Tuesday 17 April 2012

Pesta Pantun 2012 : Kami Johan ! :D

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum muslimin serta muslimat sekalian. :D Okey okey,  seperti yang telah sedia maklum sebagaimana tertulis dalam post post CikNin yang lepas, semalam merupakan hari Pesta Pantun peringkat QIT Penambang 2012! *ching! :)

Pesta Pantun semalam telah berlangsung dengan jaya serta indahnya... *puitis sudaa CikNin ni. CikNin sampai sekolah pagi semalam, kira kira pukul 8 pagi. Pesta Pantun tu bermula pada jam 8.30 pagi. Sampai sekolah tu, orang memang ramai lah dekat Persada Puteri tuh. Mana taknya, dah nama pun hari Ahad, sudah semestinya ada perhimpunan mingguan. Budak budak Puteri tu duk pandang semacam je. Yelah, dah akak ni masuk sekolah diorang kan. Heh. Dengan muka selamba gila dan dengan control ayunya yang tahap gaban tu, *ayu sangat ke CikNin oii? CikNin jalan masuk je sekolah tu dan lalu kat tengah tengah orang duk berhimpun tu. Hehe. Ada CikNin kesah? Sekolah CikNin jugak pun dulu. Huhu.

Selepas melalui serta merentasi lautan orang ramai itu, CikNin pun menapak ke library sekolah. Tempat budak budak pantun serta cikgu berkumpul. Sampai sana, CikNin tengok budak budak ni sedang di'touch up' atau pun disolek oleh cikgu cikgu. Yelah, bagi berseri sikit muka tu. Orang kata, bagi aura gitu. Hehe. Meriah betul!  

Lepas semua budak budak pantun tu ditata rias, *chewah! cikgu Maznah dengan cikgu Samsiah bagi taklimat serta nasihat sikit. Bagi semangat serta dorongan. Dan tak lupa jugak, doa dibaca bagi menambahkan keberkatan. Alhamdulillah. Sebelum bertolak tu, sempatlah, budak budak serta cikgu cikgu ni bergambar untuk kenangan. :DD

Lepas tu kitorang bertolak. Pelajar pengiring yang mengiring budak budak pantun yang ikut serta ke Pesta Pantun tu, seramai 15 orang. Ramai kan? Hehe. Nak challenge ke? Pendorong dan pembakar semangat yang terbaik tu... Tabik spring sama mereka! *buat gaya orang tengah tabik spring* :DD

Rombongan Pantun tu *bukan rombongan Cik Kiah ye, bertolak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (SMIP), selaku tuan rumah Pesta Pantun, kira kira jam 8.15 pagi. Rombongan kitorang pergi sana dengan jalan kaki je. Alaa, jiran sebelah je pun. Dekat sesangat. Kalau naik kereta buat bazir minyak kereta je. Heh.

Sampai di sana, berkumpul di depan Dewan Mini SMIP. Buat pendaftaran apa semua, lepas tu lepak lepak depan tu sebab tunggu rombongan pantun dari sekolah lain. Sambil menunggu tu, memang sempatlah budak budak ni duk bincang pasal pantun tu. Tanya apa apa yang patut. Reka pantun. Dan yang paling best, duk flashback balik masa Pesta Pantun tahun lepas dengan budak budak ni. Haha. Macam macam betullah. ;D

Untuk peringkat pertama, geng pantun SMK Puteri bertemu dengan wakil pantun dari SMK Kota Bharu. Menggigil dengan sejuknya tangan cikgu cikgu serta pengiring pengiring, tuhan jelah yang tau. Kitorang pulak yang nervous untuk budak budak tu. Alhamdulillah, lepas je pembukaan pengenalan para pemantun tu, rasa okey sikit. Jadi bertambah yakin dengan kemampuan diorang. Orang dah berpengalaman. :D Syukur Alhamdulillah, rezeki berpihak pada kami. SMK Puteri berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir! *wink wink ;D

Pada peringkat separuh akhir, SMK Puteri bertemu dengan lawannya, iaitu wakil dari SMK Ismail Petra, tuan rumah sendiri. :) Perasaan CikNin waktu tu, memang tak boleh nak digambarkan. Maklum sajalah, bertemu pulak dengan tuan rumah. Tapi, CikNin amat yakin dengan diorang. Cukup yakin dengan persediaan mereka, keyakinan mereka, dan segala galanya! I really put my trust on them! Dan, mereka benar benar membuktikannya! Alhamdulillah, wakil SMK Puteri telah berjaya sekali lagi dengan menewaskan pihak tuan rumah! Yeah! Sudah tentu tentunya mereka berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir.. Gembira + sebak tak terkira waktu keputusan diumumkan tu. Cikgu Samsiah dan cikgu Maznah tersangat gembira sehingga mengalirkan air mata gembira. :'DD Rakan rakan pengiring yang hadir tu pun, gembira tak terkata. Semakin bersemangat diorang untuk terus menyokong dan memberi semangat yang tak berbelah bagi buat para pemantun SMK Puteri tu. :D

