang jenis satu kepala dan gila gila jugak ! Buatkan hari hari yang berlalu kat sekolah Puteri tu , langsung tak ada gaya nak bosan ke apa . Heh ! Nak bosan apakebendanya , pantang aje ada cikgu yang lambat masuk kelas atau yang memang tak masuk langsung tu , mulalah bebudak lelaki 5 Cekal dia ni akan bukak kelab karaoke , tak pun bukak kelab dikir barat , yang sememangnya tak ada langsung pun dalam senarai Kelab dan Persatuan bagi unit Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri dia tu . 


Entah entah bebudak lelaki kelas 5 Cekal CikNin tu dah memang ada gen dengan DNA suka menyanyi gamaknya kat dalam badan diorang tu . Hehe . Dan memang tak boleh dinafikan yang ada je bebudak kelas 5 Cekal dia tu merupakan penyanyi tersohor di SMK Puteri tuh ... Apa nak dihairankan kalau bab bab karaoke atau berdikir barat dalam kelas 5 Cekal tu . Walaupun kitorang sememangnya tahu ending 'acara' tu akan ada cikgu cikgi dari kelas sebelah datang dan kasi sound sama kitorang . Hee . Tu tak cerita lagi pasal kitorang buat jenayah yang lain selain kerja jenayah bukak port karaoke dan dikir barat kat sekolah Puteri terchenta tu . Haha . ;p Dahsyat gila kan budak budak 5 Cekal ni ? Dan disebabkan jenayah jenayah tulah 5 Cekal menjadi bualan dan buah mulut yang meniti di bibir bibir mungil cikgu cikgi mahupun students SMK Puteri yang lain . Haha . Memang betullah bebudak 5 Cekal 2011 budak jenayah . :D Biasalah , tu namanya nakal nakal budak remaja . Kalau nakal dengan buat jenayah tu kira normallah bagi remaja yang tengah belajar kat sekolah . Kalau tak banyak pun , sikit satu kuman tu mesti ada kan buat jenayah ? Kalau betul ada orang yang tak pernah buat jenayah langsung time zaman sekolah , tu dah kira skema lurus pembaris dah tu . Hehe . 



Tapi , apa yang membuatkan seorang Fatnin Fasihah ni bangga untuk menjadi salah seorang daripada bebudak 5 Cekal tu , adalah disebabkan kesungguhan dan kecekalan bebudak lelaki kelas tu bersemangat macam kena badi perajurit perajurit tanah air , pergi pujuk cikgu sebab nak buat persembahan dikir barat time hari jogathon peringkat daerah tahun lepas tu . Nak kata kena badi penyanyi penyanyi tersohor kat sekolah yang merangkap classmates sendiri pun iye jugak . Heh . Habis berjangkit satu kelas 5 Cekal tuh . Dan atas semangat usaha diorang yang boleh dikatakan 90 persen semua benda diorang buat sendiri . Dari nak pilih lagu , nak pilih tok juara dengan tukang karut , alat alat muzik dan segala macam benda tu , diorang urus sendiri . Kerana itu jugaklah , hajat mereka untuk buat persembahan dikir barat tu tercapai jugak . Alhamdulillah . :)



 Hah , sebab tulah kelas 5 Cekal tu dah jadi macam studio , tempat diorang berlatih dikir barat je gayanya . Dengan adanya tok juara beserta dengan tukang karutnya . Dicampur pulak dengan awak awak yang dah memang suka sangat bertepuk tangan . Dan juga kerusi meja dalam kelas tu dah jadi ala ala gendang , rebana , gong semua tu untuk dijadikan muzik dan irama dikir barat . Betul punya kreatif lah diorang ni . Hmm , geng dikir barat tu semedang je buat persembahan kalau ada apa apa acara atau majlis kat sekolah . Dah jadi salah satu persembahan yang patut ada dalam acara atau majlis sekolah pun betul jugak tu . Walawei , memang gempak dan mantap tak hengat lah diorang tu !


Banyak jugaklah bakat terpendam , terendam dan terperam yang ada kat stok 5 Cekal ni ... Macam macam bakat yang ada . Bakat boleh nyanyi yang sure takkan kasi hujan turun tiba tiba tu tak payah ceritalah , memang ramai . Yang boleh bernasyid , bersilat , segala bagai tu . Macam trademark Astro tu , 'Macam macam Ada' ! Brand 5 Cekal 2011 memang terbaik tak hengat gitu !!! Hee .



