Tuesday 10 April 2012

Pantun Pantun Pantun.

Bismillahirrahmanirrahim...

Korang sihat tak? CikNin sihat, Alhamdulillah. :)
Hari ni CikNin pergi sekolah, pergi untuk settle kan sijil Kokurikulum. Alhamdulillah, Allah permudahkan pekerjaan CikNin hari ni sebab PK KO dan Pengetua ada kat sekolah. Yippi!

CikNin pergi sekolah hari sensorang aje. Tak ajak pun budak budak ni. Tak nak menyusahkan diorang lah. Sebab diorang settle awal awal lagi hari tu. So, terpaksalah menapak sekolah tu sensorang. Takpe takpe, dah biasa kan, lima tahun kott pergi sekolah dengan bas. Hehe.

Lama gila kott lepak kat sekolah hari ni. Since pukul 11, sampai pukul 2. Alkisahnya sebab menunggu cikgu kesayangan, Puan Samsiah a.k.a Cikgu Sam. Heh. Tak tau menghilang entah ke mana. Masa baru sampai sekolah tu memang ada nampak Cikgu Sam tu. Lepas tu cari dia, tak jumpa jumpa pulak. SMS sudah kuhantar. Namun, tiada balasan. Sudah kuhubungi dirinya, namun tidak diangkat. *bertukar mood zaman dahulu kala. Dugaan betullah. Sabor jelah mak cik oii.. Heh. *mengaku sangatlah diri tu tua. Haha.

Nasib baik sekolah Puteri tu dah kira macam rumah nombor dua CikNin je gayanya. Takdelah nak rasa awkward ke apa. Selamba gila gi lepak lepak dekat KOOP, library dengan bilik guru. Heh. Gi berbual bual dengan cikgu segala bagai. Then, jumpa dengan my junior, Faris. Dia bagitau yang hari Ahad ni ada Pesta Pantun. CikNin pulak yang excited! Hehe. Faris ajak tengok diorang practise hari Khamis ni. Of course, CikNin nak join a.k.a menyibukkan diri kat sana nanti. Heh. Classmates CikNin datang sekolah tak lama lepas tu. Datang ambil sijil KO. Barulah ada geng nak lepak sekali. Heh. Habis pusing satu sekolah dengan diorang, diorang pun dah nak balik. :D

Dan pada ketika, saat, masa dan time itulah, *berapa banyak perkataan daa mau letak? Cikgu Sam dan Cikgu Maznah muncul di pintu pagar sekolah. From the middle of nowhere, tup tup muncul kat situ. *jatuh dari langit kott! Haha, jahat punya budak! Diriku terus menerpa ke arah mereka. Haha. Bersalaman dengan cikgu. Baru kutahu cikgu baru balik dari meeting untuk Pesta Pantun tu. Terus cikgu bagi mandat kat CikNin untuk tengok dan beri tunjuk ajar sedikit sebanyak dekat budak budak pelapis pantun tu hari Khamis ni. *besar sangat ke mandat aku tu. Heh. Orang kata, pucuk dicita, ulam mendatang. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal dan selimut. Hehe. *sesuka hati kau je yer CikNin, ubah peribahasa datuk nenek moyang kau. CikNin happy doe, orang tawarkan peluang macam tu. Chewah! Maklumlah, CikNin teramat rindu dengan geng Pantun dulu. Rindu sangat sangat sangat! Cikgu jugak ada ajak CikNin untuk ikut diorang waktu hari bertanding tu. Heh. Bolehlah tengok perlawanan
sengit nanti. *ching! ;))

Perbualan kitorang dilanjutkan hingga ke kantin sekolah. Alhamdulillah, dah orang nak belanja. Takkan nak tolak kott. Hehe.   Makan kejap, lepas tu Cikgu Sam panggil my other junior, Ali Shahriman. Cikgu suruhlah mak cik yang kononnya amat berpengalaman ni tunjuk sikit macam mana gayalah segala bagai. Sebab Ali ni ganti tempat CikNin sebagai pemantun keempat. Pemantun keempat ni ditugaskan untuk memperkenalkan semua pemantun pemantun yang ada . CikNin boleh rumuskan, Ali bagus sangat! Cuma cara penyampaian je kena baiki sikit. Yang lain semua okey sangat! Aduss, CikNin tersangat rindu nak berpantun dengan budak budak tu... Hmm. :'D

Balik dari sekolah, CikNin dapat mesej dari kawan lelaki kat SMIP. Dia ajak gi minum air. CikNin ikutlah dia dengan kawan kawan lelaki waktu kat SMIP dulu. Lama gila kott tak jumpa diorang. Tanya khabar, berbual dengan diorang. Best sangat. Heh. Lepas tu balik. Thanks guys, you're so great! :DD

Anyway, terima kasih sangat sangat yer korang. May Allah bless. Amin.

p/s :: menggigil dah berkurangan, tak sehebat petang tadi. =,='


Tak pasal pasal CikNin blushing... =,='

Gambar ni memang takde motif.



No comments:

Post a Comment