Saturday 8 June 2013

Birthday Twiggies, An Nur Shahira :D

Bismillahirrahmanirrahim.

Heyya people! So, bulan Mei lepas merupakan 'Hari Tua' buat Twiggies CikNin, An Nur. Maka, Shee, CikNin, Erpow dan beberapa orang kawan yang lain telah buat 'prank' untuk dia. Heh. Kesian dia, first time sambut birthday jauh dari family. Padahal family dia duk kat Seberang Takir tu je. Gimik betullah si An Nur ni. Huu. ;) Jadi, kami saja nak menggembirakan hatinya yang tengah berduka lara tu. ;)

Maka, sebelum malam menginjak pukul 12 nak ke tarikh 13 Mei, kami memulakan rancangan jahat itu. Heh. ;) Pukul 11.30 malam CikNin kononnya mesej dekat Shee suruh alert dan mesej An Nur kononnya tengah ada masalah. Padahal masa tu tengah buat preparation dengan Erpow apa semua tu. Last-last called Sheeda, Shee kononnya cakap dekat An Nur yang CikNin tengah menangis dan ada dekat bawah blok. CikNin memang kena berlakon sehabis baiklah nak prank budak tu. Bayangkan, nak menangis betul-betul, tapi 'ayaq' mata ni tak nak keluaq la pulak tengah-tengah saat genting tu! Hah. Nasib baiklah CikNin bawa air masak, memang tulah jadi mangsa CikNin.

Dua beradik tu turun bawah blok. Nak tenangkan CikNin yang tengah sedihlah kononnya kan? Kuikui. Memang terbaik punya drama bawah blok! Shee pulak tukang pujuk + tolong tenangkan. Lepas tu dia ajak CikNin pergi ambil angin untuk tenangkan fikiran. Lepas tu, kami mulakan operasi! Cepat-cepat Shee pergi tutup mata Anne tuh. Terkejutlah dia tu! Tengah-tengah sedih tiba-tiba tutup mata dia pulak kan? Cepat-cepat bawa dia pergi ke lokasi kejadian, tempat orang dah tunggu tu.

:DD Macam biasa, makan kek. Buat main pulak dengan aising kek tu. Lepak-lepak pulak dekat situ. Nampaklah kegembiraan budak itu... Terharu habislah kononnya kan. Heh. Tak habis-habis menyebutnya. Huhu.

Petang esoknya, kami bertiga + Alya, balik rumah Anne di Seberang Takir. Ada kerja nak kena selesaikan. Maka, malam tu family Anne bawa kami makan malam di luar. Sempena sambut birthday Anne. :) Makan di NR Cafe. Gempak gilaa, dengan pelayan di situ yang baik + sporting. :D

Anne memang tersangatlah gembira dalam seminggu dua tu. Tersengih je kerja. Huhu. ;)

Birthday cake :)




Gambo gelap =,=




No comments:

Post a Comment