Wednesday 26 September 2012

Dua Minggu yang Sibukkkkkkkkk !

Bismillahirrahmanirrahim...

Dua minggu ni CikNin teramat sibuk! Itu pasallah mak cik ni payah sangat nak update blog kesayangan ni . Bermacam-macam benda yang perlu diselesaikan serta yang nak dibuat. Mengah dibuatnya, sampai nak jalan pun terasa macam dah tak cukup tanah.

Cuti Hari Malaysia pun tak boleh balik rumah, kerana Teslian WAJIB terlibat dalam Kejohanan Badminton Tertutup Semester 1. Segala benda tu CikNin dan Teslian yang lain kena urus. Jadi tuan rumah derrrr.. *Rosak bahasa Melayu. CikNin dengan 4 orang lagi Teslian semester 1 ditugaskan dibawah Publisiti dan Siar Raya. Banner, pengumuman di portal pelajar, kami yang uruskan. Alhamdulillah, semuanya okey dan dapat disiapkan mengikut masa, walaupun terus terang CikNin cakap, memang nak pecah kepala uruskan segala benda tu. Banyak kekangan. Tapi, Allah permudahkan. :) Kejohanan tu diadakan pada hari Jumaat, 14 September lepas. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Kira macam berbaloi jugaklah dengan segala usaha dan penat lelah kami tu. Maklum jelah, pertama kali urus kejohanan besar macam tu. Semester 1 pulak tu. Huh. Dugaan dan cabaran.

Awesome Teslian 2012 ;)

Dalam dua minggu ni juga, jadual Teslian tersangat penuh dan padat dengan kelas-kelas ganti. Ya Allah, memang penuh yang amat! Tak cukup dengan siang hari, malam pun hentam juga sebab kelas-kelas tersebut perlu diganti. Penat tak payah cakap, sampai nak makan pun ada yang terpaksa ponteng. Tak sempat! Meeting-meeting dengan fakulti lagi, majlis raya fakulti, test, drama dan assignments. Fuhhh! Makin nak peperiksaan akhir, makin padat jadualnya. Birthday CikNin pun, heh, biasa-biasa saja. Alhamdulillah, 18 September, genaplah umurku ini 18 tahun. :) Allah masih panjagkan lagi umur CikNin. Alhamdulillah. Ucapan-ucapan daripada mereka-mereka yang ingat, menceriakan serta menghiburkan hati di saat memerlukan. *Cehh, jiwang semacam pulak kau ni, emosi terlebih je! ;)



Minggu lepas, Alhamdulillah. Semuanya dah selesai dan beres dengan selamatnya. Terlepas segala beban yang mencengkam jiwa tu. CikNin pun dah selamat sampai rumah petang Jumaat yang lalu untuk menghabiskan cuti belajar seminggu di rumah. Yeah, it's really good to be home. Hilang segala tekanan sepanjang dua minggu yang padat itu. Cuti pun, belajar memang kena belajar. Nak final exam dek non! Mana boleh buat dibuat main macam main pondok-pondok... Masa depan ni. CikNin bawa harapan Abah, Umi, Abang Muzakkir, seluruh keluarga, bekas-bekas cikgu dan sahabat! Besar serta berat tanggungjawab ni, dan CikNin perlu bertanggungjawab ke atasnya. :)

Minta doa kalian juga ye, moga semuanya dipermudahkan Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. Oh ye, lupa nak bagitau. Bekas senior tingkatan 6 Puteri, Abang Mohd Noor dan Abang Tharmizi, sekarang ni pun sambung belajar di UniSZA. Heh, CikNin memang terkejut dan terlalu gembira masa terserempak dengan Abang Mohd Noor, waktu nak masuk kelas. Gembira kot, ada juga orang yang CikNin kenal kat bumi UniSZA ni. Hehe. Macam lega sangat boleh jumpa dengan bekas-bekas senior tu. Tak tau kenapa, tapi, itulah yang CikNin rasa. Huh. Okey uolls, moga setia menunggu entri terbaru CikNin nanti ye. Hehe. InsyaAllah. Much love. <3

p/s : Budak-budak tingkatan 6 Puteri tengah peperiksaan percubaan sekarang. Doakan mereka juga. Chaiyok! ;)

Doa buat Syria, Myanmar, Palestin serta buat seluruh negara Islam. :)


The whole Teslian semester 1 and 3! :D
*Sharing Moments Day! Best sangat, kenal senior-senior dan bertukar-tukar hadiah. :)

No comments:

Post a Comment