Saturday 30 March 2013

Twins Times!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum! :D

Ada orang tak ni? Hehe. Al-maklumlah, tuan punya blog ni sekejap ada sekejap takde kan. Dah macam biskut Chipsmore yang sedap lagi disukai ramai tu jee blog CikNin ni kan? I guess semua faham kan CikNin masih lagi dalam minggu peperiksaan AKHIR. Hehe. Lagi dua paper je tinggal ni! Last paper hari Isnin. Tapi, kaki ni dah macam melompat-lompat nak balik rumah je ni. Haishh. Payah betul! Sabaq CikNin oii, sabaq!

Well, UniSZA sekarang dah sunyi sikit orang sangat sebab ada pelajar Diploma yang dah habis exam awal, dah ramai yang balik *untunglah*. Termasuklah roommateku tersayang, Nurul Atika, dah balik hari Khamis lepas, elok jee lepas habis kertas terakhir hari tu. Wuuu. Semester depan dah tak duduk dengan lagi dah. :')
*Takpe Ika, walaupun kita dah tak duduk sekali semester depan, aku tetap nak jumpa kau jugak!*

Jadi, sebagai pengubat hatiku yang lara dan duka akibat perpisahan yang terjadi antara CikNin dengan Ika, *gimik gila baq hang* CikNin pun membawa hati yang mendung ini ke rumah course mate CikNin, Annur Shahira. Sheeda pun ikut sama. Slept over at her place. :D *Yelah kan, takkan CikNin nak tidoq sorang-sorang dekat blok yang dah tak berorang tu kott*. Haishh. =,='

Aktiviti sepanjang dekat rumah Annur ni memang banyaklah yang kitorang buat. Heh. Petang Khamis tu pergi Pantai Teluk Ketapang. Sesaja nak lepas stres kononnya. Best kott, orang pun ramai jugak. Maklumlah, tengah cuti sekolah kan? Memang lawaklah tengok gelagat + kerenah orang-orang dekat pantai tu. Especially. budak-budak yang tengah mandi. Comel je!

Petang ke pantai, malam pun ke pantai jugak! Malam tu CikNin and the twins dengan Anis sekali (adik Annur) ikut Abah (ayah Annur) pergi memancing! Seronok gilak! Yelah, CikNin kan tak pernah pergi memancing. So, excited lah jugak. Heh. Bukan setakat memancing je malam tu, siap ber'picnic' lagi. Makan malam di bawah cahaya bulan yang sangat cerah. Abah buat unggun api yang ala-ala 'Campfire' tu. Baring atas tikar sambil tengok langit yang hitam, tapi diterangi oleh cahaya bulan dan bintang. Subhanallah, cantikya! Dahlah sunyi. Tenangnya Ya Allah. :D

le campfire. ;)

Tapi, semalam takde rezeki kami. Ikan tak nak naik. Yang ada pun anak-anak ikan yang hanya menghabiskan umpan. Hmm. Takpe, Abah cakap kita pergi lain kali pulak. Oraitt Abah! :D Esok, ada kenduri pulak nak kena bertandang.

Apa-apa pun, tolong doakan kami untuk dua kertas terakhir yang tinggal tu yee? Terima kasih, semoga Allah memberkati kalian semua. Ameen. :D Sayang kalian Lillahi Taala. Ukhuwah Fillah. :))


#StartToMissMyFamily. <3 *sabaq Fatnin Fasihah*



No comments:

Post a Comment