Tuesday 15 May 2012

Temuduga Oh Temuduga !

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Okey , seriously , CikNin sekarang teramatlah busy sebusy nya . . . Temuduga IPG tu lagi 2 hari . Ya Allah , permudahkanlah . Banyak benda yang CikNin perlu ambil tahu serta patut tahu . Okey , otak CikNin dah agak sarat ni . Semoga jangan ada fius serta wayar putus nanti . Haha . I just hope that I could my best during the interview . Doakan CikNin jugak yer ? *buat mata berkelip kelip*

Pagi tadi CikNin terima satu mesej . Mesej dari abang angkat CikNin . Dia bagitau CikNin yang dia ditahan di wad sebab dia perlu dibedah kerana masalah APPENDIX . CikNin sempat balas mesej dia petang tadi , gara gara kredit CikNin kekurangan . Semoga dia selamat menjalani pembedahan tersebut . Amin . . . Akanku sentiasa doakan kesejahteraanmu . :D Be strong abang !

Interview oh interview ! *okey , tak habis lagi . :P Sabarlah CikNin oii , penyeksaan serta penantianmu itu akan berakhir juga nanti . Berusahalah sehabis baik , seterusnya berdoa serta bertawakkal kepada Allah S.W.T . Bukan ke doa itu senjata orang mukmin ? Kan ? Dia sentiasa berada di sisi kita . InsyaAllah . :D *nasihat kepada diri sendiri supaya jangan mudah mengeluh . :)

Okey guys , CikNin nak beradu dululah , sebab jam pun dah tunjuk yang CikNin ni dah lewat untuk tidur dan berehat . Well , pagi esok nak sahur untuk puasa lagi . Kang terbabas tak pasal pasal . :))
Assalamualaikum ! :D

No comments:

Post a Comment