Sunday 17 July 2011

Hot News !!!!!

Assalamualaikum & hello everybody ! CikNin kembali ! Yuhuu... Hmm, apasal la pulak tetiba je CikNin jadi gedik semacam ni ?? korang nak tahu ker ?? Ni CikNin ceghita sikit ni. Kejadian ni ada kena-mengena dengan kem yang CikNin pergi minggu lepas. *ada pulak cerita sensasi balik kem ni. Begini ceghitanya.
Tersebutlah kisah, ada lah seorang hamba Allah ni biarlah namanya CikNin rahsiakan yer. CikNin bahasakan dia 'N' la senang sikit yer dia dengan geng dia ni tetibalah pulak tak puas hati dengan CikNin. Nak tau kenapa hamba-hamba Allah ni tak puas hati dengan CikNin ??
Macam ni ceritanya yang sebenar. Waktu dekat kem minggu lepas, CikNin rapat dengan seorang mamat ni.. Guy ni CikNin bahasakan dia 'F' yer. Guy ni dulu couple dengan si 'N' tu, then dengar kata dah putus. Wallahualam. Sekarang CikNin sendiri tak tahu apa status hubungan diorang. CikNin manalah kisah hal orang, nak jaga tepi kain orang yang terkoyak ke apa. Waktu dekat kem, 'F' tu satu kumpulan dengan CikNin. Dan nak dijadikan cerita, waktu malam dekat kem tu, 'F' tu minta tolong CikNin sendukkan nasi tambah untuk dia. Dah kebetulan CikNin duduk sebelah dia, tangan dia pun kotor masa tu. Jadi, waktu CikNin tengah sendukkan nasi tu, CikNin ada terdengarlah beberapa suara orang yang buat-buat batuk. Nak ubat batuk atau ubat sakit tekak agaknya tu. Tak dikenalpasti siapakah gerangan orang yang ingin menjadi model ubat batuk + ubat sakit tekak tu . CikNin buat bodoh ajelah waktu tu, malas nak dilayan. 
Lepas tu pulak, bersambung pulak waktu dalam perjalanan nak balik dari kem tu, sewaktu dalam bas, 'N' tu tulis sesuatu dekat kertas and tunjuk dekat geng dia yang lain. Teka apa dia ? Satu formula baru yang telah direkacipta oleh 'N',, ia adalah ::

SAYA BENCI F+F2 

Aiyy, Astaghfirullahalazim ! Pada mulanya CikNin memang tak tahu menahu langsung-langsung pasal benda tu, sebab masa dalam bas tu CikNin duduk dekat depan sekali, jadi, CikNin memang tak ambik peduli langsung dengan apa yang berlaku kat belakang. Ramai orang dah satu hal. Sampai dekat sekolah baru CikNin tahu hal yang sebenar. Itupun salah seorang BFF CikNin, Illyana, buka cerita pasal 'N' dan formula yang baru direkaciptanya itu. Pada mulanya diorang ingat si 'F' yang lagi satu tu, hamba Allah yang lain. Lepas tu, CikNin pulak buka cerita pasal kejadian makan malam tu, lepas tu Illyana dapat teka siapa sebenarnya si F2 tu dengan segala teori yang ada. And, that's me ! Haish, memang terbakar je CikNin dengar benda tu. Nasib baik tak terkeluar asap dekat hidung dengan telinga je waktu tu. Panas panas ! Lepas tu pulak u'olls, kawan si hamba Allah tu pulak pergi letak gambar si 'N' tu dengan formula dia dalam FACEBOOK. Aiyy, CikNin memang geram tahap petala gaban ! Memang menguji kesabaran tahap petala kelapan ! Agak-agaklah nak cari publisiti pun. Benda macam tu pun nak tunjuk ke dekat laman sosial ?? Tak malu ke ?? 
Well, that's okay, sekarang ni CikNin nak senyap je dulu. CikNin masih berpegang pada prinsip CikNin and the gang, iaitu, kalau orang tak kacau kita, kita tak kacau orang. Tapi, ada tapi yer, kalau orang kacau kita, baru kita kacau orang tu balik. CikNin nak tengok keadaan dulu, kalau dah betul baik punya line, CikNin akan bergerak ke langkah seterusnya. But, i'm not going to do stupid things ! Jahat-jahat CikNin pun, timbang rasa ada lagi. CikNin ada minta cadangan serta pendapat daripada kawan-kawan kelas CikNin tentang tindakan apa yang CikNin patut buat lepas ni. CikNin harap tindakan CikNin yang selanjutnya adalah tindakan yang betul. Insya-Allah, Amin. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk serta hidayah-Mu dalam menyelesaikan masalah ini. Tunjukkanlah kebenarannya, Ya Rahman. Amin....


p/s :: CikNin tak suka lah nak gaduh-gaduh pasal lelaki, macam orang kurang pandai je gayanya. 


No comments:

Post a Comment