Saturday 21 April 2012

Orang Lain Dah Siap, CikNin Baru Nak Buat. :)

Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum! Tak sempat CikNin nak post entry 3 4 hari lepas, maaf maaf. :) CikNin ni baru je sibuk sibuk nak buat lesen. Tu yang kelam kabut sikit tu. Pergi daftar dekat Kotaraya dengan masuk kelas KPP hari Selasa lepas. Nasib baiklah ada mak sedara yang kenal cikgu memandu kat Kotaraya tuh. Kalau tak, entah bila lah nak dibuatnya lesen memanduku ini. Heh. Kenal dengan Ayah Nasir. Dia yang urus lesen CikNin dengan lesen cousins CikNin. Alhamdulillah, dia amat menyenangkan. :DD

Hari Selasa lepas, memang lepak kat Kotaraya je satu hari tuh. Dari pukul 7.30 pagi, sampai pukul 5 petang. Kursus KPP dah 5 jam. Serius penat duk menadah telinga dengar orang berceramah tuh. Sakit pinggang dengan panas punggung dah satu hal. Kes duduk lama sangat. Tapi, nasib baik ada geng. Kenal dengan seorang kakak ni. Kak Diyana, umur 24. Pergi mana mana pun dengan dia jelah. Alhamdulillah. Takdelah duk terkontang kanting seorang diri kat sana. :DD

First day kat sana merupakan hari pelajar pelajar memandu kat sana, test dengan JPJ. Macam macam gaya tengok. Hehee. CikNin jumpa ramai kawan CikNin. Diorang test dengan JPJ. Ada yang lulus, dan ada yang sebaliknya. Heh. Apa apa hal pun, CikNin ni, baru kelam kabut nak buat lesen. Al maklum sajalah, baru ada rezeki lebihlah katakan. ;D Takpe, janji buat. Ye tak?

Okey okey, cerita pasal hari ni pulak. Hari ni CikNin test undang undang berkomputer. Pagi pagi lagi pergi Kotaraya, trainning guna komputer kat sana. MasyaAllah, markah asyik tak mencapai target je masa tu. Mulalah rasa seram sejuk nak ambil ujian yang betul betul punya tuh. =,='

Ayah Nasir hantar CikNin dengan tiga orang lagi dekat MySpeed, area Kg. Pauh, Panji. Masuk kat sana, MasyaAllah, ramainya orang, tak ingat!! Mulalah kepala ni duk menonggeng isi dalam otak, duk fikir, bilalah giliran CikNin nak ambil test tu. =,='
Daftar dulu, lepas tu ambil gambar, then, tunggu giliran! Bosan maut menunggu! Dahlah perut duk syok berbunyi. Macam macam lagu diputarkan. Keroncong, ghazal. Sebut je, semua ada. Nasib baik ada kakak yang datang sekali dengan CikNin tu. Kak Aswani namanya. Duk berbual dengan dia lah. :)

Adik dia yang datang sama untuk test jugak, ajak pergi breakfast dulu. Lama lagi kalau nak menunggu pun. Tinggal pesan kat kerani apa semua. Kerani tu cakap, pukul 11 lebih bolehlah kalau nak datang balik. Then, cabut pergi breakfast! Hehee... ;DD Oh ya, pergi breakfast naik kereta. Walaupun semua baru nak ambil lesen. Haha.

Waktu kat restoran tu, barulah kenal yang lagi dua orang tu. Adik kak Wani tu namanya Amin. The other guy tu pulak nama Ahmad Shahir. Dia ni kawan kepada Amin. Tapi, tengok diorang rapat gila.. Macam siblings tau! Masa tu barulah boleh bertegur sapa. Hehe. Kekok betullah.. *buat muka tersipu sipu. Nasib baik Kak Wani ada.  Takdelah segan sangat. :) CikNin respect the guys sebab pandai buat orang bercakap. Muahaha. Bagus betullah. Agaknya kalau diorang tak bercakap dengan CikNin, sampai sudah CikNin senyap. Hehee. Apa yang kelakarnya, selamba je diorang panggil CikNin kakak! Haha. CikNin senyap je. Tapi, CikNin tau yang guys tu lebih tua dari CikNin. Huhu. *mengaku muda laa tu. ;)

Serius cakap, diorang baik sangat! Abang Mat tu siap belanja kitorang lagi untuk breakfast tuh! Sungguh tak sangka... Kalau Abang Mat tu belanja Kak Wani dengan Abang Min tu, kira okey dan logik jugaklah kan? Ni CikNin yang baru je kenal hari ni, dalam masa beberapa jam je kenal. I was like, Ya Allah, they're so kind and friendly! I was grateful that I met them! Seriously! :DD *Semoga Abang Mat sentiasa dimurahkan rezeki. Amin~ ;)

