Tuesday 27 December 2011

Hatiku Jiwaku !

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera serta salam 1Malaysia. Berduduknya diriku di hadapan laptop ini, kerana ingin menyampaikan satu amanat dan berita... *Ehem-ehem, maaf yer semua, tetiba je CikNin jadi skema. Hee. Inilah akibat dan bahana dari tahap kebosanan dan kepuasan yang melampau serta telah melebihi tahap air mendidih.. *ish, apa yang aku melalut sampai melarat-larat ni ??? 
Okey-okey, back to the main topic. Try baca lagi sekali tajuk post kali ni.. Jiwang karat kan ? *jap2, berkarat sangat ke tajuk tu ea? hee. Sah, kau memang dah putus fius CikNin... =,=' Okey! Stop the crap ! Kalau macam ni, esok pun tak habis..
Korang nak tau ke apasal CikNin buat post macam tu ??? Nak tau tak ??? Tak nak ? Tak nak takpe, CikNin nak bagitau jugak.. Hehe. Okey macam ni, *asyik dari tadi lagi okey2, bagitaunya tak... semalam, CikNin online Facebook macam biasa.. Aktiviti kegemaran CikNin laa tu sepanjang cuti nie. Lepas tu, CikNin tengoklah profil seorang guy ni. Seriously, CikNin tak tau kenapa, setiap kali CikNin online, mesti CikNin akan tengok profil dia. Tak kiralah, CikNin online kejap ke lama. *kalau dah lama tu, confirm CikNin tengok. Yeah, admit it, he's someone that I've loved *sayang before,,, and until now i still love him...... :'( 
Perasan tak, selama CikNin berblogging, tak pernah pun CikNin cerita pasal benda yang berkait dengan hati dan perasaan.. Entahlah kenapa.. Berakhirnya sebuah perhubungan antara CikNin dengan Mr. A pun, CikNin tak pernah sebut kat sini. *ops, dah tersebut laa.. Yes, CikNin dah takde apa-apa dengan dia. Dan cukup setakat tu aje CikNin cerita ea, biarlah yang lain tu jadi sejarah dalam hidup CikNin. Hmm.. 
Okey, kita sambung balik. CikNin tengoklah dia punya wall. Dan kat situ ada tertulis lirik lagu 'Count On Me' yang dinyanyikan oleh penyanyi peberet CikNin, Bruno Mars. CikNin tersenyum, dan like status tu. Kenapa ? Sebab CikNin pernah tujukan lagu tu untuk dia dulu. Suatu masa yang CikNin dan dia pernah rapat.. CikNin pun tak tahu, kenapa CikNin pilih lagu tu. 
Tak lama lepas tu, CikNin dapat satu notification, you know what, that guy had post something on my wall. Nak tau apa ? Tertulis macam ni, 
'Count on me sekali... haha' 
Seriously, i was shocked, dan CikNin terus cari lagu Count On Me kat Youtube, lepas tu post kat wall dia.. Tak tau apa sebab musabab CikNin gi post lagu tu kat dia. Sebab dia minta kott. Yang paling CikNin tak sangka, dia jugak ada post lagu untuk CikNin. CikNin still ingat lagi lagu ni. Lagu ni lagu balasan untuk lagu Count On Me tu. CikNin mesti ketawa kalau ingat benda ni. Lagu I Love You, oleh Barney. Korang mesti pernah tengokkan cerita Barney and Friends ? Lagu tema dia. Haha. Lucu kan ? Dan lepas tu, kitorang berbalas komen sehingga CikNin offline. Hmm..
Perasaan CikNin memang tak payah cakaplah. Happy sangat. Bukan apa,sebab dah lama tak berbual dengan dia walaupun di laman maya ni. Sedikit sebanyak, dapat mengurangkan rasa rindu. *macam ayat bajet je.. Korang nak muntah ke apa, tak kisahlah, tapi sungguh, itu yang CikNin rasa. :( 
Rasa macam berdosa pulak CikNin berperasaan macam ni. Bukan apa, perasaan ni sepatutnya CikNin dah buang sejak kes hari tu lagi. Tapi, hati CikNin ni degil sangat ! 
Sampai sekarang CikNin sayang dia, teringat kat dia. Walaupun semau benda tu dia tak pernah tahu... But, i'm not blaming him. Of course not, it's just my feeling. :') 
Tapi itulah, entah bila perasaan ni akan pudar. CikNin rasa berdosa dan bersalah kerana menyayangi insan yang telah dimiliki hatinya. CikNin akan cuba ! Yes, i will.. Demi kebahagiaannya. :')
Okey, stop jiwang-jiwang. Sorry, CikNin terpaksa berkongsi benda ni dengan korang, walaupun tak ramai yang baca. Tapi amat cukup untuk menjadi pendengar dan pembaca kisah hati CikNin yang jarang CikNin ungkap dan cerita kat orang ramai. CikNin bukan nak publisiti murahan ke apa. Memang tak. Hanya sekadar ingin meluahkan rasa pada yang sudi mendengar. *tak sudi ? CikNin tak ambil hati pun. :)
Terima kasih sebab ye semua.. I really appreciated that. Love you all. <3 :)


No comments:

Post a Comment