Tuesday 28 February 2012

Karnival Jom Masuk U !

Assalamualaikum dan haaaaaaaaacuumm !!!! Ops , maaf guys !! Hehe . Al-maklumlah , blog CikNin ni dah berhabuk kes lama tak meng'update' ceghita ceghita terbaru . Iyolah , camno den nak 'hupdate' ceghita , dah ceghitanya pun takdak .Yer dak yop ? *aish , tersasul cakap nogori la pulak den ni . Heh .

Okey ler yop , ni ada la sikit cerita yang tak berapa nak hot . Suam suam kuku dah nak sejuk beku dah pun cerita ni . Heh . *bahasa dah mengalahkan apa je gayanya . Anda pernah dengar tentang 'Karnival Jom Masuk U ?' Pernahkah anda menghadirinya ? *buat nada iklan . heh .

Pagi Sabtu yang lepas , kawan CikNin texted , tanya CikNin nak ikut dia pergi karnival ni ke tak . Actually , I've already know about this carnival dah lama dah . Dah terpampang di tiang tiang lampu jalan sekitar kawasan Kota Bharu , Kelantan yang aman lagi permai ni . So , memandangkan CikNin dah memang ada niat serta ura ura nak pergi dan memandangkan sebab kawan CikNin si Tasniim tu tak ada geng nak join dia , CikNin pun on ajelah ! Okey apa , CikNin pun takkan pergilah kat karnival yang ramainya umat tu seorang diri . Mana maunya CikNin ni . Heh . So , dia janji nak datang ambil CikNin around 3 petang macam tulah .

Then , kitorang pergilah ... Sesampainya CikNin , Tasniim dan adiknya , Alisya kat sana , fuhhhhh !!! Memang dah boleh agaklah orangnya ramai tahap apa . Then , kitorang masuk khemah demi khemah yang menempatkan booth booth bagi setiap IPTA dan IPTS yang ada kat tanah air Malaysiaku yang terchenta ini . Khemah semua sekali ada tiga , dan setiap satunya dilabel dengan A , B dan C . Tapi , kitorang main hentam je masuk khemah C dulu . Heh . Lepas tu , baru masuk ke khemah khemah yang lain . Masya-Allah , ramainya umat tak payah cakaplah ! Jalan berhimpit himpit dalam khemah tu ! Isy , ngeri ! Kitorang tengok kejap kejap je , tak larat nak tengok dek non , ramai orang ! Last last keluar . Tapi yang penting , dapat free paper bag , flyers and other stuff . Wee ~

Lepas tu , kitorang menapak ke MacDonalds ! Boleh tahan jauh jugaklah dari Stadium Muhammad ke IV tuh ! Nasib baik tak tercabut kaki ini ! *propa semata . Jalan pulak tengah tengah terik matahari . Sampai pulak kat McD tu , manusia pun ramai jugak !! Haish , betul menguji kesabaran hari tuh . Apa kes bukak satu kaunter je tengah tengah orang ramai tu ? Orang beratur sampai ke pintu masuk tau ! Nak tunggu pesanan siap satu hal , lama . Adeh . Pancit aje rasanya .

Waktu tengah tunggu pesanan siap tu , CikNin tiba tiba lak rasa nak melayang ! Rasa berpusing aje kepala ni . Kaki dengan tangan rasa sejuk . Ah sudah ! CikNin bertongkat tangan pada kaunter tu , nak tahan rasa yang macam apa entah . Kang tak pasal pasal tumbang kat tengah tengah McD yang orang tengah ramai tu . Yang CikNin fikir masa tu , CikNin nak duduk ! Then , pesanan kitorang siap . Tray makanan tu CikNin kasi kat Tasniim dan kitorang naik ke tingkat atas dan duduk di tempat yang telah disentri *dijaga oleh Alisya . CikNin duduk cepat cepat , sebelum rebah ke apa ke .

