Tuesday 3 April 2012

A Great Day With Them!

Bismillahirrahmanirrahim .

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya satu majlis Reunion bagi bebudak 5 Cekal 2011! Heh. *gaya macam majlis terpenting je kan? Tapi, memang penting pun buat bebudak 5 Cekal 2011 ni. Huhu. Reunion ni diadakan di KB Mall, Kota Bharu Kelantan. :DD

Budak budak 5 C yang datang semalam, 11 orang jek. Tapi, walau apa pun, reunion semalam tersangatlah gempak dan superb!!! Yang ada semalam, Zuraida, Istiqamah, Illyana, Amer, Adha, Ariffuddin, Khairul, Amir Sharif, Zakwan, Aslam dan of course lah CikNin pun ada. Hee. Tiga orang budak kelas lain pun ada join jugak. Syafiq, Shahril dan Amalina. Maklumlah, diorang pun dah macam kitorang punya classmates sendiri dah. Yelah, dulu dulu selalu sangat lepak kelas kitorang. Dah kira macam budak kelas sendiri dah diorang tu. Huhu.

Tapi kan, kalau lagi ramai, sure lagi meriah reunion tu. Orang putis cakap, the more, the merrier. Kan, kan, kan?

CikNin sampai kat KB Mall tu around 10 lebih macam tulah. Janji dengan budak budak ni pukul 11. KB Mall baru je bukak masa tu. Huhu. Tak lama lepas tu, Zuraida sampai. Jalan jalan kat Popular. Usha usha buku. Lepas tu snap! Then, Adha and the gang sampai. Jalan jalan pulak dengan diorang sementara tunggu yang lain sampai. Berbual macam macam! Lama tak jumpa tu. Hee.

Ariffuddin ajak turun dan lepak kat KFC. Lepak kat sana while tunggu yang lain. Yang lain masih lagi dalam perjalanan ke sini. Ariffuddin marah sebab yang lain lambat. Haha. Maklumlah, lapar nak makan. :p Lepas semua sampai, kitorang makan bersama! Makan, berbual dan snap gambar! Tersangatlah gumbira + ceria + excited dan macam macam lagi perasaan yang indah... Ahhhh... *haha, emosi menguasai diri. :p

Lepas lepak di KFC, kitorang naik tingkat atas. Diorang cakap nak main boling! Alemak, mak cik ni tak pandailah nak main boling. Acece. Hee. Last last tak main pun, just tengok orang main je kat sana tu. Guys pulak lepas tu gi lepak main snuker. Yang girls lima orang ni ikut ajelah diorang tu. Tengok diorang main. Serius, boleh tahan jugak tengok diorang main! Zakwan, Ariffuddin dan yang lain pun sama jugak. Girls apa lagi, bergambar pulak kat situ. Hee. *tak habis dengan bergambar kan kitorang ni. :P

Bosan kat sana, girls gi lepak kat tempat lain pulak! Our destination? Popular and SMO bookstores! Hehee. Apabila dah kemaruk sangat dengan novel, lepak kat sini pun jadilah. Hehe. Dan yang paling penting, snapping lagi! Hehe.

Dalam tengah syok duk pilih novel tu, suatu perkara yang tidak diingini terjadi! *Jeng jeng... buat suspen sikit. Tiba tiba aje seluruh KB Mall yang sebesar alam tu GELAP! Black out! Takde elektrik! Sumpah terkejut! Nasib baik tak menjerit aje masa tuh. Adoiilah, pelik betul, seluruh KB Mall bergelap! Semua orang jadi panik. Yana yang nak beli buku siap nak bayar lagi, terus cancel sebab sistem down gara gara black out tuh. Then, decide nak pergi balik dekat budak budak lagi kat snuker tuh. On the way nak ke sana, terserempak dengan Zakwan dan Khairul. Diorang dah nak balik sebab ada hal. :)

Sampai kat tempat snuker tu, tengok diorang ni pun dah keluar sebab kat dalam sana memang gelap. Hanya ada lampu kecemasan je yang terpasang. =,='
Masa tu kitorang mengempang jalan depan eskalator. Bincang nak buat apa. Sebab KB Mall dah gelap tuh. Ramai yang nak balik. Yelah, takkan nak lepak dalam KB Mall yang gelap tu. Putus angin betullah masa tu. Frust, kecewa semua ada. Kalau diikutkan, memang lama lagi kitorang nak lepak kat sana. Tapi dah jadi macam tu, so what can we do. Huh. *sigh*
CikNin dengan Yana memang frust lah. Sebab kitorang memang plan nak lepak kat Noodle Station pulak lepas tu. Terus rosak plan! Hayyoooo... Agaknya KB Mall ikut seruan kerajaan kot. Kempen EARTH HOUR tu. Hehe. Sebab tu black out. Haha. ;D

Sebelum semua balik, kitorang bergambar untuk last time kat parking rooftop tuh. :D Best woooo..... Dengan angin kuat masa tuh. Hari nak hujan lah katakan. Sakan bebenor bergambar time tuh. Huhu. :D Lepas tu diorang balik. Heh.

CikNin, Da, Istiqamah dan Yana pulak, naik bas gi bandar KB. Sebabnya Da nak urus something kat sana. CikNin dengan Istiqamah nak ambik bas nak balik rumah pulak nanti. :)
Sampai KB tu, kitorang gi solat Zuhur dulu. Then, CikNin teman Da gi Tabung Haji, while Yana and Istiqamah gi SMO sebab Yana nak gi rembat buku yang tak jadi beli kat SMO KB Mall tu. Huhu. Lepas tu kitorang jumpa kat White Chicken Bistro. Makan time! Hehe.

Makan, berbual, snap gambar lagi. Heh. Tak lama lepas tu Lutfi sampai. Lepak dengan Lutfi pulak. Then, it's time for go home... Hmm. Baliklah masing masing ke rumah. Huhu. Bila pulak nak merasa keluar sama sama macam ni lagi kan? Hari Khamis ni maybe Da dah nak balik Terengganu. Gonna miss that. Gonna miss everything bout them. The best friends that I ever had!

InsyaAllah, kalau panjang umur, ada rezeki lagi, kita jumpa lagi yer... Jumpa ramai ramai lagi! Sayang korang dunia dan akhirat. You guys have the special place in my heart! <3 <3 <3

p/s :: Janji, sep kito jange pecoh deshh!





































































                                   :: credit to Illyana :D

No comments:

Post a Comment