Sunday 30 December 2012

Perkara yang Anda Tidak/Jarang Tahu Tentang CikNin ;D

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh! Jadi, hari ni CikNin nak kongsikan sedikit sebanyak tentang perkara-perkara yang anda semua tidak tahu, atau jarang tahu tentang diri CikNin. Hee. *peace!* Takde sebab apa-apa pun nak buat entri ni. Hanya rasa terpanggil nak berkongsi dengan anda semua, sebab tadi tengah cari idea nak buat entri apa hari ni. :)

So, enjoy this ! :)

1. CikNin alergi dengan minyak wangi yang baunya kuat dan 'keras'. Apa jadi kalau CikNin terhidu minyak wangi yang macam tu? Secara automatik, CikNin akan bersin tak berhenti-henti! Hee, jadi minta maaf dan faham-fahamlah ye, kalau CikNin bersin tak berhenti-henti sebelah korang. ;)

2. CikNin juga seorang yang alergi dengan asap rokok! Juga akan bersin. :) So, don't smoke right in front of me kay?

3. Masa kecil dulu, CikNin sangat memilih makanan. Dulu, CikNin kurang sangat makan kek, coklat atau gula-gula, jajan dan semua benda yang CikNin anggap pelik. Untuk pengetahuan semua, dulu, CikNin hanya suka makan nasi. Sekarang?? CikNin hantu KEK dan sangat suka makan!!! ;D

4. Dari dulu sampai sekarang, CikNin tak suka makan COKLAT... Tak tahu kenapa, memang tak suka. Bukan tak makan langsung, makan sikit je. Gula-gula, CikNin makan. Jadi, tak payah beli atau hadiahkan coklat untuk CikNin ye. Kalau bagi jugak, alamatnya berkulatlah coklat tu dalam peti ais, tak pun adik-adik CikNin yang rembat. Heh. :)

5. CikNin pernah ada parut besar dekat bawah mata (tak ingat kiri atau kanan), akibat jatuh basikal dengan sepupu waktu umur 7 tahun. Alhamdulillah, parut itu hilang sebab Umi CikNin pakaikan ubat parut. :)

6. Saiz kasut/selipar CikNin hanya saiz 4.

7. CikNin masuk tadika umur 5 tahun, umur 6 tahun CikNin menumpang di kelas darjah 1 bersama abang terchenta, Abang Muzakkir. ;)

8. Pernah buli brother yang umur 7 tahun kelas CikNin, sewaktu CikNin umur 6 tahun. Hehe. Gangster kan CikNin?? Budak kecik buli orang besar! Nakal dengan jahat CikNin dulu. Selalu buli dengan kacau budak lelaki yang duduk sebelah CikNin dulu tu. Entah dekat mana lah brother tu sekarang. :P

9. Masa menumpang kelas darjah 1 dulu, semua budak kelas tu panggil CikNin 'Adik'... Gara-gara Abang yang panggil CikNin 'Adik' dekat kelas dulu. Panggilan 'Adik' tu ada yang melekat sampai sekarang. :)

10. Sedang memakai Upper Removable Appliance (URA) .aka. braces.

11. Hantu ais tapi kurang makan aiskrim. ;)

12. Menjadi pendiam kalau tak suka sesuatu atau tak kenal orang dengan rapat.

13. Bukan kaki bergambar. Tak suka bergambar bagai nak rak. Cukup sekadar buat kenangan je. Heh.

14. Tak suka pakai kasut tumit tinggi kecuali wedges.

15. Tak suka guna handbag, tetapi lebih suka pakai beg galas atau beg sandang.

16. Suka kumpul barang-barang lama walaupun barang tu dah rosak ataupun barang yang tidak dipakai.

17. Ada tahi lalat di telapak kaki.

18. Pernah makan bedak masa kecil sebab nak tahu macam mana sendawa rasa bedak. Yes, memang kerja gila. :P

19. Tempat yang CikNin geli adalah di paha. Janganlah sentuh atau pegang kawasan tersebut. Kawan perempuan CikNin pernah pegang paha CikNin dan akibatnya handphone di tangannya melayang kerana kaki CikNin terangkat sebab terkejut! Haha. Nasib baik handphone selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan. ;)

20. Suka pegang pemadam kalau sedang menulis. :)

Hmm, CikNin rasa itu ajelah kot untuk masa sekarang. Kalau ada yang CikNin ingat lagi, nanti CikNin tambah ye... :D Assalamualaikum !

No comments:

Post a Comment