Aisey , apa kes ni ? Tasniim cakap muka CikNin yang sedia pucat ni , jadi bertambah pucat ! Aduh ! CikNin cakap kat dia CikNin penat dan sakit kepala dengan tiba tiba . Dia cakap , rehatlah kejap lepas tu makan . CikNin hanya makan kentang goreng dan minum air je walaupun CikNin order satu set McChicken Burger . Tak ada selera tiba tiba , walau pada asalnya CikNin lapar sebab tak lunch lagi masa tu . So , CikNin decide nak bawa balik aje burger tu , makan kat rumah ... Dan CikNin rasa dah okey sikit .


Lepas habis makan , kitorang get ready nak bergerak balik . Then , Alisya told that she need to go for the call of nature . So , kitorang masuk Parkson sebab tandas kat McD tu tak ada air . =,=

Haa , masa ni dah rasa macam berpusing balik ! Serius rasa macam nak tumbang sujud ke bumi je time tuh ! CikNin dah tak boleh nak jalan ! So , CikNin rest kejap kat kedai kasut H2 Collection , sementara Tasniim dan Alisya gi toilet . Tasniim risau nak tinggal CikNin sensorang kat situ . Tapi , CikNin cakap takpe , CikNin tunggu kat situ je . Dia pun pergi jugaklah . :)


Alhamdulillah , kitorang naik bas untuk balik rumah dengan selamatnya . CikNin pun dah hilang rasa sakit kepala dan rasa yang macam macam tu . Sampai rumah , terasa penatnya yang amat . Tidur awal malam tu . Badan rasa agak panas . Huh , dugaan .


Okey , tersedar dari tidur malam tu dalam pukul 9 lebih . Terus solat Isyak , lepas tu makan . CikNin dapat mesej dari cousin CikNin , Amni atau Kak Long eventhough dia sama umur dengan CikNin . Hee . Dia tanya nak ikut dia pergi Karnival Jom Masuk U tak esok . CikNin jawab je okey . Nak teman dia . Cuma yang CikNin harap tak jadi macam petang tu lah , tak larat doe ... =,=


Pagi itu pulak , CikNin siap siap dan pergi rumah cousin CikNin yan terletak kat sebelah rumah CikNin aje . Lepak kat sana kejap , lepas tu bertolak . Hari last karnival tu memang ramai orang . Ditambah lagi dengan rombongan budak budak sekolah . Sesak betul kat sana . CikNin dengan Kak Long masuk semua khemah . Dan Ayah Chik *my uncle dan Aisya *my little cousin , adik bongsu Kak Long tunggu kat luar khemah sebab ramai orang sangat kat dalam . Berbaloi jugak datang hari tu , sebab CikNin dan Kak Long sempat isi banyak borang kat sana . Saja saja cuba , mana tau ada rezeki kan . Heh . Bila dah rasa puas hati , kitorang keluar dan cari Ayah Chik dan Aisya . :)


Kitorang meninggalkan stadium tu dalam jam 12 tengah hari . Ayah Chik bawak kitorang ke Jambatan Diraja . Tau tak apa kitorang buat kat sana ? Naik bot ! Heh ! Naik bot dan menikmati pemandangan indah sambil minum minum air . Bukan minum air sungai tau ! :p Best betul ! Puas hati dan berbaloi baloi !


Apa apa pun , banyak maklumat yang CikNin dapat masa karnival tu . So , boleh nampak sedikit sebanyak tentang IPTA dan IPTS yang ada kat Malaysia . Jadi , CikNin perlu sentiasa berdoa , bertawakkal serta bergantung pada keputusan SPM yang akan keluar beberapa hari lagi untuk dapat tawaran dari mana mana IPT . But , I prefer more for IPTA actually . Huh . Seram sejuk pulak rasa . =,=
So , may I ask for your prayers please ? Tolong doakan kejayaan CikNin dan rakan rakan yer ? Thanks , sayang korang !


Okay , that's all for now . Assalamualaikum ! :)

No comments:

Post a Comment