Monday 6 August 2012

Ramadhan at Bumi UniSZA :D

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Wohooooooo ! Dah lama yang amat kan CikNin tak update blog yang terchenta ini . Heh . Sorry haa . Bukan tak nak update , tapi disebabkan masalah memori CikNin yang agak kabur serta malas , so , kadang-kadang tu tak tau nak conteang apa kat sini . Huhu . So , Ramadhan month is here now . Yeah , I know , I was too late to say Happy Fasting or what . But , I just want to share with you guys how's my Ramadhan at UniSZA for first time . ;)

Okey , masa first day Ramadhan tu , CikNin sempatlah bersahur + berpuasa + berbuka puasa dekat rumah .  Minggu tu CikNin balik rumah sebab Terengganu menang SUKMA , so , Menteri Besar bagi cuti peristiwa . Yeah , lepas rumah minggu tu , CikNin rancang tak nak balik rumah sepanjang puasa tu . Hmm , pengalaman baru . Bersahur ala kadar , tanpa KELUARGA . Buka puasa ala kadar , tanpa KELUARGA . :') Hmm , serius , sangat teringat dekat rumah ! But , it's okay .

Oh ye , dekat UniSZA ada buka bazar Ramadhan . So , senanglah kalau nak beli makanan berbuka . Kafe pun buka je . Tapi , kalau terasa nak tengok dan rasa pelbagai jenis makanan , pergilah ke bazar ! *macam promote je ni .* Tapi , CikNin tak suka ke bazar . Haha . Serius . Sebab yang pertama , jauh jugak dengan hostel . *padahal tak jauh mana pun* . Tapi , cuba bayangkan kalau kelas hari tu habis pukul 6 petang . Dengan Asarnya belum lagi , penat lagi . Kalau den tak sanggup dah . Cukup sekadar tapau makanan kat kafe je . Dekat pun dekat . Lagi satu , bajet pun selamat . Hehe . Tapi , Alhamdulillah , sepanjang puasa kat sini , tak pernah lah CikNin borong makanan mengikut hawa nafsu . *chewah* Entah , tak terasa nak beli makanan banyak macam orang lain . Hehee . Bagus jugak macam tu kan ? Takdelah hujung  bulan nanti buka puasa dengan maggi je . Huhu . Menu buka puasa CikNin , sangat simple . Kurma , nasi dan air manis serta air masak . Tu jelah hari-hari . Heh . Nak beli kuih , takde yang menambat sanubari + mahal . Terus tak beli . Hoho .

Untuk bazar Ramadhan , TESLIANS sem 1 ada buka gerai jugak . Mula-mula tu kitorang jual ais blended . Tapi , nampak macam kurang sambutan . Then , tukar strategi . Juallah pulak murtabak maggi . Alhamdulillah , berjalan dengan baik . Jaga gerai dibuat secara bergilir-gilir . Apa yang best pasal gerai ni , lepas habis berniaga , kitorang akan buka puasa dengan bergelas-gelas ice blended ! Haha . Sampai kembung perut , penuh dengan air je . :)

Hmm , minggu ni CikNin dah boleh balik KB untuk RAYA !!!!!!!!!!!!!!!!! *excited terlebih* Haha . Petang Rabu ni CikNin balik . Sungguh tak sabar rasa dihati . Huhu . Tapi , sebelum CikNin dan budak-budak TESL yang lain bersuka ria , bergelak ketawa nak balik kampung masing-masing , minggu ini dipenuhi dengan TEST serta KUIZ . Bersabar jelah . Tiga test serta kuiz dah beres . Lagi dua je yang tinggal . Alhamdulillah , subjek yang tinggal tu tak berat sangat . Insya-Allah , boleh buat yang terbaik . Aminn . Assignments pun banyak kena hantar sebelum raya ni . Lepas tu , dengan tambahan assignment baru yang perlu dibuat serta dihantar lepas raya ni . Heh . Lecturers , memang takkan bagi kita goyang kaki . Hmm , this is what we called university's life . Banyak benda nak kena buat , komitmen tersangatlah penting . Takde masa nak lengah-lengah . Kalau berlengah , alamatnya ada la yang kena bungkus markah nanti . :) Daan yee , sepanjang dua minggu Ramadhan ni , CikNin tak balik rumah pun . Sampai kadang-kadang tu terasa sangat sunyi + bosan . Rindunya tak payah cakaplah . Sampai terbawa-bawa dalam mimpi . Hmm . :) Tapi , minggu dah boleh balik . Seminggu awal dari budak-budak UniSZA yang lain . Alhamdulillah .

So , guys . Tunggu CikNin balik KB ye . Yang mana nak tunggu CikNin kat stesen bas tu , boleh je . Kot lah ada yang nak sambut kepulangan CikNin ke kampung halaman . Haha . *gaya macam orang besar-besar je , nak bersambut bagai* Tapi , kalau nak buat pun boleh jugak . Kui kui kui ! CikNin dah siap roger dah dekat budak-budak Puteri tu , kot-kot boleh buat majlis buka puasa pulak untuk tahun ni . Heh . Miss them damn much ! Tak sabar nak jumpa , kumpul ramai-ramai lagi . Wah , tersangat merindui mereka !

Hmm , CikNin nak undur diri dulu ni . Dah lewat ni , esok nak sahur lagi . Nasib baik esok cuti Nuzul Quran . Okey guys , Salam Nuzul Quran . Teruskan beribadah di hujung-hujung Ramadhan ni , sebab hujung-hujung Ramadhan nilah banyak sangat keistimewaannya . Semoga kita bertemu dengan Malam Lailatul Qadar , pada 10 malam terakhir nanti . Dah tak lama dah . Quran dah berapa juz ? Usaha khatamkan Quran bulan Ramadhan ni ye . Sama-sama kita buat . Tingkatkan amalan serta kesabaran yer . *remind untuk diri sendiri jugak* Hmm , jumpa lagi di entri yang akan datang ! Assalamualaikum . Salam Nuzul Quran .

- 16 Ramadhan -

No comments:

Post a Comment