Monday 15 October 2012

Perihal Kanta Sentuh .

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Assalamualaikum pembaca blogku sekalian . Heh . Hari ni CikNin rasa nak kongsikan cerita dan perihal pasal kanta sentuh atau 'contact lense' . CikNin , selaku manusia bermata empat , insan yang berkaca mata ini , kadang-kadang tu ada jugak terasa nak menggantikan cermin mata ni dengan kanta sentuh . Yeah , cermin mata ni kadang-kadang boleh jadi sesuatu halangan atau troublesome . Heh . Yelah , kalau nak berenang , mata tak nampak . Hehe . CikNin ni jenis yang tak boleh nak hidup kalau tak ada cermin mata . *tak boleh nak hidup , bukan bermakna tak ada cermin mata , CikNin mati . Heh . :P So , setiap masa cermin mata perlu ada dengan CikNin . Kalau tak , mesti akan rasa tak selesa . :)

Okey , mata sememangnya merupakan anggota penting kepada manusia . Bila kita bercakap , mata jugak memainkan peranan semasa kita bercakap . Kita perlu ada interaksi mata bila bercakap dengan orang kan ? Kalau tak , orang akan anggap kita tak hormat orang . Kanta sentuh sekarang , memang bermacam-macam jenis ada . Dari segi warna , harga dan kanta sentuh sekarang juga boleh didapati dengan mudah , dengan harga yang murah . Betul tak ?

kanta sentuh berwarna-warni .


Antara kita sedar dengan tidak , kanta sentuh ni boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada mata kita . Cantik memang cantik , tapi kalau sekali dah buta , cantik pun dah tak ada . Kanta sentuh perlu dijaga dengan rapi . Pengguna kanta sentuh perlu jaga kebersihan yang tersangat rapi , ada pantang larang bagai kan ?

Kalau dulu , orang pakai kanta sentuh sebab masalah kesihatan mata . Nak senang sebab dah tak payah pakai cermin mata . Abah CikNin dulu pun sempat pakai kanta sentuh , tapi tak lama . Abah CikNin pun pesan dekat CikNin supaya tak payahlah pakai kanta sentuh tu . Sekarang , orang semakin ghairah dan gila dengan kanta sentuh kerana semata-mata inginkan ekspresi mata yang cantik dan berbeza dari mata sebenar . Kegilaan ini membuatkan ada segelintir individu sanggup menggunakan kanta sentuh murah dan tidak diketahui kualitinya . Apa yang CikNin perhatikan sekarang , kanta sentuh banyak dijual di pasar-pasar malam dan di tempat-tempat lain , dengan harga yang murah !

Bukan nak kata , tapi , kanta sentuh yang dikeluarkan oleh pakar optomteris pun boleh mendatangkan bahaya kalau tiada penjagaan rapi , macam mana pula yang dengan kanta sentuh yang dijual di merata-rata tempat , tanpa pengiktirafan ?

kesan penggunaan kanta sentuh . *seram kan ?


Baru-baru ni , kawan sekelas CikNin , pengguna baru kanta sentuh , matanya tiba-tiba berdarah . Nasib baiklah kawan CikNin ni cepat ke klinik untuk dapatkan rawatan . Alhamdulillah , matanya dah baik sekarang . Nak tau apa sebabnya ? Kanta sentuh . Bahaya betul , nasib baik cepat jumpa doktor .

Tapi , nak pakai kanta sentuh , boleh . Tapi , penjagaan rapi itu tersangatlah perlu ye .


Hmm , ini CikNin petik dari Melayukini. net. :

Melayukini.net – Hukum Memakai Contact Lense | Pemakaian contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama digunapakai oleh sesetengah golongan. Namun yang membuatkan isu ini timbul apabila si pemakai terutamanya bagi kaum wanita adalah semata-mata untuk menarik perhatian orang lain.  Tidak jadi masalah untuk memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.

1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai    perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).
Melayukini.net - Jadi kembalilah kepada fitrah alam. Apabila seseorang itu cuba mengubah sesuatu ciptaan Allah SWT bermakna seolah-olah ia tidak redha dengan apa yang diterimanya. Bersyukurlah kepada Allah, kerana masih ramai insan yang kurang bernasib baik yang tidak dapat melihat ketika hayatnya.
Apa-apa pun , CikNin lebih suka pakai cermin mata . CikNin suka kumpul cermin mata . Kalau pakai kanta sentuh takkan nak kumpul kanta sentuh kan ? Hehe . ;) Hmm , mungkin kalau satu hari nanti CikNin dah tak nak pakai cermin mata , CikNin akan menjalani perkhidmatan laser mata kot . Heh . Itu pun kalau banyak duit . Heh . ;)
Wallahualam .



No comments:

Post a Comment