Monday 22 October 2012

Piala Malaysia di Bumi Kelantan ! :D

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Subhanallah ! Alhamdulillah ! Allahuakhbar ! Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya pasukan bola sepak Kelantan , The Red Warriors telah berjaya merangkul serta menjulang Piala Malaysia , semasa menentang pasukan ATM . Kejayaan ini merupakan kejayaan ketiga terbesar bagi The Red Warriors , sekaligus telah mengangkat mereka sebagai juara Treble ! Mantap habis ! Hee .

Perlawanan semalam memang SENGIT gila ! CikNin kat rumah pun dah menjerit macam apa je setiap kali Kelantan menjaringkan gol . Heh . Kalau dekat stadium , rasanya memang boleh habis suara CikNin . Silap - silap boleh terkeluar anak tekak . Heh . Tapi , memang berdebar , sebak , terkejut yang sampai nak gugur jantung . Semua perasaan bercampur baur ! Huu . Banyak serangan awal yang Red Warriors buat , tapi tak menjadi . Suka tengok Afiq Azmi buat serangan . Hampir berjaya menjaringkan gol . Usaha yang mantap dude ! Jaringan pertama Kelantan , cantik dijaringkan Mat Yo ; NorShahrul Idlan Talaha . Mat Yo memang gempak ! Waktu tu CikNin , Amir , Umi dengan Abah menjerit bagai nak rak ! Hehe . :)

Jaringan pertama ATM pulak dijaringkan oleh Rizal Zambri . Ditangkis dan dibalas pulak oleh Mat Yo ! Dramatik habis lah . . . Huhu . Lepas tu , The Red Warriors terus bertahan . Sampailah si pemain import ATM tu , Marlon Alex James , menjaringkan gol pulak . . . Senyap CikNin masa tuh . Gila kau , dah nak menang kot , tiba - tiba masuk gol la pulak pihak lawan .

Perlawanan berlanjutan pulak ke masa tambahan . Tendangan dan jaringan pemain bola sepak senior , Indraputra , memang terbaik dan sangat cantik !!! Huh . CikNin terus sujud syukur masa tu . Mengharapkan Kelantan bertahan sampai ke penghujung perlawanan . Khairul Fahmi Che Mat ; Apek memang buat tugas yang terbaik ! Menepis dan menghalang serangan daripada pihak lawan . :DAlhamdulillah , Kelantan , The Red Warriors menang dan menjulang Piala Malaysia ! CikNin memang bangga dengan skuad itu . CikNin sayangggggggggggggggggggggggggggggggggggg The Red Warriors sangat sangat sangat ! Heh . :P ;)

Berbaloi cuti hari ni . Semalam pun tidur lena je . Hehe . Berbaloi jugak peminat serta penyokong The Red Warriors datang bertandang ke Stadium Shah Alam semalam . Bersesak , berpanas bagai kan ? Kawan CikNin tu siap berkonvoi bagai lagi dengan geng - geng penyokong yang lain . Hee . Best lah dia ! Berkonvoi sampai Subuh kot . Hehe . Uncle CikNin , Amin , dapat keluar dari Stadium Shah Alam pukul 1.30 pagi . Sampai rumah pukul 3.30 pagi . Haha . Jalan sesak kot ! Huhu . Petang tadi pun dah bersesak dekat airport Sultan Ismail dengan rakyat Kelantan yang menyambut kepulangan skuad The Red Warriors dan Piala Malaysia . :D

Apa - apa pun tahniah sekali kepada The Red Warriors ! I'm really proud of you guys . Bangga , TIGA kejuaraan yang dirangkul untuk tahun ini . Terbaik ! :D Sayang kamu , The Red Warriors ! <3 Congrats again ! :)



p/s :: pergi KB Mall petang semalam pun dapat tengok ramai rakyat Kelantan yang pakai T - shirt dan jersi The Red Warrior . Haha . Terbaik ! ;)

No comments:

Post a Comment