Sunday 12 August 2012

Sudah Sampai Kampung !

Bismillahirrahmanirrahim .

Assalamualaikum , pembaca blogku ! Terima kasih ye sebab sentiasa setia menunggu cerita-cerita serta berita-berita terbaru dari CikNin *macam fofular je gayanya*. Ehem , seperti yang anda semua tahu , CikNin dah sampai KB dengan selamatnya . Alhamdulillah , syukur . Dapat jugak CikNin tengok Kelantan   bandar Kota Bharu , rumah , my whole family dan semua ! :)

Hmm , CikNin sampai KB pukul 8 lebih . Sekali lagi , berbuka puasa dalam bas . :) Biasalah , anak rantau . Heh . Merantaulah sangat kan ? :P Pak cik bas tu bawak bas punyalah laju , memang tak berhenti langsung , even untuk berbuka . Huhu . Patutlah waktu CikNin naik bas tu , dia ada tanya , "Dah ada makanan nak berbuka ke ?" CikNin jawablah ada , sebab memang dah sedia awal-awal lagi beli makanan buat bekal untuk berbuka .

Seronok dan gembira terasa di hati . Kenapa ? Mestilah , sebab kepulangan CikNin kali ni ramai yang ambil tahu . Heh . Sebelum bertolak , ada yang mesej . Tanya kat mana ? Dah bertolak ke belum ? Begitu juga masa dah sampai KB . Bertanya , dah sampai ke ? Bila sampai ? Nak suruh datang ambil ke ? Hmm , friends . Sangat bagus , sangat mengambil berat . :DD Sebab itulah CikNin sayanggggggggggggggggggggggggg sangat dekat kamu ! Tak senang nak cari yang macam tu . :) Terima kasih Ya Allah , kerana adakan mereka untukku . ;)

Insya-Allah , CikNin tengah usahakan nak buat majlis berbuka puasa dengan semua budak 5 Cekal . Semoga ia menjadi kenyataan . Amin . Rindu nak duduk dan berkumpul ramai-ramai macam dulu lagi . Huh . :)

Cikgu-cikgu pun dah ada yang ajak pergi beraya kat rumah diorang . Heh . Rindu cikgu sangat-sangat . Insya-Allah , nanti sampailah CikNin kat rumah cikgu nanti . Sediakan duit raya banyak-banyak ye . :) Nak jumpa jugak dengan adik-adik Puteri . Sekarang yang tengah trial PMR dan nanti yang akan menghadapi trial SPM . Insya-Allah , kalau sempat , pasti CikNin akan meluangkan masa ke Puteri . :D

Hari Jumaat lepas , shopping raya . Lokasi shopping : KB Mall . Heh . Seperti yang sentiasa dijangka , KB Mall dipenuhi oleh ribuan manusia ! Nak raya kan ??? Of course lah , KB Mall akan sentiasa dipenuhi dengan orang , right ? Cari baju raya , kasut . Lemas , ramai sangat orang . Nak beli pun sesak nafas ! Semput ! Sabar jelah . Hmm . :)

Apa-apa pun , CikNin tersangat gembira dapat jejak bumi Kelantan ni . You know what , tak kira kat bumi mana pun kita berada , tempat tumpah darah kitalah akan sentiasa kita dikenang . Tak kiralah , kat bumi mana pun kita jejak . Tempat yang lagi indah sekalipun tak dapat buat kita lupa tanah tempat kita sendiri . Tapi , kalau ada yang lupa tu , tu manusia jenis yang lupa daratan , lupa asal-usul . Jangan jadi macam tu ye . . .

Ramadhan dah nak berlalu . . . Semoga bermanfaat Ramadhan kita tahun ni . Insya-Allah , amin . Raya bakal menjelma . Rindu nak jumpa saudara-mara . Terutama , sepupu CikNin yang terchenta , Nur 'Azmina . Sudah sekian lama kami tak bertemu , walau di alam maya . Maklumlah , dia sibuk nak SPM tak lama lagi . Harapnya dapatlah kitorang bertemu mata , bersua muka raya ni . *jiwang kejap* .

Eh , kejap . Korang tak pelik ke kenapa CikNin selalu update blog tengah-tengah malam or pagi-pagi buta macam ni ? CikNin pun pelik jugak sebenarnya . Macam dah jadi satu tabiat pulak . Buang tabiat kot ? Heh . Maybe sebab tengah-tengah malam baru ada idea nak menulis , mengarut kot ? Hoho . Tak pun sebab CikNin susah nak tidur . Yeah , rasa macam kena luah something dulu , lepas tu baru boleh tidur dengan lena . Mungkinlah kot . :D

Guys , CikNin chow dulu ye . Nak tidur , kejap lagi dah nak sahur . Byee ! Assalamualaikum . :)

Gambar lama . :)

No comments:

Post a Comment