Pada peringkat akhir, pertandingan pantun diadakan di Dewan Mini SMK Ismail Petra sebab Dewan Petra *dewan besar digunakan untuk majlis pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Dewan Mini tu dipenuhi dengan ramai orang. Penuh dengan pelajar SMIP, penuh dengan pemantun pemantun serta guru guru. Sampai kitorang yang pengiring ni takde tempat nak duduk. Last last, kitorang duduk lepak atas meja yang bersusun banyak yang terletak di belakang dewan. Heh. Ada kitorang kesah? Atas meja pun mejalah, janji kitorang dapat tengok perlawanan akhir tuh. Hehe.

Dengan muka selamba gila, kitorang lepak kat belakang tu, sambil memberikan sokongan yang padu buat pemantun pemantun kami. Haha. Tepuk tangan tak ingat dunia! Orang tengok semacam je. Heh! CikNin tak kesah pun. Budak budak ni, lagi tak kesah! Hahaa. :p

Syukur Alhamdulillah, kejayaan sekali lagu berpihak pada kami! Syukur! Kaku terkedu, tidak terkata! Subhanallah! Gembiranya Allah saja yang tahu! Mengalir air mata gembira dari air mata guru guru serta para pemantun... :'DD CikNin memang gembira dan teramat berpuas hati dengan kejayaan mereka! Sangat bangga dengan apa yang mereka kecapi! Usaha selama ini ternyata amat berbaloi. :DD Kejayaan ini dikongsi dengan PK KO SMK Puteri, Encik Roslan bin Nik Mat, yang turut hadir semasa pertandingan akhir berlangsung. Berseri seri dan bercahaya muka PK KO. Haha. Bagaikan ada lampu yang tergantung di atas kepalanya. Hehe. :p

Oh yee, pemantun pertama, Afiqah telah dinobatkan sebagai pemantun terbaik! Cayalah! Kaku terkedu dirinya sewaktu diumumkan sebagai pemantun terbaik. Selepas ni, mereka akan bertempur pula di peringkat daerah. Besar harapan CikNin agar mereka berjaya di peringkat daerah tu nanti, sebab tahun lepas kami kecundang di peringkat tersebut. Hehe. :D

CikNin tak sempat nak kongsi kegembiraan dengan mereka lama lama semalam sebab CikNin terpaksa balik awal. Lepas keputusan diumumkan dan ucap tahniah kat diorang, terus CikNin balik. Nak bergambar dengan trofi kemenangan diorang pun tak sempat. Well, that's okay, CikNin pergi sekolah nanti boleh sangat nak tengok trofi diorang tu sebab CikNin akan tolong diorang lagi untuk Pesta Pantun peringkat daerah tu nanti. Hmm. I'm really proud of them!

Kepada adik adikku, Ali Shahriman, Ahmad Faris, Alya Shafiqa, Nur Afiqah dan Ainaa Shehnaz, kak bangga sangaaaaaaaaaaat dengan korang!!! You guys did the best lah! Nanti peringkat daerah buat yang lagi baik ea? I know you guys could do it! Buat Ali Shahriman dan Ainaa Shehnaz, kak teramat bangga dengan korang, sebab walaupun adik adik kak masih baru lagi dalam bidang ni, korang buat bagus sangat! Bangga sama korang! :DD
Kak akan sentiasa menyokong kamu semua! Sayang kamu semua sangat sangat! <3 <3 <3

:DD
Tenaga pengajar yang tak berapa nak mengajar :P

Pemantun keempat : Ali Shahriman,
si pemuda gagah perkasa ;D

Ali : Mengangkat sembah. :)

CikNin bersama Ali Shahriman :D

Pemantun kelima : Ainaa Shehnaz,
si gadis manis bersama gadis gadis pengiring. :D

Ali Shahriman bersama Ahmad Faris, pemantun kedua,
pahlwan Melayu, gagah perkasa. ;D


Alya Shafiqa : pemantun ketiga bersama sama Ali dan Faris,
si gadis manja. ;D

Pemantun pertama : Nur Afiqah, si gadis ayu. :D
Bersama sama gadis gadis pengiring. :)

Semasa pertandingan pertama. :D
p/s : gambar tak cantik, sorry. :)
Sayang mereka ketat ketat ! <3 :D

Kejayaan milik kami.. Alhamdulillah. :DD



No comments:

Post a Comment