Friday 4 May 2012

Bukanku Malas , Tapi ...... :)

Bismillahirrahmanirrahim .... :)

Assalamualaikum warahmatullah ! Hehe . Ayoyo , wa manyak manyak soli ma , sebab suda lama wa tarak update wa punya blog ini . Sepeli , *ehem , basahkan tekak sat .* Seperti tajuk yang tertera kat atas sana nun , *bukan di atas langit ye, bukannya CikNin malas nak meng'update' ke apa ke kan , tapi I'm kinda of busy , satu dua minggu ni . :)

Yelah , mana taknya , CikNin sibuk duk mengejar nak siapkan lesen nih . Abah kalau boleh nak CikNin siap lesen sebelum mendaftar masuk kat mana mana pusat pemgajian tinggi . *InsyaAllah , kalau ada rezeki . Tapi itulah , harap harap sempat . InsyaAllah :DD *nak cepat , tapi buat slow je kau CikNin . Heh .

Mmm , minggu lepas , hari Khamis . CikNin dan family gi KL nun . Pergi menjemput keberangkatan pulang hulubalang CikNin yang amat CikNin kasihi serta sayangi lagi dirindu itu . *Heh , ayat dah macam apa je ni . Okey , abang CikNin tu dah menamatkan tahun asasinya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) . Bravo bro ! :D Heh . CikNin bila pulak ekk ? Hehe . InsyaAllah , one fine day . :D

Kitorang bertolak ke sana lepas solat Asar . Lepas both of my parents , my siblings back from school . First time kot bertolak lewat macam tu . Biasanya dalam tengah hari . Okey , perjalanan malam yang terasa amat membosankan serta amat memenatkan . Perghh ! Huh ! Sampai KL , rumah my uncle , Amin *panggilan anak anak buah kepada dirinya , di Batu Caves , around 12.30 macam tuh .

Sampai sana , rehat kat depan TV jap , sambil berbual dengan Amin . Okey , CikNin keluarkan aura nak gi Pesta Buku Antarabangsa tuh . Muahaha . Amin cakap , okey sangatlah tu sebab rumah dia dekat je dengan PWTC tuh . Huhu . Lepas borak borak tu , kepala CikNin dah terasa melayang + berat , ditambah pulak dengan badan yang terasa melekit tu , CikNin minta izin nak masuk bilik . Dah lewat kot masa tuh , pukul 1 lebih . :)

Lepas siapkan diri tu , duk melepak dalam bilik . Mengantuk dan LAPAR . Hehe . Tengah tengah malam rasa nak makan pulak . ;D Nasib baik si Amir tu ada potato chips Mister Potato tu , melantak jelah . Takkan nak pecah masuk dapur rumah orang semata mata nak cari makanan di tengah tengah malam yang buta tu kot . Then , tidur !

Esoknya , lepas sarapan tu kitorang bertolak ke Nilai . Amin sempat pesan , kalau nak gi Pesta Buku Antarabangsa tu , datang rumah dia . Huhu . I just said okay ! Hehe . Oh , by the way , sebelum gi Nilai tu , kami singgah sekejap di rumah ibu saudaraku , Mak Long , kat Bandar Baru Bangi tu . Solat Zohor kat sana while Abah and Amir gi solat Jumaat kat masjid . Tapi Mak Long tak sampai rumah lagi waktu tu . Baru on the way nak balik dari sekolah . Nasib baik Pak Long dengan Muzammil *my cousin ada kat rumah masa tuh .

Nak tunggu Mak Long balik , tapi waktu dah lewat , so , kitorang gerak dulu . Just tinggal pesan dan kirim salam Assalamualaikum kat Muzammil . Masa keluar lorong , nampak kereta Mak Long . Heh . Abah berhenti kereta kat tepi jalan . Kitorang tak mengempang jalan okey . Hehe . Berbual kejap then sambung perjalanan .

Perjalanan ke Nilai tak lama pun . Dekat je dengan Bangi tuh . Pergi asrama Abang . Take him out for lunch . Lama kot tak jumpa mamat yang merangkap hulubalang yang tak bergaji ni . Hehe . Cari hotel kat Nilai sebab esok baru Abang serah kunci rumah dia + malam tu dia ada dinner . *malam perpisahan kot . Heh .

Esoknya gi ambik dia serta barang barangnya yang terlampau banyak . Hehe . Okey , kereta penuh gila ! Sesak nafas den duk dalam kereta yang penuh macam tu . Ada dah macam tin sardin pun iya jugak . Hehe . Then , putuskan nak letak separuh barang kat rumah Mak Long . Lepak rumah Mak Long . Then , CikNin nampak buku buku Abang yang dia nak bawa balik Kelantan . Banyak jugaklah . Katanya tu semua buku yang dia beli guna Baucer Buku 1Malaysia tuh . Okey , CikNin impress kejap tengok buku buku tu . Apesal ? Mana taknya , bukan main lagi buku buku yang dia beli tuh ! Antaranya tajuk buku buku tuh , 'Semurni Cinta Adam , Seutuh Cinta Hawa , Mencari Pasangan Hidup' segala bagai . Hoho . Jiwang okey ! Lawak pun ada ! Heh , CikNin pinjam buku Adam dan Hawa tulah . Muahaha . *kata kat orang , kau pun sama je ! Mengata dulang paku serpih , kata orang kau pulak yang lebih ! Hehee. *sedar diri*

Frust . Sebab hari tu ada Perhimpunan Bersih 3.0 . Habis jalan ditutup . Okey , frust sangat sebab tak boleh nak gi jalan jalan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur termasuklah Pesta Buku Antarabangsa tuh . Huh . Nak gi rumah Khalah pun *another aunt kena ikut jalan jauh . =,='' Frust tahap gaban ! Tidur semalam kat sana sebelum balik KB balik .

Tak puas weh stay kat KL . Ahad dah balik . Pagi sebelum bertolak tu , Amin called . Dia cakap stay kat sini lama lagi . Boleh dia bawak gi Pesta Buku Antarabangsa tu ..... Of course la CikNin nak ! Tapi , Abah tak bagi . Abah cakap kena siapkan lesen dulu . Huarghh ! Frust frust frust frust frust !!!  So , baliklah CikNin dengan berat hati .... Takde rezeki laa tu ... :'(

Balik Kelantan lalu jalan ke Cameron Highlands , tapi tak singgah pun . Abang frust . Hehe . Sebab dia baru je berangan angan nak makan strawberi dengan jus strawberi . Lantas , terbang jelah angan angan itu dibawa angin lalu serta kabus yang tebal . Hehehee .

Okey , setakat ni jelah CikNin membebel . Lain kali pulak yer . Oh ya , Alhamdulillah , CikNin dapat temuduga untuk Maktab or IPG untuk TESL . 17 Mei ni temuduga . Nervous siot ! Hope dapat buat yang terbaikkkkkk ! Amin . So , may I ask for your prayer , please ? Tolong doakan CikNin yer . Thanks ! Sayang korang sesangaaaaaaaaaat ! Bye ! Wassalam . :DDDDD

Senyuman ikhlas yang terukir dari hati . *Muahaha  . :P

Shopping kain di Nilai 3 ! :D

Menggila seketika ... :P

No comments:

Post a Comment