Friday 18 March 2016

Tasik Pepsi Blue!

Bismillahirrahmanirrahim.

Haa, pertengahan semester satu yang lalu, Twinnies mula ada hobi baru. Hobi apa? Hobi mencari dan mencuba sesuatu yang baru. Kami cari tempat-tempat best, tempat menarik untuk dilawati sekitar Terengganu. Tak kira tempat rekreasi mahupun tempat makan. Hehe.

Jadi, atas jasa dan semangat Anne, sampai jugaklah aku dan Sheeda ke Tasik Pepsi Blue, di Rusila, Terengganu. Adalah setengah jam ke 45 minit dari Kuala Terengganu. Nak masuk ke tasik ni agak berliku jugaklah. Tasik Pepsi Blue ni agak tersorok di sebalik bukit-bukau. Kereta kena park tepi jalan. Jalan kaki pulak masuk ke dalam. Tak cukup dengan itu, kena panjat bukit sikit. Lalu semak sikit. Fuhh, mencabar jugaklah. Tapi.....

Subhanallah, sumpah cakap, cantik gila tempat tu! Air tasik tu biru-sebirunyaaa!






Puas hati. Hilang penat bila dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Agung ni. Geram je nak terjun dalam air biru tu. Tapi, katanya tasik ni tak boleh mandi sebab airnya berasid. Tempat ni dulu asalnya tapak kawasan perlombongan emas. Kawasan tasik ni agak curam. Berbahaya jugaklah. Tipulah tak cuak bila duduk di tebing tasik tu.






Sehari selepas kami datang ke Tasik Pepsi Blue ni, tasik ni khabarnya mula ditutup kepada orang awam kerana risiko dan keadaan lokasi yang agak berbahaya kepada orang ramai. Masa hari kami datang sini pun, ada pegawai datang dan nasihati kami untuk pulang. Kebetulan masa tu tengah turun bukit nak balik. Boleh dikata rezeki kami jugaklah sebab sempat datang sini. Thanks to Anne, though. Ada jugak kenangan kami dekat Tasik Pepsi Blue yang indah ni. Nak pergi lagi memang tak dapat dah. 

It was so beautiful and blue. Setenang jiwa memandang, sedamai biru airnya.

1 comment: