Thursday 10 January 2013

Mereka Sahabat UniSZA.

Bismillahirrahmanirrahim.

Yes, entri kali ini pasal sahabat lagi. =) Kenapa? ;)
Semalam, UniSZA telah mengadakan Hari Warga UniSZA Sihat dengan jayanya dan telah disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi diploma UniSZA, semestinya. Heh. Jadi, kelas CikNin untuk siang hari itu dibatalkan. *heaven ke?*

Aktiviti yang diadakan pagi semalam ialah Senam Robik, pukul 10 pagi. Oh yeah, dah lama sangat CikNin tak aerobik ni! Memang seronoklah senam robik tu, ditambah lagi dengan adanya sahabat-sahabat di sisi yang sentiasa ceria dan bersemangat! Haha. Azi salah seorang daripadanya. Apa tidaknya, siap duduk dekat depan lagi. CikNin pun ikut jelah dia tu. Memang seronok tengok gaya Azi yang bersemangat tu, ikut je apa yang instructor tu buat. Heh. =D

Selepas Zohor, kami bergerak pulak untuk aktiviti kemuncak. LARIAN KAMPUS UNISZA. Yup, larian kampus. CikNin mengaku, CikNin sememangnya lemah sikit bab-bab larian ni. Heh. *sengih nampak gigi*
Jadi, kami dah putuskan hanya nak berjoging sahaja. ;) Ika siap bagitau lagi, "nasi yang aku makan tengah hari tadi tak cukup nak tampung aku lari laju nanti." Yelah tu Ika sayang oii.. Tapi.... lain pulak yang jadi.

Lepas berkumpul dan membuat sedikit regangan untuk memanaskan badan, kami dilepaskan. Mula-mula larian tu, 5 orang sahabat ni masih lagi bersama. CikNin, Ika, Azi, Leeda dan Athirah. Tak lama lepas tu, dah mula berpecah. Ika dengan Azi dah lari laju ke depan. Ika paling depan sekali dengan diikuti oleh Azi. CikNin, Leeda dengan Athirah memang dengan selamba badaknya berlari + berjoging bersama. Apa yang terbaik sekali semalam ialah kami semua berlari dalam hujan! Heh. Nasib baiklah hujan tak lebat. Bagaikan merahmati larian kami itu dengan suasana yang damai dan sejuk. *chewah, gitu!*

Kelibat Ika dengan Azi memang dah hilang dari pandangan. Laju betul diorang. Memang terbaik! Maka, berlarilah kami sehingga ke kawasan penamat. Sebelum sampai tu, Azi dah telefon Thirah, bertanyakan di mana kami berada. Maklumlah, dia dah sampai dulu kan? Hehe. Thirah tanya Azi dapat nombor tak untuk larian tu. Jawabnya tak. Ika pulak tak tahu ke mana. Dapat nombor kot.. :)

Sampai di garisan penamat tu, acara pembahagian hadiah baru nak berlangsung. Jumpa dengan Azi dekat situ tanpa Ika. Kami tunggu nama Ika dipanggil, sebab memang dah yakin sangat Ika dapat nombor dalam larian tu. Tunggu punya tunggu, nama Ika tak dipanggil. Azi dah panas punggung. Seketika kemudian, peserta perempuan yang mendapat nombor empat dalam larian diumumkan, Nurul Atika binti Muhammad! Kami bersorak untuk Ika tak ingat dunia! Elok je Ika turun dari pentas, terus CikNin dengan yang lain terkam dan peluk Ika! Subhanallah, memang tak jangka langsung Ika dapat nombor empat! Memang hebatlah! Memang depan-depan orang ramai tu kami peluk dan bersorak untuk dia! Biaq pi lah orang nak tengok ka apa ka.. Bangga gila kott!

Lepas tu apa lagi, sesi bergambarlah pulak! Ika bergambar dengan semua yang ada termasuk dengan budak-budak kelas mereka. Haziq dengan Izzat. =)

Serius, seronok sangat tengok mereka gembira sangat semalam. CikNin pun sama. Ditambah pulak dengan hadirnya orang baru dalam hidup Ika dan kami. Sempoi gilaa! ;D Apa-apa pun, congratulations again Ika, roommateku tersayang! Sayang kau dengan korang semua, Azi, Leeda dan Thirah! <3 Best friends till Jannah, Amin. =D









They are my BFF ! =)


No comments:

Post a Comment