Thursday 16 August 2012

Melawat Puteri . :D

Bismillahirrahmanirrahim .

Semalam , CikNin dengan beberapa orang kawan 5 Cekal '11 pergi melawat sekolah . :) Punya semangat CikNin nak melawat sekolah , siap ajak budak-budak ni lagi . Tanya diorang nak join CikNin pergi sekolah tak ? Alhamdulillah , boleh tahan jugaklah yang join CikNin semalam . Amin , Malek , Faisal , Khairul , Fais . :)

Janji dengan diorang pukul 10 pagi . My hulubalang , Ahmad Muzakkir menghantar adiknya ini ke sekolah . Heh . Baik abangku itu . Adiknya ini mengganggu tidurnya semata-mata nak suruh hantar pergi sekolah . Bangun je dia . Heh . Sweet abangku . :) Sampai sekolah , tunggu rakan yang lain sampai . Semalam , sekolah ada program . Majlis Khatam Al-Quran dan Pemberian Zakat dan Sumbangan . Heh . Memandai je pergi menyibukkan diri kat sekolah . Masuk sekolah , pergi lepak dekat pustaka . Takkan nak berkumpul dekat tempat budak-budak berkumpul kot . Tak pasal-pasal kena halau nanti , sebab kacau program . Heh . :P

Berkumpul dengan diorang , kongsi-kongsi cerita . Lama tak dengar khabar weh ! Masing-masing ada cerita , pengalaman , dikongsi bersama . :) Esok , Jumaat , kitorang akan berbuka puasa bersama ! Buat siaran ulangan macam tahun lepas , berbuka puasa bersama . :)  Insya-Allah , kedai Rizal Nasi Kukus , kedai keluarga Ariffuddin , akan menjadi tempat kami berkumpul , berbuka bersama . Tak sabar !

Zuraida , balik Kelantan raya nanti . Tak sabar nak jumpa dia , dah lama sangat tak jumpa . Insya-Allah , boleh jumpa raya ni . :D

Lepas majlis tu , kitorang pergi jumpa dan serbu mantan-mantan cikgu ! Haha . Pergi salam , tanya khabar . Cikgu macam terkejut tengok kitorang . Hehe . Maklumlah , ramai-ramai datang sekolah . CikNin sempat lagi tanya , 'Cikgu buat rumah terbuka ke , bila ?' Hehe . Nakal betul kan ? Cikgu-cikgu siap jemput lagi kitorang pergi beraya kat rumah diorang . Sayang cikgu sangat-sangat ! Hehe . :)

Tak sabar rasanya nak berkumpul dengan budak-budak ni esok ! Mama Haslina pun nak join jugak buka puasa esok . Insya-Allah . Hehe . Jumpa diorang esok ! :DD


No comments:

Post a Comment