Saturday 29 December 2012

Cuti Pertengahan Semester.

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Heyyy guys! Hmm, CikNin dah selamat sampai ke Kota Bharu petang semalam. Yeah, cuti midsem untuk pelajar diploma UniSZA telah bermula..

Walaupun begitu, cuti seminggu kami ini dipenuhi dengan assignmentssssssss dari para pensyarah tercinta.. Huhu. Tak mengapa, akanku laksanakan segala tugas yang diberikan dengan sebaiknya. Hee. *suci je bunyi kan?* Pasrah namanya ni. Hehe.

Hmm, sekarang dah masuk musim tengkujuh kan? Meh CikNin nak cerita kejadian yang berlaku di UniSZA sebelum CikNin balik ke rumah untuk bercuti.
Well, dekat Terengganu memang dah banyak hari hujan. Tapi, berhenti jugak kadang-kadang tu. Minggu lepas, hujan turun mencurah-curah tak berhenti langsung... And guess what??? Our UniSZA banjir!!! Haha.
Here's the story ...

Hari Ahad, jadual kelas CikNin memang padat. Sampai pukul 6 petang. Hari tu hujan memang langsung tak berhenti. Lepas habis kelas tajwid pukul 4 petang tu, CikNin dengan budak-budak kelas yang lain dah tengok padang sebelah blok tu dah dipenuhi air. Air pun dah membanjiri laluan pejalan kaki dekat bawah. Waktu memang tak fikir apa. Terus menuju ke kelas seterusnya dalam keadaan hujan yang tengah lebat tu.

Semasa dalam kelas, CikNin terima mesej dari Sheeda yang balik dulu, mengatakan bahawa air banjir dah memenuhi laluan jalan kaki blok Anas sehingga paras peha! CikNin terkedu dan terkejut, terus mengkhabarkan berita itu kepada classmates CikNin yang lain. Oke, semuanya dah gelisah. Memikirkan jalan untuk yang patut dilalui untuk balik ke asrama nanti. *dalam hati CikNin runsing sebab takut air makin tinggi*

Dalam tengah kerisauan itu, pensyarah CikNin menerima panggilan telefon dari rakannya mengatakan air makin naik, dan dia dikehendaki untuk keluar dari UniSZA segera. Pensyarah CikNin akhirnya melepaskan kami semua...

Okeyy, keluar je kelas tu CikNin dah kelam kabut gilaa!! Mana taknya, jalan semua dipenuhi air! Nervous mak kau... CikNin dengan kawan CikNin tu, nak tak nak kena redah jugak air banjir tu. Sejuk gila airnya. Dahlah air tu kaler coklat! Bayangkan weh... MasyaAllah, Tuhan jelah tahu perasaan kami ni. Haishh.. =,=' Basahlah kain serta kasutku. Huu. Takpe-takpe dugaan semuanya itu...

Dan.... kelas-kelas untuk hari esoknya dibatalkan kerana air banjir yang meninggi. Heh. ;D Yelah, takkan nak meredah air banjir yang deras semacam tu. Dah macam air sungai je gayanya. Lepas tu, dengar pulak kata ada budak-budak yang tengah bersuka ria main air tu dipatuk ULAR.. Dua orang pulak tu. Mana tak risau dikk oii... Tak dapat dikenalpasti lah pulak, apa jenis ular yang mematuk mereka tu. Cerita mengenai budak-budak yang jatuh tergelincir tu, tak payah cakaplah, memang ada. Maklumlah, dah air meninggi. Longkang, parit tak nampak. Hisyy, bahaya betul kan?

Lepas dua hari banjir, keesokannya banjir dah surut dan hujan yang semakin berkurang. Alhamdulillah. :) Dapatlah kami mencuci baju yang semakin menimbun tu. Heh. Hmm, memandangkan CikNin berada di rumah sekarang, maka tidak diketahuilah macam mana keadaan di sana. Harapnya semakin membaik. InsyaAllah. :) Yelah, pelajar-pelajar ijazah sekarang tengah cuti belajar ni. Minggu depan dah mula peperiksaan akhir. Semoga mereka dapat menjalani peperiksaan akhir dengan sebaiknya. Ameen. :)

Here are some photos during the flood. Enjoy it! :)

Pegawai keselamatan yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan kami semua.

Kawasan parking UniSZA.

Pulau UniSZA (boleh?)

Dah macam kat laut je kan?

Laluan pejalan kaki dijadikan tempat letak meletak motor. 

Yeah, this is the true island of UniSZA ! ;)
p/s : CikNin dan Sheeda jadi exco pengumpul dana untuk Majlis Makan Malam Teslian. Will tell you more later kay? ;)

No comments:

Post a Comment