Thursday 31 May 2012

Senyuman di Sana Part 1 . . . :D

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Assalamualaikum semua ! Apo kabo rakyat jelata sekalian ? *chewah , gaya macam Sultan Melaka je . HOHO ! Lama sungguh kita tidak bersua muka , bertentang mata serta berganding bersama , ye tak ? Gaya macam dah lupa daratan je kau ni CikNin ye , mentang mentang hari tu kau duk main dekat laut . Terus lupa daratan ! *dah start merapu meraban dah CikNin ni .

Minta ampun , minta maaf sebab dah lama gila tak update blog terchenta ni ! Dah jadi ala-ala 'Cool Blog' je , blog CikNin ni . Hehe . Sejuk sebab dah takde cerita . Hoho .

Okey , dalam entri yang lepas CikNin ada cakap pasal CikNin dan keluarga pergi ke Manjong , Perak . Malam sampai sana tu , kami menginap kat hotel di Lumut . Kiranya sekali dengan rombongan cikgu cikgi sekolah Abah lah . Sampai kat sana dah tengah malam . Tepat jam 12 tengah malam ! Hehe . *buat gaya saspen ala-ala cerita seram . Sampai sana , terus check-in bilik . Lepas tu pergi melantak kat kedai mamak berhampiran dengan hotel tuh . CikNin dah teramat penat masa tu , maklumlah pagi tu kan ada temuduga bagai . Petang terus bertolak + perjalanan yang memenatkan , lagilah jadi penat dibuatnya . Terbongkang tidur je lepas tu . Hoho . ;)

Esoknya , lepas rombongan ke sekolah Manjong tu *CikNin tak ikut rombongan kami tu ke Pulau Pangkor pulak ! Hehe . Yang bestnya jeti feri tu kat depan hotel tu je . Jalan kaki je dik non . Masa kat jeti tu , jumpa mantan cikgu cikgi CikNin . Berbual bual . Then , naik feri . Kata Abang , naik feri ke Pulau Pangkor tu setengah jam je . Yelah , orang tu kan dah gi Pulau Pangkor dulu . ;) Masa dalam feri memang gempak gila lah ! Cikgu cikgi buat bising ! Haha . Serius lawak ! Dah terbalik pulak , patutnya budak - budak yang buat bising . Nasib baik orang takde sangat masa tu . Heh . ;)

Sampai kat Pulau Pangkor , kami naik teksi . Teksi kat Pangkor bukan kereta macam kita kat sini , tapi van . Yang menarik pasal teksi ni , dia warna PINK ! Haha . Cute gila gila ! Yang lagi cun , kebetulan hari tu CikNin pulak pakai baju warna PINK . Memang secocok sangatlah ! Sampai Cikgu Kamaruddin , *cikgu BM CikNin dulu tanya CikNin ,

"Fatnin , memang dah plan pakai pink sebab teksi ni ke hari ni ?" Haha . Ketawa je CikNin masa tu . Buat lawak pulak cikgu ni . ;) Lepas tu , gerak ke tempat penginapan . Chalet kami jauh sikit dari jeti . Kira-kira 10 hingga 15 minit . Kami menginap di Nipah Bay Villa . Cantik tempat tu . :)

Lepas check-in , makan tengah hari kat chalet tu . Okey , makanan kat situ mahal GILA ! Sepinggan nasi goreng cina pun dah RM7.50 ! Masa tengah makan tu , Abang buat keluar aura nak gi tengok final bola kat KL . Sebab asalnya , Abah plan macam tu . Lepas tu , Umi cakap , bila masa pulak . Takdenya nak gi tengok bola . Isnin dah sekolah . CikNin dengan Abang dah buat muka lain macam dah . Terkejut dengan watikah yang disampaikan . CikNin memang dah bersemangat gila nak gi tengok bola . Last , kata decide nak gi KL dengan bas .

Kerja gila . Memang kerja gila ! Esoknya bangun pagi pagi , check-out , then terus gi jeti . Nak cari tiket bas ke KL kat Lumut pulak ni . Malam tu dah final bola . Sampai Lumut , terus gi stesen bas Lumut . Alhamdulillah , rezeki kami . Nasib baik ada tiket kosong ke KL , bas Arwana . Bas bertolak pukul 11 pagi . Bayangkan , bola punya pasal , breakfast pukul 10 . Lepas beli tiket bas . Hehe . Lepas tu , bertolak !

Alhamdulillah , jalan takde jem ke apa ke . Sampai Stesen Bas Jalan Duta , KL , kul 3 lebih . Solat jamak + tukar baju . Che Sue datang ambil . Makan kejap . Lepas tu terus bertolak ke Bukit Jalil . Masa dalam perjalanan tu memang dah nampaklah kemeriahan penyokong penyokong Kelantan atas jalan raya tu . Macam macam gaya ada .  Hehe . Happening gila ! Heaven ! Nak masuk kat Stadium Bukit Jalil tu , tak payah ceritalah , jalan memang sibuk sesibuknya ! Nak cari parking pun susah . Last last jumpa jugak , atas bantuan seorang pak cik polis ni . ;)

Masuk kawasan stadium tu , memang penuh dengan orang yang menjual macam macam benda yag berkaitan dengan bola . Dan mata CikNin memang rambang serta kembang melihat lautan Merah ! Hee . Hanya warna merah je CikNin nampak . Che Sue dengan Uncle Dee sempat berbelanja baju bola untuk diri mereka serta untuk anak anak mereka , iaitu Wafiq dan Syahmi . :)

Kami masuk ke stadium lebih kurang pukul 6 macam tulah . Tapi , yang ngerinya masa nak masuk pintu tuh . Gila ! Berhimpit dengan manusia manusia lain ! Masya Allah ! Tapi , nasib baik ada hulubalang yang sentiasa ada di belakang , menjaga keselamatan adiknya ini . Hehe . Hulubalang terbaikkkk punya ! :)

Masuk stadium , cari tempat duduk . Suasana memang gempak ! Meriah habis ! Dengan bunyi tiupan vuvuzuela , gendang serta sorakan sorakan daripada penyokong , memang menghangatkan lagi suasana di stadium ! *walaupun kemungkinan untuk pekak itu ada* Heh .

Berlangsunglah permainan bola sepak antara pasukan Kelantan The Red Warriors menentang pasukan Sime Darby . . . Banyak peluang untuk pasukan Kelantan menjaringkan gol , tapi tulah sering ditepis serta ditangkis oleh pihak Sime Darby . Walau apa apa pun , Kelantan tetap menjuarai liga dengan sepakan penalti . Alhamdulillah . Kira memang berbaloilah CikNin dengan Abang usaha datang KL , semata mata nak tengok bola ni . Kerja gila lah katakan .  Tapi , satu je CikNin geram . Si Ghaddar tu , banyak sangat main mainnya . Mainlah betul betul walaupun dia dah jaringkan satu gol tu . Hish , geram betul .


    ******************************************************************************

Nantikan sambungan slot Samarinda yang seterusnya . . .

*wakaka ! ;D
















Semasa on the way ke Perak . :)


No comments:

Post a Comment