Friday 4 January 2013

Annual Dinner Project.

Bismillahirrahmanirrahim...

So, last two weeks, me and Sheeda and the seniors organised a stall for MPP Carnival. The main aim of the stall is we need to raise fund for our Annual Dinner, which is going to be held on this 22nd of February. Sheeda and me and seniors, Kak Radziah and Kak Farah are the excos for the fund. So, wanna know what did we sell during that three days? ;)

Murtabak Maggi, Chocolate Marshmallow and float drinks... Hehe. Murtabak maggi, semester lepas kan kami dah jual benda tu waktu bulan Ramadhan di Bazar Ramadhan UniSZA. So, we think that we should continue the tradition. Kenapa? Sebab murtabak maggi kami memang mendapat permintaan serta komen yang positif daripada pelanggan. *gaya macam ahli perniagaan dah ni* ;) Marshmallow coklat tu idea baru. Alhamdulillah, memang kencang perniagaan kami selama tiga hari tu. :)

Pengalaman buat CikNin memang banyaklah walaupun hanya tiga hari. Bayangkan, berniaga dalam hujan, walaupun duduk bawah kanopi. Kalau hujan lebat, memang basah jugak. Penat memang tak payah cakaplah. Kalau balik bilik tu memang nampak katil dengan bantal jelah... Gerai dibuka pukul 10 atau 11 pagi dan berakhir jam 12 tengah malam. Lama jugaklah. Tapi, kami bergilir-gilir bertugas jaga gerai tu. CikNin dan Sheeda selalunya jaga gerai waktu malam. Walaupun hujan, tapi seronok sebab ada kawan-kawan dengan senior-senior kami yang sangat sporting, dan gila-gila! Memang happening gilalah diorang. Abang Ifwat, Abang Akmal, Abang Hafiz, Abang Aizat, Kak Aisyah, Kak Radziah, Kak Farah, Kak Nik, Kak Adda, Kak Ika dan ramai lagi. Hee.

The great seniors :D

Dapat sijil lagi tau! ;)

The crew. *ignore my pale face there*

Tiga hari, menjadikan kami lebih rapat dan lebih saling mengenal antara satu dengan yang lain. Yes, memang sebelum ni dah kenal, tapi tidak serapat itu. :D Sesungguhnya silaturrahim dan ukuwah itu sungguh indah. Juga, semangat kerjasama, saling bantu membantu. Serius cakap, tiga hari tu memang sangat best dan bermakna. Terima kasih kepada Senior Ifwat yang membawa CikNin dan Sheeda dalam keluarga exco Annual Dinner ni. :D

Haa, untuk kumpul dana ni, aktiviti yang kami jalankan bukan setakat jualan gerai ni je. Ada banyak lagi aktiviti. Antara yang dicadangkan ialah, car wash, bersihkan bilik dan rumah pensyarah, jumble sale, movie night dan mungkin ada beberapa lagi aktiviti. InsyaAllah, semuanya akan berjalan selepas cuti ni nanti dan semestinya sebelum Annual Dinner tu. Tema Annual Dinner tu, Senior Ifwat dah tetapkan tema Shades of Blue. Biru tu... I'm still looking for the clothes that I'm gonna wear on that night. Haihh. Susah betoii laa bab baju ni. =,=' Letak tepi dululah benda tuh.

By the way, agaknya belum lewat lagi kott untuk CikNin ucap Selamat Tahun Baru 2013. May this new year bring more blesses and good things. InsyaAllah. Make good Hijrah kay. CikNin pun perlu berhijrah lagi ni. Sama-sama kita buat eh? Amin.. Okey guys, sampai sini dululah ye. Until we meet again ! :D

p/s : To you, I'm Sorry. :)

No comments:

Post a Comment