Lepas breakfast tu, kitorang pergi rumah Kak Wani kat Perumahan Padang Tembak. Rehat kat sana kejap sebelum pergi balik kat MySpeed tu. Then, CikNin berbual dengan Kak Wani. Kak Wani tanya CikNin apply kat mana untuk further study nanti. Spontan Abang Mat dengan Abang Min tanya, CikNin umur berapa? Dengan selamba serta dengan muka yang tak berdosa, CikNin jawab, 18. Terus diorang ketawa. Mati mati diorang ingat CikNin ni kakak diorang! Hahaha. Tak pasal pasal CikNin dengan Kak Wani pun ketawa sama. :DD *I could feel the chemistry between me and them. ;)

Around 11 am, kitorang pergi balik dekat MySpeed tu. Betul punya dugaan hari ni, pukul 11 lebih, orang still ramai duk tercongok menunggu kat situ.... CikNin dengan Kak Wani tanya kerani tu kalau kalau nama kitorang dah dipanggil ke apa. Dia cakap belum dipanggil dan akan dipanggil sebentar kemudian. Bukannya apa, nanti yang guys ni tak terkejar pulak Solat Jumaat.

Tunggu punya tunggu, kerani tu akhirnya panggil nama nama terakhir sebelum pejabat MySpeed tu ditutup untuk rehat serta memberi laluan kepada solat Jumaat. Buat nama yang tidak dipanggil tu, kena datang balik kat MySpeed tu pukul 2.30 petang. Frust CikNin tak terkata, sebab yang sempat untuk ambil ujian sebelum pukul 12 tu, Kak Wani dengan Abang Mat je! CikNin dengan Abang Min kena datang petang tu pulak. Sedih weh, datang awal pagi, kena ambil ujian petang pulak. Lepas Abang Mat masuk dalam bilik ujian tu, CikNin dengan Abang Min lepak kat luar sebab kerani tu suruh. CikNin tak tau nak berbual apa dengan Abang Min, last last dua dua diam aje. Haha. Frust punya pasallah ni. :|

Tengah lepak dekat luar tu, tetiba Kak Wani datang membawa utusan gembira! Kak Wani cakap, CikNin dengan Abang Min boleh ambil ujian sekali dengan diorang! Haha. Pandai betul Kak Wani ayat kakak kerani tuh! Bodek punya bodek, akhirnya boleh jugak kerani tu adjust CikNin dengan Abang Min ambil ujian dengan diorang. Yelah, takkan nak datang lagi sekali kan? Kak Wani ayat cakap kitorang berempat ni adik beradik! Hehee. Datang sekali, takkan tak boleh ambil ujian sekali. Sekali kerani tu bagi! Cayalah! Huhu. Rezeki kitoranglah agaknya. Alhamdulillah. :D

Dalam bilik ujian, mula mula semua fokus. CikNin memang try jawab sehabis baik laa. Risau ni kalau kalau tak lulus. Kalau tak lulus, alamat terbanglah RM30, untuk bayar ujian ulangan pulak nanti. Heh. Lepas siap jawab, re-check balik. Tengok tengok kalau ada soalan yang terlepas pandang ke apa. Lepas tu, dengar Kak Wani dengan Abang Min bercakap. Haha. Last last, CikNin dengan Abang Mat menyampuk sama. Abang Mat dengan Abang Min duk tanya soalan. Tengah duk syok bercakap, sampai kerani tu ketuk pintu! Haha. Gila betullah! Serius lawak! Haha! ;DD

Tak lama lepas tu, Kak Wani dengan Abang Mat siap. Alhamdulillah, Kak Wani lulus! 45/50! Abang Mat pulak, dapat 34/50. Takde rezeki dia. CikNin keluar selepas diorang. Alhamdulillah, CikNin lulus. Dapat markah 47/50. Tak sangka langsung! Rezeki CikNin. :DD Abang Min keluar last sekali. Bukan main lama dia kat dalam bilik ujian tu. Padahal dia masuk sebelum CikNin. Kelakar tengok gelagat dia kat dalam tu. Tak duduk diam. Heh. Bukan rezeki Abang Min jugak hari ni. Fail jugak. 35/50. Beza satu je dengan Abang Mat. Frust diorang! Takpe, lain kali cuba lagi. Boleh punya!

Dalam kereta, sakan kitorang berbual! Abang Mat dengan Abang Min tak puas hati. Diorang cakap, macam manalah girls pulak yang lulus ni. Guys, dua dua tak lulus! Haha. Sakan Kak Wani dengan CikNin gelak! Ada ke patut cakap macam tu? Ish...

Apa apa pun, diorang tersangatlah bagus! Diorang hantar CikNin balik rumah tadi... Baik sangat! Dah kenal rumahlah kiranya. Nanti boleh ajak diorang datang rumah lagi. *wink wink ;DD
They're soooooooooooooo great and kind!!! Subhanallah.. Alhamdulillah, CikNin dapat kenal dengan diorang.. :D

p/s :: Terima kasih Ya Allah, atas nikmat serta kurniaanMu. Semoga kami sentiasa berada di bawah payung rahmatMu. Amin...~ :DD








1 comment:

  1. akak, kena daftar kat website dulu tak sebelum pergi myspeed ?

    ReplyDelete