Friday 18 May 2012

: : Temuduga IPG (KPLSPM Ambilan Jun 2012)

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Alhamdulillah , kelmarin CikNin dengan selamatnya telah menempuh satu temuduga . Temuduga IPG . Heh . Alhamdulillah , CikNin dapat menempuhi temuduga itu dengan baik . :)

Sesi temuduga CikNin semalam pada pukul 11 pagi dan bertempat di Institut Pendidikan Guru Kota Bharu . Tapi , CikNin ke sana setengah jam awal , sebab surat temuduga bagitau macam tu . Okey , dalam ramai ramai orang yang temuduga untuk kursus TESL tu , CikNin je yang pakai blazer / kot . Mungkin sebab tengah hari kot . Panas . Hehe . Sesi 11 pagi tu start lambat , gara gara sesi temuduga pukul 8 pagi tu lambat siap . Penat gila CikNin dengan budak budak lain duk menunggu . Oh ya , bilik temuduga juga diasingkan mengikut kursus yang kita ambil . Bagi sesi CikNin , sepatutnya 8 orang yang ditemuduga , tapi seorang tak hadir . Sempat juga jumpa dengan kawan CikNin masa sekolah kat SMIP dulu tu , Aliya Tasniim . Dia temuduga untuk kursus subjek Sejarah .

Sesi pukul 11 pagi tu bermula jam 12 lebih macam tu . Mula mula , kitorang perlu menjalani UJIAN INSAK . Ujian ni macam nak menentukan kita ni layak jadi guru ke tidak . Lebih kuranglah , tak susah pun . Hanya perlu jawab mengikut akal logik kita je . Soalan dia sebanyak 135 dan kita perlu menjawab semua soalan hanya selama 30 MINIT SAHAJA . Untuk itu , kita perlu bijak bermain dengan masa . ;) Alhamdulillah , CikNin dapat jawab semua soalan mengikut masa yang ditetapkan . :)

Sesudah menjalani UJIAN INSAK tu , CikNin dengan 6 orang lagi rakan menjalani temuduga secara berkumpulan . Oh ya , dalam kumpulan tersebut  ada 4 orang lelaki dan 3 orang perempuan . *lelaki lagi ramai tu . Tajuk yang kitorang kena bincangkan ialah 'Pencemaran Bahasa'. *soalan dia agak ekstrem okey . So , berbincanglah kami . Masa menjawab soalan pertama tu , CikNin agak gementar , so , terkeluarlah segala broken English . Haha . Lawak sungguh . Boleh nampak tangan gementar kalau pegang kertas . Haha . Lepas tu , untuk soalan soalan yang seterusnya CikNin dapat jawab dengan baik . Alhamdulillah . Perbincangan berkumpulan tu sepatutnya berjalan selama 30 minit , tapi , kitorang dah siap dalam 20 minit . Haha . Serius , dah takde idea nak goreng kot . 20 minit pun okey apa , sebab kumpulan pertama tu buat dalam 10 minit je . Lagi kejap ! Hehe . ;)

Selepas itu , kitorang diminta untuk tunggu kat luar bilik . Dan temudauga individu bermula ! Giliran CikNin yang keenam . Hehe . Nasib baik . Gementar jugaklah . Lepas sorang , sorang . Dan akhirnya tiba giliran CikNin pulak ! Hoho . Masuk dengan tertib , ketuk pintu dan bagi salam . Maniskan muka yer . Lepas tu , minta izin dengan penemuduga tu untuk duduk .

Mula mula diorang tanya pasal latar belakang CikNin . Oh ye , lupa pulak , sebelum penemuduga tanya soalan pertama tu , sempat lagi dia cakap nama CikNin ni unik , dan dia pelik tengok kad pengenalan CikNin . Yelah , CikNin buat kad pengenalan baru hari tu . Kad pengenalan baru sekarang kan dah ada dua gambar . Kelakar betul . Sempat lagi dia . :) Penemuduga CikNin dua orang je , seorang lelaki dan seorang wanita . :D

Antara soalan yang dia tanya ialah ,

'Kenapa berminat dengan profesion perguruan ?' So , CikNin jawab lah , bla , bla , bla  . . .
'Kenapa pilih kursus TESL ?'
'Ada dapat mana mana tawaran lain selain IPG ?'

Ada lagi soalan yang dia tanya . Alhamdulillah , CikNin dapat semua soalan yang dia tanya . Tapi yang peliknya , bila kat dalam bilik tu takdelah rasa gementar sangat . Sebab penemuduga penemuduga tu sporting je , tak strict lah . Huhu . CikNin siap bergurau lagi dengan penemuduga tu . CikNin tanya diorang , 'awak nak saya menyanyi ke ?' Dengan pantas penemuduga tu cakap , 'tak perlu tak perlu , sebab dah tengah hari.' Haha . Yelah , nanti kalau dah masuk IPG , CikNin akan mengajar budak budak kecik . So , kena cara nak tarik perhatian diorang . Sebab tu CikNin tanya dia macam tu . Hoho . Ketawa je penemuduga tu . Lepas diorang puas hati , CikNin pun keluar . . . Tamat ! Heh . Haa , lagi satu . Sesi temuduga CikNin tu semuanya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sebab CikNin ambil kursus TESL . ;)

Sekarang , CikNin berdoa serta bertawakkal agar CikNin dapat masuk IPG . InsyaAllah , Amin . . .
Petang kelmarin terus bertolak ke Lumut , Perak . Abah dengan para cikgu sekolah dia yang lain ada rombongan ke Sekolah Kebangsaan Manjong ke apa , macam tulah . Penat , penat , penat . =,='

Nanti CikNin update pasal rombongan ni beserta gambar yer . *yang penting bukan rombongan Cik Kiah . Haha . :P

No comments:

Post a Comment