Sunday 14 October 2012

Final Exam Ends !

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Subhanallah , sudah dua minggu CikNin tak update blog tercinta ini . Dua minggu , maka , berakhirlah juga peperiksaan akhir semester 1 CikNin di UniSZA . Alhamdulillah , dua minggu peperiksaan , 7 subjek . Heh . Alhamdulillah , Allah permudahkan CikNin dan rakan-rakan . Ada jugalah beberapa subjek yang mencabar akal dan mindaku . *nyanyi ikut melodi lagu Kosong . Heh .


Study lah sangat .


Sepanjang minggu peperiksaan , CikNin dah join geng roomate CikNin . Diorang memang gempak habislah ! CikNin dah masuk geng dengan diorang semua tu . Duduk lepak dengan diorang memang boleh hilang stres CikNin . Eqa (roomate CikNin) , Leeda , Azi dan Atiera . :) Merekalah geng yang gempak itu . Hoho .

Diorang semua geng Kewangan . Diorang punya exam habis awal dari exam CikNin . Hari Khamis lepas , hari terakhir buat budak Kewangan exam , petang tu , CikNin dengan Leeda pergi hantar Eqa balik . Tukang bawa kereta ? Budak lelaki kelas diorang jugak . Isa dengan Amir . Mula-mula tu segan gila sebab tak kenal dan tak pernah jumpa dengan diorang . Alah , segan CikNin tak ke mana pun , hilang jugak bila Eqa dengan Leeda asyik duk berbual dengan bergurau sakan . CikNin pun join sekalilah . Hehe . =P Kitorang hantar Eqa dekat Mydin Mall je , sebab dia dah janji dengan mak dia nak jumpa dekat situ .

Malam tu pulak , CikNin dengan Leeda hantar Azi naik bas dekat depan dewan besar UniSZA . Dia naik bas balik Selangor . Sedih kot , lepas sorang-sorang tinggalkan UniSZA . Leeda pulak , balik ke Bumi Kenyalang pagi Jumaat . Dua hari lepas . Okey , CikNin tinggal dalam bilik tu , dua malam berturut-turut , seorang diri . Blok CikNin memang majoriti yang dah balik . Kertas CikNin je yang habis hari Sabtu . Semalam . Kebosanan duduk seorang diri memang tak boleh nak cakaplah . Heh . Nasib baik ada bola sepak separuh akhir Kelantan menentang Selangor . Yeah , Kelantan berjaya ! Layan benda tu jelah . Hehe .

CikNin memang nak pergi tengok final bola sepak Piala Malaysia 2012 , Kelantan menentang ATM dekat Stadium Shah Alam nanti . Nak try plan baik punya dengan Che Sue CikNin dekat KL sana nun . Hehe .

CikNin dah sampai Kota Bharu dengan selamatnya pukul 3 petang tadi . Keluarga CikNin datang petang Jumaat lagi ke Terengganu . Spent time dekat Terengganu semalaman . Habis je exam pukul 11 pagi tadi , CikNin sempat jugaklah jumpa dengan Teslian semester 1 dekat kafe sebab ada nak bincang pasal Charity Project untuk semester depan . Selesai je meeting tu , CikNin terus kemas barang , dan bergerak balik ke Kota Bharu ! Bertolak tadi pun dah pukul 12 tengah hari .

Sampai KB , terus text budak-budak 5 Cekal '11 , bagitau diorang CikNin dah ada dekat KB . Macam-macam diorang nak suruh CikNin plan . Suruh buat reunionlah , ajak keluarlah . Macam-macam . Insya-Allah , sempatlah CikNin plan benda tu semua . Hehe . Oh ye , CikNin cuti semester ni selama sebulan . Nak siapkan lesen P !

Haa , lagi satu . PMR dah start Selasa minggu lepas kan ? Sepupu CikNin pun ada yang sedang menghadapinya . Junior-junior CikNin pun apatah lagi . So , good luck guys ! Sorry sangat lambat wish . The only things that I could do is , pray for you guys . :) Just do your best ! Hmm , SPM pun tinggal kurang 20 hari *kalau tak silap . Junior-junior dan sepupu CikNin pun sedang bersiap-siaga untuk menghadapinya nanti . So , buat persiapan yang terbaik ye ?



Salam dan selamat tengah malam . Assalamualaikum . :D


No comments:

Post a Comment