Wednesday 13 June 2012

Rutin .

Bismillahirrahmanirrahim .

Okey , rutin harian dekat sini boleh dikatakan 100 percent berubah lah . Tak macam kalau kita duduk kat rumah . Semua kena buat sendiri , makan pun kena beli . Dah tak boleh nak merasa masakan umi kat rumah . Dah tak boleh nak tambah nasi macam kat rumah . Serius cakap , duit pun banyak kena pakai . Yelah , mana nak makannya lagi . Nak beli barang barang keperluan dan sebagainya .

Petang petang kat sini CikNin akan keluar riadah . Joging ke , tak pun pergi naik basikal , pusing pusing kawasan kampus . Okey jugaklah . Banyak sebenarnya keperluan untuk riadah kat sini . Ada gelanggang skuasy and badminton , tempat memanah , gelanggang futsal , padang bola , dan sebagainya .

Alhamdulillah , CikNin dah start kelas Ahad lepas . So , so far so good . Tapi , untuk minggu pertama ni ramai lecturer yang tak masuk kelas lagi . So , tak kenal lagi la . Ada sesetengah je yang kenal , maklumlah baru minggu pertama . Kawan kawan kuliah pun baik baik dan gempak . Hmm , CikNin harap , semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah swt . Amin .

Oh yaa , CikNin tak dapat IPG . Hmm , seriously agak kechiwa jugaklah . Sebab CikNin berharap jugak nak dapat IPG tu . Tapi nak buat macam mana , belum rezeki lagi lah tu kan ? Abah cakap , buat rayuan , mana tau ada rezeki kat situ ke kan ? Apa apa pun , CikNin amat bersyukur serta berterima kasih dekat semua yang amat mengambil berat + prihatin di saat CikNin rasa down yang teramat sangat masa keputusan IPG keluar hari tu . Yeah , dengan kata kata semangat , dorongan serta doa yang tak putus putus , membuatkan CikNin ingin terus bangkit dan percaya bahawa setiap apa yang Allah tentukan , sememangnya baik . Dia Maha Mengetahui . :') Allah tahu apa yang terbaik untuk kita kan ?

Bangkitlah , gapai impian serta matlamatmu . Usah berpaling lagi . . .


*******************************************************

No comments:

Post a Comment