Hoorey hoorey dengan jenayah bebudak 5 Cekal tu pun , bukan diorang tak ingat langsung nak belajar ke apa . Tapi , dah macam tu gaya rupa kitorang , dah nak buat macam mana kan . Gaya gila gila kitorang yang memang gila tulah boleh buat stres kitorang kurang . Time belajar , memang gaya belajar . Walaupun ada jugak dalam tengah tengah belajar dengan cikgu ada kat depan tu , adalah tiga empat orang bebudak yang buat gaya nak melawaklah , gaya habis terkeluar bakat yang tak boleh keluar kat pentas persembahan sekalipun . Heh ! Paling yang tak dapat CikNin lupakan sampai sekarang , waktu study tak hengat dunia waktu SPM hampir menjelang tiba tuh .



Semua memang fokus dalam kelas , tanya cikgu kalau ada benda tak faham ke apa , siapkan homework dalam kelas time tak ada cikgu dalam kelas , saling membantu dalam pelajaran kalau ada member member yang kelam biru tak faham dengan sesuatu subjek tu . Dan yang paling Fatnin Fasihah ni ingat dan takkan lupa ialah time buat study group lepas habis sekolah atau lepas kelas tambahan . Duk berkumpul ramai ramai . Sambil ber'study group' , sambil makan makan dan minum minum . Seronok sangat . Time kelas tambahan pun , penuh aje . Tak ada sangat dah yang nak skip ke apa . Gaya insaf habislah tu dekat dekat nak ambil SPM . Sape tak takut SPM oii ! :) Bagi bebudak lelaki pulak , setiap malam diorang akan adakan study group . Gilir gilir buat study group kat rumah masing masing . Memang superb la korang !! Tabik spring , sekali dengan salute CikNin bagi ! Kan best kalau bebudak perempuan pun boleh join study group tu sekali . Tapi , dah namanya pun malam , tak elok anak gadis a . k . a anak dara kena embun . Lagi satu , tak manis dipandang orang . Hehe .


Sekarang , semua orang dah berterabur kat mana mana . Nak jumpa pun susah dah sekarang . Ni baru lepas SPM , nanti kalau result dah keluar tu , entah kat ceruk benua manalah geng geng 5 Cekal ni akan jejak . Lagilah payah nak jumpa lepas ni . Nanti sure ada yang lost contact apa semua . Tapi , kalau diorang semua tu ingat akan sejarah 5 Cekal yang boleh jadi legend tu , mesti takkan ada yang lupa punya . Dan apa yang Fatnin Fasihah harapkan , semoga akan ada suatu hari nanti , semua bebudak 5 Cekal tu akan dapat berkumpul dan berjumpa ramai ramai . Besar impian CikNin nak buat macam tu . Buat reunion ke lagi 10 tahun akan datang , hari jejak kasih ke , hari bersama selamanya ke kan ? Best tu , buat macam yang dolu dolu punya . 


Tapi yang paling pasti , Fatnin Fasihah mantan budak 5 Cekal 2011 ni dah rindu sangat dengan semua geng 5 Cekal yang lain tu !! Rindu nak dengar diorang karaoke dan berdikir barat tu . Rindu nak dengar lawak cekodok diorang yang buatkan orang yang dengar tu tak kering gusi jadinya . Rindu sangat sangat sangat !!! CikNin rindu sangat dengan semua kenangan tuh ! Kenangan terbaek yang tak mungkin boleh lupa kalau tak ada penyakit nyanyuk , Alzheimer ataupun amnesia . Hee .



Guys , thanks for coming into my life and made my life colourful ! :) Korang memang sahabat terbaiklah !!! Nin tulis contengan hati ni khas buat korang , sahabat 5 Cekal 2011 ... Anggaplah contengan hati Nin ni sebagai satu hadiah dan penghargaan yang tak seberapa kalau nak banding dengan apa yang pernah lalui bersama selama ni . Geng ,sahabat 5 Cekal 2011 , I really really love all of you guys ! Thanks for the moments that we've been through together all this while ... Walaupun Sekolah Menengah Puteri atau orang orang di sekeliling kita tak pernah angkat kita sebagai legend sekolah ke apa ke , tapi , 5 Cekal 2011 merupakan legend di hati Fatnin Fasihah untuk selama lamanya !!! The legend of my heart !

5 Cekal 2011 : The Legend . :)

LOVE AND HEART 5 CEKAL 2011 


p/s :: sorry dengan gaya bahasa yang digunakan di atas . Gaya bahasa di atas amatlah melampau tahap hiperbolanya ... Hee .














No comments:

Post a Comment