Saturday 29 June 2013

Semester Baru, Semester Empat

Bismillahirrahmanirrahim...

So yeah. CikNin dah masuk semester empat. Kejap je masa berlalu, tinggal dua semester sahaja lagi CikNin bakal menamatkan diploma. :) Semester ni CikNin tidak tinggal di asrama, gara-gara permohonan asrama CikNin tidak diluluskan oleh pihak penguruaan kolej kediaman. Maka, terpaksalah CikNin dan Sheeda tinggal di rumah sewa di Tok Jembal. Nasib baiklah tak jauh mana nak berulang-alik ke UniSZA tu. Sewa bulan-bulan pun takdelah mahal. Sepadan dengan kemudahan yang ada dekat rumah tu. Kami tinggal sekali dengan geng TESLians yang lain. Naza, Ecah, Aliaa, Iqah, Umi, Dini, Nasha, Qila dan Asilah. :)

Haa, kami pun dah dapat junior baru! Hehee. Gempak betul! Dua minggu lepas, kami dah mengadakan orientasi bersama para junior.  So, dapat kenallah sedikit sebanyak dengan mereka. ;) 

Jadual sekarang pun padat. Biasalah, dah semakin bertambah semester ni,  bertambah jugaklah tekanan serta kerjanya. Semoga Allah permudahkan kami. Ameen. Usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal. Insya-Allah. :) 



No comments:

Post a Comment